Pelajar : Faizah Yusoff
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://faizahyusoff.blogspot.my/
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya pernah terbaca satu ungkapan yang mengatakan:
"Tulislah perkara yang pembaca mahu ingin tahu, bukan apa yang kamu mahu"
Macam terasa pada diri sendiri bila melihatkan entri-entri saya yang
dulu. Saya akan cuba menambaik baik kandungan blog ini insya'Allah.
Sudah hampir 3 bulan rupanya saya menjadi ahli keluarga ABDR, hampir
terlewat untuk menulis review buku dan review kelas. Tapi tak mengapa,
bak kata pepatah:
"Better late than never"
Entah betul entah tidak Bahasa Inggeris saya.
Pada asalnya saya menghubungi Puan Masayu setelah
mendapat tahu daripada kakak saya tentang kisah Puan Pengetua ABDR yang
berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Saya mulai mencari info
dan maklumat. Saya pendamkan hasrat untuk menghubungi beliau kerana pada
masa itu saya agak sibuk dengan kelas tuisyen yang silih berganti dan
tak pernah putus. Faktor lain ialah capaian internet pada masa itu (awal
tahun lepas) agak terhad. Sedangkan saya tahu saya harus menulis dan
menulis setiap hari sebaik-baiknya.
Akhirnya nak dijadikan cerita, saya mula tekad mahu menulis walaupun
asalnya saya menghubungi Pn.Masayu dek kerana mahu bertanyakan pendapat
tentang mahu menulis himpunan soalan-soalan matematik untuk pelajar yang
lemah matematik sahaja. Saya rasakan kenapa tidak saya menulis untuk
berkongsi cerita tentang khidmat hometuition saya yang selama ini saya
lakukan sendiri sampai hari ini. Disamping mencari idea mengumpulkan
modul-modul matematik, saya boleh berkongsi idea juga. Alhamdulillah
akhirnya, di sini lah saya menjadi sebahagian kecil dari warga ABDR yang
hebat-hebat belaka.
Saya diletakkan di bawah tunjuk ajar Cikgu Anys Idayu.
Terima kasih cikgu sebab selalu layankan saja soalan-soalan saya yang
entah apa-apa. Kadang-kadang saya akui agak kelam idea memandangkan bila
melihat blog rakan-rakan yang lain kebanyakannya mempunyai produk dan
cantik-cantik tersusun blog mereka. Sedangkan saya selalu cerita perkara
yang sama. Modul saya pula bukan saya tak mahu masukkan di sini tetapi
macam atk yakin untuk saya tunjukkan di sini. Keyakinan tu memang selalu
membunuh niat saya.
Saya mula belajar satu persatu dan penulisan saya, saya rasakan semakin
baik dari satu entri ke entri yang lain. Tak tahu lah apa kata pembaca
saya. Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah saya yang menulis syok
sendiri. Dah lah asyik terlepas hari, kadang-kadang 2,3 hari baru muncul
satu entri, sedangkan kata sifu saya Cikgu Anys, entri ni macam satu
kad nama untuk kita. Maaf ya cikgu, saya tak berjaya lagi dalam ujian
'istiqamah' walaupun pernah tulis pasal tajuk Istiqamah.
Saya selalu menjadi 'silent reader' dalam kelas. Bila mahu bertanya,
saya akan mesej tepi Cikgu Anys. Ketakyakinan pada servis sendiri masih
menebal. Entah macam mana lah ya saya mampu menjadi yakin dengan pelajar
saya. Sampaikan ada yang kata, bila tengok saya tunjukkan satu-satu
cara, semuanya nampak mudah. Sedikit kelebihan di situ mungkin. *Puji
diri sendiri*
Apa yang saya rasa, penulisan saya sudah bertambah baik. Ini perubahan
yang paling ketara, sedangkan sebelum ini saya akan menulis berjam-jam
sambil memikirkan entri apa yang mahu saya tulis, tapi sekarang, cukup
beberapa minit saja sudah siap satu entri. Memang ini satu kemajuan
sebab saya memang tak suka menulis dari dulu. *Faktor utama sebab
tulisan saya tak cantik dan tersusun*
Dan, saya mulai baca e-book Asas Blog yang akan kita peroleh setelah mendaftar menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah ini.
Bagaikan terbangun dari mimpi, rupanya bukan saya seorang punyai masalah
dilema dalam mencari pekerjaan. Bezanya, wanita-wanita ini sudah lebih
makan garam daripada saya dan semuanya mempunyai latar belakang pernah
bekerja berbanding saya yang selepas konvo terus menjadi hometutor
sepenuh masa walaupun pada masa itu pulangan tidaklah lumayan mana. Dan
semangat yang luntur terus kembali berkobar-kobar untuk terus menjadi
sebahagian daripada mereka yang hebat.
Hanya saya yang mampu mengubah diri saya. Kenapa mesti saya mendengar
'apa orang kata' sedangkan saya sedar apa yang saya sedang lakukan
langsung tidak menyimpang dengan ajaran agama bahkan dituntut pula.
Melalui ebook Asas Blog saya semakin faham kenapa kita harus menulis
dengan jujur dan penjenamaan diri sangat penting. Sungguh saya bersyukur
berkenalan dengan wanita-wanita hebat ini Pn. Masayu, Pn. Nashriah, Pn.
Anys Idayu.
Kenapa?
Kerana mereka benar mahu membantu kaum wanita bangkit untuk menjadi
hebat dalam versi mereka sendiri. Bukan hebat kerana meniru orang lain.
Bukan menjadi hebat kerana cuba menjadi orang lain.
Syabas team ABDR!
Pernah saya ditegur dek kerana kesilapan menulis sumber foto dari
simpanan sendiri sedangkan foto itu saya ambil dari carian google, kata
sifu, kita jangan menipu pembaca kita. Jujurlah dalam penulisan. Saat
itu saya terasa, memang saya tak salah membuat keputusan untuk menyertai
ABDR ini.
Banyak tulisan-tulisan daripada ahli-ahli lain yang Pn. Masayu kongsikan
di dalam ebook, buatkan saya yakin, saya juga mampu membina kerjaya di
rumah seperti mereka. Asalkan saya tak pernah berhenti berusaha.
Walaupun hanya belajar melalui FB, kelas yang saya hadiri walaupun hanya
di alam maya, terasa macam masuk kuliah universiti pula. Ya lah, seakan
setiap pelajar mempuanyai akses ke portal dan mulai menjawab soalan
melalui portal tersebut. Banyak perkara yang bermanfaat yang dikongsi di
kelas. Dan walaupun perkara sama yang diulang setiap kali ada pelajar
baru masuk ke kelas, ia seakan menjadi 'reminder' kepada diri sendiri.
Buat yang baru berkenal-kenalan dengan blog, jom sertai jemaah kami di
ABDR. Jadilah hebat di atas usaha dan kepakaran sendiri. Semoga
perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang sudi menyinggah.
No comments:
Post a Comment