Teks : Rozie Wahid
Ada apa dengan ABDR? Itulah persoalan yang pertama memenuhi benak rasa apabila puan Masayu bercerita tentang ABDR di fb beliau. Terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut sama ada kelas ini berbaloi dan boleh memberi manfaat pada saya atau tidak, lalu saya google. Saya dapati ABDR ini adalah kumpulan sokongan kepada sesiapa yang berhajat untuk beralih arah dari bekerja di pejabat kepada menjadi bos dari rumah sendiri.
Oct 2014 adalah bulan kedua saya mulai berehat sepenuhnya di rumah atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk saya terus bekerja di pejabat. Namun, orang biasa bekerja akan terasa badan semakin lemau apabila hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Pada masa yang sama saya mempunyai kelemahan iaitu saya seorang yang pemalu di alam maya, malu untuk menyuarakan sesuatu pendapat, komen atau berkongsi cerita. Sejujurnya ABDR adalah batu asas bagi saya untuk keluar dari sifat malu apabila orang lain membaca penulisan saya. Selepas tugasan ke 43 saya sedar yang saya telah dapat atasi kelemahan itu.
Saya akui sebagai manusia yang sentiasa sibuk dengan kehidupan harian dan tidak lupa juga dengan segala ujian serta dugaan menyebabkan penulisan sering tertangguh, namun saya bersyukur adanya ABDR. Para tenaga pengajar yang tidak jemu dari subuh hingga ke malam mengeluarkan posting di fb menyalur arua positif kepada semua pelajar agar tidak putus asa dan berhenti separuh jalan.
Ini adalah tugasan terakhir saya. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Sudah pasti saya tidak akan berhenti menulis, jemput jenguk selalu ke blog saya kerana di situ anda akan disajikan pelbagai rencah dan rasa dalam kehidupan manusia.
p/s : Terima kasih yang tidak terhingga kepada para tenaga pengajar ABDR yang awesome, terutama puan Masayu. Tanpa kamu semua mana mungkin ulat ini bertukar menjadi rama-rama…cheewah!!!
No comments:
Post a Comment