Pages

Tuesday, January 27, 2015

Akademi Bekerja Di Rumah Persediaan Untuk Berhenti Kerja

Protege : Rahimah Omar

Guru Online : Anys Idayu Zakaria  

Teks: Rahimah Binti Omar
Alhamdulillah...Tanpa saya sedari sudah lebih 44 entry yang saya post kan di dalam blog ini. Sepatutnya, awal-awal lagi saya buat ulasan ini yang merupakan sebahagian daripada tugasan saya sebagai ahli baru ABDR. Tetapi disebabkan kesibukan dan menulis pun sekadar mencuri-curi masa yang ada, maka terlupalah saya nak membuat ulasan ini ^_^ Minta maaf ye sifu Anys Idayu.
Saya menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada bulan September 2014 dan entry pertama saya adalah pada 23 September 2014. Niat asal menyertai ABDR adalah untuk belajar berniaga secara online sebagai sebahagian daripada persediaan untuk saya berhenti kerja (suatu hari nanti). Untuk melihat keupayaan, komitmen dan disiplin diri sendiri dalam melakukan sesuatu tugasan. Walaupun hajat berhenti kerja itu tak tahu bila akan tercapai, tetapi persediaan untuk ke arah itu pun penting juga kan. 
Mungkin ramai ahli baru ABDR yang berjaya menyiapkan tugasan 44 entry ini dalam masa yang singkat. Tetapi bagi saya yang merupakan seorang suri bekerjaya, ditambah lagi dengan tanggungjawab menjaga 4 orang anak yang masih kecil berseorangan lantaran suami bekerja jauh di perantauan, maka ruang yang ada untuk menulis sekali-sekala itupun sudah cukup baik bagi saya.
Ajaran Puan Sifu, menulislah secara berkala dan santai. Cukuplah walau sebaris ayat sahaja sehari. Tetapi bagi saya agak susah juga untuk konsisten menulis setiap hari. Hampir-hampir kecundang di tengah jalan. Tetapi saya bangkit semula. Saya jadikan kisah yang saya alami setiap hari sebagai bahan penulisan. Nama pun Diari Suri Bekerjaya kan. Sesuailah tu ^_^
Sebenarnya, menulis bukanlah satu bidang baru bagi saya. Kerja saya sekarang ini pun banyak melibatkan kerja-kerja menulis seperti menulis pandangan undang-undang, menyemak perjanjian dan dokumen perundangan serta lain-lain lagi. Tetapi pada saya penulisan di blog dan penulisan untuk kerjaya saya adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun asasnya adalah sama, namun menulis di blog adalah lebih santai dan terpulang kepada penulis itu sendiri bagaimana untuk menjadikan ia menarik. Penulisan bagi kerjaya saya pula lebih bersifat rigid di mana semua yang ditulis hendaklah berasaskan undang-undang, penulisan hendaklah tepat dan bersifat serius. Berbeza bukan.   

Tanpa saya sedari, saya menggunakan ruang untuk menulis ini bukan sekadar untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga sebagai satu medium untuk saya menukar rasa stress saya ke dalam bentuk tulisan yang akhirnya boleh menukar mood saya menjadi gembira semula. Paling tidak pun, mengurangkan stress saya pada ketika itu. Contohnya, kalau saya sedang rasa sedih, saya tulis sesuatu yang boleh menggembirakan saya seperti kisah anak-anak, kisah masakan saya yang tidak seberapa, kisah percutian keluarga dan lain-lain lagi. 
Sedikit demi sedikit, akhirnya selesai juga tugasan 44 entry. Banyak ilmu yang saya pelajari daripada Kelas Online ABDR. Banyak juga ilmu yang saya kongsi dengan rakan-rakan ABDR yang lain. Rasa tidak menyesal membayar yuran penyertaan. Bukan sahaja dapat kawan dan ilmu pengetahuan, dapat juga bonus 4 e-book untuk rujukan. Idea-idea dan tips-tips yang boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa sahaja. Berbaloi-baloi.
Walaupun setelah 4 bulan lebih ini saya tidaklah menjana kewangan sangat dengan blog ini tetapi saya rasa sangat gembira. Bukanlah matlamat utama saya pun untuk menjadi kaya melalui blog ini. Tetapi sekiranya saya hendak memulakan bisnes online, tapaknya sudahpun ada.
Apa pun, terima kasih kepada Pn. Sifu Anys Idayu. Walaupun saya ni bukanlah pelajar contoh Cikgu Anys, namun saya banyak membaca apa jua ajaran dan perkongsian beliau di dalam kelas online. Banyak yang saya boleh gunakan pada masa sekarang dan juga pada masa akan datang.
Kepada surirumah yang sedang mencari-cari bagaimana nak memanfaatkan masa terluang yang ada atau ingin menjana wang dari rumah, bolehlah menyertai ABDR. InsyaAllah, jika kita berusaha untuk menimba ilmu, satu hari nanti ilmu itu akan memberi manfaat yang banyak kepada diri kita.
Wassalam ^_^       
    

Tuesday, January 20, 2015

KELAS ONLINE BLOG BISNES - EKO SALINA

KELAS BLOG MULA BISNES
PROTEGE : EKO SALINA
GURU ONLINE : ANYS IDAYU ZAKARIA
SUMBER : http://ekosalina.blogspot.com/2015/01/testimoni-akademi-bekerja-di-rumah.html

Testimoni Akademi Bekerja Di Rumah




Salam ceria :)


Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang 'Working At Home Mom' (WAHM) sebagai karier terbaik. Namun untuk mencapai impian sebagai WAHM banyak perkara yang harus difikirkan. Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. 


Melihat pengorbanan anak-anak yang sejak kecil yang terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh kadang kala membuatkan hati ini diragut pilu. Apatah lagi bila menyerahkan anak pada pengasuh, pasti si kecil menangis tanda ingin bersama ibu tersayang. Hati mana tidak sedih, namun ku pujuk hati ini agar menjadi ibu yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.


Bertitik tolak daripada itu, mulalah pencarian untuk mencari peluang perniagaan sebagai persediaan untuk menjadi WAHM. Bagi memulakan perniagaan yang besar, modal tidak ada. Apatah lagi untuk memasarkan produk, blog pun tidak ada. Walaupun kini pelbagai medium sosial yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan online namun diri ini masih dalam kebuntuan. Ingin membina blog tetapi terfikir juga, berapa sangat lah pembaca yang akan membaca tinta ku ini. Segalanya ku pendam sahaja. 


Hinggala pada satu saat, daku ternampak di Facebook Pn Masayu Ahmad. Beliau merupakan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pada mulanya memang tidak memahami apakah perniagaan yang dijalankan di ABDR ini sehinggalah daku membeli ebook beliau iaitu Janawang dari rumah dan dari situ lah daku mula mengikuti perkembangan ABDR. Daku melaburkan wang sebanyak RM200 untuk mendapatkan ilmu di akademi ini. Padaku setiap pelaburan pasti akan membuahkan hasil yang baik. Ternyata pilihan ku tepat.


Akademi Bekerja Di Rumah bukan setakat mengajar dan membimbing untuk membina blog dan juga penulisan malah lebih dari itu. Melalui penulisan yang kosisten kita dapat berkongsi cerita atau ilmu melalui blog yang kita bina yang mana melalui perkongsian secara tidak langsung dapat memberi penyelesaian kepada pembaca.


Guru di ABDR yang berpengalaman dan tidak jemu dalam membimbing anak muridnya tidak kira siang atau malam dan juga di hujung minggu. Semua ini dibimbing dengan baik dan secara 'personal coaching' agar anak muridnya faham dan dapat melaksanakan tugas dengan baik. Semua ini diajar melalui kelas online iaitu di Facebook dan mengikut kesesuaian waktu kita. Waktu yang fleksibel dan sangat sesuai bagi suri yang bekerja. Tidak perlu meninggalkan rumah dan urusan rumahtangga. Hanya bermodalkan internet, laptop, hanphone atau tab segalanya hanya dihujung jari sahaja.


Lebih menarik lagi, daku diajar untuk mula bisnes. Walaupun bermula dengan bisnes yang kecil dan tanpa modal sekurang-kurangnya daku dapat belajar bagaimana untuk mempromosikan sesuatu produk di dalam blog atau di laman sosial lain. Ianya sangat mengujakan, lebih-lebih lagi ada pembeli yang membeli produk kita. Dari situ lah kita boleh mula menabung melalui hasil komisyen yang kita perolehi.


Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menyertai ABDR daku sudah mempunyai produk sendiri iaitu Lulur Tradisional. Walaupun hanya bisnes secara kecil-kecilan namun melalui ABDR ini daku dapat berkongsi produk di blog ini dengan lebih 1000 blogger yang mana merupakan protege ABDR. Inilah keistimewaan ABDR, secara tidak langsung dapat membantu aliran trafik ke blog kita.


Terima kasih kepada pengasas dan guru ABDR untuk bimbingan yang berterusan dan tanpa mengenal erti jemu. Semoga melalui ABDR ini, ia merupakan satu platform bagi suri sepenuh masa untuk menjana pendapatan dari rumah dan bagi suri bekerja untuk keluar dari zon selesa iaitu dari makan gaji kepada WAHM.


Semoga melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para suri di luar sana :)

Saturday, January 17, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.


Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes bakeri saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk hubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: Zaila Mohamad).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan mengikuti blog ini. ;)

Sunday, January 4, 2015

Jana pendapatan melalui blog

Akademi Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat tunjuk ajar rakan-rakan ABDR. 

Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini. 
  • Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
  • Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. 
  • Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. 
  • Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut. 
  • Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas. 
  • Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Allahuakbar. Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM)