Wednesday, February 24, 2016
Wednesday, February 17, 2016
Berniaga Tanpa Modal
Teks & Foto: Munirah Yusoff
1. Berniaga Tanpa Modal.
Tahun 2014 pernah cuba berniaga tudung produk sendiri. Guna duit dividen ASB. Konon kalau bisnes tak jadi tak adalah rasa ralat sangat. Akhir cerita memang ke laut sebab main terjah. Bak kata orang, pengalaman ciput tapi ada hati nak ada produk sendiri *hah.. padan muka :D *
Lepas tu tak buat dah. Nak berniaga pun, jual novel preloved dengan tudung Aidijuma. Novel preloved adalah contoh berniaga tanpa modal. Guna apa yang ada dalam tangan. Tudung Aidijuma (AJ) contoh berniaga produk yang sedia ada di pasaran. Saya pun mula jual tanpa modal sebab jual tudung AJ sendiri. Lepas dapat rentak dan join grup-grup AJ, baru beli stok sikit-sikit. Beli stok-Jual-pusing modal.
2. Aktiviti Pemasaran
Awalnya saya mula di IG dan join grup FB. Tapi memang diakui aktiviti pemasaran yang saya lakukan turun-naik. Sebab saya utamakan pengajian Master. Kalau tengah sibuk dengan assignment, exam dan thesis, sebarang aktiviti bisnes saya letak jauh-jauh.
*Nampak sangat tak kuat nak buat 2 kerja dalam 1 masa.. ^_^ *�� Sekarang, dah habis Master *Alhamdulillah*. Jadi ini peluang nak 'kuda-ku-lari-gagah-berani'.
✌
✌
Sejak join ABDR tahun lepas, baru nampak hala tuju untuk mula dari bawah dan jalan lurus nak capai matlamat. Dengan ABDR, baru tahu kuasa pemasaran melalui blog.
Blog yang kemas, tersusun, sedap mata memandang, berinformasi - baru pengunjung datang baca berderu-deru. *terasa malu dulu ada blog yang tak matang *
����*
Setiap platform (IG-FB-BLOGSPOT) ada pasaran dan teknik tersendiri. Cuba guna macam-macam cara sampai dapat rentak yang baik. Alhamdulillah saya ada kawan-kawan yang bantu saya belajar cara pemasaran. Famili memang sedia membantu.
ABDR Kumpulan Sokongan Bekerja Dari Rumah
http://roziewahid.blogspot.my/2016/02/ada-apa-dengan-abdr.html
Teks : Rozie Wahid
Bersesuaian dengan namanya ABDR iaitu Akedemi Bekerja Dari Rumah, ia tidak terhad kepada golongan wanita sahaja malah peluang dan ruang diberi kepada sesiapa yang berminat untuk belajar memulakan kerjaya dari rumah secara berperingkat. Pada masa yang sama kita boleh menikmati kualiti kehidupan bersama keluarga tersayang.
Teks : Rozie Wahid
Ada apa dengan ABDR? Itulah persoalan yang pertama memenuhi benak rasa apabila puan Masayu bercerita tentang ABDR di fb beliau. Terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut sama ada kelas ini berbaloi dan boleh memberi manfaat pada saya atau tidak, lalu saya google. Saya dapati ABDR ini adalah kumpulan sokongan kepada sesiapa yang berhajat untuk beralih arah dari bekerja di pejabat kepada menjadi bos dari rumah sendiri.
Oct 2014 adalah bulan kedua saya mulai berehat sepenuhnya di rumah atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk saya terus bekerja di pejabat. Namun, orang biasa bekerja akan terasa badan semakin lemau apabila hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Pada masa yang sama saya mempunyai kelemahan iaitu saya seorang yang pemalu di alam maya, malu untuk menyuarakan sesuatu pendapat, komen atau berkongsi cerita. Sejujurnya ABDR adalah batu asas bagi saya untuk keluar dari sifat malu apabila orang lain membaca penulisan saya. Selepas tugasan ke 43 saya sedar yang saya telah dapat atasi kelemahan itu.
Saya akui sebagai manusia yang sentiasa sibuk dengan kehidupan harian dan tidak lupa juga dengan segala ujian serta dugaan menyebabkan penulisan sering tertangguh, namun saya bersyukur adanya ABDR. Para tenaga pengajar yang tidak jemu dari subuh hingga ke malam mengeluarkan posting di fb menyalur arua positif kepada semua pelajar agar tidak putus asa dan berhenti separuh jalan.
Ini adalah tugasan terakhir saya. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Sudah pasti saya tidak akan berhenti menulis, jemput jenguk selalu ke blog saya kerana di situ anda akan disajikan pelbagai rencah dan rasa dalam kehidupan manusia.
p/s : Terima kasih yang tidak terhingga kepada para tenaga pengajar ABDR yang awesome, terutama puan Masayu. Tanpa kamu semua mana mungkin ulat ini bertukar menjadi rama-rama…cheewah!!!
Tuesday, February 16, 2016
Setahun Bersama ABDR
Teks: Suhaila Rahim
http://suhailarahim.blogspot.my/2014/10/pengalaman-setahun-di-abdr.html
http://suhailarahim.blogspot.my/2014/10/pengalaman-setahun-di-abdr.html
Alhamdulillah, bulan ini genap setahun saya di dalam jemaah ABDR. Ini bermakna genap setahun juga saya bergelar blogger. Tidak pernah terfikir untuk sampai tahap ini. Bukan mudah untuk membuat anjakan paradigma dari seorang yang 'silent reader' (walaupun masih silent). :) Maklumlah saya tiada pengalaman langsung dalam dunia blog. Hanya rajin blogwalking blog-blog orang. Jadi bila sudah mendaftar kelas ini terpaksalah saya tuliskan juga walaupun Allah sahaja yang tahu bila saya mengambil beberapa hari saya mengarang dan mengedit entri hanya untuk entri yang pertama. Realitinya saya bukan mahir sangat dalam penulisan, tetapi untuk berubah saya gagahkan juga. Moga saya terus istiqamah untuk menulis diblog ini dan moga ada kebaikan untuk yang membaca.
Setelah beberapa bulan didunia blog, saya dapati banyak kebaikan yang saya perolehi. Pada peringkat awal, saya hanya menulis dan berkongsi sedikit ilmu pelaburan unit amanah disamping diselang-seli dengan catatan pengalaman harian yang dirasakan menarik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Alhamdulillah, hasil dari bantuan jemaah di ABDR, jumlah pengunjung diblog meningkat dari hari ke hari. Bila selesai menulis 44 entri, saya ditawarkan sebagai Rakan Niaga di ABDR memandang ketika itu saya tiada apa-apa produk untuk dijual. Dan saya mengambil peluang emas ini sebagai satu usaha untuk menambah pendapatan.
Belajar dari pengalaman sebagai Rakan Niaga di ABDR, saya menjinakkan diri dalam menjual produk sendiri. Dari satu blog saya membina lagi tiga blog untuk mempromosi produk-produk yang berbeza. Alhamdulillah, menambah pendapatan sedia ada. Tambahan pula blog merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk usahawan online terutama yang ingin bermula seperti saya. Antara pengalaman manis, bila suatu hari mendapat panggilan dan emel dari Cambodia yang berminat dengan produk yang saya promosikan diblog. Dan ia berlaku setelah beberapa bulan sahaja saya promosi di blog. Alhamdulillah, suatu yang tak diduga, ada juga pembaca blog saya dari luar negara. :)
Saya berazam untuk terus menambah ilmu dalam dunia dalam dunia blog. Adakala buntu juga untuk menulis. Semoga semangat ini tidak berhenti di sini sahaja dan moga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan berkongsi. Terima kasih kepada Pengasas ABDR Puan Masayu dan Cikgu Online saya, Kak Aishah kerana terus memberi semangat ini.
Saya berazam untuk terus menambah ilmu dalam dunia dalam dunia blog. Adakala buntu juga untuk menulis. Semoga semangat ini tidak berhenti di sini sahaja dan moga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan berkongsi. Terima kasih kepada Pengasas ABDR Puan Masayu dan Cikgu Online saya, Kak Aishah kerana terus memberi semangat ini.
Sunday, February 14, 2016
Keluarga Besar ABDR
Pelajar : Faizah Yusoff
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://faizahyusoff.blogspot.my/
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya pernah terbaca satu ungkapan yang mengatakan:
"Tulislah perkara yang pembaca mahu ingin tahu, bukan apa yang kamu mahu"
Macam terasa pada diri sendiri bila melihatkan entri-entri saya yang
dulu. Saya akan cuba menambaik baik kandungan blog ini insya'Allah.
Sudah hampir 3 bulan rupanya saya menjadi ahli keluarga ABDR, hampir
terlewat untuk menulis review buku dan review kelas. Tapi tak mengapa,
bak kata pepatah:
"Better late than never"
Entah betul entah tidak Bahasa Inggeris saya.
Pada asalnya saya menghubungi Puan Masayu setelah
mendapat tahu daripada kakak saya tentang kisah Puan Pengetua ABDR yang
berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Saya mulai mencari info
dan maklumat. Saya pendamkan hasrat untuk menghubungi beliau kerana pada
masa itu saya agak sibuk dengan kelas tuisyen yang silih berganti dan
tak pernah putus. Faktor lain ialah capaian internet pada masa itu (awal
tahun lepas) agak terhad. Sedangkan saya tahu saya harus menulis dan
menulis setiap hari sebaik-baiknya.
Akhirnya nak dijadikan cerita, saya mula tekad mahu menulis walaupun
asalnya saya menghubungi Pn.Masayu dek kerana mahu bertanyakan pendapat
tentang mahu menulis himpunan soalan-soalan matematik untuk pelajar yang
lemah matematik sahaja. Saya rasakan kenapa tidak saya menulis untuk
berkongsi cerita tentang khidmat hometuition saya yang selama ini saya
lakukan sendiri sampai hari ini. Disamping mencari idea mengumpulkan
modul-modul matematik, saya boleh berkongsi idea juga. Alhamdulillah
akhirnya, di sini lah saya menjadi sebahagian kecil dari warga ABDR yang
hebat-hebat belaka.
Saya diletakkan di bawah tunjuk ajar Cikgu Anys Idayu.
Terima kasih cikgu sebab selalu layankan saja soalan-soalan saya yang
entah apa-apa. Kadang-kadang saya akui agak kelam idea memandangkan bila
melihat blog rakan-rakan yang lain kebanyakannya mempunyai produk dan
cantik-cantik tersusun blog mereka. Sedangkan saya selalu cerita perkara
yang sama. Modul saya pula bukan saya tak mahu masukkan di sini tetapi
macam atk yakin untuk saya tunjukkan di sini. Keyakinan tu memang selalu
membunuh niat saya.
Saya mula belajar satu persatu dan penulisan saya, saya rasakan semakin
baik dari satu entri ke entri yang lain. Tak tahu lah apa kata pembaca
saya. Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah saya yang menulis syok
sendiri. Dah lah asyik terlepas hari, kadang-kadang 2,3 hari baru muncul
satu entri, sedangkan kata sifu saya Cikgu Anys, entri ni macam satu
kad nama untuk kita. Maaf ya cikgu, saya tak berjaya lagi dalam ujian
'istiqamah' walaupun pernah tulis pasal tajuk Istiqamah.
Saya selalu menjadi 'silent reader' dalam kelas. Bila mahu bertanya,
saya akan mesej tepi Cikgu Anys. Ketakyakinan pada servis sendiri masih
menebal. Entah macam mana lah ya saya mampu menjadi yakin dengan pelajar
saya. Sampaikan ada yang kata, bila tengok saya tunjukkan satu-satu
cara, semuanya nampak mudah. Sedikit kelebihan di situ mungkin. *Puji
diri sendiri*
Apa yang saya rasa, penulisan saya sudah bertambah baik. Ini perubahan
yang paling ketara, sedangkan sebelum ini saya akan menulis berjam-jam
sambil memikirkan entri apa yang mahu saya tulis, tapi sekarang, cukup
beberapa minit saja sudah siap satu entri. Memang ini satu kemajuan
sebab saya memang tak suka menulis dari dulu. *Faktor utama sebab
tulisan saya tak cantik dan tersusun*
Dan, saya mulai baca e-book Asas Blog yang akan kita peroleh setelah mendaftar menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah ini.
Bagaikan terbangun dari mimpi, rupanya bukan saya seorang punyai masalah
dilema dalam mencari pekerjaan. Bezanya, wanita-wanita ini sudah lebih
makan garam daripada saya dan semuanya mempunyai latar belakang pernah
bekerja berbanding saya yang selepas konvo terus menjadi hometutor
sepenuh masa walaupun pada masa itu pulangan tidaklah lumayan mana. Dan
semangat yang luntur terus kembali berkobar-kobar untuk terus menjadi
sebahagian daripada mereka yang hebat.
Hanya saya yang mampu mengubah diri saya. Kenapa mesti saya mendengar
'apa orang kata' sedangkan saya sedar apa yang saya sedang lakukan
langsung tidak menyimpang dengan ajaran agama bahkan dituntut pula.
Melalui ebook Asas Blog saya semakin faham kenapa kita harus menulis
dengan jujur dan penjenamaan diri sangat penting. Sungguh saya bersyukur
berkenalan dengan wanita-wanita hebat ini Pn. Masayu, Pn. Nashriah, Pn.
Anys Idayu.
Kenapa?
Kerana mereka benar mahu membantu kaum wanita bangkit untuk menjadi
hebat dalam versi mereka sendiri. Bukan hebat kerana meniru orang lain.
Bukan menjadi hebat kerana cuba menjadi orang lain.
Syabas team ABDR!
Pernah saya ditegur dek kerana kesilapan menulis sumber foto dari
simpanan sendiri sedangkan foto itu saya ambil dari carian google, kata
sifu, kita jangan menipu pembaca kita. Jujurlah dalam penulisan. Saat
itu saya terasa, memang saya tak salah membuat keputusan untuk menyertai
ABDR ini.
Banyak tulisan-tulisan daripada ahli-ahli lain yang Pn. Masayu kongsikan
di dalam ebook, buatkan saya yakin, saya juga mampu membina kerjaya di
rumah seperti mereka. Asalkan saya tak pernah berhenti berusaha.
Walaupun hanya belajar melalui FB, kelas yang saya hadiri walaupun hanya
di alam maya, terasa macam masuk kuliah universiti pula. Ya lah, seakan
setiap pelajar mempuanyai akses ke portal dan mulai menjawab soalan
melalui portal tersebut. Banyak perkara yang bermanfaat yang dikongsi di
kelas. Dan walaupun perkara sama yang diulang setiap kali ada pelajar
baru masuk ke kelas, ia seakan menjadi 'reminder' kepada diri sendiri.
Buat yang baru berkenal-kenalan dengan blog, jom sertai jemaah kami di
ABDR. Jadilah hebat di atas usaha dan kepakaran sendiri. Semoga
perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang sudi menyinggah.
Thursday, February 4, 2016
Rahayu Rashid di Mingguan Wanita
https://www.facebook.com/ayurashidd/posts/1315552951803486?notif_t=like_tagged
Bila kisah Ayu Rashid berhenti kerja terpilih masuk Majalah Mingguan Wanita dalam ruangan Kerja Dari Rumah - Puan Masayu Ahmad.
Lama dah, Ogos 2015. Masa ni, saya sekeluarga dirundung kesedihan kerana mak kami tiba-tiba sakit, masuk hospital dan kena operate. Puan Masayu pm saya beritahu artikel saya tulis dah keluar majalah. Masa tu kami sekeluarga kat Kuala Terengganu sebab mak kat hospital kat situ. Secebis kegembiraan buat saya masa tu, dan terus ke kedai beli majalah tu hehe.
Ia memang impian saya sejak sertai ABDR iaitu artikel saya tulis dapat masuk majalah smile emoticon oh yer, artikel penuh ada dalam eBook Yeay! Mama Sudah Resign.
Alhamdulillah, mak beransur sihat, walaupun tidak lagi seperti dulu. Kami terima ketentuanNya. Kini, mak bersama saya kat rumah. Terima kasih Allah, atas peluang ini.
Dalam bisnes online, saya bermula dengan blog dari tahun 2011 hinggalah sekarang. Dan ia memang medium utama yang saya gunakan dan saya paling suka.
Inilah antara sebab kenapa blog tu penting. Bagaimana penulisan di blog dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan bulanan, bina tribe, berbisnes dan berkarya.
Terima kasih Akademi Bekerja di Rumah untuk peluang ni. ABDR adalah platform untuk wanita memulakan bisnes online dan membina empayar mereka. Asalkan kita konsisten dan sabar, InsyaAllah, pasti boleh.
Blog rasmi ABDR saya:
http://rahayu-abdurashid.blogspot.my
http://rahayu-abdurashid.blogspot.my
Subscribe to:
Posts (Atom)