Pages

Saturday, January 25, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog : Lenny Boniface

Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor
Sumber:http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/2014/01/ulasan-kelas-asas-blog.html


Ulasan Kelas Asas Blog

Salam.

Alhamdulillah.

Sekali lagi, Alhamdulillah, saya telah mencapai 44 entri. Diberikan kelapangan oleh Allah dan juga digerakkan hati saya olehNya untuk berusaha pada tugasan ini. Alhamdulillah.

Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman di dalam kelas Asas Blog ini. Kelas yang dilakukan secara online adalah sesuatu yang memang suatu kelainan bagi saya. Saya sangat suka belajar dan paling suka sekiranya ada guru mengajar di depan saya. Namun, kelas kali ini secara online. Maka, sangat mencabar daya tahan diri kita. Bayangkan, kalau ada cikgu depan mata, kita akan buat kerja kan. Jika cikgu tiada, kita tak buat kerja rumah. Senario biasa kan. Tetapi, di kelas Asas Blog ini, kita tak bertemu dengan guru pun. Tak nampak guru pun. Jadi semuanya atas nawaitu kita, kehendak kita, keazaman kita untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Jujur saya katakan, saya pun liat juga nak siapkan tugasan. Mana nak fikir tugasan, mana nak fikir bisnes Shaklee saya, mana nak fikir anak kecil saya, mana nak fikir kerja hakiki, mana nak kemas rumah... Banyak kan nak difikirkan? Tetapi akhirnya, setelah saya 'tune' pemikiran saya, saya akhirnya berjaya menyusun-atur agenda harian saya. Bukan senang ya. Bukan sehari dua punya kerja. Tetapi hari-hari kena 'tune' minda kita. Sekarang saya tengah 'tune' minda pulak untuk membuat jualan tinggi bagi bisnes Shaklee saya.

Benarlah kata lagu "Jika kau fikirkan kau boleh.." (tak ingat tajuk lagu). Tetapi itulah dia. Kita yang harus set-kan minda kita untuk mencapai kejayaan. Kita harus percaya kita boleh, dan harus berusaha mencapai kejayaan. Tak kira apa status kita di dunia ini.

Berbalik kepada kelas Asas Blog, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada mentor/guru saya Nurzahwani Mohd Nor, atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah dapat membalasnya. Mentor-mentor/guru-guru di Akademi Belajar dari Rumah, adalah guru-guru yang berdedikasi dan berusaha membantu golongan ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita untuk mencapai cita-cita mereka, untuk berjaya. Pokok pangkalnya adalah nawaitu dan kesungguhan pelajar untuk mencapai kejayaan.

Kelas Asas Blog ini adalah peluang yang keemasan untuk golongan surirumah untuk mencari pendapatan sampingan cuma dari ruangan selamat di rumah sendiri. Usah difikirkan ketakutan atau kerisauan anda dalam menyertai kelas online di Akademi Bekerja dari Rumah. In shaa Allah semua dapat diselesaikan dengan lancar. Berdoa banyak-banyak moga-moga Allah permudahkan usaha kita, wanita-wanita yang ingin bekerja dari rumah untuk membantu kewangan keluarga.

Friday, January 24, 2014

Penulisan kreatif

Teks : Snh Nurulhusna

Teruja apabila didedahkan dengan dunia blog semasa di Kelas Asas Blog dan Penulisan, lantas saya mengintai untuk menempatkan diri di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif pula. Kedua-dua kelas ini kedengaran seperti serupa namun 'udara'nya berlainan sekali. Memang tidak bosan kerana kedua-duanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Seandainya ada rezeki dan kemampuan, mahu saja saya bolot rekod mendaftar semua kelas yang ada di ABR. Tamakkan ilmu tidak mengapa rasanya!

Masih terkial-kial di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah namun usaha tetap usaha. Saya tidak pandai menulis, dan kelas-kelas ini untuk menjadikan saya terbiasa dengan aktiviti menulis kerana sejarah telah membuktikan, orang-orang yang berjaya terdiri daripada penulis. Saya ingin berjaya, jadi teori yang mudah, hendak berjaya mesti menulis. Tulis apa? Mungkin sesuatu yang boleh menaikkan motivasi saya sendiri dan dalam masa yang sama boleh dikongsikan dengan insan lain di samping menggalakkan saya memburu ilmu. Jikalau tiada 'input' manakan pula hendak keluar 'output'nya.

Dengan menulis juga membuatkan saya berfikir beberapa kali sebelum menyasar dalam tindakan mahupun kata-kata. Syukur Alhamdulillah, salah satu ciri yang dikesan dalam kelas online ini ialah mesra pelajar dan contoh yang diberikan amat mudah difahami. Saya amat kagum kerana kebanyakan penulis yang berpengalaman dalam penulisan pun masih mendaftar untuk belajar di kelas di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor.

http://tamsilankehidupan.blogspot.com/ 

Testimoni Bergambar Pelajar Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes)

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : wall facebook Lela Khalil


"Haah betul la.. Bila search bisnes pastri kat google keluar blogwww.norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com kat atas sekali.. X sangka.. Syukur ya Allah.. Niat tulis blog sekadar utk berkongsi maklumat dan pengalaman. Buat bisnes ni pun baru 5 bln.. Byk lagi yg akan dikongsi.. Insyaallah.. Sgt tenang kalau dapat bantu tambah nilai hidup org lain "



Thursday, January 23, 2014

Membantu surirumah bermula dengan penulisan blog

Sumber: http://firdaosmohdrawi.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-blog-puan-masayu-ahmad.html
Adat orang yang tidak tahu mestilah perlu berguru. Guru yang  mempunyai kemahiran merupakan satu nilai tambah  bagi seseorang pelajar. Setelah beberapa bulan berguru dengan Puan Masayu Ahmad dalam pembinaan blog akhirnya blog rasmi saya lahir. Mendapat bimbingan secara berterusan walaupun tidak pernah bertemu secara berhadapan.
   
              Medium yang ada pada hari ini seperti internet dan facebook membolehkan kaedah belajar jarak jauh terlaksana dengan baik. Walaupun boleh belajar daripada sifu-sifu youtube tetapi belajar daripada kak MasAyu Ahmad juga menarik.

            Secara keseluruhanya 95% anak murid Puan MasAyu Ahmad adalah wanita. Mungkin tuah saya diterima sebagai murid walaupun saya adalah seorang Adam dan bukan Hawa. Namun begiu melalui kelas asas penulisan blog ini, barulah saya dapat tahu kepentingan penjenamaan nama sebelum menggunakan blog dan sebagainya. Selain itu sedikit sebanyak melalui kelas ini, telah mendorong saya lebih yakin untuk menulis walaupun saya bukan seorang penulis dan buka pelajar sastera Bahasa Melayu tika di bangku sekolah dahulu.

        Adat belajar perlu berguru adalah istilah yang sangat penting agar tidak tersasar. Jika tersasar sudah pasti diulam dengan teguran daripada guru. Permata yang ditabur ketika miskin idea sangat bernilai. Semoga kelas ini berterusan kerana pada pandangan saya yang daif ini ia telah dapat membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Dunia yang berbeza ketika ini memberi peluang dan ruang kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa untuk berjaya melalui penulisan blog.

   Terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad atas kelas asas yang memberi input yang baik pada diri saya. Semoga kelas ini berterusan memberikan impak positif kepada masyarakat.

Sunday, January 5, 2014

Ulasan Pelajar Kelas Blog Bisnes - Nur Sayyidah

Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog Bisnes

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Nur Sayyidah Yahya 
Sumber : http://sayyidahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas


Kelas Asas Membuat Blog : Dari kaca mata saya
Hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan pada tahun 2014. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Pertambahan tahun ini bermakna usia kita juga bertambah. Mogo tahun ini kita semua menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik dari semalam. Moga amalan kita makin bertambah dan kita berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.
Sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita dan kita sebagai hambaNYA haruslah berusah untuk mencapai apa yang dirancang dan berserahlah kepadaNYA. Saya merancang untuk selesaikan semua tugasan dalam kelas Belajar Asas Blog bersama cikgu Anys sebelum tahun 2014 menjelma. Tetapi malangnya saya tidak dapat selesaikan semua tugasan tersebut seperti yang dirancang. Moga saya terus diberi kekuatan untuk selesaikan semua tugasan ini.
Sesungguhnya saya tidak pernah terduga untuk menyertai kelas ini. Tapi itulah yang telah tersurat untuk saya. Perkenalan saya dengan cikgu Anys Idayu Zakaria adalah dirancang oleh ALLAH. Saya mengenali cikgu Anys di blog Akedemik bekerja di rumah. Blog ini amat menarik minat saya kerana perkataan bekerja di rumah sungguh dekat dengan hati saya. Sebab itulah impian saya…bekerja dari rumah…mogo impian ini di makbulkan oleh ALLAH.
Impian saya untuk membuat blog kerana saya begitu teruja untuk memulakan bisnes Shaklee bagi membolehkan saya mencapai impian saya untuk bekerja dari rumah. Di kelas asas membuat blog ini saya diajar tentang cara-cara untuk membina blog bermula dari awal sehingga saya berjaya menghasilkan blog walaupun saya bukanlah seorang yang mahir IT. Teknik-teknik yang digunakan amatlah mudah difahami. Sekiranya terdapat persoalan, saya boleh menghubungi cikgu Anys pada bila-bila masa. Cikgu Anys adalah seorang yang mudah mesra dan sabar melayani setiap pertanyaan saya.
Kelas ini amatlah mesra kelurga…kerana saya tidak perlu keluar tinggalkan keluarga untuk hadir ke kelas…cukup sekadar luangkan sedikit masa di depan PC. Segalanya dilakukan secara dalam talian. Sungguh mudah. Tidak dinafikan, untuk membina satu blog kita boleh belajar sendiri berpandukan internet, tetapi belajar tanpa guru amatlah berlainan dengan belajar dengan seorang guru yang mahir. Dengan adanya seorang guru kita dapat menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat bertukar-tukar pandangan.
Kata kunci penting yang diajar oleh cikgu Anys adalah gunakan nama penuh sendiri seperti yang tertera di IC untuk hasilkan blog dan email bagi memudahkan proses penjenamaan diri. Kepada semua yang ingin membina blog untuk perniagaan ataupun sekadar untuk berkongsi ilmu, bolehlah berhubungi n cikgu Anys. Percayalah anda tidak akan rugi mempelajarinya. Semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsikan dengan orang yang memerlukan.

10 tip bisnes itu seronok


Sumber:http://zunairahghani.blogspot.com/2013/12/10-tips-menjadikan-perniagaan-satu.html

10 Tips menjadikan perniagaan satu perkara yang menyeronokkan

Selamat Tahun Baru 2014. Macam - macam perkara telah berlaku dan menjadi sejarah pada tahun 2013. Pada tahun 2013 jugalah saya menceburkan diri secara aktif dalam perniagaan walaupun masih bertugas dalam pekerjaan lain. Antara punca saya meneruskan perniagaan ini adalah kerana ia menyeronokkan. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana menjadikan perniagaan satu perkara yang menyeronokkan dan tidak membosankan.

1. Pilih bidang perniagaan yang sesuai dengan kemampuan kita untuk mengendalikannya. Contohnya: perniagaan secara talian atau dropship bagi yang bekerja sepenuh masa.

2. Apabila tiada order daripada pelanggan, cuba penuhi masa dengan mendalami produk jualan kita terutama dari segi kebaikannya dan fungsinya. Tambah ilmu produk sebaik mungkin.

3. Sentiasa membaca cerita kejayaan - kejayaan orang lain sebagai motivasi . Pendek kata baca semua cerita yang positif sahaja kerana auranya pasti berbeza.

4. Bagi yang Muslim, sentiasa berhubung rapat dengan CEO paling Agung iaitu Allah s.w.t dalam sebarang urusan perniagaan dan yakinlah rezeki itu hanya dariNya.
"Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah memudahkan segala urusan kita".

5. Masukkan amalan sedekah sebagai amalan wajib setiap hari hatta sedekah kepada ibu bapa dan anak - anak sekalipun kerana ia sangat dituntut agama. Ingat tak, 1 sedekah akan diberi 10 ganjaran.

Teringat kisah seorang sahabat saya, yang bersedekah RM5.00 di saat dia juga kesempitan wang, namun apabila pulang ke rumah bertemu dengan RM50.00 yang terselit dan muncul entah dari mana. Jadi percayalah, dengan bersedekah, anda tidak akan rugi malah anda akan menjadi lebih kaya. Kaya jiwa dan lebih seronok.

6. Menukarkan pelanggan anda sebagai sahabat baik anda. Ini adalah yang paling menyeronokkan. Apabila kita ikhlas berkawan, kita pasti akan mendoakan sahabat kita, dan pastinya para malaikat akan mendoakan kita pula. Seronok kan.

7. Sentiasa update diri dengan ilmu perniagaan yang baru. Mencuba sesuatu yang baru sangat mengujakan. Rebut peluang yang datang dan jangan lepaskannya.

 Contohnya sertai kelas membina blog kelolaan Cikgu Zaila. Sangat seronok kerana kita akan bertemu rakan - rakan baru yang turut berniaga dengan pebagai jenis produk. Banyak pengalaman yang dapat dikongsikan. Jadi anda pasti rasa anda tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran perniagaan.

8. Berfikiran positif .

Ini adalah perkara yang paling susah untuk dilaksanakan tetapi percayalah apabila anda telah melepasi tembok takut dalam diri, anda akan merasakan semuanya mudah dan seronok. Perkara positif yang saya dapat apabila berniaga, saya lebih yakin diri untuk bercakap dan mengiklankan produk walaupun hakikatnya saya seorang pensyarah. Saya mempunyai masalah takut untuk salah sebelum saya berniaga, namun sekarang, saya lebih optimis dan lebih redha dengan sebarang keputusan. Malah saya lebih berani mengutarakan buah fikiran saya di pejabat berbanding saya yang lama dan saya tidak sedih apabila pendapat saya dibangkang atau tidak dipandang. Sekurang - kurangnya saya telah mencuba. Ia lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

9. Senyum dan ucapkanlah Alhamdulillah sebelum memulakan sebarang urus niaga walaupun secara talian. Yakinlah, pelanggan anda akan nampak keikhlasan senyuman anda di sebalik skrin komputer anda.

10. Percaya dengan rezeki perniagaan 9/10 . Berniagalah dengan jujur. Yakinlah perniagaan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan beruntunglah kerana anda orang yang terpilih.

Kongsikan. Semoga ia bermanfaat.

Dari usahawan Shaklee yang setahun jagung tetapi berjiwa besar. Komen atau hubungi saya jika ada teguran.

zunairahagi@gmail.com
Guru online: Zaila Mohamad