Pages

Friday, October 30, 2015

AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, KOREA DAN MALAYSIA

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
http://khushartinikamarulzaman.blogspot.kr/2015/10/akademi-bekerja-di-rumah-korea-dan.html
http://khushartinikamarulzaman.blogspot.kr/2015/10/akademi-bekerja-di-rumah-korea-dan.html


Saya telah menjadi surirumah selama hampir 3 tahun. Selama itulah, saya hanya bergerak sendiri.
Jatuh bangun sendiri, kadang-kadang terasa sunyi apabila anak-anak ke sekolah ataupun tidur.
Tambahan pula apabila tinggal di Korea Selatan ini, suami amat sibuk bekerja tidak kira siang atau malam, hujung minggu apatah lagi hari biasa. Sewaktu saya menulis draft entri melalui telefon ini, dia sudahpun berpagian di hadapan laptop menyiapkan kerja dari rumah lagi. Hendak keluar ke pejabat sekarang, suhu pagi sudah pun mula sejuk musim luruh.
Semasa di Malaysia, saya ada ramai jiran-jiran yang surirumah seperti saya. Semuanya pernah bekerja dan berhenti seperti saya juga untuk fokus pada keluarga.
Berbanding di sini, saya banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Berjumpa orang Malaysia lain ketika ada urusan atau apa-apa majlis atau mungkin juga terserempak di Itaewon, tempat membeli daging Halal.
Sehinggalah saya berjumpa dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini, hidup surirumah saya lebih bermatlamat. Dari hanya menguruskan rumahtangga dan mengambil tempahan jahitan beg kecil-kecilan serta menulis blog ala kadar, saya akui saya sekarang lebih fokus menulis dan konsisten dengan label entri blog.
Saya juga tahu tujuan menulis dan sasarannya. Penceritaan dan bahasa penulisan juga sudah ada perubahan positif. Saya sertai kelas asas penulisan blog dan kelas asas blog bisnes dengan ABDR ini dengan rela hati dan semestinya selepas berbincang dengan suami mengenainya.
Suami saya yang mula-mula mendorong saya membuat sesuatu untuk isi masa lapang terutamanya apabila anak bongsu kami sudah makin membesar dan dia akan berumur 4 tahun pada tahun depan. Jadi ABDR ini lah yang muncul di saat saya mencari.
Ada kawan-kawan yang tanya pada saya bagaimana saya boleh sertai kelas ini sedangkan cikgu saya di Malaysia dan saya di Korea? Kelas one-to-one ini dijalankan sepenuhnya online melalui email, Facebook, Whatsapp ataupun FB Messenger.
Kelas yang fleksible, tiada tekanan dan santai membolehkan saya menyusun masa harian saya untuk kelas. Saya hanya uruskan keluarga seperti biasa dan hanya menggunakan telefon dan laptop sahaja dan yang paling penting ianya boleh dilakukan tanpa keluar rumah. Jika saya tidak sertai kumpulan sokongan suri inipun, saya masih lagi menggunakan internet dan Facebook. Jadi apa salahnya jika saya hanya "tukar" sedikit aliran penceritaan dan penulisan di blog dan juga di Facebook.
Dalam masa yang sama, saya juga boleh berkongsi produk-produk ABDR seperti Ebook, Kelas-kelas online dan juga sertai bisnes dropship buku. Semuanya hanya dibuat dari rumah dan saya masih lagi di Korea dan cikgu saya di Malaysia.
Yang penting, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Semoga bermanafaat.
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan ABDR ini, boleh hubungi saya sebagai pengurus online di tinicraft@gmail.com.
Terima kasih.

Thursday, October 29, 2015

Akademi Bekerja Di Rumah

Alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan kalian.


Kami bergabung dan berukhwah.


Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior.


Semuanya Online.
.
AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
--------------------------------------------------
Ia merupakan Akademi yang berjalan 100% secara online.
Sudah lebih 1000 pelajar mendaftar dan belajar di ABDR secara online dan offline.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Monday, October 12, 2015

Belajar Ilmu Pemasaran Media Percuma Dalam Kelas Online ABDR

Ulasan : Kelas Asas Blog bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks : Nuraida Mohd Harith

Diperkenalkan oleh : Nur Balqis Qahira
Guru Online : Anys Idayu Zakaria

Kelas ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad untuk belajar membina blog  dan fanpage. Masanya yang fleksibel membolehkan kita belajar dalam suasana yang selesa mengikut kesesuaian masa kita.

Terdapat nota-nota yang dilengkapi gambar langkah demi langkah yang mudah dirujuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun kita hanya belajar secara online, setiap tugasan kita akan dikawalselia oleh seorang guru. Ini bermakna, tugasan kita itu akan disemak bagi tujuan penambahbaikan.

Dengan yuran hanya sekali seumur hidup, pakej yang ditawarkan adalah amat berbaloi kerana kita akan dibimbing sehingga berjaya.

Antara ilmu yang boleh dipelajari dari kelas ini ialah ilmu pemasaran menggunakan media secara percuma. Antaranya ialah bagaimana untuk membina sebuah blog yang disukai pembaca dan menukarkan pembaca kepada pembeli. Selain dari belajar membina blog, kita juga akan diajar bagaimana untuk membina fanpage dan seterusnya membuat pautan antara blog, fanpage dan juga Facebook.

Antara ilmu baru yang amat menarik untuk dipelajari ialah bagaimana kita boleh setkan tarikh dan masa untuk entri atau status keluar atau diterbitkan pada masa yang kita inginkan. Terdapat aplikasi khas untuk menjadualkan status Facebook. Ini bermakna, walaupun kita jarang dapat online, status kita masih sentiasa aktif dengan bantuan aplikasi ini. Aplikasi ini dinamakan sebagai 'Buffer'.

Bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjana pendapatan tetapi masih belum mempunyai produk, terdapat urusniaga online yang boleh dipilih sebagai produk. Antaranya ialah produk sunnah, buku, ebook, ruang iklan dan juga peluang menjadi pembantu kelas. Antara kelebihan lain ialah ia mempunyai jaringan bisnes secara online yang terdiri dari jemaah ABDR. Jadi kita berpeluang untuk berkenalan dengan pengedar dan kenalan baru seterusnya membuka peluang bisnes yang lebih besar.

Antara topik kegemaran saya ialah tips 40 kata kunci carian di Google. Ia membolehkan entri yang diterbitkan keluar di muka pertama carian google. Seandainya kita dapat menguasai tips ini dan entri kita sudah dapat dicari di muka pertama, ia menunjukkan tanda aras bahawa kita telah berjaya menguasai penjenamaan diri secara professional.

Alhamdulillah. Walaupun masih baru dalam dunia bisnes, dengan mengikuti kelas ini, saya dapat menjana pendapatan dari rumah dengan membuat pemasaran secara percuma melalui blog, fanpage dan Facebook.



Sunday, October 11, 2015

SEBELUM DAN SELEPAS SERTAI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Entri 52
 
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
http://khushartinikamarulzaman.blogspot.kr/
 
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga mencari celahan masa dan curahan idea untuk menulis entri pada kali ini. Saya sebenarnya sudah lama ingin membuat entri ini, tetapi idea terbantut dan saya meneruskan tulisan yang lain.
 
Saya simpan screenshot ini sejak dari 13 September yang lalu, tarikh blog baru saya ini mencecah "umur" sebulan. Beberapa tahun sebelum ini, saya sudah mempunyai dua blog iaitu satu blog perihal personal (ibtisamfarah.blogspot.com) dan blog kraf saya (tinicraft.blogspot.com). Namun, saya tidak pernah kisah berapa jumlah pageviews yang saya dapat, hanya teruja apabila ada penambahan  follower baru. Saya juga tidak pernah "menjenguk" ruangan statistik ini untuk membuat analisa blog.
 
Saya sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada 15 Ogos 2015 dan paparan statistik di bawah adalah bermula tempoh tersebut sehingga tarikh 13 September 2015. Hampir sebulan jangkamasa saya bermula.
 
Alhamdulillah jumlah pageviews yang saya dapat ialah 6,653 kesemuanya. Manakala jumlah paparan mengikut entri adalah di luar jangkaan saya. Jumlah tertinggi adalah 703, diikuti 649 dan seterusnya 620 dan seterusnya. Mungkin jumlah ini tiada apa jika dibandingkan dengan penulis blog lain tetapi bagi saya, ianya cukup bermakna.
 
Saya dapati pembaca gemar membaca kisah perkongsian peribadi yang mungkin boleh menjadi pengajaran/inspirasi kepada orang lain. 
 
Kalau diikutkan, sebelum ini juga saya suka kongsikan kisah saya dan keluarga terutamanya sekarang di Korea dan mungkin perkongsian sebelum ini adalah kosong. Saya lebih kepada menulis untuk "menyimpan" rekod dan cerita untuk dibaca oleh saya atau anak-anak kemudian hari.
 
Selepas saya sertai ABDR ini melalui pakej kelas blog penulisan dan kelas blog bisnes, saya mula terbuka minda untuk menulis sambil memberi manafaat. Selain berkongsi kisah, saya selitkan apa pengajaran yang saya dapat supaya orang lain boleh mengambil iktibar dengan kisah saya.
 
Dalam tempoh masa yang singkat bersama ABDR ini, sudah banyak yang saya pelajari dalam dunia penulisan blog. Dengan sesi belajar yang santai dan tiada tekanan ini, saya amat teruja untuk menerokai kumpulan sokongan suri ini dengan lebih dalam lagi.
 
Pengasas yang hebat latarbelakangnya, guru yang tidak pernah jemu mengajari saya, rakan-rakan keluarga ABDR yang bukan calang-calang orangnya, semuanya membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk menulis dan terus menulis.
 
Kisah kita mungkin tidak sama.
Kisah kita mungkin tidak serupa.
Kisah kita mungkin tidak seirama.
 
Jadi, tidak salah berkongsi untuk sama-sama ambil manafaat, pengetahuan dan pengajaran.
 
Semoga kita sama-sama istiqamah dengan apa jua yang kita lakukan. In shaa Allah.
 

 
 

ABDR Komuniti Untuk Ibu Bekerja Di Rumah

Ulasan Kelas Blog Bisnes Penulisan

Teks & Foto : Rosilawati Wahid
Saya mula menulis blog dari tahun 2008 (mulanya di sini). Waktu itu tiada panduan, tiada komuniti, tiada cikgu yang membantu. Semuanya redah sendiri. Niat hanya untuk berkongsi ilmu yang sedikit dengan orang lain yang punya hobi dan minat yang sama.
Dari blog tersebut dapat berkenalan dengan sahabat baru yang rata-rata daripada minat yang sama. Sahabat baik dari Kota Kinabalu juga berjumpa di lapangan blog tersebut. Alhamdulillah, ukhwah yang terjalin kekal hingga ke hari ini.
Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah sejak 2012. Terpaksa berhenti kerja kerana anak-anak telah meningkat remaja dan perlukan perhatian yang lebih istimewa. Jadi saya rasakan saya perlu berada di dalam sebuah komuniti yang dapat membimbing, kumpulan yang merupakan kumpulan sokongan untuk membantu saya di dalam pengurusan sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah.
Sekitar penghujung Mac 2015 bermula daripada perkongsian rakan fesbuk (Cik Azue) berkenaan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) seterusnya membawa kepada perkenalan dengan cikgu Anys iaitu salah seorang pengurus online akademi bekerja dari rumah timbul minat untuk bergabung dengan komuniti ini.

Saya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan. Terus mendaftar untuk menyertai akademi bekerja dari rumah bermula April 2015. Sejurus mendaftar saya menerima pautan untuk lima buah ebook. Saya juga diserap masuk ke dalam kumpulan akademi bekerja dari rumah kelolaan cikgu Anys.

Di dalam komuniti akademi bekerja dari rumah saya diajar cara menulis blog dengan betul. Panduan langkah-demi-langkah bergambar disediakan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang baru hendak belajar membina blog sendiri. Saya juga diberikan soalan analisa untuk dijawab dan dari situ akan menentukan minat dan kecenderungan kita.

Blog saya lebih menjurus kepada minat dalam seni jahitan dan ianya membuatkan saya lebih fokus kepada tajuk yang diberi. Tidak macam sebelum ini menulis blog caca-marba. Berpandukan soalan kaji selidik yang dijawab juga, kita akan tahu kekuatan blog kita di mana. Jadi segala penulisan atau perkongsian akan menjurus ke arah topik yang diberi oleh pengurus online.
Memandangkan saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak yang masih kecil, masa saya agak terhad. Saya juga agak sukar untuk menghadiri kelas yang diadakan secara offline. Akademi bekerja dari rumah ini sangat sesuai untuk situasi saya.
Kelas akademi bekerja dari rumah ini kerana ianya sangat fleksibel. Semuanya dilakukan secara online. Tugasan akan diberikan dan berapa pantas anda hendak menyiapkan tugasan yang diberi anda tentukan sendiri. Tiada paksaan, segalanya anda yang tentukan. Segala kekeliruan yang timbul sepanjang kelas berlangsung akan ada sokongan. Hanya perlu menghantar soalan melalui pesanan di facebook dan segalanya akan dijawab oleh cikgu Anys. 
Walaupun baru enam bulan selepas penjenamaan semula blog, ianya sudah pun menampakkan hasil. Blog saya sudah mula dijejaki. Tajuk utama blog adalah tutorial jahitan dan dalam masa yang sama berkongsi catatan harian dan juga catatan pengalaman sebagai panduan
Semoga sedikit ulasan saya ini dapat membuka ruang dan peluang untuk lebih ramai lagi suri yang akan atau telah berhenti kerja dan ingin bekerja dari rumah mencipta kejayaan sendiri dengan sokongan komuniti akademi bekerja dari rumah ini. 
Kita semua mempunyai keistimewaan sendiri, jangan bataskan kemahiran diri. Anda mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran dan kebolehan yang ada.

Semoga bermanfaat.

Saturday, October 3, 2015

Ulasan e-book Kelas Asas Blog oleh Ana Sarina Abu Bakar

Semalaman saya mengamati e-book. Membaca dan memahami tujuan dan kepentingan sebuah blog. Bagi pendapat saya, blog adalah bergantung bagaimana penyampaian penulis di dalam sebuah blog. Namun dengan kewujudan Asas Blog dan Penulisan Kreatif, ianya dapat menyalurkan ilmu asas blog dengan lebih terperinci kepada blogger-blogger agar segalanya terhasil dengan lebih berkualiti.



Bukan semua yang memiliki blog adalah surirumah. Malah mereka yang masih menuntut dan ada juga yang sudah berkerja turut berjinak-jinak mencipta blog, sama ada ianya merupakan blog peribadi atau bertujuan bisnes. Keberanian itu amat penting dalam merealisasikan impian mereka. Berbeza dengan saya, saya mencipta blog kerana minat yang mendalam terhadap penulisan kreatif. Bagi saya, dengan cara itu saya dapat memperbaiki dan memantapkan lagi penulisan, di samping menzahirkan idea-idea yang bersarang di minda.



E-book banyak membantu mereka yang masih tercari-cari teknik yang betul dalam penghasilan blog. Ilmu itu penting bagi menarik kepercayaan pengikut-pengikut blog mereka. Blog yang sederhana penampilan dan punya isi yang padat adalah blog yang paling di gemari. Bukan tidak perlu penyeri atau gadjet blog tetapi pengikut-pengikut blog lebih gemar tidak menunggu masa yang lama untuk menghayati isi kandungan blog.



Akhir kalam, Sesiapa sahaja boleh mencipta blog namun pastikan tujuan sebenar blog itu di cipta, semoga segalanya dimanfaatkan ke arah kebaikan agar dapat dikongsikan pekara-pekara yang baik. Ikutilah kelas penulisan blog untuk lebih mempelajari teknik penghasilan blog dan dengan ilmu itu juga kita akan lebih berani untuk mencipta blog yang berkualiti dan lagi dipercayai.

Friday, October 2, 2015

Alumni ABDR Selangkah Ke Hadapan

Assalamualaikum.

Aiza Zizan, seperti yang diketahui merupakan seorang pengarang yang prolifik, juga editor yang berkaliber serta berpengalaman luas. Penglibatannya di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif sebenarnya langsung tidak merendahkan kredibilitinya seperti perumpamaan ular menyusur akar, takkan hilang bisa.

Kehadiran beliau sebenarnya, menyuntik semangat buat rakan sepasukan dengan kelebihan ilmu yang dikongsinya. Kini beliau bergerak selangkah lagi dengan menerbitkan karyanya sendiri 100% tanpa berpayung dengan mana-mana penerbitan.

Koleksi cerpen kanak-kanak ini berharga RM15 dan boleh didapati dengan menghubungi beliau sendiri.

Thursday, October 1, 2015

Ulasan E-Book Asas Blog oleh Siti Zaiton Ahmad

Teks : Siti Zaiton Ahmad
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum salam sehati sejiwa semua. Bismillah.

Meneliti e-book yang telah saya baca rata-rata penulis blog menyatakan mereka telah menempa kejayaan yang besar setelah mempelajari  Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Malah membuatkan mereka terkenal di antara blogger.  Apa yang sangat penting sebenarnya ialah konsisten dalam mengendalikan masa. Maklumlah kebanyakan penulis blog ini suri rumah yang kerjayanya tidak pernah habis. 


Alhamdulillah saya nampak banyak kebaikan yang diperolehi antaranya ilmu yang bermanfaat yang dapat di guna pakai dalam perkongsian pengalaman. Penulisan yang santai dan memikat pastinya dapat menambat hati pembaca yang sudah mula berminat.

Di samping mendapat maklumat, pengalaman dan perkongsian cerita-cerita harian ianya juga dapat penambahbaikan dari segi pengiklanan. Sekiranya kita ada kemahiran dalam bidang masakan contohnya dapat kita tonjolkan jenama perniagaan kita agar khalayak di luar sana boleh berintraksi dan cuba mendapatkannya melalui perniagaan on line yang kini berleluasa. Hidup akan bertambah nikmat kawan bertambah ramai , duit pun dapat.  Makin berertilah kehidupan ini. Bak kata pepatah ‘sambil menyelam sambil minum air’

Dalam apa bidang sekalipun kalau kita berusaha bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasilnya. Tidak kiranya dalam penulisan cerpen atau sebagainya. Resepinya adalah kerajinan dan keyakinan diri yang tinggi. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pembelajaran Asas Blog ini sebagai pemangkin ke arah kejayaan itu. Kita yang kena tentukan hala tujunya iaitu mahu atau tidak untuk berjaya.

Seperkara lagi kita dapat menyuntik motivasi apabila membaca kejayaan orang lain di blog mereka. Ia juga kan meningkatkan daya saing untuk menikmati kejayaan dengan cara kita tersendiri. Semoga dengan adanya e-book ini kehidupan kita yang dulunya suram akan bersinar dan kita dapat melangkah jauh ke hadapan dengan penuh matlamat dan bijaksana untuk mencapai wawasan.


Sekian terima kasih, jumpa lagi.