Pages

Thursday, August 28, 2014

Ulasan Kelas Blog Bisnes

Ulasan Kelas Blog Bisnes
Guru Online : anys idayu zakaria
Protege : Umi Arbee
sumber : http://panduansuribekerjadirumah.blogspot.com/2014/06/bagaimana-menempatkan-diriblog-di.html

Bagaimana menempatkan diri atau blog di carian teratas?

Bismillah. Syukur Allah dengan kuasaMu.
Blog yang hampir setahun diusahakan berada di tangga pertama, mukasurat pertama untuk carian google kata kunci qaseh gold bangi. Jujurnya saya mendapat ramai customer alam maya melalui blog. Kata mereka..jumpa di google. Bagaimana lakukannya?
Pokoknya ialah:
♧Pokok nombor 1. Menulis tentang kebaikan qaseh gold, bukannya kehebatan atau nawaitu menjual semata-mata. Sebarkan kebaikan. Usah segan. Bukan anda seorang yang tidak tahu. Masih ramai yang tidak tahu. Ini salah satu contoh cara menerangkan mengenai kebaikan habbatussauda' yakni salah satu ramuan dalam qaseh gold.
♧Pokok nombor 2. Tajuk adalah sangat penting. Fikirkan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Tempatkan diri dalam kasut pembaca. Apa yang pembaca mahu tahu. Misalnya menyebut tentang qaseh gold, ia ialah produk makanan. Untuk menelan makanan melalui tekak masuk ke perut semestinyalah apa yang ingin diketahui ialah kandungannya. Letakkan tajuknya..kandungan atau ramuan qaseh gold.
♧Pokok nombor 3. Bercerita dalam penulisan kita. Elakkan promosi iklan misalnya jualan murah, beli 2 percuma 1 atau sementara stok masih ada secara terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan. Selitkan dengan cerita, nasihat atau tips yang berguna.  Ini salah satu contoh cara bercerita perihal anak dengan menyelitkan iklan tonik rambut secara santai.
♧Pokok nombor 4. Jadilah lebih kreatif. Jangan sempitkan pada penulisan sahaja. Gunakan gambar yang menarik, audio atau video. Ini salah satu contoh cara menulis tentang qaseh gold menyokong penyusuan susu ibu dengan bantuan video.
♧Pokok nombor 5. Pertukaran link blog. Inilah untungnya bergabung dalam akademi. Setiap protege dan alumni wajib masukkan link sahabat akademi di blog masing-masing. Ini sangat-sangat membantu menaikkan blog kita. Walau bagaimanapun mesti rajin kemaskini blog.
Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.
Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi.
Saya terima kerana pokoknya:
♧tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
♧saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
♧pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
♧pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
♧cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|
Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah >>> http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Pengurus online ABDR

Saturday, August 23, 2014

Cerpen Di Majalah Wadah Siswa - Nur Syahidah Wan Mahassan (Alumni Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif)

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Nur Syahidah Wan Mahassan, adalah personaliti misteri di kalangan protege Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di dalam kelas saya. Kredibiliti beliau dalam bidang berblog memang tidak dinafikan. Sila klik di sini. Entri-entrinya pelbagai dan kedengarannya sangat tegas dengan pendirian beliau.

Sepanjang mengikuti kelas, dia bertanyakan saya sendiri, boleh tak satu-satu karya itu ditulis menggunakan watak satu jantina sahaja. Apa yang dimaksudkan ialah, dia tidak mahu ada sebarang percampuran jantina yang menjadikan karya itu rosak dan menjejaskan imej penulis di 'sana' esok.

Saya nyatakan, ia tak mustahil tetapi sukar. Kebiasaannya, walaupun tiada watak berlainan jantina, penulis masih cenderung untuk berimaginasi mengenai pasangan lawan jantina, kerana itu adalah realiti hidup. Berpasangan.

Namun, Nur Syahidah atau saya panggil Cikgu Syida, membuktikannya di dalam cerpen Cikgu Mawar. Kisah seorang guru yang buruk sangka terhadap pelajar asrama puteri yang mewakili suara generasi Y yang lantang dan tidak gentar mempertahankan pendiriannya.

Lebih menarik, cerpen ini memperlihatkan kemampuan guru muda ini menggunakan analogi istilah biologi dalam mengaitkan persoalan iman dan amal di kalangan pelajar. Selebihnya kenalah dibaca sendiri. Bukan puji lebih, tapi ini pengalaman saya sepanjang mengedit cerpen tersebut. Setidak-tidaknya, Cikgu Syida mengorak langkah menulis sesuatu di luar kotak.

Alhamdulillah.

Bagi anda yang ingin mengikuti kelas ini, hubungi mana-mana pengurus online (PO) atau mana-mana guru online di akademi dan pastikan anda ada DETERMINATION AND PASSION. Gajet semahal mana pun tidak akan membantu anda seandainya kedua-dua aset itu tiada dalam diri anda.

Thursday, August 21, 2014

Testimoni Protege Kelas Blog Bisnes

Testimoni Kelas Blog Bisnes
Protege dan Pengurus Online: Mahizan Nani
Guru Online: Aishah Hussein
Sumber: http://mahizannani.blogspot.com/2014/07/testimoni-pelanggan-uque-kids-station.html



Hari ini tiba-tiba rasa hendak memuatnaik sesetengah testimoni daripada pelanggan-pelanggan Uque Kids Station yang baik hati. Kebanyakan komen yang kami terima pastilah mengenai material baju yang sangat best (100% cotton) dan selesa (pastinya menyerap peluh yang sangat sesuai untuk kanak-kanak aktif) dan tidak lupa juga betapa efisiennya service kami (order hari ini, esok sampai). Sebenarnya kredit patut diberikan kepada pihak Pos Laju juga.

Sebagai orang baru dalam dunia niaga, mulanya saya sangka bulan puasa ni jualan kurang disebabkan kami hanya menjual baju tidur (pyjamas) dan bukannya baju raya. Tentunya di musim begini, baju raya kanak-kanak terutamanya baju kurung dan baju melayu yang menjadi sasaran pembeli. Namun sangkaan saya meleset sama sekali kerana hampir setiap hari ada sahaja jualan masuk. Syukur Alhamdulillah. Rupa-rupanya rezeki tetap ada bila-bila masa seperti yang Allah kehendaki. Sebagai hamba-Nya wajib kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan di bulan Ramadhan penuh berkat ini.



Wednesday, August 20, 2014

Ulasan Kelas Blog Bisnes - Siti Zawiyah Rahmat

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Siti Zawiyah
Sumber : http://sitizawiyahrahmat.blogspot.com/2014/08/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage-abdr.html

Ulasan kelas asas blog dan fanpage ABDR

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat


Sumber: Google

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru online saya, Puan Anys Idayu Zakaria.  Ini adalah tugasan terakhir iaitu membuat ulasan mengenai kelas asas blog dan fanpage Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pada awalnya, saya tidak pernah merancang untuk mempunyai blog. Saya selesa menjadi pembaca blog untuk mencari maklumat dan juga idea resepi masakan.  Memandangkan saya seorang yang tidak pandai mengarang dan menulis, niat berblog tidak pernah ada dalam kotak fikiran saya.  Apatah lagi tulisan saya akan dibaca oleh sesiapa sahaja, perasaan tidak yakin dan segan bercambah dalam fikiran.

Namun, setiap yang berlaku adalah perancangan yang rapi daripada Dia. Saya mula berjinak-jinak dengan blog apabila saya mula menjadi ahli kepada syarikat nutrisi yang terkenal iaitu Shaklee. Dari situ, saya mula berblog lantaran sokongan daripada upline saya.

Kata  upline saya, Puan Nurul Huda Mohd Najmi, jika ingin menambah pendapatan, saya mesti mempunyai blog sebagai medium yang efektif.  Ini kerana sasaran pelanggan lebih besar jika mempunyai blog. Sudah menjadi trend sekarang, ramai orang suka melayari internet. Mereka akan mencari apa-apa maklumat yang dikehendaki di internet kerana cara itu lebih mudah, cepat dan selesa.

Saya menyertai kelas asas blog dan fanpage untuk mempelajari cara memulakan blog.  Dalam ABDR masa untuk kelas tutorial adalah sangat fleksibel. Saya boleh belajar dan ulangkaji pelajaran pada bila-bila masa mengikut kehendak saya. Nota yang diberikan adalah jelas dan mudah untuk difahami.

Tugasan 44 entry penulisan di mana saya dikehendaki menulis sebanyak 44 entry, iaitu sehari sebanyak satu entry atau lebih. Tujuannya supaya pelajar dapat menulis secara konsisten, iaitu ciri-ciri yang mesti ada pada penulis blog untuk menarik minat pembaca dan menaikkan jumlah lawatan ke blog. Tugasan ini amat berkesan kerana ia membantu membina keyakinan diri dan mengasah bakat menulis. Saya juga diajar cara menulis dengan betul dan santai agar penulisan mesra pembaca bagi mengelakkan penulisan yang syok sendiri yang tiada isi dan manfaat.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan mempelajari ilmu ini daripada guru saya. Di kesempatan ini saya berharap lebih ramai peserta yang akan menyertai ABDR kerana ianya bagus sebagai ilmu asas berblog.



Sharing is caring,
Siti Zawiyah
0123639665

Tuesday, August 19, 2014

Fokus entri 44


Ulasan Entri 45

Sumber: http://nazifahjamil.blogspot.com/2014/08/ulasan.html
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA selesai sudah tugasan-tugasan yang diberikan oleh Akademi bekerja Dari Rumah iaitu saya berjaya menyiapkan 44 entri seperti mana yang telah ditetapkan. Bersyukur sekali lagi kerana diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seharian dan masih terus bernafas di muka bumi ini. Selama 4 bulan saya di ABDR, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati kerana kelas yang dijalankan secara fleksibel. Tiada had masa yang ditetapkan, di mana saja boleh menulis, yang penting ada internet.

Terima kasih di ucapkan kepada guru bimbingan saya iaitu Puan Masayu Ahmad selaku pengasas ABDR. Beliau banyak membantu saya, menjawab soalan saya tanpa jemu bertalu-talu di FB dan memberi kata semangat. Apa yang saya dapat daripada ABDR ini ialah dari segi menulis, InshaAllah tiada masalah. Kerana telah dilatih menulis sebanyak 44 entri. Cuma teknik-teknik yang lain seperti pautan dengan rakan-rakan blog, label, kategori, cara mencantikkan blog dan lain-lain lagi masih belum mahir dan saya perlu belajar lagi. Lagi pun saya perlu fokus menulis 44 entri dahulu, kata Puan Masayu.

Adakalanya bila masa terluang, saya membaca beberapa blog rakan-rakan yang lain. Seronok membaca kisah hidup orang lain. Walaupun kehidupan semua orang tidak sama, tetapi apa yang saya lihat matlamat kebanyakan rakan ABDR majoriti semuanya sama iaitu ingin menjadi Work at Home Mom (WAHM). Rata-rata semuanya ingin menjadi housewife fulltime. Begitu juga saya. Hanya wanita sahaja yang memahami wanita. Naluri dan fitrah semulajadi wanita ialah kembali ke rumah dan anak-anak. Dan itulah yang disyariatkan oleh Allah. Semoga impian kita semua tercapai, Aamin. Niat yang baik disusuli dengan usaha yang gigih pasti Allah tolong. InshaAllah pasti ada jalan.

Akhir kata, semoga saya terus konsisten dalam ABDR, berjaya mencapai impian saya, diberi rezeki yang luas serta ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan dapat berkongsi diblog ini untuk orang lain. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR. Semoga usaha beliau diberkati Allah, Aamin. Harapan saya agar ABDR ini terus maju kerana dengan adanya ABDR ini para suri berkongsi masalah, impian dan matlamat yang sama.

~Salam ukhuwah