Pages

Tuesday, September 10, 2013

Ulasan Kelas Teknik Blog Siap E-Book

Sumber: www.nurzahwanimohdnor.blogspot.com

Pelajar: Nurzahwani Mohd Nor
Pengajar: Puan Masayu Ahmad

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah, hari ini berjaya untuk mencoretkan pengalaman saya bersama kelas online Teknik Blog Siap e-book. Jujurnya saya sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya untuk mendaftar kelas ini. Permulaan cita-cita saya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa adalah pada sekitar tahun 2008-2009. Masa itu, saya baru mempunyai seorang anak. Perasaan untuk menjaga anak di tangan sendiri sangat meluap-luap, tetapi dipendamkan sahaja kerana takut dengan persepsi orang ramai.

Walau bagaimanapun, saya cuba mencari jalan untuk menjana pendapatan dari rumah. Pelbagai perkara saya lakukan. Menjual T-Shirt kanak-kanak, menjual tudung, mula belajar jahit dengan harapan dapat mengambil upah menjahit baju, menjual baju kurung kanak-kanak, menjual kerepek, dan yang paling terbesar sekali, saya mengeluarkan modal untuk bisnes printing T-Shirt dan cenderahati. Malangnya semua tidak menjadi. Benar bagai dikata, untuk memulakan perniagaan perlukan mentor yang betul untuk tunjukkan jalan.

Saya mula terpandangkan di internet berkenaan Jana Wang Dari Rumah yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Saya subscribe e-mail Puan Masayu Ahmad, tetapi hanya membaca sekali lalu. Tidak bersungguh. Dalam pada itu, kontrak saya bersama majikan telah tamat dan saya tidak pula mahu menyambung kontrak berkenaan. Nekad di hati saya untuk berhenti kerja walau pun tiada pendapatan. Ya. NEKAD.

Dari situ, saya korek balik e-mel Puan Masayu Ahmad berkenaan Jana Wang Dari Rumah. Di rumah, saya mula berjinak-jinak belajar menggunakan facebook. Dengan izin Allah, saya terserempak dengan iklan Puan Masayu Ahmad berkenaan kelas Teknik Blog Siap e-book. Berdebar-debar saya menghantar pesanan pertanyaan tentang kelas. Semuanya menggunakan perantara FB. Pada waktu ini saya memang belum pandai menggunakan FB. Apatah lagi membuat fan page.

Usai pendaftaran, Puan Masayu memberikan nota dan e-book sebagai modul pelajaran. ALHAMDULILLAH SYUKUR. Saya tidak menyangka saya bertemu lampu suluh di sini. Saya memang suka menulis blog dari tahun 2007 lagi, tapi rupanya penulisan saya tidak tepat. Di kelas ini, saya banyak belajar bagaimana menghasilkan blog yang sedap dan cantik dibaca oleh pembaca. Ada atau tiada yang minat, saya boleh ketepikan dahulu isu itu, yang penting dan utama bagi saya adalah kepuasan. Mana tahu, rupanya ada juga pembaca blog saya. Sesungguhnya kelas yang diberikan sangat bermakna. Ia bukan sahaja membuka peluang untuk belajar berkenaan penulisan blog, tetapi lebih kepada penulisan yang betul untuk blog dan matlamat utama ialah teknik yang betul untuk menghasilkan e-book.

E-book SuperWahm Super Mom memberikan perkongsian dari mereka yang telah berjaya. Ia sangat bermanfaat. Dari situ, saya mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan online. Saya mula mencipta penjenamaan sendiri seperti yang diajar di kelas.

Kelas yang diadakan juga sangat santai. 100% online. Sesuai untuk saya sebagai suri rumah yang mempunyai anak kecil. Sambil menjalankan tugas hakiki menjaga anak dan mengurus rumah tangga, sambil belajar dan mengeluarkan output. Saya sangat sukakan cara sebegini. Selagi ada talian internet, PC dan smartphone, saya boleh berhubung untuk mendapatkan input dan mengeluarkan output. Tidak saya sangka sebenarnya cara ini efektif bagi saya. Saya juga berpeluang menjalin ukhwah bersama rakan sekelas. Ya, walau pun di alam maya, saya punyai rakan sekelas.

Alhamdulillah, rakan yang banyak memberikan sokongan moral, membuatkan kita juga ingin turut aktif dalam aktiviti yang disediakan. Perkongsian pengalaman dari rakan-rakan banyak membantu untuk meneruskan tugasan yang adakalanya mencabar keupayaan saya. Ya lah. Kalau tak mencabar, sudah tentu tidak banyak yang dapat saya belajar. Sesungguhnya belajar berkenaan alam maya ini, tidak akan habis dan tidak akan tamat. Namun, saya harap dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat ini kepada suri rumah atau pun mereka yang duduk saja di rumah tanpa pekerjaan. Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil, di dunia dan akhirat sana.

Saya yakin, saya tidak rugi dengan menyertai kumpulan ini. Bekerja dari rumah, menjana pendapatan dari rumah. Dan yang saya suka adalah membina ukhwah, perkongsian dan ingatan untuk meningkatkan amal ibadat serta amalan kerohanian kepada Allah SWT, maha pencipta dan pemberi rezeki.

Jika anda mahu menyertai keluarga besar kami, dan bersama menjana pendapatan dari rumah, tidak kira secara sepenuh masa atau separuh masa. Jangan bertangguh lagi. Kelas ini sesuai untuk yang mahu mula melangkah seperti saya di peringkat awal dahulu. Cipta jenama anda bermula dari sini. Usah risau dengan pandangan orang lain. Seperi Dr Azizan Osman katakan, penghalang cita-cita anda, sebahagian besarnya disumbang oleh diri anda yang takut dengan diri sendiri, bukan persepsi orang lain.


Untuk sertai saya, boleh hubungi saya:-

SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com

No comments:

Post a Comment