KELAS BLOG AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH SECARA OFFLINE
TEXT : FATHIAH BT ABDULLAH
Gambar : Fathiah bt Abdullah
Guru ABDR : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://fathiahabdullah.blogspot.my/2016/08/3-kelas-blog-akademi-bekerja-dari-rumah.html
Alhamdulillah. ketika entri ini ditulis saya baru sangat belajar untuk menulis di blog dengan cara yang betul. Sebelum ini pernah juga membuat beberapa blog, tapi ianya hanyalah blog syok sendiri :)
Sebab itu, dalam apa jua bidang kita memerlukan seorang guru atau mentor untuk memberi kita satu panduan yang betul untuk sesuatu bidang. Maka dengan itu saya memilih untuk belajar berblog melalui AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ini. Agak lama juga lah saya memerhati AKADEMI ini. Dalam hati memang tersangat nak belajar.
Rezeki Allah itu PASTI. Rezeki saya Allah izinkan saya hadir ke kelas yang julung-julung kalinya diadakan secara "offline". Yang kebiasaannya kelas ini hanya di atas talian. Atas usaha salah seorang leader hebat qasehgold, beliau berjaya mengatur sebuah pertemuan kami seramai 15 orang peserta dengan seorang cikgu yang kecil molek iaitu CIKGU ANYS IDAYU BT HJ ZAKARIA.
Kelas yang diadakan selama hampir 6 jam telah berjaya menghasilkan satu blog yang lengkap untuk setiap orang. Kelas tersangat santai. Cara pembelajaran juga mudah difahami dan diikuti. Cikgu Anys memang pergi ke setiap meja dan tunjuk setiap satu langkah tanpa meninggalkan peserta yang agak perlahan sedikit.
Kami belajar bersama, makan bersama, berkongsi cerita bersama. Rezeki yang paling besar jugalah untuk saya ialah dapat FOKUS SEPENUHNYA tanpa diganggu oleh Aisyah. Ini kerana baba Aisyah sudi menukar waktu kerjanya untuk menjaga Aisyah dirumah. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami tersayang kerana sudi menyokong isterinya untuk menimba ilmu.
Untuk peniaga atas talian seperti saya, berblog ini merupakan salah satu "platform" untuk saya mengembangkan lagi atau memperluaskan lagi rangkaian kenalan saya. Ia bertujuan untuk memberi saya lebih banyak pengalaman untuk dipelajari.
Kenangan menimba ilmu bersama-sama yang HEBAT merupakan satu kenangan yang tersangat indah dan saya pasti tidak akan saya mempersiakan usaha yang telah saya lakukan ini.
No comments:
Post a Comment