Teks: Muhaini Mahmud
Guru Blog ABDR : Anys Idayu Zakaria
Keinginan untuk menulis di blog sebenarnya telah lama terpendam. Sering
kali juga membaca blog-blog yanng ada dan terfikir bagaimana cara yang
betul untuk mencipta blog dan menulis dengan betul. Mungkin akan ada
yang beranggapan : "menulis sahaja lah dari hati". Bagi saya pula
biarlah apa yang ditulis itu bukan sahaja meresap di hati pembaca tetapi
juga memberikan manfaat dengan perkongsian yang ditulis.
Sejak terlibat dengan Qaseh Gold, banyak kaedah mempromosikan produk
yang saya telah pelajari antaranya adalah mencipta blog. Sebelum ini,
saya pernah juga mencari guru untuk belajar membuat blog secara Online. Malangnya
diri sendiri tidak mampu meneruskan pembelajaran tersebut. Namun saya
tidak berputus asa sehinggalah ada rakan niaga yang mengiklankan kelas Offline mencipta blog bisnes. Tanpa menunggu lama, saya terus daftarkan diri untuk mengikuti kelas tersebut.
6 Ogos 2016 adalah tarikh kelas blog di NQN, Sungai Buloh. Walaupun
membawa anak kecil bersama, namun tidak mematahkan semangat saya untuk
menuntut ilmu. Ternyata bukan saya seorang sahaja yang membawa anak.
Rakan-rakan sekelas juga ada yang membawa anak bersama. Insyaallah
kesungguhan untuk menuntut ilmu pasti akan dipermudahkan. Alhamdulillah,
si comel Fahmi Armea Adha sangat baik sepanjang Umminya menuntut ilmu.
Kami telah diajar oleh guru blog ABDR Cikpuan Anys Idayu yang sanggup
turun dari negeri Johor untuk membantu #WAHMSuriProfessional yang
dahagakan ilmu blog untuk bisnes masing-masing. Ternyata kelas secara Offline
ini lebih mudah untuk saya fokus, fahami dan bertanya sekiranya
terdapat ketidakfahaman dan kekeliruan semasa membuat blog. Bukan
bermaksud kelas Online tidak bagus, tetapi bagi diri saya, kelas online
memerlukan kita lebih disiplin untuk mengikut arahan guru secara maya.
Namun, apapun pilihan kita, ilmu Allah itu sangat luas dan tergantung
pada diri kita sendiri untuk mencari peluang dan berusaha
mendapatkannya. Semoga dengan wujudnya blog Cantik & Sihat Dengan
Qaseh Gold dapat membantu lebih ramai lagi untuk kekal sihat dan
sejahtera dengan amalan pemakanan sunnah dan super food. Menjaga kesihatan dalaman pastinya akan mencerminkan kecantikan luaran.
Bersedia untuk memulakan kelas blog |
Kelas sedang berlangsung |
Alhamdulillah... selesai sudah menuntut ilmu. Terima kasih Cikgu Anys |
Bersama Team Qaseh |
No comments:
Post a Comment