Pages

Friday, May 15, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage

Nama pelajar : Pn. Syifa Wahab
Guru Online : Pn. Zaila Mohamad

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google dan Koleksi Peribadi


Berdebar-debar rasanya nak membuat testimoni. Pertama kali nak bagi testimoni ni.

Alhamdulillah! Pada saat saya mengarang testimoni ini, rupanya baru 9 hari saya berdaftar dengan Kelas Online Asas Blog dan Fanpage. Sepanjang sesi menghadiri kelas ini (yang diadakan secara maya), para pelajar dinasihatkan untuk khatam ebook dan kemudian perlu menjawab beberapa soalan analisa, sebelum boleh memulakan tugasan-tugasan yang dah ditetapkan.




Khatam ebook, jawab soalan analisa dan mula selesaikan tugasan-tugasan. Rupa-rupanya Cikgu Zaila Mohamad cakap, cepat sangat selesaikan tugasan-tugasan. Hahaha... Nak buat macam mana pelajar yang seorang ini, Isnin-Jumaat masih bekerja makan gaji. Cuma ada waktu malam dan hari minggu sahaja untuk keluarga dan hal-hal lain.



Sebenarnya, dah ada pengalaman sikit-sikit buat blog dan fanpage sendiri. Cuma bila buat sendiri ni, kita akan buat secara semborono. Melalui kelas ini, kita akan diajar untuk membuat segalanya dengan lebih teratur. Tambahan lagi, kita akan sentiasa dipantau, dimaklumkan jika ada sebarang pembetulan yang perlu dilakukan. Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, kita ada tempat untuk merujuk dan bertanya. Kalau buat sendiri, kita kena berdikari. Kena cari sendiri. Selalu Google Search la sumber untuk dapatkan bantuan. Apabila dah jadi ahli Akademi Bekerja Di Rumah, memang berbeza sangat. Interaksi secara terus dengan cikgu dan ahli-ahli lain, lebih banyak membantu dalam proses pembikinan blog dan fanpage ni. Masa dan tempat belajar pun amat fleksibel. Bila-bila masa dan di mana sahaja. Yang penting ada talian internet, laptop/desktop atau tablet/smartphone.




Saya bukan sahaja dibekalkan dengan ebook-ebook (memang sangat membantu dan berinformasi), diajar langkah demi langkah membina email, blog dan fanpage, malahan saya turut diberi peluang untuk menjadi ejen Dropship (peluang bisnes bagi mereka yang tiada/kurang modal) serta menjalin hubungan ukhwah sesama ahli-ahli lain (membina rangkaian hubungan/networking).

Sumber : http://syifabintiwahab.blogspot.com/2015/05/testimoni-kelas-asas-blog-fanpage.html


No comments:

Post a Comment