Pages

Tuesday, July 8, 2014

Menulis bermanfaat

http://norhafizahabdhadi.blogspot.com/2014/07/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html

Sudah lama saya mencari tempat menuntut ilmu tentang bekerja di rumah, sejak saya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dan mengikut suami bertugas ke Sabah. Setelah 5 tahun di sana, kami berpindah ke Selangor dan saya masih mencari sifu tentang bekerja di rumah. Lama juga saya mengikuti tulisan-tulisan Puan Masayu Ahmad, saya bertanya itu dan ini kepada beliau serta guru online yang lain. Akhirnya alhamdulillah saya menjadi pelajar Puan Masayu.

Berada di ABDR ini bukan setakat ilmu yang saya dapat, bahkan secara tidak langsung menambah kenalan serta idea-idea luar biasa dari rakan-rakan lain. Jaringan antara blog juga semakin luas. Cara pembelajaran sangat santai dan fleksibel, semuanya secara maya. Masing-masing akan diletakkan dalam kumpulan di bawah seliaan guru dan saling bertukar pandangan sesama pelajar yang lain. Kadangkala saya terkeluar dari trek namun Puan Masayu tidak jemu memberi nasihat dan kata perangsang. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya khatam 44 entri, tugasan yang diwajibkan untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan. Setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Masayu Ahmad, semoga Allah membalas dengan kebaikan.

Saya harap tidak berhenti di sini, saya ingin terus menulis dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain melalui blog. Blog adalah dunia baru saya, masih banyak yang saya perlu gali untuk menjadi blogger hebat seperti rakan-rakan lain di ABDR. Blog juga tapak bisnes tudung saya selepas fanpage, istimewanya blog adalah promosi percuma dan lebih meluas.

Belum terlambat bagi yang belum mendaftar di ABDR, apa yang anda akan dapat sangat berbaloi dengan yuran yang dibayar. Tips dan panduan yang diberikan sangat membantu dan terarah, buktinya ramai yang sudah berjaya dengan teknik branding melalui blog. Anda akan rasai jika anda juga mendaftar di sini. Bertindak sekarang!

No comments:

Post a Comment