Pages

Friday, April 11, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Bisnes) : Shehren Shahadan

Teks : Shehren Shahadan

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://shehren-shahadan.blogspot.com/2014/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Salam. Alhamdulillah. Apa khabar pembaca semua yang di sayangi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya selalu.

Syukur pada Allah entri kali ini saya di beri peluang oleh Puan Guru saya berkongsi apa yang saya perolehi selama berada di akademi ini.

Nak di ceritakan terlalu banyak, terlalu panjang. Jadi saya meringkaskan sebaik mungkin ye.

Peluang hanya datang sekali. Keinginan mencari sumber alternatif pendapatan tambahan menemukan laman web Puan Masayu pengasas akademi ini. Dari situ saya membaca dan menyusun tindakan untuk langkah saya selanjutnya.

Dari tiada blog dari tiada teknik berniaga sehingga rancak berniaga semua saya dapat apabila menyertai akademi ini. Menarik guru pembimbing begitu komited dengan tugas mereka. Walaupun ianya online tapi saya merasakan hubungan antara kami sangat rapat. Cikgu Zaila sentiasa memperhati tindakan saya serta menegur sekiranya terdapat kesilapan. Yang bestnya kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat. Saling menyokong membantu sesama sendiri. Apabila saya rasa down Cikgu akan menyuntik semangat dan motivasi berterusan untuk saya meneruskan langkah. Terima kasih Cikgu.

Akhir ulasan, melalui akademi ini saya  berharap lebih ramai para suri menyertai akademi ini. Semoga akademi ini dapat menjadi pemangkin untuk para suri bekerja dari rumah, memperoleh pendapatan tanpa mengabaikan keluarga tercinta. Tidak di lupakan juga untuk kaum adam yang ingin turut menyertai akademi ini.

Sekian. Terima kasih 
Akademi Bekerja Di Rumah the best.

Ulasan Kelas Asas Blog : Hifzaila Hafni

Teks: Hifzaila Hafni
Guru Online: Zaila Mohamad
Sumber : http://hifzaila.blogspot.com/2014/04/ulasan-kelas-asas-blog.html

Saya pernah menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah sebelum ini (wahm). Dan saya ingin sangat kembali seperti itu semula.

Tapi, saya dah tak nak jadi wahm yang tak efektif, tak efisien, malas, buat kerja ikut mood, selalu berfikiran negatif dan banyak buang masa macam dulu.

Kini, walau pun saya bekerja, niat nak menjadi wahm tetap ada. Dan saya fikirkan itu setiap hari supaya saya terus dengan usaha saya untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Menginjak 2014, saya memang bertekad nak cari pendapatan sampingan dan nak bekerja dari rumah. Tahun ini saya mesti keluar dari zon selesa saya dan nak membuat perubahan membantu suami mengukuhkan tahap ekonomi keluarga.

Saya mula menganalisa kekuatan dan kemahiran yang saya ada dan menyenaraikan apa yang saya boleh lakukan jika mahu berhenti kerja dan bekerja dari rumah. Suami juga dah bagi syarat, tetapkan target bila nak berhenti kerja dan sebelum berhenti, pastikan kedudukan kewangan kukuh dahulu dengan mula mencari pendapatan sampingan dan menabung daripada sekarang.

Saya cari maklumat di internet tentang suri rumah yang bekerja dan terjumpa blog Puan Zaila Mohamad. 

Wah. Jarang jumpa orang yang bernama sama dengan saya. Teruja dengan nama dan kandungan blog beliau. Hampir sebulan saya baca blog beliau berulang-kali, akhirnya saya membuat keputusan untuk mendaftar masuk Kelas Asas Blog dan Penulisan pada Februari 2014.

Niat saya cuma nak kembangkan kemahiran dan minat menulis, tapi kini saya dah makin terjebak dengan dunia bisnes dan saya tak pernah sangka saya boleh buat perkara yang selama ini saya tak pernah terfikir nak lakukan.

Semua ini gara-gara kelas asas blog inilah. Sebab pakej kelas yang saya ambil ni termasuk keahlian Rakan Niaga akademi. Alhamdulillah. Selain belajar menulis blog dengan baik, saya diperkenalkan dengan cabang-cabang bisnes dan peluang yang ada sebagai persediaan untuk bergelar wahm semula nanti.

Dan dapat berkenalan dengan guru-guru online hebat yang lain juga, sekaligus saya bersyukur berada dalam kumpulan sokongan yang kena dengan semangat dan jiwa saya.

Puan Zaila juga sentiasa menjawab semua persoalan saya. Tak kira apa soalan sekali pun. Beliau sangat membantu memberi panduan dan membimbing serta menegur mana-mana yang perlu, tentang blog dan urusan bisnes. Untungnya kami berdua bukan sahaja bernama sama, rumah pun dalam kawasan yang sama dan sebaya pula!

Kini saya sudah boleh menjana sedikit pendapatan daripada produk-produk hebat yang dihasilkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Saya tak kisah walaupun bermula dengan komisen yang kecil sebab saya tahu rezeki Allah akan beri jika kita gandakan usaha dan berdoa serta bertawakal kepadaNya.

Saya dah bermula dan akan teruskan. Saya mohon semoga Allah tetapkan hati saya supaya terus dengan apa yang sudah saya mulakan. Dan saya mengharapkan saya juga dapat membantu suri bekerjaya yang lain yang mempunyai dilema seperti saya untuk berjaya sebagai wahm suatu hari nanti. Walaupun perjalanan menuju SOHO kami masih jauh atau panjang, sekurang-kurang berusaha daripada sekarang.

Semoga Allah lancarkan urusan dan tunjukkan jalan

Wednesday, April 9, 2014

ULASAN NUR SHAZNA : BUSINES ONLINE VS ALAMAYA...BAGAIMANA?

Teks : Nur Shazna
Guru Online : Mie Normi


Bismillah.


Kita nak mulakan sesuatu mesti ada mentor, betulkan? Bukan anak-anak saja perlu ada guru, kita pun perlu berguru untuk berniaga. Tambahan pula mahu kaya, berjaya dan berkat.

Saya? Selalu baca post FB kak Masayu Ahmad, berbulan-bulan mengikutinya. Tapi tidak pernah terlintas membeli ebook untuk santapan atau ilmu bagi saya memulakan bisnes.


Ada juga terfikir, macamana nak buat blog? blog bisnes yang arwah bina langsung saya tidak tahu password tambahan no. telefon di daftarkan juga tidak aktif. Terpinga-pinga mahu mula dari mana?. Hasil kajian dan tindak balas pelanggan alamaya  suka melawati blog bisnes arwah dulu.


Saya fikir positif, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha sendiri, sebagaimana arwah mengusahakan empayar bisnes kami sekeluarga.

Akhirnya, saya beli ebook janapendapatan dari rumah. Saya study ebook itu dengan penuh semangat dan harapan baru. Sehinggalah rakan kerja dahulu menegur saya. "Kak Na kusyuknya study apa tu? Tersengih-sengih saya jawap " tambah ilmu di dada dan minda". (Siuasi sebelum berhenti kerja - penghujung tahun 2013)

Pertengahan Januari 2014, Alhamdulillah akhirnya saya mendaftar pelajari asas bina blog bersama Puan Normi Yusof. Walaupun masih bertatih, sekurangnya saya telah cuba dan akan cuba laksanakan.

Yang pasti, mengikuti kelas secara online ini amat bagus bagi saya yang banyak komitmen sebagai ibu tunggal ini. Selalu tentang MASA yang kita akan bangkitkan, terutamanya sayalah tu.

 Pembelajaran saya secara alamaya dengan masa kita uruskan, segala persoalan, pertanyaan yang kadang-kadang saya sendiri pusing apatah lagi guru online saya Puan Normi. Semua di ajar oleh guru online amat memuaskan dan sabar mengajar kita.

Masa selesai tugasan? Semuanya atas daya usaha kita sendiri, jika kita fokus maka jangka pendeklah kita tamat belajar. Begitu juga, sebaliknya.

Jangan fikir terasa beban dengan duit yang kita modalkan. Bagaimana mahu berniaga jika tidak mahu keluar modal. Belajar juga adalah modal bagi kita, kerana kita perlu ilmu. Bukan hanya, modal dikeluarkan untuk dapatkan bahan mentah atau produk. Ingat pesanan saya itu.

Sejak saya berjinak-jinak dengan blog, maka ramailah kenalan alamaya saya. Berkongsi pendapat dan ruang serta peluang berniaga. Dulu saya ingat berhenti kerja, tiada rakan-rakan akan besama kita. Rupanya salah sama sekali, kenalan saya makin ramai bukan sahaja alamaya tetapi alam nyata. Hebatkan kita, bonda-bonda sekalian.

Amat sesuai bagi bonda-bonda suri umah yang mahu maju dan berkerjaya dari rumah. Penting sekali fikir positif. Allah SWT sentiasa bersama kita.

Dwanna's Shop
Singgah blog :
http://nurshaznashamsudin.blogspot.com/2014/04/busines-online-vs-alamayabagaimana.html

Thursday, April 3, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog : Awatif Mohd Ali

Guru Online : Normi Mat Yusof (fb Mie Normi)



Teks : `Awatif Mohd Ali

Bismillah..

Ada yang bertanya, bagaimana saya memulakan langkah berblog, tak kurang yang bertanya dari mana saya belajar?

Mari saya buka rahsianya.. :)

Saya mula berjinak-jinak berblog pada tahun 2008, tetapi blog saya hanya suka-suka. Belajar sendiri godak-godak nak memulakan blog. Pengisiannya? Masih perkongsian catatan pengalaman dan sedikit pengetahuan.

Untuk bisnes online, juga saya mulakan langkah dengan sendiri. saya wujudkan fanpage, tetapi suam-suam kuku. Saya mencari-cari kaedah untuk mempromosi blog dan fanpage saya..

Sehinggalah saya terbaca status facebook sifu online saya, Puan Normi Yusof yang mewawarkan tentang kelas asas blog dan fanpage. Wah, menarik.
Uniknya kelas ini secara online sahaja dan boleh mula bila-bila masa yang kita sudah sedia. Masanya juga fleksibel dan segala tunjuk ajar, tips dan pertanyaan berlagsung secara maya. Ianya kelas untuk mereka yang memang benar-benar tidak tahu untuk bermula, atau pun sudah bermula tetapi mahu berjaya lagi.

Sekiranya kita konsisten dan fokus menghabiskan tugasan, maka cepatlah kita bergraduasi.. :) Dan cepat jugaklah kita mengorak langkah seterusnya untuk lebih berjaya.

Bagi saya, saya terlambat bergraduasi. Hehe.. Tidak perlu saya ulas dan memberi alasan komitmen berkeluarga atau sebagainya.. Sebenarnya semua terletak pada jati diri dan kesungguhan masing-masing bukan?
Alhamdulillah, kini saya menarik nafas lega, langkah demi langkah saya atur untuk terus berjaya.

Oh ya, selain itu banyak faedah lain yang saya perolehi dari kelas ini. Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri bekerjaya. Kami boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Jom.. suri-suri hebat semua.. Anda juga boleh bermula dan berjaya.. boleh bertanya lanjut dengan saya.. :)