Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnya melepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari seperti memasukkan entri ke dalam blog, lay out, label dan pelbagai lagi. Sebelum ini saya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui. Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.
Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahami istilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada. Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebih membanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telah terpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu.
Saya sungguh gembira dan berterima kasih kepada Cikgu Monalita Mansor yang sering ada apabila saya ingin bertanya tentang pelajaran yang saya tidak faham. Pembelajaran yang mudah difahami oleh suri rumah seperti saya. Kenapa tidak bagi anda yang mungkin lebih baik dari saya.
http://sitizaitonahmad7.blogspot.my/2015/11/ulasan-kelas-blog.html



