Pages

Monday, October 17, 2016

Blog Membantu Pemasaran Online





Bismillah..
Selamat petang sahabat positif Cik Mid.
Subhanallah.. tak tau lagu mana nak ucap terima kasih kepada semua 69,763 pengunjung blog jahitan Cik Mid ni. Allahu.. terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat blog Cik Mid ni. Doakan Cik Mid akan terus menulis topik-topik bermanfaat untuk anda semua.

Bagi Cik Mid, blog sangat membantu prospek mengenal kita dengan lebih cepat dan menyeluruh. Kebanyakan pelanggan Cik Mid adalah dari pembaca blog Cik Mid dan seterusnya menjadi rakan fb. Kalau anda nak tahu cara menulis blog dengan betul, carilah mentor seperti Cikgu saya ni Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.😊 

#gslmatdik
#midzcouturejualsongketsarawak


Moga beri semangat untuk kalian yang mahu belajar berblog. 😍😍

 #teamabdr #kelasblogabdr #janapendapatandenganblog

Wednesday, October 5, 2016

Kelas Asas Blogshop Sabah

KHAS UNTUK WARGA SABAH
KELAS BLOG OFFLINE ABDR

Tarikh : 19 November 2016 (Sabtu)

Masa : 9.30am - 4.30 pm

Yuran : RM 300
Termasuk:
1. Sarapan Pagi
2. Makan Tengah hari
3. Bonus 6 ebook
4. Nota kelas disediakan

Lokasi : Lot 30, Blog G, Tingkat 1, Royal Plaza Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Siap sebuah blog bisnes. Selesai kelas offline dapat masuk group kelas rasmi secara online.
 Peserta terhad kepada 50 orang SAHAJA.

Sila daftar terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas ini.

Peserta walk-in hanya akan diterima bergantung kepada kekosongan kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Peserta dikehendaki membawa laptop dan buku nota sendiri.
----------------------------------------------------------------------------------

Sila LIKE FB page AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (SABAH) di link ini https://www.facebook.com/AkademiBekerjaDiRumahSabah/ untuk maklumat lanjut & terkini boleh hubungi Nasriah (0168178716) / Anys (017-7912993) 

Thursday, August 25, 2016

KELAS ASAS BLOG MELAKA DAN JOHOR BAHRU




Jom sertai kami, hanya 15 pelajar sahaja. Berminat whatspp 017-7912993 (anies) saya akan berikan details lengkap untuk pendaftaran 

Thursday, August 11, 2016

Kelas Asas Blogshop Secara Offline

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah hujung minggu lepas selesai sudah KELAS BLOG secara OFFLINE  yang diadakan di Sungai Buloh pada 6 Ogos 2016. KELAS ASAS BLOGSHOP ini berjalan dengan lancar. Jom kita lihat gambar sepanjang program berlangsung.



 Nota tugasan yang saya sediakan untuk pelajar










 Kak Zalina pick up saya di hotel. Tak mampu nak drive sendiri takot sesat tak jumpa jalan heheh





 Meja pendaftaran pelajar 













Alhamdulillah akhirnya terhasilkan blog mereka, boleh singgah link di bawah ya. Ada juga yang belajar secara online last minit tak dapat hadir. Dan yang bestnya mereka ni masih kekal momentum semangat bertubi-tubi sedang menuju 44 entri pertama. Doakan semoga mereka semua berjaya harungi cabaran menulis ini.

1. http://raihannoordin.blogspot.my

2. http://sitiazurahjalaluddin.blogspot.my

3. http://puansharifahnoorhidayah.blogspot.my

4. http://puziahabu.blogspot.my

5. http://ezzalinsidek.blogspot.my

6. http://suhainisaperan.blogspot.my

7. https://wanrusmayiahwanmamat.blogspot.my

8. http://puanmardianaalias.blogspot.my/

9. http://muhamadnoorhanapiah.blogspot.my

10. http://puanmuhainimahmud.blogspot.my

11.  https://puannorainirahman.blogspot.my/ 

12.  http://fathiahabdullah.blogspot.my

13. http://sitinoranidazainuri.blogspot.my/

14. http://zalinazulkapli.blogspot.my/

15. http://noorhasyimahidris.blogspot.my/

16. http://mazziahmdyusuf.blogspot.my/

17.  http://adilamasturaibrahim.blogspot.my/

18. Khairul Bariah

19. Nadia Sharif

20. Dina


Kelas blog offline ni nampaknya dapat sambutan ramai. Saya sudah merangka perancangan September. Insya Allah September ini kita ke Melaka pula akhir bulan, dan di Johor Bahru awal bulan. Bagi yang berminat boleh mendaftar ya

KELAS BLOG OFFLINE ABDR😍😍

Johor Bahru 3 September 2016 (15pelajar)

Melaka 24 September 2016. (15 pelajar)

Yuran RM270. Inc breakfast & lunch. Bonus 6 ebook. Siap sebuah blog bisnes. Selesai kelas offline dapat masuk group kelas rasmi sec online.

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian


Ada yang berminat untuk join, tinggalkan no whatspp saya akan masukkn ke group khas.

Wednesday, August 10, 2016

Dengan Ilmu Blog Berjaya Di Hasilkan

IMPIAN BER BLOG TERCAPAI

Text : Sharifah Noorhidayah
Guru Blog : Anys Idayu Zakaria

Bismillahirrahmanirrahim
Apabila sudah melangkah ke dunia bisnes, hari-hari saya memikirkan bagaimana nak branding kan jenama dan produk 'REHLAIZAA'.

Sebelum ni memang menggunakan 100% facebook sebagai platform marketing bisnes. Saya belajar buat fanpage di facebook.  Bermula di facebook lah mula mengenali nama ABDR.
Niat untuk melangkah ke medium "blog" sudah lama menjadi impian. sudah beberapa kali "sign up" tapi apabila tiada ilmu, blog bersarang dan bersemak tanpa isi. Mengenangkan kembali hasrat untuk menaikkan nama "REHLAIZAA.  Saya  tak boleh bertagguh-tangguh untuk belajar blog. Saya mula menjadi 'stalker' di facebook untuk mencari guru blog. 

Saya mula mengenali nama cikgu Anys Idayu Zakaria.

Apalagi saya terus mesej beliau di facebook. Kelas yang diadakan berbentuk online.Lama saya berfikir, boleh faham ke kalau belajar jarak jauh begini. Sudahnya nanti blog tidak menjadi pula. Saya pendam hasrat tetapi dalam masa sama saya follow facebook puan Anys untuk dapat input.
Suatu hari,dapat iklan dari Group bisnes Qaseh dari kak Ezzalin nak bawa cikgu Anys idayu turun ke teratak NQN sifu Zalina.

Saya terus daftarkan nama walaupun pada masa tu saya tak ada duit nk bayar yuran kelas. Tapi dengan azam saya nak belajar Allah permudahkan. Suami tercinta saya belanja yuran kelas.
Alhamdulillah.


Hari kejadian
.................
Bertemankan suami dan hero-hero hadir ke kelas, suami bantu  saya untuk menjaga hero-hero. alhamdulillah. Terima kasih encik suami.

Ok.berbalik cerita kelas blog tadi.
Memang luar jangkaan. Kalau dulu penah jugak tengok kawan - kawan ajar minta copy link dari blog lain dan tiru step sahaja tapi di kelas blog ni memang lain. cikgu anys memang ajar kami satu persatu dengan jelas dan melayan kami yang buta IT ni. Cikgu pergi satu meja ke satu meja dan akhirnya tercipta satu Blog yang saya sendiri tak sangka, saya dah ada blog.
Alhamdulillah.terima kasih cikgu Anys idayu dan sahabat semua.

Foto : Koleksi Sharifah Noorhidayah

Blog Kaedah Promosi Produk

Teks: Muhaini Mahmud
Guru Blog ABDR : Anys Idayu Zakaria 
Keinginan untuk menulis di blog sebenarnya telah lama terpendam. Sering kali juga membaca blog-blog yanng ada dan terfikir bagaimana cara yang betul untuk mencipta blog dan menulis dengan betul. Mungkin akan ada yang beranggapan : "menulis sahaja lah dari hati". Bagi saya pula biarlah apa yang ditulis itu bukan sahaja meresap di hati pembaca tetapi juga memberikan manfaat dengan perkongsian yang ditulis.
Sejak terlibat dengan Qaseh Gold, banyak kaedah mempromosikan produk yang saya telah pelajari antaranya adalah mencipta blog. Sebelum ini, saya pernah juga mencari guru untuk belajar membuat blog secara Online. Malangnya diri sendiri tidak mampu meneruskan pembelajaran tersebut. Namun saya tidak berputus asa sehinggalah ada rakan niaga yang mengiklankan kelas Offline mencipta blog bisnes. Tanpa menunggu lama, saya terus daftarkan diri untuk mengikuti kelas tersebut.
6 Ogos 2016 adalah tarikh kelas blog di NQN, Sungai Buloh. Walaupun membawa anak kecil bersama, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu. Ternyata bukan saya seorang sahaja yang membawa anak. Rakan-rakan sekelas juga ada yang membawa anak bersama. Insyaallah kesungguhan untuk menuntut ilmu pasti akan dipermudahkan. Alhamdulillah, si comel Fahmi Armea Adha sangat baik sepanjang Umminya menuntut ilmu. Kami telah diajar oleh guru blog ABDR Cikpuan Anys Idayu yang sanggup turun dari negeri Johor untuk membantu #WAHMSuriProfessional yang dahagakan ilmu blog untuk bisnes masing-masing. Ternyata kelas secara Offline ini lebih mudah untuk saya fokus, fahami dan bertanya sekiranya terdapat ketidakfahaman dan kekeliruan semasa membuat blog. Bukan bermaksud kelas Online tidak bagus, tetapi bagi diri saya, kelas online memerlukan kita lebih disiplin untuk mengikut arahan guru secara maya. Namun, apapun pilihan kita, ilmu Allah itu sangat luas dan tergantung pada diri kita sendiri untuk mencari peluang dan berusaha mendapatkannya. Semoga dengan wujudnya blog Cantik & Sihat Dengan Qaseh Gold dapat membantu lebih ramai lagi untuk kekal sihat dan sejahtera dengan amalan pemakanan sunnah dan super food. Menjaga kesihatan dalaman pastinya akan mencerminkan kecantikan luaran.
Bersedia untuk memulakan kelas blog
Kelas sedang berlangsung
Alhamdulillah... selesai sudah menuntut ilmu. Terima kasih Cikgu Anys
Bersama Team Qaseh

Belajar Panduan Bina Blog Perniagaan dengan Betul

Teks: Mardiana Alias
Guru Blog : Anys Idayu Zakaria 
Sumber : http://puanmardianaalias.blogspot.my/2016/08/belajar-panduan-bina-blog-perniaagaan.html
Foto: Mardiana Alias
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya doakan anda semua sentiasa sihat, kaya dan berjaya
Aamiin
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 6 Ogos 2016, saya berpeluang hadir dalam kelas membina blog bersama Guru Online Akademi Bekerja Dari Rumah@ABDR iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria di pejabat urusan Nur Qaseh Network@NQN bertempat di Sungai Buloh. Bertemu 4 mata dengan beliau adalah satu rahmat dari Allah buat saya. Terus bersemangat nak jadikan blog sebagai satu wadah buat saya meneruskan perjalan bisnes QASEH GOLD.
Seronok berguru dengan Cikgu Anys. Penerangan yang sangat bagus di samping memberikan alat bantu mengajar yang padat serta mudah dipraktikkan. Pendek kata, pada yang tidak tahu apa itu blog, selepas habis kelas terus pandai bina sebuah blog perniagaan yang baik. Jadi sangat berbaloi saya hadir ke kelas beliau. Saya siap bawa adik-adik dari kampung untuk bantu saya jagakan anak-anak qaseh saya seramai 4 orang semasa ibu mereka belajar blog. Alhamdulillah Allah permudahkan cara saya untuk menambah satu lagi cara pemasaran terbaik. In shaa Allah takkan saya sia-siakan peluang depan mata ini.
Cikgu Anys sebelum ini menjalankan kelas blog secara online dan atas permintaan usahawan-usahawan QASEH GOLD, beliau sudi datang dari Johor ke Sungai Buloh menurunkan ilmu beliau pada kami. Terima kasih buat cikgu. Semoga dengan perkenalan ini, saya dapat menyebarkan manfaat QASEH GOLD dengan lebih bersistematik dan lebih meluas lagi. Aamiin.
Selain daripada kelas, Cikgu Anys juga menyediakan kumpulan sokongan buat pelajar-pelajar yang pernah menghadiri kelas beliau, sama ada secara online mahupun secara offline. Beliau akan beri panduan secara berterusan sehinggalah para pelajar mahir dalam menghasilkan blog perniagaan yang bermutu.
Kepada suri di luar sana, seandainya masih tercari-cari peluang perniagaan, boleh lah menghubungi saya Puan Mardiana Alias di talian 011-15226503 dan saya akan kongsikan bagaimana KESIHATAN BOLEH MEMBANTU ANDA MENJANA PENDAPATAN.
Saya juga akan kongsikan cara yang paling sesuai bagi para suri yang ingin berniaga dari rumah seperti saya.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang pelajar ABDR, hubungi saya dan saya akan bantu anda ya.
Sekian dulu buat masa ini. Kita berjumpa di lain entri ya.
Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis Berdaftar
Qaseh Gold Ceras

Sunday, August 7, 2016

Kelas Blog Offline Sungai Buloh

KELAS BLOG AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH SECARA OFFLINE
TEXT : FATHIAH BT ABDULLAH
Gambar : Fathiah bt Abdullah
Guru ABDR : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://fathiahabdullah.blogspot.my/2016/08/3-kelas-blog-akademi-bekerja-dari-rumah.html

Alhamdulillah. ketika entri ini ditulis saya baru sangat belajar untuk menulis di blog dengan cara yang betul. Sebelum ini pernah juga membuat beberapa blog, tapi ianya hanyalah blog syok sendiri :)

Sebab itu, dalam apa jua bidang kita memerlukan seorang guru atau mentor untuk memberi kita satu panduan yang betul untuk sesuatu bidang. Maka dengan itu saya memilih untuk belajar berblog melalui AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ini. Agak lama juga lah saya memerhati AKADEMI ini. Dalam hati memang tersangat nak belajar.

Rezeki Allah itu PASTI. Rezeki saya Allah izinkan saya hadir ke kelas yang julung-julung kalinya diadakan secara "offline". Yang kebiasaannya kelas ini hanya di atas talian. Atas usaha salah seorang leader hebat qasehgold, beliau berjaya mengatur sebuah pertemuan kami seramai 15 orang peserta dengan seorang cikgu yang kecil molek iaitu CIKGU ANYS IDAYU BT HJ ZAKARIA.

Kelas yang diadakan selama hampir 6 jam telah berjaya menghasilkan satu blog yang lengkap untuk setiap orang. Kelas tersangat santai. Cara pembelajaran juga mudah difahami dan diikuti. Cikgu Anys memang pergi ke setiap meja dan tunjuk setiap satu langkah tanpa meninggalkan peserta yang agak perlahan sedikit.

Kami belajar bersama, makan bersama, berkongsi cerita bersama. Rezeki yang paling besar jugalah untuk saya ialah dapat FOKUS SEPENUHNYA tanpa diganggu oleh Aisyah. Ini kerana baba Aisyah sudi menukar waktu kerjanya untuk menjaga Aisyah dirumah. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami tersayang kerana sudi menyokong isterinya untuk menimba ilmu.

Untuk peniaga atas talian seperti saya, berblog ini merupakan salah satu "platform" untuk saya mengembangkan lagi atau memperluaskan lagi rangkaian kenalan saya. Ia bertujuan untuk memberi saya lebih banyak pengalaman untuk dipelajari.

Kenangan menimba ilmu bersama-sama yang HEBAT merupakan satu kenangan yang tersangat indah dan saya pasti tidak akan saya mempersiakan usaha yang telah saya lakukan ini.

Thursday, April 21, 2016

Alumni ABDR Di Majalah Wanita

ABDR Platform Untuk Mula Bekerja Dan Berniaga

PILIHAN AKEDEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)

Guru Online : Anys Idayu Zakaria 

Semoga anda yang membaca blog saya sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t. Rasanya mesti anda pernah terbaca megenai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) di carian google. Secara jujurnya  pada peringkat permulaannya saya pernah meneliti dan tercari-cari keistimewaan yang ditonjolkan oleh ABDR bagi menyakinkan saya untuk mendaftar. Penulisan kali ini dengan rasa rendah diri dan niat yang ikhlas untuk membantu anda, saya kongsikan pengalaman saya mengapa saya memilih ABDR sebagai pilihan terbaik.
Bila bercakap mengenai ABDR, mesti orang akan beranggapan hanya suri rumah  yang mempunyai anak-anak sahaja yang  layak dan boleh meyertai sahaja.Sebenarnya ANDA SILAP, sebagai individu yang masih bekerja saya membuat pilihan untuk menyertainya kerana ia adalah persedian awal saya untuk melangkah jauh dan memasang impan untuk menjana pendapatan hanya di rumah.
Sebenarnya saya merasa berbangga dengan kejayaan Wanita yang bekerja di rumah. Dapat membahagikan masa dan displin dalam menjalankan kedua-dua tugas iaitu mengasuh anak-anak disamping menjana pendapatan ekonomi keluarga. Tidak dinafikan bekerja di rumah adalah suatu pekerjaan yang berganda dan suri rumah mampu menghadapi sebarang tekanan dan cabaran. Belum dikurniakan zuriat bukan alasan untuk saya leka dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran bergelar seorang ibu. InsyaAllah, saya yakin bahawa perancangan Allah adalah tepat dan saya redha Allah sedang menguji hambanya untuk sentiasa berserah kepadaNya. Maka saya akan buktikan dengan BEKERJA & BERNIAGA..peranan kedua-duanya seakan sama untuk mengurusnya.
Keistimewaan yang saya dapat pada permulaannya adalah kita belajar dari segi teknik penghasilan blog yang menarik. Kita akan diajar satu persatu sekiranya kita tidak mahir dalam penggunaan IT. Cara ini adalah permulaan untuk kita berkomunikasi dengan mentor secara maya bagi memudahkan pembelajaran. Alhamdulillah saya mudah untuk menerima walaupun pada suatu ketika terdapat sedikit kesukaran untuk memahaminya. Dengan tunjuk ajar mentor dan membaca blog rakan-rakan di ABDR saya terasa teruja untuk berkongsi pengalaman. Bagi yang ingin menjalankan, ini adalah platform terbaik untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. InsyaAllah jika ada kerajinan semuanya menjadi mudah bagi anda untuk melakukannya.
Harapan saya semoga rangkaian ABDR sentiasa berkembang maju dan dapat membantu lebih ramai WANITA untuk lebih kehadapan disamping dapat memberi ruang mencipta pendapatan pasif dan aktif.  Akhir kata sebagai penutup penulisan ini anggaplah  
“ Kita  ibarat seperti KOMPUTER. Kitalah yang menentukan program apa yang kita mahu masuk bagi membolehkan KOMPUTER itu melaksanakan fungsinya dengan baik.”
Semoga anda berpeluang untuk mencuba dan melangkah menjana pendapatan melalui bisnes online. Kami buka pendaftaran setiap hari. Secara Rasminya saya sedia membantu anda

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya:
Sms@ wsapp : 012-7482126

Wednesday, March 9, 2016

Pelajar ABDR Di Majalah Wanita

Saya di Majalah Mingguan Wanita, Terima Kasih ABDR atas Peluang Yang Diberikan


Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber : http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2016/03/saya-di-majalah-mingguan-wanita-terima.html Bersatu di dalam komuniti akademi bekerja di rumah ni, lain sebenarnya rakan-rakan. Kita bukan sahaja suka untuk mengambil kelas asas blog demi memaksimakan perniagaan online. Tetapi di dalam komuniti akademi bekerja di rumah ini, terlalu ramai golongan editor, jurnalis dan penulis majalah yang saya rasakan satu peluang yang amat bernilai buat kita semua.

Peluang ini harus kita gunakan sebaiknya. Pada masa sama, peluang ini dapat menaikkan ranking kita untuk lebih diketahui umum. Ia juga dapat melonjakkan kepercayaan orang ramai terhadap diri kita.

Untuk peluang di Majalah mingguan wanita ini sebenarnya, bukanlah mengenai diri saya. Tetapi peluang untuk memberi komen mengenai konsep berhutang sebelum kahwin. Benar ya, ramai sangat di antara kita yang sanggup berhutang berpuluh ribu hanya untuk sehari menjadi pengantin. Namun sejauh mana pembaziran sebenarnya, kita sendiri yang harus alami.

Selepas berkahwin, berapa ramai yang terpaksa ikat perut dan akhirnya mengundang masalah antara suami isteri kerana nilai duit itu sendiri. Sesungguhnya hutang menyempitkan rezeki kita, jadi jika kita perlu juga untuk berhutang, pilihlah pinjaman yang tidak menyiksakan kita, tiada riba atau bunga yang keterlaluan. Cuba pinjam pada bank yang patuh syariah, Keduanya, merancanglah dengan baik kedua belah pihak agar tiada pembaziran berlaku dan akhirnya mengundang derita.

Walaupun rasa segan masuk kolum kecil di Majalah Mingguan Wanita ini, tapi saya amat bersyukur kerana berpeluang menyampaikan sesuatu buat pembaca semua.




Tidak rugi menyertai kelas di akademi bekerja di rumah, terlalu banyak ilmu dan peluang untuk upgrade diri diberikan oleh guru-guru dan pengasas ABDR. Semoga entri kali ini dapat memberi semangat juang buat semua wanita diluar sana.

Kelas asas blog bermula pada yuran RM150 sehingga RM300. Anda boleh buat pilihan mengikut bajet kalian, yang paling penting kita harus bermula kerana tanpanya kita tidak akan maju kehadapan.



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Monday, March 7, 2016

Penulisan Konsisten

http://azrinbadrinasabubakar.blogspot.my/2015/04/ulasan-tentang-kelas-asas-blog.html


Ulasan tentang Kelas Asas Blog

Teks: azrinbadrinas
Guru bimbingan: Aishah Hussein

Assalammualaikum pengunjung blog RIS

Hampir 4 bulan tiada internet di rumah disebabkan tertinggal mobile wifi di sebuah hotel di Ipoh hujung tahun 2014, nak tak nak terpaksa juga mencari talian internet lain. Anak-anak pun dah mula dengan folio, perlu mencari maklumat untuk assignment mereka. Pada hari ini internet bukan lagi satu kehendak tapi dah menjadi keperluan setiap rumah.

Alhamdulillah sampai juga saya ke entri yang ke-44. Saya bermula pada Julai 2014, sekarang dah hampir setahun usia Blog Rahsia Idaman Suri ini. Walaupun ini bukanlah blog saya yang pertama, tetapi ini adalah blog saya yang konsisten sehingga boleh mencapai penulisan saya yang ke 44. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan Kak Aishah sebagai guru saya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah ini.
Tunjuk ajar dan teguran dari guru saya kak Aishah mematangkan lagi blog RIS saya ini.Menulis blog berguru memang ada bezanya. Menulis dengan lebih yakin dan mudah dengan berpandukan bimbingan yang telah disediakan untuk kelas penulisan asas blog ini. Mungkin lepas ini saya akan mula dengan kelas blog bisnes pula.

Lagi sekali terima kasih kepada kak Aishah dan guru-guru ABDR yang lain di atas sumbangan dalam menjayakan blog RIS saya ini. Jasa  kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Wednesday, February 17, 2016

Berniaga Tanpa Modal

Teks & Foto: Munirah Yusoff


1. Berniaga Tanpa Modal.
Tahun 2014 pernah cuba berniaga tudung produk sendiri. Guna duit dividen ASB. Konon kalau bisnes tak jadi tak adalah rasa ralat sangat. Akhir cerita memang ke laut sebab main terjah. Bak kata orang, pengalaman ciput tapi ada hati nak ada produk sendiri *hah.. padan muka :D *

       Lepas tu tak buat dah. Nak berniaga pun, jual novel preloved dengan tudung Aidijuma. Novel preloved adalah contoh berniaga tanpa modal. Guna apa yang ada dalam tangan. Tudung Aidijuma (AJ) contoh berniaga produk yang sedia ada di pasaran. Saya pun mula jual tanpa modal sebab jual tudung AJ sendiri. Lepas dapat rentak dan join grup-grup AJ, baru beli stok sikit-sikit. Beli stok-Jual-pusing modal.

2. Aktiviti Pemasaran
Awalnya saya mula di IG dan join grup FB. Tapi memang diakui aktiviti pemasaran yang saya lakukan turun-naik. Sebab saya utamakan pengajian Master. Kalau tengah sibuk dengan assignment, exam dan thesis, sebarang aktiviti bisnes saya letak jauh-jauh.

*Nampak sangat tak kuat nak buat 2 kerja dalam 1 masa.. ^_^ *�� Sekarang, dah habis Master *Alhamdulillah*. Jadi ini peluang nak 'kuda-ku-lari-gagah-berani'. 


       
       Sejak join ABDR tahun lepas, baru nampak hala tuju untuk mula dari bawah dan jalan lurus nak capai matlamat. Dengan ABDR, baru tahu kuasa pemasaran melalui blog.

       Blog yang kemas, tersusun, sedap mata memandang, berinformasi - baru pengunjung datang baca berderu-deru. *terasa malu dulu ada blog yang tak matang *
����*
      Setiap platform (IG-FB-BLOGSPOT) ada pasaran dan teknik tersendiri. Cuba guna macam-macam cara sampai dapat rentak yang baik. Alhamdulillah saya ada kawan-kawan yang bantu saya belajar cara pemasaran. Famili memang sedia membantu.

ABDR Kumpulan Sokongan Bekerja Dari Rumah

http://roziewahid.blogspot.my/2016/02/ada-apa-dengan-abdr.html

Teks : Rozie Wahid

Ada apa dengan ABDR? Itulah persoalan yang pertama memenuhi benak rasa apabila puan Masayu bercerita tentang ABDR di fb beliau. Terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut sama ada kelas ini berbaloi dan boleh memberi manfaat pada saya atau tidak, lalu saya google. Saya dapati ABDR ini adalah kumpulan sokongan kepada sesiapa yang berhajat untuk beralih arah dari bekerja di pejabat kepada menjadi bos dari rumah sendiri.

            Bersesuaian dengan namanya ABDR iaitu Akedemi Bekerja Dari Rumah, ia tidak terhad kepada golongan wanita sahaja malah peluang dan ruang diberi kepada sesiapa yang berminat untuk belajar memulakan kerjaya dari rumah secara berperingkat. Pada masa yang sama kita boleh menikmati kualiti kehidupan bersama keluarga tersayang.

            Oct 2014 adalah bulan kedua saya mulai berehat sepenuhnya di rumah atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk saya terus bekerja di pejabat. Namun, orang biasa bekerja akan terasa badan semakin lemau apabila hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Pada masa yang sama saya mempunyai kelemahan iaitu saya seorang yang pemalu di alam maya, malu untuk menyuarakan sesuatu pendapat, komen atau berkongsi cerita. Sejujurnya ABDR adalah batu asas bagi saya untuk keluar dari sifat malu apabila orang lain membaca penulisan saya. Selepas tugasan ke 43 saya sedar yang saya telah dapat atasi kelemahan itu.

            Saya akui sebagai manusia yang sentiasa sibuk dengan kehidupan harian dan tidak lupa juga dengan segala ujian serta dugaan menyebabkan penulisan sering tertangguh, namun saya bersyukur adanya ABDR. Para tenaga pengajar yang tidak jemu dari subuh hingga ke malam mengeluarkan posting di fb menyalur arua positif kepada semua pelajar agar tidak putus asa dan berhenti separuh jalan.
            Ini adalah tugasan terakhir saya. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Sudah pasti saya tidak akan berhenti menulis, jemput jenguk selalu ke blog saya kerana di situ anda akan disajikan pelbagai rencah dan rasa dalam kehidupan manusia.


p/s : Terima kasih yang tidak terhingga kepada para tenaga pengajar ABDR yang awesome, terutama puan Masayu. Tanpa kamu semua mana mungkin ulat ini bertukar menjadi rama-rama…cheewah!!!

Tuesday, February 16, 2016

Setahun Bersama ABDR

Teks: Suhaila Rahim

http://suhailarahim.blogspot.my/2014/10/pengalaman-setahun-di-abdr.html

Alhamdulillah, bulan ini genap setahun saya di dalam jemaah ABDR. Ini bermakna genap setahun juga saya bergelar blogger. Tidak pernah terfikir untuk sampai tahap ini. Bukan mudah untuk membuat anjakan paradigma dari seorang yang 'silent reader' (walaupun masih silent). :) Maklumlah saya tiada pengalaman langsung dalam dunia blog. Hanya rajin blogwalking blog-blog orang. Jadi bila sudah mendaftar kelas ini terpaksalah saya tuliskan juga walaupun Allah sahaja yang tahu bila saya mengambil beberapa hari saya mengarang dan mengedit entri hanya untuk entri yang pertama. Realitinya saya bukan mahir sangat dalam penulisan, tetapi untuk berubah saya gagahkan juga. Moga saya terus istiqamah untuk menulis diblog ini dan moga ada kebaikan untuk yang membaca.

Setelah beberapa bulan didunia blog, saya dapati banyak kebaikan yang saya perolehi. Pada peringkat awal, saya hanya menulis dan berkongsi sedikit ilmu pelaburan unit amanah disamping diselang-seli dengan catatan pengalaman harian yang dirasakan menarik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Alhamdulillah, hasil dari bantuan jemaah di ABDR, jumlah pengunjung diblog meningkat dari hari ke hari. Bila selesai menulis 44 entri, saya ditawarkan sebagai Rakan Niaga di ABDR memandang ketika itu saya tiada apa-apa produk untuk dijual. Dan saya mengambil peluang emas ini sebagai satu usaha untuk menambah pendapatan. 

Belajar dari pengalaman sebagai Rakan Niaga di ABDR, saya menjinakkan diri dalam menjual produk sendiri. Dari satu blog saya membina lagi tiga blog untuk mempromosi produk-produk yang berbeza. Alhamdulillah, menambah pendapatan sedia ada. Tambahan pula blog merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk usahawan online terutama yang ingin bermula seperti saya. Antara pengalaman manis, bila suatu hari mendapat panggilan dan emel dari Cambodia yang berminat dengan produk yang saya promosikan diblog. Dan ia berlaku setelah beberapa bulan sahaja saya promosi di blog. Alhamdulillah, suatu yang tak diduga, ada juga pembaca blog saya dari luar negara. :)

Saya berazam untuk terus menambah ilmu dalam dunia dalam dunia blog. Adakala buntu juga untuk menulis. Semoga semangat ini tidak berhenti di sini sahaja dan moga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan berkongsi. Terima kasih kepada Pengasas ABDR Puan Masayu dan Cikgu Online saya, Kak Aishah kerana terus memberi semangat ini.

Sunday, February 14, 2016

Keluarga Besar ABDR

Pelajar : Faizah Yusoff
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://faizahyusoff.blogspot.my/



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya pernah terbaca satu ungkapan yang mengatakan:
"Tulislah perkara yang pembaca mahu ingin tahu, bukan apa yang kamu mahu"
 Macam terasa pada diri sendiri bila melihatkan entri-entri saya yang dulu. Saya akan cuba menambaik baik kandungan blog ini insya'Allah.
Sudah hampir 3 bulan rupanya saya menjadi ahli keluarga ABDR, hampir terlewat untuk menulis review buku dan review kelas. Tapi tak mengapa, bak kata pepatah:
"Better late than never"
Entah betul entah tidak Bahasa Inggeris saya.
Pada asalnya saya menghubungi Puan Masayu setelah mendapat tahu daripada kakak saya tentang kisah Puan Pengetua ABDR yang berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Saya mulai mencari info dan maklumat. Saya pendamkan hasrat untuk menghubungi beliau kerana pada masa itu saya agak sibuk dengan kelas tuisyen yang silih berganti dan tak pernah putus. Faktor lain ialah capaian internet pada masa itu (awal tahun lepas) agak terhad. Sedangkan saya tahu saya harus menulis dan menulis setiap hari sebaik-baiknya.
Akhirnya nak dijadikan cerita, saya mula tekad mahu menulis walaupun asalnya saya menghubungi Pn.Masayu dek kerana mahu bertanyakan pendapat tentang mahu menulis himpunan soalan-soalan matematik untuk pelajar yang lemah matematik sahaja. Saya rasakan kenapa tidak saya menulis untuk berkongsi cerita tentang khidmat hometuition saya yang selama ini saya lakukan sendiri sampai hari ini. Disamping mencari idea mengumpulkan modul-modul matematik, saya boleh berkongsi idea juga. Alhamdulillah akhirnya, di sini lah saya menjadi sebahagian kecil dari warga ABDR yang hebat-hebat belaka.
Saya diletakkan di bawah tunjuk ajar Cikgu Anys Idayu. Terima kasih cikgu sebab selalu layankan saja soalan-soalan saya yang entah apa-apa. Kadang-kadang saya akui agak kelam idea memandangkan bila melihat blog rakan-rakan yang lain kebanyakannya mempunyai produk dan cantik-cantik tersusun blog mereka. Sedangkan saya selalu cerita perkara yang sama. Modul saya pula bukan saya tak mahu masukkan di sini tetapi macam atk yakin untuk saya tunjukkan di sini. Keyakinan tu memang selalu membunuh niat saya.
Saya mula belajar satu persatu dan penulisan saya, saya rasakan semakin baik dari satu entri ke entri yang lain. Tak tahu lah apa kata pembaca saya. Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah saya yang menulis syok sendiri. Dah lah asyik terlepas hari, kadang-kadang 2,3 hari baru muncul satu entri, sedangkan kata sifu saya Cikgu Anys, entri ni macam satu kad nama untuk kita. Maaf ya cikgu, saya tak berjaya lagi dalam ujian 'istiqamah' walaupun pernah tulis pasal tajuk Istiqamah. 
Saya selalu menjadi 'silent reader' dalam kelas. Bila mahu bertanya, saya akan mesej tepi Cikgu Anys. Ketakyakinan pada servis sendiri masih menebal. Entah macam mana lah ya saya mampu menjadi yakin dengan pelajar saya. Sampaikan ada yang kata, bila tengok saya tunjukkan satu-satu cara, semuanya nampak mudah. Sedikit kelebihan di situ mungkin. *Puji diri sendiri*
Apa yang saya rasa, penulisan saya sudah bertambah baik. Ini perubahan yang paling ketara, sedangkan sebelum ini saya akan menulis berjam-jam sambil memikirkan entri apa yang mahu saya tulis, tapi sekarang, cukup beberapa minit saja sudah siap satu entri. Memang ini satu kemajuan sebab saya memang tak suka menulis dari dulu. *Faktor utama sebab tulisan saya tak cantik dan tersusun*
Dan, saya mulai baca e-book Asas Blog yang akan kita peroleh setelah mendaftar menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah ini.
Bagaikan terbangun dari mimpi, rupanya bukan saya seorang punyai masalah dilema dalam mencari pekerjaan. Bezanya, wanita-wanita ini sudah lebih makan garam daripada saya dan semuanya mempunyai latar belakang pernah bekerja berbanding saya yang selepas konvo terus menjadi hometutor sepenuh masa walaupun pada masa itu pulangan tidaklah lumayan mana. Dan semangat yang luntur terus kembali berkobar-kobar untuk terus menjadi sebahagian daripada mereka yang hebat.
Hanya saya yang mampu mengubah diri saya. Kenapa mesti saya mendengar 'apa orang kata' sedangkan saya sedar apa yang saya sedang lakukan langsung tidak menyimpang dengan ajaran agama bahkan dituntut pula.
Melalui ebook Asas Blog saya semakin faham kenapa kita harus menulis dengan jujur dan penjenamaan diri sangat penting. Sungguh saya bersyukur berkenalan dengan wanita-wanita hebat ini Pn. Masayu, Pn. Nashriah, Pn. Anys Idayu. 
Kenapa? 
Kerana mereka benar mahu membantu kaum wanita bangkit untuk menjadi hebat dalam versi mereka sendiri. Bukan hebat kerana meniru orang lain. Bukan menjadi hebat kerana cuba menjadi orang lain.
Syabas team ABDR! 
Pernah saya ditegur dek kerana kesilapan menulis sumber foto dari simpanan sendiri sedangkan foto itu saya ambil dari carian google, kata sifu, kita jangan menipu pembaca kita. Jujurlah dalam penulisan. Saat itu saya terasa, memang saya tak salah membuat keputusan untuk menyertai ABDR ini.
Banyak tulisan-tulisan daripada ahli-ahli lain yang Pn. Masayu kongsikan di dalam ebook, buatkan saya yakin, saya juga mampu membina kerjaya di rumah seperti mereka. Asalkan saya tak pernah berhenti berusaha.
Walaupun hanya belajar melalui FB, kelas yang saya hadiri walaupun hanya di alam maya, terasa macam masuk kuliah universiti pula. Ya lah, seakan setiap pelajar mempuanyai akses ke portal dan mulai menjawab soalan melalui portal tersebut. Banyak perkara yang bermanfaat yang dikongsi di kelas. Dan walaupun perkara sama yang diulang setiap kali ada pelajar baru masuk ke kelas, ia seakan menjadi 'reminder' kepada diri sendiri.
Buat yang baru berkenal-kenalan dengan blog, jom sertai jemaah kami di ABDR. Jadilah hebat di atas usaha dan kepakaran sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang sudi menyinggah.

Thursday, February 4, 2016

Rahayu Rashid di Mingguan Wanita

https://www.facebook.com/ayurashidd/posts/1315552951803486?notif_t=like_tagged

Bila kisah Ayu Rashid berhenti kerja terpilih masuk Majalah Mingguan Wanita dalam ruangan Kerja Dari Rumah - Puan Masayu Ahmad.
Lama dah, Ogos 2015. Masa ni, saya sekeluarga dirundung kesedihan kerana mak kami tiba-tiba sakit, masuk hospital dan kena operate. Puan Masayu pm saya beritahu artikel saya tulis dah keluar majalah. Masa tu kami sekeluarga kat Kuala Terengganu sebab mak kat hospital kat situ. Secebis kegembiraan buat saya masa tu, dan terus ke kedai beli majalah tu hehe.
Ia memang impian saya sejak sertai ABDR iaitu artikel saya tulis dapat masuk majalah smile emoticon oh yer, artikel penuh ada dalam eBook Yeay! Mama Sudah Resign.
Alhamdulillah, mak beransur sihat, walaupun tidak lagi seperti dulu. Kami terima ketentuanNya. Kini, mak bersama saya kat rumah. Terima kasih Allah, atas peluang ini.
Dalam bisnes online, saya bermula dengan blog dari tahun 2011 hinggalah sekarang. Dan ia memang medium utama yang saya gunakan dan saya paling suka.
Inilah antara sebab kenapa blog tu penting. Bagaimana penulisan di blog dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan bulanan, bina tribe, berbisnes dan berkarya.
Terima kasih Akademi Bekerja di Rumah untuk peluang ni. ABDR adalah platform untuk wanita memulakan bisnes online dan membina empayar mereka. Asalkan kita konsisten dan sabar, InsyaAllah, pasti boleh.






Thursday, January 28, 2016

Banyak Ilmu Diperolehi Dengan Sertai ABDR

Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Pelajar : Ziadah Zainal Abidin 
Guru online : Anys Idayu Zakaria 
Sumber : http://ziadahzainalabidin.blogspot.my/2015/07/kelas-online-blog-penulisan-dan-fanpage.html

 
Teks: Ziadah Zainal Abidin
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Sudah hampir 4 bulan saya bersama akademi ini. Banyak ilmu yang dikongsi dengan arahan serta tunjuk ajar yang tiada had. Seperti yang dinyatakan di dalam ebook Super WAHM, Super Mom, ibu yang beranak kecil seperti saya jauh lebih lambat bergerak. Ia memang kenyataan. Komitmen terhadap bayi tidak dapat dijangka. Semua suri juga sedia maklum hal ini.
Saya mula berkenalan dengan guru online saya ketika saya terkontang-kanting mencari ilmu kira-kira demi mempertahankan perniagaan percetakan saya yang baru berusia lebih kurang 1 bulan suku akhir tahun lepas (2014). Permintaan yang tinggi secara mendadak menjadikan saya tidak menang tangan mahu membuat kira-kira kos, pengurusan perakaunan, promosi, jualan, pentadbiran dan sebagainya sendirian. Salah saya yang memilih orang 'kapal' saya tanpa menyiasat dan memandang masalah yang bakal timbul nanti.
Sayangnya saya terlupa tentang kelas yang guru Anys promosikan. Saat saya mengandung anak ketiga ini adalah saat saya benar-benar diuji sangat hebat oleh Allah s.w.t. Saya lalu menjadi orang yang sangat pelupa kesan stress melampau. Hatta pemeriksaan klinik yang tidak pernah saya lupa dari mengandung anak pertama dahulu, pun saya lupa dan tidak pergi. Dalam masa yang sama, saya masih cuba mencapai apa yang boleh dicapai asal tidak jatuh teruk. Setelah sekian lama saya menyepi, tepat 14 hari, guru Anys bertanya khabar. Saya terpaksa batalkan keinginan mengikuti kelas kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak, rumahtangga dan perniagaan yang saya hanya dapat kira untung kasar sahaja.
Perkenalan kami bermula lagi melalui laman peminat buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Entah bagaimana saya ingin memiliki buku tersebut. Saya komen pada salah satu status laman tersebut dan guru Anys segera mempromosikan buku tersebut kepada saya. Saya yang tertarik dengan promosinya tidak menunggu lama meminta akaun bank guru Anys. Tidak sabar mahu memiliki buku MMR tersebut. Sempat juga saya pesan pada guru untuk mengingatkan saya kerana semasa saya mengandung anak ketiga saya, saya sangat pelupa. Keesokannya saya buat pembayaran buku MMR dan terus lupa tentang tawaran guru Anys mengenai peluang menjadi agen dropship buku tersebut.
Selang hampir 2 bulan kemudian saya tertarik dengan status guru mengenai kelas blog akademi yang ditawarkan dengan syarat jika mahu masuk kelas secara percuma. Syaratnya boleh lihat gambar di bawah. Saya usahakan juga mengikut apa yang guru Anys tunjuk ajar tetapi tidak mendapat sambutan. Saya akhirnya mendiamkan diri dan diam-diam menjadi pembaca senyap status-status guru di Facebook hinggalah 3 bulan berlalu.
Hampir penghujung bulan Mac 2014, saya tidak mampu bertahan membaca status guru lagi yang setiap hari melintas di dinding Facebook saya. Akhirnya saya mohon untuk mengikuti kelas dengan bayaran secara ansuran. Saya ambil kelas paling popular dan paling mahal dalam akademi berharga RM300. Setiap kali saya membayar ansuran (RM100 sebanyak 3 kali), saya diberikan e-book untuk dibaca hingga habis, hadam dan faham. Pakej blog yang saya ambil ini menawarkan 5 e-book yang saya mesti baca habis dan faham serta ulangkaji.
Alhamdulillah. Setelah habis ansuran tanpa bunga yang guru tawarkan, saya terus diserap masuk ke dalam kelas (kumpulan Facebook). Guru menandakan nama saya pada tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dan langkah demi langkah menambah pelbagai gajet untuk blog dalam bentuk tutorial bergambar.
Saya juga mencontohi guru dan rakan menjadi seorang peniaga beretika iaitu peniaga yang meniaga dengan nama sebenar atau nama komersial yang berkaitan dengan perniagaannya. Lebih baik lagi jika berdaftar. Bukankah ia agak mencurigakan jika nama peniaga adalah Penggembala Lembu tetapi gambar produk dan penerangannya adalah tudung Fareeda (contoh sahaja ye). Begitulah misalannya.
Dari apa yang saya pelajari, ini adalah tanda peniaga tidak konsisten, tidak faham pelanggan, tiada target khusus, tidak tahu potensi dirinya dan kurang fokus pada produk jualannya. Sekejap jadi katak, sekejap jadi sesumpah. Sekejap lompat bisnes sini, sekejap menjelma bisnes sana yang sama tapi tak serupa.
Saya sarankan belajar langkah demi langkah yang betul bersama saya di Akademi Bekerja Di Rumah‬ (ABDR) selaku ‪‎pengurus online ABDR‬ dan juga ‎rakan niaga ABDR‬.
Nota: Saya pernah jadi katak dan sesumpah dari tahun 2007 hingga 2014. ABDR buat saya menahan diri dari menjelma dari katak kepada kodok atau dari sesumpah kepada biawak komodo. Boleh lihat di ruangan kenali penulis berapa banyak saya gagal.
Berada bersama ABDR membantu saya fokus dan jalan terus walau ada tangan suruh berhenti sekejap, nak bagi projek ni. Saya belajar dari kesilapan lalu. Cukuplah gagal selama 7 tahun. Sudah beratus habis. Nasib baik beratus. Jika berjuta, mungkin saya patut benam muka dalam tanah.