Pages

Wednesday, November 27, 2013

Ulasan protege kelas blog bisnes Aizawaty Ahmad

Ulasan Kelas Asas Blog - Aizawaty Binti Ahmad (sumber : http://aizawatyahmad.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-aizawaty-binti.html)
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Teks : Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Buku Asas Blog


Assalamualaikum
Hari ini tamatlah tugasan penulisan saya untuk kelas asas blog yang telah saya pelajari bersama guru online (merangkap rakan sekuliah saya di UTM Space ) Anys Idayu Zakaria . Terima kasih kepada Anys kerana menjadi guru online yang prihatin dan banyak membantu dalam penghasilan blog saya . Sebelum ini saya sudah mempunyai blog sendiri , tetapi pada waktu itu tujuan blog hanya lah sekadar mencuba dan suka-suka. Saya tidak menyangka yang keperluan blog amat penting dalam memasarkan barangan bagi ahli perniagaan . Disamping itu blog juga berfungsi untuk memberi pengetahuan kepada pengguna tentang produk , perkhidmatan yang di berikan , tips-tips yang berguna di samping dapat meramaikan kenalan tidak kira di dalam negara dan luar negara . Saya mula serius untuk membuat blog semula selepas saya membuat perniagaan Sophie Paris , dan saya mendapatkan khidmat Guru Online Anys Idayu Zakaria untuk membantu saya membangunkan blog perniagaan kerana telah terlalu lama meninggalkan dunia blogging. Dari sini saya dapat mengetahui teknik-teknik menulis dengan betul , cara-cara mereka bentuk blog , memasukkan item-item yang penting dalam blog dan lain-lain lagi. Walaupun mengambil masa yang lama untuk melaksanakan tugasan ini , tetapi saya tetap bersyukur kerana Guru Online sentiasa memberi tunjuk ajar dan menegur sekiranya ada lakukan kesilapan .Tambahan lagi, kelas di buat secara online.
Saya juga di bekalkan panduan ebook belajar asas blog untuk rujukan sebagai panduan membuat blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan pada Puan Masayu kerana menganjurkan kelas Asas Blog ini. Di harapkan kepada kengkawan yang handak membuat blog tetapi tidak tahu bagaimana untuk mulakan , bolehlah sertai kami.

Thursday, November 14, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage - Mahizan Nani

Ulasan Dari Kelas Asas Blog
Guru online : Aishah Hussein
Protege :  Mahizan Nani
Sumber:  http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

      Perkenalan saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.

       Tanpa berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian saya.

        Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

           Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

             Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

             Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

            Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil  satu hari nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.

Wednesday, November 13, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman

Nama pelajar : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber :  http://tuanfadzilah.blogspot.com/2013/11/kaedah-penulisan-blog.html

Kaedah Penulisan Blog

Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog  dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma. 


Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati  kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.

p/s : Anda boleh menghubungi Pn Zaila Mohamad untuk menuntut ilmu daripada beliau tentang Asas blog dan ilmu lain yang berkaitan. 

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fan Page- Nadra Binti Amat.

Saya belajar asas blog

Sumber Teks : www.nadraamat.blogpsot.com
Nama Pelajar: Nadra binti Amat
Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor.


Assalamualaikum,




Sebelum ini saya pernah ada blog, tetapi blog itu saya biarkan sehingga bersawang dan akhirnya saya tak pernah buka lagi. Bila saya mula belajar berniaga secara online, saya cuba buat blog semula. Tetapi saya tidak berpuas hati kerana banyak yang saya tidak tahu. Walaupun saya selalu mencari toturial yang dikongsikan dalam internet. Saya dapat rasakan blog saya banyak kekurangan. Pernah juga saya terfikir ingin mengupah orang profesional untuk buat blog, tetapi kos agak tinggi. Lagipun,saya memang nak belajar membuat blog sendiri.



Bila saya nampak iklan tentang kelas penulisan dan asas blog, saya terus menyertainya. Saya rasakan inilah peluang terbaik untuk saya tambahkan pengetahuan tentang blog. Tambahan lagi, kelas di buat secara online. Jadi mudah untuk saya mengikutinya walaupun jauh di Semenanjung sana dan saya di Sabah. Setiap hari saya boleh bertanya soalan kepada cikgu, dan masa adalah fleksibel. Pada permulaannya,cikgu telah memberikan soalan analisa tentang latar belakang, pengalaman, kerjaya, minat dan matlamat. Kemudian e-book asas blog dalam bentuk blog diberikan untuk dibaca, rupanya memang banyak yang perlu dibelajar, terutamanya cara dan teknik penulisan yang baik. Selepas membaca e-book tersebut, tugasan akan diberikan. Saya masih baru belajar, tugasan saya pun masih belum selesai iaitu penulisan 44 entri. Tetapi, saya sudah ada keyakinan untuk menulis, walaupun Saya tidak ada pengalaman dalam penulisan. Masih banyak yang saya tak tahu dan perlu dibelajar. Insyaallah, saya akan habiskan pembelajaran ini.



Barulah saya faham, saya bukanlah seorang yang boleh belajar dengan menggunakan toturial atau dengan pembacaan buku sahaja. Saya perlukan guru untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan. Semoga cikgu Wani dan Puan Masayu terus memberi bimbingan. Dan para wanita diluar sana yang ada minat untuk belajar cara asas blog, bolehlah sertai kami di kelas belajar asas blog.

Monday, November 4, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog - Lylyaffazreen

Protege : Lylyaffazreen Abd Latiff
 (sumber : http://lylyaffazreen.blogspot.com/2013/10/44-entri.html)
Guru Online : Anys Idayu Zakaria


44 ENTRI (sumber : http://lylyaffazreen.blogspot.com/2013/10/44-entri.html)
Salam,

Alhamdulillah, genap sebulan saya belajar kursus asas blog melalui Cikgu Anys, di bantu oleh cikgu-cikgu yang lain, akhirnya siap juga 44 entri walaupun saya terlalu sibuk sebagai seorang ibu yang sekarang menjaga anak yang sakit di hospital, sebagai seorang pekerja yang makin busy kerana berusaha untuk di naikkan pangkat serta menghadiri temuduga, sebagai seorang pelajar yang bergelumang dengan buku-buku,nota-nota bagi menghadiri test,final exam serta tugasan yang memerlukan komitmen sentiasa dan yang lebih penting sebagai seorang suri di dalam hati insan istimewa yang bernama HAMSAN B MOHAMED.
Syukur kepadaNya akhirnya saya dapat create blog saya sendiri.Walaupun di dalam blog saya semua ada (bisnes,minat,aktiviti saya dan sebagainya), tetapi saya berbangga kerana saya mampu atasi kesibukan dan memberi sedikit masa untuk berblog.Mungkin di dalam blog saya tidak seperti blog orang lain, tetapi saya amat berpuas hati.Saya boleh bercerita berkenaan bisnes (menjual tudung,blouse,seluar,jubah dan sebagainya - dari adik saya),saya boleh bercerita berkenaan my hero,yang macam-macam ragam dan gaya, saya boleh bercerita berkenaan minat saya, yang di gelar oleh kawan-kawan sebagai "hantu novel", saya juga boleh bercerita berkenaan aktiviti seharian saya setiap hari dan saya juga boleh berkongsi sedikit info atau maklumat berkenaan penyakit yang anak-anak saya alami dan sebagainya.
Bagi saya, melalui blog ini saya dapat bercerita, ini kerana kadangkala kita susah untuk berkongsi dengan orang lain segala masalah atau pendapat kita,melalui saluran ketiga kita boleh jadikan ia nyata.
Terima kasih Cikgu Anys kerana merealisasikan apa yang saya inginkan.Moga dengan mempelajari sesuatu ilmu ini, saya akan terus meneroka sesuatu yang baru dan dapat berkongsi segala maklumat yang saya ada dan saya juga dapat berkongsi segala aktiviti saya seharian.
Thank You So Much!
Mari Berblog (sumber : http://lylyaffazreen.blogspot.com/2013/11/mari-berblog.html)

Assalamualaikum,

Sebulan 4 hari saya belajar membuat blog dengan Cikgu Anys Idayu Zakaria (http://anysidayu.blogspot.com/).

Alhamdulillah segala tugasan saya dapat siapkn walaupun asyik bertanya itu ini dengan cikgu, tapi beliau tidak pernah lokek atau give up mengajar saya.Syukur KepadaNya.

Kawan-kawan ramai yang bertanya pada saya,
"ada masa ker ko buat blog nie?""bila masa ko menulis?""bila ko start berblog nie?""dari mana ko belajar buat blog nie?"
Macam-macam soalan lagi yang di tanya kepada saya berkenaan blog ini.Bagi saya satu sahaja,
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jika kita inginkan sesuatu,kita akan cuba untuk merealisasikan, begitu juga saya.Dan sekarang inilah yang terhasil :
http://lylyaffazreen.blogspot.com/ - Diari Wanita Bekerjaya

Memang masa untuk saya menulis, mencoret, menaip dan menyudahkan tugasan yang di berikan sangat limited. Tetapi satu sahaja yang saya tetapkan dalam diri saya, saya mesti habiskan 44 entri atau tugasan yang di berikan oleh cikgu selama sebulan.Akhirnya saya mampu, kerana saya tahu saya telah tetapkan matlamat untuk saya capai.

Saya seorang yang amat-amat sibuk, kadangkala saya tidak dapat menyiapkan sesuatu kerana saya juga ada kelemahan dan kekurangan, tetapi saya tetapkan sesuatu bagi mencapainya. Perkenalan di media sosial (Facebook) dengan seorang insan (Puan Anys Idayu Zakaria - https://www.facebook.com/anies.aiz?ref=ts&fref=ts) telah membuka minda saya bagi berblog.

Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, inilah peluang yang di tunggu-tunggu.Tidak salah kita belajar sesuatu yang baru,walaupun blog ini sudah lama di ketengahkan, ilmu yang kita pelajari ini amat berguna, untuk kita dan mereka di sekeliling.

Sahutlah peluang untuk berkarya, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil nanti satu hari kita akan berjaya dengan working at home, ia dapat membantu side income kita melalui iklan di dalam blog kita. Jika kita seorang suri rumah, inilah peluang kita, jika kita seorang yang bekerjaya juga tidak mustahil kita juga boleh.




Hubungilah mentor-mentor saya yang banyak memberi tunjuk ajar tanpa jemu.Tanpa mereka tidak terhasillah "DIARI WANITA BEKERJAYA Lyly Affazreen"