Ulasan tentang blog asas dan fanpage.
Guru Online : anys idayu zakaria
protege : noor azila mohamad
Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan.
Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga pengajar
ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering
mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes.
Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang
perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula
mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ
saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan,
dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang
usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan
diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala
cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.
Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa
dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau
menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun
hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan,
saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur.
Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya
mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya
membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.
Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur ,
saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan
semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini
cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar,
tidak perlu lagi risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara
'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada
masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya,
saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak
tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk
membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan". Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan
Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.
Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb.
Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika
kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita
lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah
untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih
meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk
bergelar usahawan. In shaa Allah...
No comments:
Post a Comment