Thursday, March 9, 2017

BACA INI ! ULASAN KELAS BLOG ABDR

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Pelajar : Dhuha Rashidi

 
Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi
Alhamdulillah. Segala pujian syukur dipanjatkan kepada Allah selayaknya atas kurniaan beribu nikmat atas dunia ini. Ma sha Allah.
.
Sudah beberapa bulan saya aktif berblog. Saya masih ingat tarikh tepatnya, 19 Disember saya mula diberikan tugasan. Baru sahaja beberapa bulan saya kembali menulis di blog selepas mendaftar ke kelas blog bisnes di bawah Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR). Hakikatnya, sebelum ini menulis tanpa guru, ibarat menebar gandum tiada burung. Begitulah umpamanya. 
.
Bermula dari hari pertama lagi saya sudah begitu teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Dibawah bimbingan guru blog iaitu Puan Cikgu Anys Idayu Zakaria , saya mengikuti setiap tunjuk ajar yang diberikan. Unik sekali segalanya hanya dihujung jari. Dengan berhubung terus dengan Cik Puan Anys, dalam masa yang singkat sahaja saya dapat menyiapkan asas blog untuk bisnes. 
.
Cik Puan Anys menjalankan kelas blog bisnes ini secara online dan juga offline. Bagi saya amat berbaloi menyertai kelas ini. Protege akan dimasukkan kedalam group khas dan diberi tunjuk ajar satu persatu. Tiada lagi istilah menebar gandum merata-rata. Seekor burung pun tidak menyinggah. Hehe.
.
tulisan ini kekurangan satu titik pada huruf nun pada ayat "mubina"
Blog saya lebih mengkhususkan kesenian Islam. Sebelum ini saya pernah menulis berkaitan seni di blog lama. Namun, saya sendiri hanya sekadar menulis dan tidak tahu rupanya sebuah blog boleh menjadi popular dan tidak tahu bagaimana mahu meningkatkan trafik ke blog saya. Lebih membuat saya buka mata, dari penulisan blog boleh menjana pendapatan juga. 
.
Walaupun saya telah kerugian masa beberapa tahun, saya tidak menyesal dengan masa lalu, kerana Tuhan telah takdirkan saya menemui Akademi Bekerja Dari Rumah melalui Cik Puan Anys masa kini. Tentunya saya masih merasa bertuah kerana banyak ilmu membina blog bisnes yang telah saya pelajari. 
.
Untungnya juga , saya dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger di bawah rangkaian ABDR. Dari situlah, saya dapat membaca perkongsian sahabat maya serta mengenali mereka dengan lebih rapat. Memandangkan rutin saya berulang alik Kuala Kangsar ke Klang, Klang ke Puchong, Puchong ke Klang, Klang ke Kuala Kangsar membuatkan fokus saya agak terganggu. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak menulis di blog. 
.
Dengan menulis secara konsisten saya perasan peningkatan pengunjung ke blog meningkat setiap hari. Yang menariknya, dengan blog saya lebih mudah mendapat target audien yang tepat. Baru-baru ini, ramai yang menghubungi saya bertanyakan kelas dan kursus khat yang saya anjurkan di bawah Dhuha Rashidi Resources. Tidak kurang juga yang mahu mendapatkan perkhidmatan tulisan khat sebagai cover buku dan produk khat.
.
Dalam beberapa bulan sahaja, sudah ada yang berjaya menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan diberikan juga berminat untuk bekerjasama. Bila ditanya, dari mana boleh menghubungi saya, jawapannya adalah carian di Google. 
.
berminat bekerjasama

dibawah ini mereka yang berminat menyertai bengkel khat untuk sekolah







Apabila saya praktik menulis entri yang berpotensi naik di carian, saya mendapati ianya berhasil. Bukan itu sahaja, ia turut memberi kesan kepada penambahan follower saya di Facebook ini. Sekaligus , saya telah mendapat follower yang targeted. Alhamdulillah. 
.
Sebab itu, saya amat syorkan kepada sesiapa sahaja yang ingin membina blog agar menyertai ABDR. Disamping berkongsi info mengenai produk dan penulisan kita, juga dapat meningkatkan kredibiliti sebagai pengusaha bisnes. 
.
Jika anda berminat menyertainya, apa tunggu lagi ? 
Dhuha Rashidi
Penulis Khat Wanita

Ulasan Kelas Blog Irda Rina

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Pelajar : Irda Rina


Teks : Irda Rina 
Foto : Carian Google



Alhamdulillah, nampaknya selesai tugasan-tugasan penting untuk memulakan blog. Sebenarnya, hasrat untuk menulis blog sudah lama terpendam sejak tahun 2009 lagi. Iaitu sejak saya merasakan ingin berkongsi satu persatu pengalaman menjaga anak yang sakit kanser Neuroblastoma pada ketika itu. Niat saya ingin menulis untuk menjadi panduan dan rujukan bagi orang lain, terutamanya yang diduga dengan ujian yang sama. 

Pada masa itu saya ada bina blog menggunakan wordpress. Tetapi kalau tak silap saya, sempat 2 atau 3 entri saja. Blog tu pun sudah tidak wujud rasanya. Sedangkan pada ketika itu (dan sehingga kini), masih ada rakan-rakan yang menantikan kisah-kisah pengalaman saya tersebut. 

Tahun berganti tahun, saya masih berhutang cerita lagi nampaknya. InshaaAllah, sampai masa nanti saya akan 'langsaikan' hutang tersebut sedikit demi sedikit melalui Catatan Pengalaman saya didalam blog ini. 


Saya juga pernah menghantar mesej kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad untuk mendaftar kelas penulisan blog. Tetapi saya tidak meneruskan hajat saya kerana merasakan agak sibuk pada ketika itu. 

Sehinggalah pada bulan Januari lalu, Puan Arbee Ali mesej saya dan menjemput saya menyertai Kelas Asas Penulisan Blog ini. Pada masa itu memang saya sudah pasang niat untuk membuka blog baru setelah menjadi Perancang Harta Pusaka. Kerana hal ehwal harta pusaka ini kadangkala lebih sesuai diceritakan panjang lebar melalui blog berbanding di facebook. 



Dipendekkan cerita, Allah memudahkan rezeki saya untuk menjadi pelajar kelas tersebut bagi Februari 2017. Saya dibimbing oleh Puan Anys Idayu Zakaria. Membuat blog dengan berguru ni lebih teratur caranya daripada hentam buat sendiri. Puan Anys mengajar langkah demi langkah. Jika ada yang tak faham atau tak menjadi, kami bebas bertanya. Biarpun kadang-kadang saya rasa soalan saya tu terlampau 'basic' juga. Tapi demi menimba ilmu, biarkanlah. Malu bertanya, sesat pula jalannya nanti. 

Alhamdulillah, walaupun sekecil-kecil ilmu, ia tetap berguna untuk saya. Tetapi apa yang paling penting adalah inisiatif saya sendiri untuk konsisten menulis. Hmm..... kadang agak mencabar juga. Harap agar terus istiqamah demi berkongsi dengan pembaca. 


Mudah-mudahan blog ini bukan sekadar menjadi sumber maklumat atau bahan bacaan untuk pengujung. Tetapi diharapkan agar ia menjadi ladang pahala yang berterusan juga buat saya melalui segala perkongsian yang baik dari didalam blog ini.

Pelajar Februari 2017,
Irda Rina Kamarulbahrain
 http://irdarina.blogspot.my/?m=0

Wednesday, January 25, 2017

Idea datang mencurah curah

Pengalaman Menulis Blog
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

http://mazianazainalabidin.blogspot.my/2017/01/pengalaman-menulis-blog.html
Alhamdulillah akhirnya sampai jua ke entri terakhir. Memang tidak menyangka idea datang mencurah-curah. Dan lagi tidak menyangka, saya mampu melakukannya. 
Bukan apa, zaman sekolah dulu saya ni memang lemah bab mengarang. Mula-mula dapat tugasan, tidak boleh tidur malam dan termimpi-mimpi.

Didorong oleh Puan Masayu atau lebih mesra Kak Mas, saya akhirnya berkarya dengan baik.
Sokongan suami, anak-anak dan orang tua sangat membantu saya. 

Saya suka berkarya di waktu pagi dan tengah malam. Ketenangan itu memudahkan saya. Melihat senyuman anak-anak dan suami tatkala mereka membaca nukilan saya (yang melibatkan mereka), ia membuatkan saya semakin berkeyakinan.

In shaa Allah, saya akan terus berkarya lagi dan membaikpulih kualiti karya-karya saya agar dapat memberi manfaat kepada saya dan anda.
Berinspirasikan blog sahabat-sahabat Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya mampu menjadi sehebat mereka, In shaa Allah.

Bagi yang belom merasai nikmat berkarya di blog, saya sarankan anda mengikuti kelas asas blog ini. Otak anda seolah-olah diaktifkan. Bak kata iklan susu, sel-sel otak saling berhubung.
Siapa tahu iklan susu apa?
Wah, pandai. Tengok tu sel-sel otak anda saling berhubung tu. Kalau tak masa kan anda ingat iklan apa kan?

Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian saya. Pengalaman cukup indah buat saya. 
Wow! Tahniah buat diri saya kerana berjaya mengarang. Tepuk tangan sikit. Hip hip horey.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)