Friday, July 18, 2014

Hasil Pertama Dalam Penulisan

Berkongsi keterujaan Intan Haji Daud, antara pelajar perintis kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif kelas Monalita Mansor melihat cek pertamanya untuk cerpen pertamanya yang berjudul Goyah yang tersiar di majalah Wadah Siswa.

Menulis adalah proses. Intan mendaftar pada tahun lepas, dan beliau bukan penulis. Saya ulangi, Intan Hj Daud bukan penulis. Beliau hanya pembaca novel tegar dan kemudiannya menggunakan panca indera keenamnya dan kesungguhan yang bukan sedikit untuk belajar. 

TEKS= +Intan Daut 
GAMBAR= Koleksi peribadi







Alhamdulillah... hasil pertama dalam penulisan sudah di depan mata. Cuma yang pernah merasa tahu gembiranya macamana... Yang pasti, semangat untuk terus berada dalam bidang ini semakin meningkat. Kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri juga mula bercambah. 

Terima kasih kepada guru penulisan online saya Puan Monalita Mansor. Walaupun saya tergolong dalam golongan pelajar yang degil dan banyak songeh, berkat kesabaran dan bimbingan beliau, selangkah demi selangkah saya mula berganjak. Sesungguhnya keputusan memasuki Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif (Guru Online Monalita) adalah satu keputusan yang tepat.

Doakan saya dapat melangkah lebih jauh lagi dengan menyiapkan sebuah manuskrip novel (Mahar Cinta Cik Sitam). Dalam perancangan awal, saya akan cuba menyiapkannya sebelum berakhirnya tahun 2014.



****Lagi 13 cerpen, balik la modal beli laptop.****


-Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor. Kelas ini bersiaran secara 'online' sepenuhnya dan di bawah seliaan grup Akademi Bekerja dari Rumah atau grup Wahm SOHO

No comments:

Post a Comment