Pages

Thursday, August 6, 2015

Berbaloi Dengan Yuran Kelas ABDR

KELAS BLOG BISNES PENULISAN

Entri Ulasan #1
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran 44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.

Teringat kisah sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi.  Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di fahami.
Mula belajar dan berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak dengan gadget 'HTML/JavaScript' mulalah mata berpinar, otak jadi blur sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog. Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.
Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.
Semangat yang semakin pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.
Perasaan cemburu pada mereka yang mempunyai blog yang mewah dengan informasi menjadikan diri ini bangkit  dan mempunyai azam baru untuk terus berusaha mempunyai satu blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama dalam carian google.
Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.
Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.
Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.
Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.
Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.
Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.
Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.
Senang sangat untuk menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas online dan offline. Semua ada SOP.
Bagi yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR. Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus berjualan, kerana semuanya atas talian.
*      Anda Suri Rumah Berkerjaya?
*      Anda Peniaga Online?
*      Inginkan Pendapatan Sendiri Tanpa Satu Sen Modal?
*      Inginkan Duit Masuk Akaun Setiap Hari Tanpa Keluar Rumah?
Jika YA, maka andalah orang yang kami cari...
Pendaftaran pengurus online masih dibuka. Sudah tutup nanti jangan menangis yer.
(Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR)
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/ WhatsApp: +6016-817 8716
add saya di facebook : Nasriah Abdullah (Cahaya Nur Adhwa)

Tuesday, June 30, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Instagram

Guru Online : Pn. Zaila Mohamad
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi ABDR

"Jika anda mahu ubah hidup anda serta tahap kewangan anda,kita perlu tingkatkan tahapILMU kita,tahap KUASA TINDAKAN kita dan tahap PERHUBUNGAN DENGAN ALLAHserta orang disekeliling kita terutama ibubapa" - Dr Azizan Osman.


ILMU..kerana dahagakan ilmu IT maka Kak Bed berada di sini - di kalangan rakan rakan hebat ABDR.Sebenarnya dah lama Kak Bed tahu kewujudan ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah) melalui post post di facebook oleh Puan Masayu Ahmad.

Puan Masayu Ahmad memang tersenarai dalam friendlist Kak Bed masa mula mula Kak Bed ada facebook.Beliau merupakan rakan kepada bekas rakan rakan satu sekolah dengan Kak Bed yang belajar di USM,Penang.

Pada permulaan,Kak Bed tak memahami sangat apa yang diutarakan oleh beliau tapi Kak Bed suka baca post post beliau.Sehinggalah beliau menjadi penulis dalam majalah Mingguan Wanita.Masa tu terlintas dalam fikiran Kak Bed,'bagus betul dia ni.Gigihnya dia".

Tapi cuma fikir saja tanpa sebarang tindakan susulan,sebab apa yang Kak Bed faham ketika itu adalah artikel artikel yang ditulis adalah untuk surirumah sahaja..huhuhuhu

Sampailah satu saat di mana Kak Bed ternampak iklan di post beliau berkenaan Kelas Instagram dan asas blog.



Kak Bed tertarik dengan instagram sebab nak tahu macamana nak berniaga melalui Insta masa tu.Lalu diperkenalkan kepada Cikgu Zaila Mohamad yang merangkap macam adik sudah lagaknya.hihihi..

23 Mei 2015,kelas ditetapkan.Bukan senang nak cuti sebab Kak Bed kerja retail.Tapi atas kebernasan memberi alasan akhirnya dapat bersua muka dengan cikgu Zaila ni.

Debaran sesangat sebab tak tahu perwatakan beliau macamana kan..Kak Bed ni dah la kurang ilmu IT.Macam mana la kalau tak dapat ikut kelas ni nanti.Risau yang amat sebenarnya.

Semua debaran,takut,runsing habis hilang bila dalam kelas.Cikgu Zaila bukanlah seperti guru displin macam di sekolah sekolah itu.hihihi..Beliau banyak membimbing Kak bed dalam kelas dari A-Z.Sangat penyabar orangnya walau Kak Bed banyak bertanya.

Banyak perkara yang Kak bed tak tahu sebenarnya pasal blog.Sebelum ni  asyik google,belajar di youtube tapi susah benar nak faham.Bila bersemuka macam ni,barula Kak Bed 'ternganga' sekejap.Boleh dikatakan 100% persoalan pasal blog terutamanya terjawab.Manakala instagram pula tak susah rupanya.Hanya kena rajin upload gambar saja.




Cikgu Zaila juga guide Kak Bed apa sebenarnya perlu fokus penulisan dalam blog.Beliau nampak post post Kak Bed sebelum ini dan terus suggest fokus kepada kecantikan.Walhal masa tu Kak Bed memikirkan fokus yang lain.

Tapi memang benarlah cadangan Cikgu Zaila untuk memberikan fokus kepada kecantikan sebab Kak Bed rasa lebih santai mencoret dalam blog berbanding 'fokus' Kak bed yang satu itu.

Pendek kata memang tak rugi sertai keluarga besar ABDR ni.Ada group coaching lagi.Tak jemu jemu melayan Kak Bed siang dan malam,memang ada rasa pertalian yang istimewa di situ.

Nak sertai kelas samada offline dan online tak susah pun.Boleh hubungi Puan Zaila Mohamad di facebook.

Terima kasih Cikgu Zaila dan Puan Masayu Ahmad kerana sudi memberi peluang kepada Kak Bed untuk menyertai keluarga besar ABDR ini.


Friday, June 26, 2015

Peluang Upgrade Diri Bersama ABDR

Pelajar : Pn Nooraida Mohd Shukri

Guru online : Pn. Zaila Mohamad

Sumber : http://nooraidashukri.blogspot.com/2015/05/peluang-upgrade-diri-di-kelas-asas-blog.html

Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.
 
Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:
 
1. Masa Adalah Fleksibel.
 
Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.

Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa.

 
3. Belajar membina  perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage
 
Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.
 
Begitu juga dengan fanpage yang kita bina untuk mempromosi produk kita. Tiada batasan had bilangan untuk dilihat oleh pencari maklumat. Dengan pembinaan fanpage lebih mudah pembaca serta pengguna untuk mencari maklumat khusus yang dikehendaki oleh mereka. Di kelas ini, guru  akan memberi tips bagaimana untuk membina fanpage yang berpengaruh. Saya juga diajar bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage.

4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.

Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.


5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.

Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya.  Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.

6. Blog lebih tersusun

Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi  gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus  terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.

7. Belajar Bina Kedai Online.

Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga. 

Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.

Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan bertanyakan pelajaran yang tidak difahami. Buatlah rujukan dengan guru atau  mereka yang lebih berjaya In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan olehNya. 

Thursday, June 25, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage & Beriklan di Instagram - Faten Fattah

Nama pelajar : Faten Fattah
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : http://fatenfattah.blogspot.com/2015/06/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua.

Alhamdulillah sudah 6 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diterima Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Sebenarnya, sudah beberapa hari saya berusaha menyiapkan entri kali ini. Rasanya payah benar untuk saya membuat ulasan bagi Kelas Asas Blog & Fanpage yang telah saya ikuti ini. Macam-macam yang saya fikirkan. Bagaimana nak tulis? Ayat apa yang sesuai?

Rasanya saya patut mulakan begini:

Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.

Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.

Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu  atau tidak. 

Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.

Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari  ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.

Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.

Apa tunggu lagi? Jom sertai saya dan rakan-rakan dalam Kelas Asas Blog & Fanpage. Insya Allah, semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita usahakan. Dunia dan akhirat. Aamiinn.

Sunday, June 21, 2015

Uniknya Bergabung dengan ABDR

Entri pertama saya di blog ini bertarikh 13 April 2015. Sehingga ke hari ini lebih kurang 2 bulan sudah berjaya mencuri perhatian pembaca 1,006 pageviews. 

Ada tekniknya yang percuma sahaja boleh diusahakan sendiri tak perlu bayar iklan.
1. Menulis tentang kebaikan produk/servis, bukan nawaitu menjual semata-mata. Usah segan sebarkan kebaikan. Masih ada anak dara yang tak pandai menumbuk membuat sambal belacan asli kan.

2. Tajuk sangat penting. Fikirkan tajuk yang sekali imbas pembaca tertarik. Letak diri dalam kasut pembaca. Jadilah wartawan Harian Metro.

3. Bercerita dalam penulisan. Elakkan promosi iklan terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan selang seli selitkan cerita, nasihat, tips yang berguna. Pelik juga kedai kain kedai perabot setiap hari jualan murah cuci gudang.

4. Jadi lebih kreatif. Guna gambar menarik, audio atau video. Ada orang suka 123, ada yang suka kartun, ada yang suka gambar makanan sedap menyelerakan tapi ulat buku suka karangan panjang berjela.

5. Pertukaran link blog. Inilah unik untungnya bergabung dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ia sangat bantu menaikkan ranking blog. Ia umpama IG swap review. Tapi kuasa kemampuannya lebih jauh hebat dari itu.

Blog ibarat raja apabila google ia dengan mudah berada di mukasurat pertama. Tak percaya cuba google qaseh gold bangi, dan cari di mana blog saya berada. Walaubagaimanapun, mesti rajin update blog.

Berkenalan dengan penulis, puan umi Arbee Ali
Pengurus online ABDR

Daftar mana-mana kelas pilihan ABDR melalui beliau
http://arbeeali.blogspot.com/…/mencecah-1006-pageviews-dala…

Thursday, May 28, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Azrinbadrinas

Teks: Azrinbadrinas
Guru bimbingan: Aishah Hussein
Sumber: http://azrinbadrinasabubakar.blogspot.com/2015/04/ulasan-tentang-kelas-asas-blog.html

Assalammualaikum pengunjung blog RIS

Hampir 4 bulan tiada internet di rumah disebabkan tertinggal mobile wifi di sebuah hotel di Ipoh hujung tahun 2014, nak tak nak terpaksa juga mencari talian internet lain. Anak-anak pun dah mula dengan folio, perlu mencari maklumat untuk assignment mereka. Pada hari ini internet bukan lagi satu kehendak tapi dah menjadi keperluan setiap rumah.

Alhamdulillah sampai juga saya ke entri yang ke-44. Saya bermula pada Julai 2014, sekarang dah hampir setahun usia Blog Rahsia Idaman Suri ini. Walaupun ini bukanlah blog saya yang pertama, tetapi ini adalah blog saya yang konsisten sehingga boleh mencapai penulisan saya yang ke 44. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan Kak Aishah sebagai guru saya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Tunjuk ajar dan teguran dari guru saya kak Aishah mematangkan lagi blog RIS saya ini.Menulis blog berguru memang ada bezanya. Menulis dengan lebih yakin dan mudah dengan berpandukan bimbingan yang telah disediakan untuk kelas penulisan asas blog ini. Mungkin lepas ini saya akan mula dengan kelas blog bisnes pula.

Lagi sekali terima kasih kepada kak Aishah dan guru-guru ABDR yang lain di atas sumbangan dalam menjayakan blog RIS saya ini. Jasa  kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Thursday, May 21, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes)

Nama pelajar : Pn. Leeya Mokhtar
Guru Online : Pn Zaila Mohamad
Sumber : http://norliaamatmohtar.blogspot.com/2015/05/bisnes-bakeri-di-rumah-testimoni-kelas.html

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Sumber google


Assalamualaikum

Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home mom (WAHM). Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi sepanjang tempoh ini. Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu yang mudah tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak tanpa jagaan orang lain.

Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak berumur mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya tidak fikir panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga dengan anak-anak kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya. Bagi mereka tiada istilah ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa itu, hanya senyum dan pergi. Tidak mahu memanjangkan atau bertengkar dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan mereka. 

Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri. Saya ada terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih dikenali sebagai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan perkongsian artikel tersebut saya terus mencari artikel-artikel berkaitan dengan ABDR dan cara untuk mendaftar sebagai ahli. Di situlah titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian diperkenalkan dengan Cikgu Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di bawah bimbingan guru online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh, menggunakan bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk membina fanpage untuk beriklan dan berniaga.

Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.




Bagi saya guru-guru yang mengajar sangat komited, tidak lokek ilmu dan bersedia membantu. Ini kerana apabila belajar dalam talian masa pelajar membuat tugasan adalah sangat tidak menentu. Acap kali guru online memberitahu penjenamaan diri amat penting dalam bisnes yang berpaksikan alam maya ini. Kita mungkin tidak kenal siapa pelanggan dan dari mana mereka datang, jadi jika kita menggunakan penjenamaan diri kita sendiri dengan mudah pelanggan akan megingati kita berdasarkan perkongsian di dalam blog. Jadikan setiap entri yang kita kongsikan sebagai kad bisnes dengan meninggalkan nombor untuk dihubungi. Perkara sebegini jika saya tidak menjadi ahli ABDR memang saya tidak akan ambil pusing. Padahal inilah cara yang sebenar berbisnes dengan menggunakan blog. 

Secara keseluruhannya, saya sangat berterima kasih kepada pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana telah mengasaskan Akademi Bekerja Dari Rumah. Komuniti ini benar-benar sangat membantu suri-suri yang mahu menjadi WAHM yang mungkin mereka tidak tahu mahu bermula dari mana. Segala perkongsian dapat membantu insan yang baru bertatih sebagai WAHM seperti saya. Saya juga berharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana untuk bekerja dari rumah dan mendidik sendiri anak-anak, memandangkan semakin ramai muda-mudi terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Didikan sepatutnya bermula dari rumah dan kita tidak boleh mengharap kepada guru-guru untuk mengajar anak-anak kita semata. Marilah kita sama-sama membina masa hadapan.

Jika anda berhajat untuk turut serta dan belajar bagaimana untuk membina blog dan fanpage berpengaruh bolehlah bergabung dengan kami. Disamping dapat menjadi ahli ABDR yang akan menyokong diantara satu sama lain bagi WHAM. Di sini kami akan berkongsi cerita dan pengalaman untuk menjadi panduan kepada yang lain. Jika mahu berniaga tetapi tidak tahu dimana mahu bermula, pilihlah untuk bersama kami. Terdapat beberapa pakej kelas asas blog yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Boleh terus berhubung dengan saya berkaitan pakej yang ditawarkan.