Pages

Wednesday, November 4, 2015

Potensi dan Kepakaran Diri Sendiri Selepas Dibimbing Dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) .

Pelajar : Norudin Draman
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Kelas Blog Mula Bisnes ABDR 


Saya Tahu Potensi dan Kepakaran Diri Sendiri Selepas Dibimbing Dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
.
:
Bismillah.
Assalamu'alaikum wrb.
.
:
Ini pengalaman sebenar saya sendiri. Selepas bayar yuran pendaftaran, guru online dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) beri saya pakej ebook (buku teks ABDR) dan satu set soalan. Pembelajaran dan bimbingan hanya akan bermula selepas saya jawab semua soalan tersebut.
.
:
Alhamdulillah. Dalam masa menjawab soalan-soalan itu, saya baru sedar dan nampak satu sudut dari kehidupan saya yang selama ini saya tidak nampak dan tidak sedar. Sedangkan sudah berbelas tahun saya hidup bersama kemahiran tersebut. Subhanallahi wa bihamdih. Syukur Allah untuk kurniaannya menyedarkan saya dan sudah meletakkan saya dalam jalan tersebut sekian lama.
.
:
Apa Yang Saya Sedar?
.
:
Perasaan saya bercampur pada waktu itu. Ada perasaan syukur, insaf, sedih dan terharu. Syukur kerana Allah telah merezekikan saya untuk berada di jalan tersebut sudah sekian lama. Sudah 16 tahun sejak tahun 1999. Allahu rabbi. Subhanallahi wa bihamdih.
.
:
Sungguh saya terharu pada waktu itu. Walaupun dibanding orang lain, ada orang lebih baik dan lebih hebat. Namun, bagi diri saya sendiri, inilah antara anugerah terbesar dari Allah untuk saya. Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
.
:
"Sebaik-baik (orang) dikalangan kalian ialah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran". (Hadis riwayat Bukhari)
.
:
16 Belas Tahun Saya Mengajar Al-Quran
.
:
16 tahun saya menjadi guru Al-Quran sejak tahun 1999. Allahu rabbi. Subhanallahi wa bihamdih. Kisah lanjut ada saya ceritakan di blog www.ustazcahaya.com dan www.norudindraman.blogspot.com
.
:
Perasaan insaf dan sedih pula ialah bila saya muhasabah diri dengan beberapa soalan. Banyak soalan yang saya tanyakan kepada diri saya sendiri waktu itu. Saya hisab diri sendiri.
.
:
Berapa tinggi kesungguhan saya mengajar Al-Quran? Adakah saya sudah mengajar dengan sehabis baik? Sedangkan saya selama ini diletak Allah di barisan hadapan dalam pendidikan Al-Quran; iaitu, mengajar asas huruf dan asas membaca Quran kepada kanak-kanak.
.
:
Aku Mahu Hidup Untuk Ini
.
:
Bermula dari situlah kemudiannya, guru online ABDR membimbing saya untuk blog dengan kemahiran dan pengalaman yang ada pada saya. Sejak memulakan tugasan ABDR itu saya terus merangka ebook Teknik M.A.K.
.
:
Waktu itu juga saya berazam untuk membantu ibu bapa lain sehabis kemampuan dan kemahiran saya berkaitan mengajar asas Al-Quran kepada kanak-kanak. Satu tahap pendidikan yang sangat penting walaupun dunia memandang guru pada tahap ini (seperti saya) sebagai 'tahap rendah'.
.
:
Banyak yang saya rancangkan waktu itu. Ada yang masih sedang diusahakan dan ada yang saya tidak menyangka dipercepatkan. Contohnya grup Whatsapp ‪#‎dahbacaquranbelum‬. Saya tidak menyangka itu yang didahulukan oleh Allah dalam perjalanan saya bersama ABDR. Sedangkan dalam senarai usaha saya, itulah yang saya letak kemudian.
.
:
Grup Whatsapp
#dahbacaquranbelum
.
:
Masa buat tugasan pertama dalam ABDR, saya cadang untuk buat kelas mengaji Quran di Whatsapp dan juga satu grup khas untuk para ibu bapa dan saya berkongsi ilmu dan berbincang tentang pendidikan Al-Quran kepada kanak-kanak.
.
:
Waktu itu dalam hati saya tekad untuk buat ebook Teknik M.A.K. kemudian baru kumpul pembaca ebook dalam grup Whatsapp. Namun, ketentuan Allah selalu lebih baik.
.
:
Satu hari, Puan Masayu Ahmad share di Facebook beliau satu post dari blog saya. Dalam ruangan komen, seorang rakan ABDR memberi idea untuk sebuah grup Whatsapp yang bila masuk mesej sekurang-kurangnya kita tanya diri sendiri, "Eh, aku dah baca Quran belum hari ni?"
.
:
Lalu tanpa bertangguh saya pun buat grup Whatsapp #dahbacaquranbelum.
.
:
Berkat Dalam Berjamaah
.
:
Alhamdulillah. Rakan-rakan dalam grup Whatsapp #dahbacaquranbelum banyak membantu saya dalam edaran pertama ebook Teknik M.A.K. Saya sendiri tidak menyangka page Teknik M.A.K. boleh memperolehi jumlah 'likers' seramai 2000 orang dalam masa dua minggu dengan tidak ada membayar FBads.
.
:
Dalam masa sama saya sedar terhadap satu lagi minat dan kepakaran saya iaitu menulis dan membuat design mudah tetapi kemas dan sedap dipandang (sekurang-kurang dipandang oleh mata saya sendiri la kan. tongue emoticon hehe)
.
:
Lalu saya pun menceburkan diri dalam bisnes buku. Mempromosikan buku dan mushaf Al-Quran. Masih berkaitan Al-Quran dan pendidikan Al-Quran. Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah, dalam bisnes buku saya mendapat jalan untuk menjual buku motivasi, novel dan lain-lain genre buku dalam industri perbukuan negara.
.
:
Kebanyakan buku saya jual sebagai agen dropship. Dengan stok buku-buku bernilai lebih RM30 ribu jika kita nak sedia stok sendiri. Paling tidak satu judul mesti beli borong 30 naskhah untuk dapat diskaun. Dalam bisnes dropship saya ada stok buku bernilai RM30 ribu tanpa perlu modal dan tanpa simpan stok. (Bisnes dropship diajar dan dilatih dalam ABDR)
.
:
Setiap Kita Ada Bakat dan Kemahiran
Yang Mesti Kita Manfaatkan
.
:
"Dan jiwa serta penyempurnaan (penciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah rang yang membersihkan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
.
:
(Al-Quran, surah Asy-Syams; Ayat 7-10)
.
:
Bergabunglah bersama kami dalam keluarga besar ABDR. Jamaah kita saling membantu dalam kebaikan dan saling membantu sesama untuk memanfaatkan kebolehan diri.
.
:
Paling tidak, setiap ibu punya pengalaman dan kisah menarik bersama anak-anak yang mungkin tidak ada pada orang lain. Dikongsikan pengalaman itu lalu menjadi ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain; yang kiraan pahalanya berterusan sehingga kita meninggal dunia sekalipun.
.
:
"Apabila mati seorang manusia, maka terputus amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang berdoa untuknya". (Hadis riwayat Muslim)
.
Berkenalan dengan Ustaz Norudin Draman UstazCahaya
Kelas online blog bisnes ABDR /Pengurus Online ABDR

No comments:

Post a Comment