Pages

Thursday, February 26, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage ~ Pn Sadiah Abdul Karim

Nama pelajar : Pn Sadiah Abdul Karim

Guru online : Zaila Mohamad

Sumber : http://sadiahabdulkarim.blogspot.com/2014/12/perkongsian-kelas-asas-blog-cikgu-zaila.html#more

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

CEPATNYA MASA BERLALU 
Sedar tak sedar sudah lebih setahun saya mendaftarkan diri dalam kelas ini. Saya mulai mendaftar dengan kelas Puan Zaila pada November 2013. Saya masih ingat lagi yang pada waktu itu, saya berazam untuk maju setapak lagi dalam perniagaan saya pada tahun hadapannya (2014). Maka, antara pendekatan yang saya ambil ialah untuk aktif mempromosikannya menerusi blog. Saya pada waktu itu telahpun berniaga busana Muslimah secara dropship. Dengan modal yang terhad pada waktu itu, saya memikirkan pelan untuk merancakkan lagi perniagaan saya. Hari demi hari, bermula dengan langkah kecil, akhirnya saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama SAEEDA COLLECTIONS pada November 2014. Masih mengusahakannya secara atas talian 100%, namun kini dari selain dropship, saya juga mulai mampu membeli secara pukal berdasarkan permintaan dan menambah rakan niaga dan pembekal. Alhamdulillah. 

Salam perkenalan saya dengan Puan Zaila disambut mesra. Bermula dengan mengkhatamkan ebook dan seterusnya beberapa langkah penambahbaikan blog, maka lahirlah blog kesayangan saya ini. Semua bimbingan yang diberikan oleh Puan Zaila hanya melalui facebook dan wasap sahaja. Sungguh mudah. Pada asalnya, saya berhasrat menulis tema ekonomi Islam, namun disebabkan saya belum mampu memperisakan tema ekonomi Islam dalam versi santai yang mampu menarik pembaca, makanya saya telah mempelbagaikan tema blog saya termasuk diari diri, busana muslimah dan el hakeem bros. 

Puan Zaila sering mengingatkan saya supaya rajin mengemaskini blog. Ini sememangnya sangat perlu bagi individu yang culas seperti saya. Tanpa bimbingan mentor dan perkongsian rakan-rakan seperjuangan, mengekalkan momentum adalah sesuatu yang sangat mencabar. Inilah kelebihan yang sangat besar dalam akademi bekerja dari rumah ini. 

INSENTIF 
Dalam perniagaan, keuntungan material adalah insentif signifikan yang sangat-sangat mempengaruhi percaturan seseorang peniaga. Dalam masa yang sama, insentif lain seperti bertambahnya networking, kepuasan pengguna, peningkatan ilmu dan pengalaman dan lain-lain juga mampu mendorong usaha yang lebih keras dalam perniagaan. Alhamdulillah, berkat izin Allah, bimbingan guru online saya, Puan Zaila dan usaha keras (yang belum cukup keras sebenarnya), saya sudahpun berjaya balik modal RM180 yuran pendaftaran kelas online dalam bulan pertama (Nov 2013) juga. Berbaloi bukan? 

Dan dalam bulan-bulan yang seterusnya, adat berniaga ada masa untung bersih saya meningkat dan ada masa statik. Dalam banyak keadaan, keuntungan dalam perniagaan atas talian sangat bergantung kepada promosi dan promosi yang berkesan adalah promosi yang telus. Bagi saya, promosi seperti ini sangat praktikal dilakukan menerusi blog. Dan, itulah yang diajar dalam kelas ini - menulis dengan ikhlas tentang kita dan apa yang kita jual. Teorinya, semakin kerap kita mengemaskini blog, semakin dekat diri kita dengan pelanggan dan semakin senang sekali pelanggan berurusniaga dengan kita. 

KENAPA TIDAK? 
Tahun baru 2105 bakal menjelma. Mungkin ada di kalangan kita yang telah pun mulai berniaga atas talian ataupun offline. Saya percaya setiap dari peniaga mahukan kelangsungan yang lebih baik dalam perniagaan mereka. 

Dari belum mempunyai apa-apa untuk dijual, kepada memperoleh variasi pilihan produk untuk diniagakan.
Dari tiada networking, mahukan networking yang luas.
Dari terkapai-kapai tanpa mentor, berhasrat mencari bimbingan mentor.
Dari promosi yang terhad, kepada promosi yang lebih luas capaiannya menerusi ABDR (akademi bekerja dari rumah) 
Dari keuntungan yang sedikit, kepada keuntungan yang lebih besar sesuai usaha dan kerja keras serta tawakkal kepada Allah. 

Percayalah, dengan tindakan yang tepat dan bijak, setiap dari kita mampu untuk pergi lebih jauh dalam apa-apa yang kita usahakan. Saya sangat mencadangkan CikPuan yang berazam memajukan diri dan perniagaan, daftarlah segera dalam akademi ini. Apatah lagi, semuanya boleh dimulakan di atas talian. Tiada lagi alasan, yang ada hanya kemahuan dan usaha. 

Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah! 

Salam kejayaan :) 



No comments:

Post a Comment