PROTEGE : EKO SALINA
GURU ONLINE : ANYS IDAYU ZAKARIA
SUMBER : http://ekosalina.blogspot.com/2015/01/testimoni-akademi-bekerja-di-rumah.html
Testimoni Akademi Bekerja Di Rumah
Salam ceria :)
Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang 'Working At Home Mom' (WAHM)
sebagai karier terbaik. Namun untuk mencapai impian sebagai WAHM banyak
perkara yang harus difikirkan. Beberapa faktor perlu diambil kira
sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Melihat
pengorbanan anak-anak yang sejak kecil yang terpaksa ditinggalkan
bersama pengasuh kadang kala membuatkan hati ini diragut pilu. Apatah
lagi bila menyerahkan anak pada pengasuh, pasti si kecil menangis tanda
ingin bersama ibu tersayang. Hati mana tidak sedih, namun ku pujuk hati
ini agar menjadi ibu yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
Bertitik
tolak daripada itu, mulalah pencarian untuk mencari peluang perniagaan
sebagai persediaan untuk menjadi WAHM. Bagi memulakan perniagaan yang
besar, modal tidak ada. Apatah lagi untuk memasarkan produk, blog pun
tidak ada. Walaupun kini pelbagai medium sosial yang boleh digunakan
untuk menjalankan perniagaan online namun diri ini masih dalam
kebuntuan. Ingin membina blog tetapi terfikir juga, berapa sangat lah
pembaca yang akan membaca tinta ku ini. Segalanya ku pendam sahaja.
Hinggala
pada satu saat, daku ternampak di Facebook Pn Masayu Ahmad. Beliau
merupakan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pada mulanya memang
tidak memahami apakah perniagaan yang dijalankan di ABDR ini sehinggalah
daku membeli ebook beliau iaitu Janawang dari rumah dan dari situ lah
daku mula mengikuti perkembangan ABDR. Daku melaburkan wang sebanyak
RM200 untuk mendapatkan ilmu di akademi ini. Padaku setiap pelaburan
pasti akan membuahkan hasil yang baik. Ternyata pilihan ku tepat.
Akademi
Bekerja Di Rumah bukan setakat mengajar dan membimbing untuk membina
blog dan juga penulisan malah lebih dari itu. Melalui penulisan yang
kosisten kita dapat berkongsi cerita atau ilmu melalui blog yang kita
bina yang mana melalui perkongsian secara tidak langsung dapat memberi
penyelesaian kepada pembaca.
Guru di ABDR
yang berpengalaman dan tidak jemu dalam membimbing anak muridnya tidak
kira siang atau malam dan juga di hujung minggu. Semua ini dibimbing
dengan baik dan secara 'personal coaching' agar anak muridnya faham dan
dapat melaksanakan tugas dengan baik. Semua ini diajar melalui kelas
online iaitu di Facebook dan mengikut kesesuaian waktu kita. Waktu yang
fleksibel dan sangat sesuai bagi suri yang bekerja. Tidak perlu
meninggalkan rumah dan urusan rumahtangga. Hanya bermodalkan internet,
laptop, hanphone atau tab segalanya hanya dihujung jari sahaja.
Lebih
menarik lagi, daku diajar untuk mula bisnes. Walaupun bermula dengan
bisnes yang kecil dan tanpa modal sekurang-kurangnya daku dapat belajar
bagaimana untuk mempromosikan sesuatu produk di dalam blog atau di laman
sosial lain. Ianya sangat mengujakan, lebih-lebih lagi ada pembeli yang
membeli produk kita. Dari situ lah kita boleh mula menabung melalui
hasil komisyen yang kita perolehi.
Alhamdulillah,
setelah beberapa bulan menyertai ABDR daku sudah mempunyai produk
sendiri iaitu Lulur Tradisional. Walaupun hanya bisnes secara
kecil-kecilan namun melalui ABDR ini daku dapat berkongsi produk di blog
ini dengan lebih 1000 blogger yang mana merupakan protege ABDR. Inilah
keistimewaan ABDR, secara tidak langsung dapat membantu aliran trafik ke
blog kita.
Terima kasih
kepada pengasas dan guru ABDR untuk bimbingan yang berterusan dan tanpa
mengenal erti jemu. Semoga melalui ABDR ini, ia merupakan satu platform
bagi suri sepenuh masa untuk menjana pendapatan dari rumah dan bagi
suri bekerja untuk keluar dari zon selesa iaitu dari makan gaji kepada
WAHM.
Semoga melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para suri di luar sana :)
No comments:
Post a Comment