Saturday, October 3, 2015

Ulasan e-book Kelas Asas Blog oleh Ana Sarina Abu Bakar

Semalaman saya mengamati e-book. Membaca dan memahami tujuan dan kepentingan sebuah blog. Bagi pendapat saya, blog adalah bergantung bagaimana penyampaian penulis di dalam sebuah blog. Namun dengan kewujudan Asas Blog dan Penulisan Kreatif, ianya dapat menyalurkan ilmu asas blog dengan lebih terperinci kepada blogger-blogger agar segalanya terhasil dengan lebih berkualiti.



Bukan semua yang memiliki blog adalah surirumah. Malah mereka yang masih menuntut dan ada juga yang sudah berkerja turut berjinak-jinak mencipta blog, sama ada ianya merupakan blog peribadi atau bertujuan bisnes. Keberanian itu amat penting dalam merealisasikan impian mereka. Berbeza dengan saya, saya mencipta blog kerana minat yang mendalam terhadap penulisan kreatif. Bagi saya, dengan cara itu saya dapat memperbaiki dan memantapkan lagi penulisan, di samping menzahirkan idea-idea yang bersarang di minda.



E-book banyak membantu mereka yang masih tercari-cari teknik yang betul dalam penghasilan blog. Ilmu itu penting bagi menarik kepercayaan pengikut-pengikut blog mereka. Blog yang sederhana penampilan dan punya isi yang padat adalah blog yang paling di gemari. Bukan tidak perlu penyeri atau gadjet blog tetapi pengikut-pengikut blog lebih gemar tidak menunggu masa yang lama untuk menghayati isi kandungan blog.



Akhir kalam, Sesiapa sahaja boleh mencipta blog namun pastikan tujuan sebenar blog itu di cipta, semoga segalanya dimanfaatkan ke arah kebaikan agar dapat dikongsikan pekara-pekara yang baik. Ikutilah kelas penulisan blog untuk lebih mempelajari teknik penghasilan blog dan dengan ilmu itu juga kita akan lebih berani untuk mencipta blog yang berkualiti dan lagi dipercayai.

No comments:

Post a Comment