Monday, November 16, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

Penghujung bulan September 2015 saya mengambil keputusan untuk mengorak langkah lebih ke hadapan. Saya mengikuti Kelas Blog Penulisan Kreatif yang dikendalikan oleh Cikgu Monalita Mansor. Pada mulanya saya begitu bimbang kerana takut tidak dapat mengikuti kelas tersebut memandangkan faktor umur saya yang sudah pun menjangkau angka 46 tahun. Mungkin sudah terlewat untuk saya belajar. Namun apabila saya mengikutinya secara tekun Alhamdulillah saya dapat mengikuti dengan berjaya meskipun  ada juga tugasan saya tidak menepati seperti yang dikehendaki.

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnya melepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari seperti memasukkan entri ke dalam blog, lay out, label dan pelbagai lagi. Sebelum ini saya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui. Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.

Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahami istilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada. Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebih membanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telah terpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu.

Saya sungguh gembira dan berterima kasih kepada Cikgu Monalita Mansor yang sering ada apabila saya ingin bertanya tentang pelajaran yang saya tidak faham. Pembelajaran yang mudah difahami oleh suri rumah seperti saya. Kenapa tidak bagi anda yang mungkin lebih baik dari saya.


http://sitizaitonahmad7.blogspot.my/2015/11/ulasan-kelas-blog.html

2 comments:

  1. Hi, saya ingin memperkenalkan teknik baru dan efektif untuk menjana pendapatan sambilan dengan menggunakan cara menderma. Setiap derma ikhlas dari anda kepada orang yg memerlukan, sebagai balasan anda akan mendapat derma ikhlas dari orang lain yg mampu mendatangkan jumlah yg byk dan halal. Untuk maklumat lanjut, sila click link dibawah. Daftarlah sekarang secara percuma.

    http://www.charityid.com/pelan-derma/gpgaarny

    Jgn tunggu.. Daftarlah sekarang.

    ReplyDelete
  2. Hi, Jemput ke blog sy juga.. disamping berkeja,kesihatan mesti diutamakan... jom singgah blog saya.. saya ada share tip untuk kekal sihat dengan cara yang betul... >>>Kekal Sihat Berseri dengan ayupureslim! <<<

    ReplyDelete