Pages

Thursday, March 9, 2017

BACA INI ! ULASAN KELAS BLOG ABDR

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Pelajar : Dhuha Rashidi

 
Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi
Alhamdulillah. Segala pujian syukur dipanjatkan kepada Allah selayaknya atas kurniaan beribu nikmat atas dunia ini. Ma sha Allah.
.
Sudah beberapa bulan saya aktif berblog. Saya masih ingat tarikh tepatnya, 19 Disember saya mula diberikan tugasan. Baru sahaja beberapa bulan saya kembali menulis di blog selepas mendaftar ke kelas blog bisnes di bawah Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR). Hakikatnya, sebelum ini menulis tanpa guru, ibarat menebar gandum tiada burung. Begitulah umpamanya. 
.
Bermula dari hari pertama lagi saya sudah begitu teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Dibawah bimbingan guru blog iaitu Puan Cikgu Anys Idayu Zakaria , saya mengikuti setiap tunjuk ajar yang diberikan. Unik sekali segalanya hanya dihujung jari. Dengan berhubung terus dengan Cik Puan Anys, dalam masa yang singkat sahaja saya dapat menyiapkan asas blog untuk bisnes. 
.
Cik Puan Anys menjalankan kelas blog bisnes ini secara online dan juga offline. Bagi saya amat berbaloi menyertai kelas ini. Protege akan dimasukkan kedalam group khas dan diberi tunjuk ajar satu persatu. Tiada lagi istilah menebar gandum merata-rata. Seekor burung pun tidak menyinggah. Hehe.
.
tulisan ini kekurangan satu titik pada huruf nun pada ayat "mubina"
Blog saya lebih mengkhususkan kesenian Islam. Sebelum ini saya pernah menulis berkaitan seni di blog lama. Namun, saya sendiri hanya sekadar menulis dan tidak tahu rupanya sebuah blog boleh menjadi popular dan tidak tahu bagaimana mahu meningkatkan trafik ke blog saya. Lebih membuat saya buka mata, dari penulisan blog boleh menjana pendapatan juga. 
.
Walaupun saya telah kerugian masa beberapa tahun, saya tidak menyesal dengan masa lalu, kerana Tuhan telah takdirkan saya menemui Akademi Bekerja Dari Rumah melalui Cik Puan Anys masa kini. Tentunya saya masih merasa bertuah kerana banyak ilmu membina blog bisnes yang telah saya pelajari. 
.
Untungnya juga , saya dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger di bawah rangkaian ABDR. Dari situlah, saya dapat membaca perkongsian sahabat maya serta mengenali mereka dengan lebih rapat. Memandangkan rutin saya berulang alik Kuala Kangsar ke Klang, Klang ke Puchong, Puchong ke Klang, Klang ke Kuala Kangsar membuatkan fokus saya agak terganggu. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak menulis di blog. 
.
Dengan menulis secara konsisten saya perasan peningkatan pengunjung ke blog meningkat setiap hari. Yang menariknya, dengan blog saya lebih mudah mendapat target audien yang tepat. Baru-baru ini, ramai yang menghubungi saya bertanyakan kelas dan kursus khat yang saya anjurkan di bawah Dhuha Rashidi Resources. Tidak kurang juga yang mahu mendapatkan perkhidmatan tulisan khat sebagai cover buku dan produk khat.
.
Dalam beberapa bulan sahaja, sudah ada yang berjaya menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan diberikan juga berminat untuk bekerjasama. Bila ditanya, dari mana boleh menghubungi saya, jawapannya adalah carian di Google. 
.
berminat bekerjasama

dibawah ini mereka yang berminat menyertai bengkel khat untuk sekolah







Apabila saya praktik menulis entri yang berpotensi naik di carian, saya mendapati ianya berhasil. Bukan itu sahaja, ia turut memberi kesan kepada penambahan follower saya di Facebook ini. Sekaligus , saya telah mendapat follower yang targeted. Alhamdulillah. 
.
Sebab itu, saya amat syorkan kepada sesiapa sahaja yang ingin membina blog agar menyertai ABDR. Disamping berkongsi info mengenai produk dan penulisan kita, juga dapat meningkatkan kredibiliti sebagai pengusaha bisnes. 
.
Jika anda berminat menyertainya, apa tunggu lagi ? 
Dhuha Rashidi
Penulis Khat Wanita

No comments:

Post a Comment