Thursday, June 25, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage & Beriklan di Instagram - Faten Fattah

Nama pelajar : Faten Fattah
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : http://fatenfattah.blogspot.com/2015/06/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua.

Alhamdulillah sudah 6 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diterima Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Sebenarnya, sudah beberapa hari saya berusaha menyiapkan entri kali ini. Rasanya payah benar untuk saya membuat ulasan bagi Kelas Asas Blog & Fanpage yang telah saya ikuti ini. Macam-macam yang saya fikirkan. Bagaimana nak tulis? Ayat apa yang sesuai?

Rasanya saya patut mulakan begini:

Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.

Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.

Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu  atau tidak. 

Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.

Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari  ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.

Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.

Apa tunggu lagi? Jom sertai saya dan rakan-rakan dalam Kelas Asas Blog & Fanpage. Insya Allah, semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita usahakan. Dunia dan akhirat. Aamiinn.

No comments:

Post a Comment