Friday, April 17, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage : Muhariyanti Che Mat

Nama Pelajar : Pn. Muhariyanti Che Mat

Guru Online : Pn. Zaila Mohamad

Sumber : http://muhariyantichemat.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Teks: Muhariyanti binti Che Mat

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

DI SINI BERMULA
Minat untuk menulis memang ada. Impian untuk menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan juga ada. Namun, tidak tahu bagaimana dan apakah cara yang mudah dan berkesan untuk seorang suri seperti saya. Justeru, pencarian dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini. Tambahan pula, sahabat baik saya, Kizeewatty Zainal juga merupakan alumni ABDR yang mengambil kelas untuk melancarkan perniagaan online beliau. Melalui email, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Zaila Mohamad. Sangat kagum dengan beliau yang ketika itu mempunyai 4 orang cahaya mata tetapi masih mampu menjadi seorang WAHM dan guru online yang berjaya, saya terus mendaftarkan diri. Alhamdulillah, syukur.

KENAPA PILIH ABDR?
Saya berniat untuk menjalankan perniagaan online. Justeru, dengan bilangan alumni yang sebegini ramai, saya rasa saya mampu membina satu rangkaian network yang sangat baik menggunakan platform ABDR. Lagipun, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan. Dengan pelaburan sebanyak RM200, saya diajar untuk membangunkan sebuah blog dan fanpage sendiri. Menariknya, sebagai keluarga ABDR, saya akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini.

Terdapat pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan oleh ABDR dan tenaga pengajarnya juga ramai, anda boleh memilih guru yang anda suka. Kelas yang terbaru ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage bersama Puan Zaila (fb: Zaila Mohamad). Melalui pakej ini, saya diberikan 4 ebook iaitu:
  1. Belajar Asas Blog
  2. Super WAHM, Super Mom
  3. Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
  4. 101 Idea Home-Based Bisnes
PERJALANANKU
Pada permulaan kelas, saya telah disuruh untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya, tanpa paksaan. Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui facebook dan Whatsapp pada waktu pagi ketika anak masih lena diulit mimpi. Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog dan fanpage. Ia sangat berguna kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri tetapi gagal kerana tiada ilmu tentang blog.

Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Zaila dan dapat diselesaikan segera sekiranya beliau sedang online. Jika tidak, beliau akan memberi respon dalam masa kurang 24 jam. Kelas yang sangat fleksibel, bukan? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan yang lebih penting. Tiada paksaan, tiada had masa. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah anda menghasilkan blog sendiri. Sangat menarik!

Sepanjang mengikuti kelas secara online, bermacam yang telah saya lalui. Ditegur, dimarahi, dinasihati, semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang pelajar, tidak boleh melawan cakap gurunya. Namun, puan Zaila sememangnya seorang yang sangat berfikiran terbuka dan memahami pelajarnya. Masakan tidak, mungkin saya satu-satunya pelajar beliau yang sangat liat dan pemalas, sehinggakan beliau selalu mengingatkan saya tentang tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan yang hanya mengambil masa tidak sampai sejam, kadang-kadang seminggu baru saya selesaikan. Walhal sebagai seorang suri yang 24 jam masanya di rumah, saya sebenarnya boleh membuat tugasan pada bila-bila masa sahaja. Inilah yang dikatakan sindrom malas menggunakan komputer riba. Terima kasih buat guru saya puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya.

SEGALANYA BELUM BERAKHIR
Alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya sama ada sebagai WAHM ataupun SAHM yang berjaya. Semoga blog dan fanpage yang dihasilkan mampu mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Kepada sahabat-sahabat yang merasakan terbeban dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan k

No comments:

Post a Comment