Thursday, April 30, 2015

Belajar Buat Kedai Online Sendiri di Akademi Bekerja Di Rumah


Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage 
Pelajar : Nor Mahsuri Nordin
Kelas Blog Mula Bisnes ABDR 
Sumber :  http://normahsurinordin.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Sebelum mengenali Akademi Bekerja Di Rumah, saya pernah memiliki beberapa buah blog. Pada ketika itu, saya hanya menggunakannya untuk diri sendiri sahaja dan tidak publish setiap entri yang saya buat kepada umum. Mulanya saya mengenali blog melalui rakan sekerja yang memiliki blog yang menarik dan blognya turut dibaca oleh umum. Saya merasa teringin untuk memiliki blog sendiri. Disebabkan saya tidak pakar dalam dunia blogging, maka saya hanya update entri sahaja, tanpa memasukkan apa-apa gajet ke dalam blog tersebut. Akhirnya blog-blog tersebut terbiar begitu sahaja kerana saya tidak mempunyai masa untuk update, dan akhirnya terus dilupakan. Jika saya merasa ingin membina blog, saya akan mencipta yang baru pula. 
 
Saya teringin memiliki kedai online sendiri apabila melihat telah ramai orang yang memulakan perniagaan secara online. Pada suatu hari saya terbaca artikel Pn. Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita dan saya terus berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Saya terus menghubungi Pn. Masayu Ahmad untuk menyatakan hasrat saya. Permintaan saya disambut dengan baik oleh Pn. Masayu Ahmad dan saya telah mendaftar untuk menjadi pelajar di Akademi berkenaan. Seterusnya saya diperkenalkan oleh beliau kepada seorang guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria yang membimbing saya untuk membina blog sehingga kini.
 
Sebelum saya memiliki blog perniagaan sendiri, terlebih dahulu saya diajar perkara asas yang perlu dibuat di dalam blog seperti memasukkan pages, memasukkan blog rakan-rakan akademi untuk memudahkan laluan trafik, memasukkan gajet-gajet tambahan seperti borang pesanan, facebook fanpage dan sebagainya. Semuanya di atas bimbingan Pn. Anys Idayu Zakaria yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan saya sekiranya saya sedikit lalai dalam menyiapkan tugasan. Memang saya akui saya tertinggal jauh jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana kelas diadakan dengan cara yang fleksibel, dan guru online juga boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja jika terdapat kemusykilan. Sedaya upaya saya cuba menyiapkan tugasan jika berkesempatan. Saya merasa bersyukur akhirnya dapat juga menghabiskan tugasan memasukkan sebanyak 44 entri sebagai tugas utama. Terima kasih diucapkan kepada guru online saya iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria.

No comments:

Post a Comment