ULASAN KELAS BLOG
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-blog.html
Minat menulis banyak yang telah mendorong saya untuk membuat satu
blog yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan beberapa tahun yang
lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari menulis tentang apa yang
terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah selesai menulisnya,
dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang yang sudi
singgah membaca blog saya tersebut.
Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut. Sehinggalah suatu hari saya terbaca suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak menyedarkan saya bahawa pengaruh blog terhadap perniagaan dan produk yang sedang usahakan amatlah luas.
Tidak sangka dengan minat menulis yang ada pada diri, bakal
merubah segala tujuan kehidupan selama ini. Blog sangat berpengaruh dan
ianya bersahabat rapat dengan Google kerana semua maklumat terdapat di
papan Google tersebut. Dengan hanya menaip beberapa patah perkataan di
Google , secara automatik semua maklumat akan tertera di situ.
Pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan amatlah
berpatutan. Apalah harganya RM200 dengan ilmu yang kita pelajari hasil
daripada ilmu yang kita dapat di dalam kelas asas blog dan penulisan
tersebut.
Syarat yang paling utama setelah menyertai Akademi Bekerja Dari
Rumah ini, adalah setiap ahlinya wajib menyiapkan 44 entri yang
berdasarkan latarbelakang pendidikan dan juga pengalaman kerja
sehinggalah kepada apa yang sedang kita lakukan sekarang. Pada awalnya
memang tidak faham kenapa harus menyiapkan 44 entri, namun setelah di
terangkan lebih lanjut bahawa dengan menyiapkan 44 entri ini kita dapat
meningkatkan aliran traffic pembaca untuk singgah membaca ke blog
tersebut. Memang benar seperti yang di jangka bahawa aliran traffic
pembaca yang membaca di blog tersebut meningkat dari semasa ke semasa.
Setelah hampir setiap hari dan secara konsisten menulis, barulah
saya sedar di mana minat dan kekuatan saya selama ini. Di dalam kelas
blog dan penulisan segala hasil penulisan akan di pantau secara online
oleh Anys Idayu Zakaria dan akan di postkan di facebook untuk menarik
pihak yang lain membacanya. Walaupun cara menulis agak santai, namun
segala kesalahan ejaan seperti koma, tanda titik dan juga tanda adalah
amat di titik beratkan. Sebagai langkah awal bagi menggelakkan sebarang
kesilapan, sebelum di terbitkan sesuatu blog, di baca terlebih dahulu
dan kemudiannya di terbitkan. Dengan minat menulis juga, kita
mampu menceritakan secara lebih terperinci tentang sesuatu produk dan
juga perkhidmatan yang sedang di usahakan. Itulah kelebihan dan kebaikan
menulis kerana kita mampu menceritakan apa sahaja tentang perniagaan
kita. Di kelas asas blog , selalu di ingatkan agar tidak menulis dengan
cara syok sendiri kerana akan mengakibatkan para pembaca merasa bosan
untuk membacanya. Tulislah sesuatu yang lebih positif dan dapat
memberikan lebih maklumat kepada semua pembaca di luar sana.
Dengan jaringan ukhuwah yang terjalin di antara semua ahli akademi
akan dapat mempercepatkan process aliran traffic pembaca ke blog kita
tersebut. Siapa sangka ada di antara kita sedang mencari-cari maklumat
yang sangat berguna tentang produk ataupun perniagaan mereka.
Kini setelah hampir beberapa bulan menyiapkan segala tugasan
tersebut, segala keyakinan dan kekuatan untuk menulis makin membara.
Berazam untuk menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan juga sangat
berguna kepada semua pembaca di luar sana.
Yang Ikhlas Menulis
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment