Friday, August 30, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Wan Rokiah

Teks : Wan Rokiah

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://wanrokiah.blogspot.com/2013/08/testimoni-kelas-asas-blog-fanpage.html

Assalamualaikum w.b.t,
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman belajar secara online bersama guru online Pn.Zaila Mohamad iaitu guru kepada kelas asas blog dan fanpage.
Sepanjang bermula dari 4hb June 2013 sehingga sekarang saya masih berguru kepada beliau, walaupun dikira sudah lulus dan melepasi tahap boleh ajar orang lain (ni perasan sendiri), saya masih bertanya dan rujuk secara terus kepada beliau.
Ini kerana dalam masa ini walau kita dikatakan sudah boleh melepasi tahap pandai berblog tetapi dalam masa yang sama ada sahaja masalah yang timbul atau perkara yang kita tidak biasa jumpa sebelum ini. Apa yang best, atau terbaik boleh terus tanya, 24 jam anytime (bila-bila masa sahaja) walau pun cikgu masih ada komitmen lain contohnya dengan komitmen dengan anak-anak, tugas surirumah, dan tugas guru yang bukan kita seorang sahaja pelajarnya tetapi ramai. Dalam masa yang sama, Cikgu masih boleh update apa saja yang beliau boleh, contohnya berblogging, berfacebooking dan yang lain-laing king...Pendek kata komitmen beliau sebagai cikgu kepada saya adalah sangat baik. Saya amat suka.
Antara Kebaikan & keburukan belajar di kelas ini:
Kebaikan:
1) Silibus yang diberi adalah langkah demi langkah, boleh rujuk e-book.
2) Kita dimasukkan dalam group atau kumpulan yang sama-sama belajar
3) Tambah silaturahim walau tidak pernah bersua dengan pelajar lain tapi kita masih boleh berkomunikasi dan bertukar idea
4) Masa bertanya adalah 24jam/7hari seminggu pada bila-bila saja
5) Apa-apa sahaja kemuskilan boleh ditanya bukan sahaja mengenai kelas blog dan fanpages tetapi juga mengenai selok belok perniagaan online.
6) Cikgu amat ramah, boleh berborak segala hal...ada masa pula cikgu luangkan dan menaip untuk jawab segalanya
7) Semangat yang diberi menjadikan kita tidak mudah jatuh
Cikgu yang amat tegas dan tidak mudah berdolak dalih
9) Sebarang masalah dengan pelangan boleh dikongsikan, cikgu sedia mendengar dan memberi pendapat yang baik berdasarkan pengalaman beliau yang bertahun dalam bidang ini.
10) Yang paling menarik, produk niaga diberi dan kita dapat komisen, tak perlu keluar modal dalaman
Alhamdulillah yuran belajar yang saya bayar semasa permulaan dulu sudah lama terbayar
Keburukan :
Dalam banyak ada kebaikan pasti ada juga keburukan yang boleh diperbaiki
1) setakat ni satu sahaja yang saja nampak...contoh nota yang diberi dalam group boleh diperbaiki dengan sediakan dokumen bergambar seperti aliran langkah bergambar (standard picture procedure) supaya yang benar-benar tidak pandai IT boleh rujuk, ini mungkin bagi yang mahu buat e-book belajar asas blog boleh jadikan entri di dalam blog dan suatu hari nanti boleh jual kepada pembaca di luar sana yangberminat.
Cadangan supaya menaiktaraf kelas
1) Lebih kepada memperbaiki keburukan kelas yang sudah dinyatakan di atas.
2) Nota yang berada di dalam group boleh didokumenkan dan tukar tajuk, buat langkah demi langkah
Maklumat kelas & guru online
Anda boleh rujuk di tepi kanan blog ini..Pengasas kepada Kelas asas dan blog cikgu yang mengajar saya iaitu. Blog tersayang.
Ingin sama-sama belajar kelas asas blog??? Boleh hubungi secara terus cikgu atau boleh hubungi saya.
Blog bukan sahaja bertujuan untuk berniaga tetapi banyak perkara lain yang kita boleh kongsikan, contohnya ilmu yang berguna untuk orang lain. jadikan hidup orang lain lebih bermakna. Ingat, ilmu tidak akan pernah mati walaupun setelah kita mati.

Thursday, August 29, 2013

Kelas Asas Blog & Penulisan - Iryani Ahmad

Teks : Iryani Ahmad
Gambar Google

Saya terjebak dalam dunia blogging sejak tahun 2006. Pada masa itu, baru bergelar pelajar tahun satu di universiti. Topik yang ditulis berkisar tentang kehidupan sebagai pelajar baru dan pengalaman lalu sebagai seorang hamba. 

Ramai rakan alumni sekolah yang menulis blog.  Pada tahun ini 2013, saya mengetahui Puan Masayu menganjurkan kelas blog secara online. Tanpa berlengah, saya terus mengambil peluang ini.


Kelas asas blog dan penulisan ini sangat-sangat menarik kerana menjanjikan sebuah ebook karya sendiri di akhir kursus penulisan. Selain itu, jadual kelas yang amat fleksibel iaitu mengikut masa pelajar sendiri. Hal ini sangat saya sukai kerana boleh belajar ketika bayi sedang tidur.

Puan Masayu sudah menulis nota lengkap tentang penulisan blog dan tugasan yang mesti dilakukan. Tugas pelajar hanya membuat tugasan dan bertanya sekiranya ada yang tak faham. Tugasan yang wajib dibuat adalah menulis selama 44 hari. Kesannya palajar akan mampu menulis laju sebuah entri dalam tempoh 5 minit dan berjaya menulis sebuah blog yang berinfomasi.

Sebagai usahawan yang baru nak merangkak dalam dunia bisnes, penjenamaan diri sangat penting agar diri dikenali di kalangan pelanggan khusunya. Antara usaha hebat yang sangat luar biasa adalah menulis di blog dan tulis perkongsian dalam bidang yang kita mahir. InsyaAllah selepas tempoh 44 hari, kita akan dapat pembaca tetap di blog. Pembaca tetap itu akan dapat bertukar menjadi pelanggan kita pula.

Blog termasuk salah satu platform jual beli yang tertinggi di Malaysia. Rugilah jika menjadi usahawan tapi tak tahu cara nak manfaatkannya. Blog dapat menjadi pemasaran yang efektif selain di Facebook.

Sehingga ke saat ini, saya rasa sangat berbaloi dapat menjadi mentee Puan Masayu. Selain daripada dapat mempelajari teknik penulisan di blog, sedikit sebanyak saya juga dapat belajar ilmu pemasaran dalam dunia perniagaan. Yuran kelasnya juga sangat berpatutan. Saya amat menggalakkan bagi sesiapa sahaja yang mahu mempelajari teknik menulis blog berpengaruh dan sentiasa konsisten dalam menulis blog agar menyertai kelas asas blog dan penulis yang dianjurkan oleh Puan Masayu.

Di sini, saya mahu membuat sedikit rumusan apa yang saya sudah dapat apabila menyertai kelas ini :
  1. Belajar teknik menulis untuk menghasilkan blog berpengaruh
  2. Masa belajar yang fleksibel dan berguru terus dengan Puan Masayu secara online
  3. Yuran kelas yang sangat berpatutan
  4. Konsisten menulis dengan idea yang sentiasa mengalir
  5. Teknik menulis dari jiwa terus ke jiwa pembaca
  6. Semua penulis adalah perempuan!
Semoga Puan guru Masayu Ahmad sentiasa sihat hendaknya agar sentiasa dapat mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan para pelajarnya. Amiin, InsyaAllah. Berminat? Hubungi saya di sini jika mahu menyertai kelas asas blog Puan Masayu, pn.iryani@gmail.com.

Sumber asal : http://iryaniahmad.blogspot.com/2013/06/kelas-asas-blog-dan-penulisan-13062013.html

Tuesday, August 27, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Siti Norafida Noh

Teks : Siti Norafida Noh

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://fydashoppe.blogspot.com/2013/08/testimoni-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Sebaik-baiknya untuk belajar kita perlukan guru, supaya mana-mana kita buat salah, dapat dibetulkan terus. Biasanya orang mengaitkan belajar Al-Quran perlulah berguru, tetapi seeeloknya, semua jenis ilmu pun perlu berguru, supaya tak tersesat..

Sebelum ni bukan saya tak pandai buat blog pon, memang dah ada blog.  Tapi blog sebelum ni semua main belasah je. Di kelas ni, saya asas buat blog, istilah-istilah yang saya tak reti sebelum ni dan juga cara untuk menaikkan traffic di blog.

Saya juga sangat berpuas hati dengan kaedah ajaran Cikgu #Zaila Mohamad yang sempoi dan sentiasa memantau pelajarnya supaya menyiapkan tugasan yang diberi. Dan bersyukur kerana cikgu tidak kedekut ilmu dan mengajar semua dengan tekun dan sabar..

Kalau anda nak merasainya sendiri, silala menyertai kumpulan kami kerana ada rahsia yang perlu dipecahkan.

Monday, August 26, 2013

Ulasan Kelas asas blog - Anys Idayu Zakaria

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah dan sangat-sangat berterima kasih kepada sifu Pn Masayu Ahmad kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan untuk membantu kami yang tidak ada kemahiran menulis. Menurut beliau, dalam kelas blog ini, kita dapat menghasilkan blog yang kemas dan tersusun, serta cara untuk menghasilkan tulisan berpengaruh supaya pembaca tidak jemu dengan apa yang kita persembahkan. Dan apa yang paling membuatkan saya sangat gembira ialah di akhir kelas setiap pelajar akan dapat terbitkan ebook hasil tulisan bersama. Sudah lama sebenarnya saya hendak belajar membuat ebook sendiri. Mahu menulis sesuatu yang telah lama direncanakan. Mudah-mudahan dengan belajar blog dan ebook ini saya dapat juga menghasilkan ebook sendiri.
Kelas asas blog ini sememangnya sangat-sangat digalakkan kepada semua yang baru belajar atau sudah ada pengalaman tersendiri tapi tidak tahu cara untuk berkongsi dengan umum. Jadi blog adalah tempat yang sesuai untuk bercerita. Untuk permulaan ikut serta dalam kelas ini memang agak janggal kerana sudah lama tidak mengasah bakat menulis. Kali terakhir ketika SPM dahulu. Jadi agak mengambil masa juga untuk sesuaikan rentak sendiri. Lama-kelamaan jika hari-hari menulis, idea itu akan datang sendiri. Betul kata sifu. Sebab itu beliau meminta semua para pelajar menyediakan buku catatan untuk mencatat apa sahaja idea dan lintasan yang ada dalam fikiran kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu, catatan harian selama 44 hari memang dapat membantu mengasah bakat tulisan. Jika kita sentiasa menulis setiap hari, bila tak menulis pasti rasa seperti tak keruan. Ada aktiviti yang tak lengkap dalam sehari. :)
Melalui kelas ini juga saya dapat belajar menghasilkan blog yang tersusun, kerana sebelum ini saya hanya pandai membuat blog ikut suka hati saja. Tidak berapa kemas. Setelah belajar, sangat jauh perbezaan blog lama dan blog yang baru. Apa yang penting daya usaha kita untuk belajar, jika sudah pandai pasti boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang kita mahukan.
Bagi saya kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar sibuk dan tidak dapat menghadirkan diri untuk bengkel, seminar atau kelas toturial yang diadakan di luar. Kebanyakkan antara kita rata-rata semuanya bekerjaya, jadi pasti agak kesuntukan masa untuk tugasan lain. Manakala bagi suri rumah pula, kesibukan menguruskan rumah tangga pasti penghalang untuk keluar menghadiri kelas. Jadi dengan adanya kelas online seperti ini, ia sangat-sangat membantu kami yang sememangnya perlukan bimbingan. Kita boleh belajar mengikut masa sendiri, tak perlu rasa terkejar-kejar untuk menghadiri kelas. Bagi yang agak lemah pula pasti mengambil sedikit masa untuk lebih faham, jadi kelas seperti ini memang sesuai kerana kita boleh buat ulangkaji sendiri dan boleh bertnya apa juga pertanyaan dan kemusykilan. Sekiranya menghadiri kelas di luar, pasti kesuntukan masa untuk kita belajar satu-persatu. Malah kelas online ini juga kita belajar dan terus aplikasi dan bina sendiri apa yang kita mahu berdasarkan modul yang diberikan. Maknanya tidak perlu ambil masa lain pula untuk menyiapkannya.
Dan kelas ini sangat sesuai untuk semua usahawan yang baru hendak bermula. Bina penjenamaan diri melalui tulisan di blog. Saya sangat seronok dapat menyertai pasukan ini. Banyak motivasi dan kerjasama kumpulan yang diterapkan. Bantu membantu sesame ahli kumpulan. Walau tidak pernah bersua, hanya dalam talian, hubungan ukhwah yang terjalin seperti sudah lama. Terima kasih tak terhingga kepada kak mas kerana telah Berjaya membuka kelas ini sehingga ramai antara kami yang bermula daripda zero, dan kini ada yang telah pun melepasi tahap pencapaian. Semoga kak mas akan terus Berjaya dan diberi kesihatan yang baik-baik untuk terus member bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Dan semoga kita dapat sesuatu yang amat bermakna dan bermanfaat dengan penyertaan dalam kelas asas blog ini. Insya Allah.  
 
sumber asal : http://anysidayu.blogspot.com/2013/06/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html
 

Sunday, August 25, 2013

Ulasan pelajar Saniah Mat Sanat

Teks: Saniah Mat Sanat
Guru Online: Aishah Hussein
Sumber: http://saniahmatsanat.blogspot.com/2013/08/berani-untuk-berubah_24.html
Assalamualaikum.

" Berani Untuk Berubah " slogan yang secara spontan keluar dalam minda saya semasa berbual dengan guru online, Puan Aishah Hussein.   Malah saya lebih teruja apabila turut serta dalam kelas online ini berdasarkan konsep ayat sebelas surah Ar- Rad yang bermaksud " Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya " .

Semasa menerima tugasan untuk mengulas tentang kelas online ini dari Puan Aishah Hussein, saya masih tercari-cari apa yang ingin saya tuliskan.  Setelah membaca ulasan-ulasan dari alumni penulis dari rumah, saya tahu perlu menulis dari hati.  Itulah juga tips yang saya baca dari ebook belajar asas blog dan penulisan.  Saya masih tidak percaya sebenarnya saya boleh menulis walaupun saya amat meminati aktiviti membaca buku.  Dorongan dari Puan Aishah Husein dan Puan Masayu Ahmad (pengasas Akademi Belajar Dari Rumah ) amatlah saya hargai.


Kelas yang santai dan mesra sangat membantu saya, tambahan pula saya bukanlah berpendidikan tinggi.  Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan berkahwin semasa muda, saya sebenarnya juga berasa rendah diri.  Melalui kelas ini saya membina keyakinan, tiada yang mustahil apabila kita berusaha.  Terima kasih banyak-banyak buat Puan Aishah Hussein dan Puan Masayu Ahmad.  Allah sajalah yang dapat membalasnya.

Ulasan pelajar Asmah

Sumber:http://asmahmdisa.blogspot.com/2013/08/bismillahirahmanirahim.html
Guru Online: Anys Idayu
Bismillahirahmanirahim.

           Asalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.Seperti biasa saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan ini.Kadang-kadang saya juga tak percaya saya mesti menulis karangan lagi macam zamam persekolahan dulu selepas lebih 20 tahun meninggalkan zaman persekolahan sejak 1988.

         Allah tiba-tiba beri saya peluang untuk mendaftarkan diri untuk Kelas  Asas Blog  dengan Puan Anys Idayu Bt Zakaria.Ada banyak kelas macan ni sebenarnya tapi saya tertarik dengan Puan Anys ni sebab beliau sangat rajin mempromosikan kelebihannya jika kita ada blog,ada fanpage dan ada kedai online sendiri.Boleh dikatakan hari- hari saya membaca di fb saya.Betullah kata orang, promosi penting dalam perniagaan....semakin kerap jenama kita disebut-sebut semakin berkembang perniagaan kita.Puan Anys dah buktikan saya memang tertarik untuk belajar dan terus mendaftar walaupun sebenarnya tak tahu lagi macam mana pengisiaannya.

         Selepas mendaftar nak mula buat email baru dengan gmail...baru saya sedar sebenarnya saya ni memang zero sangat tentang IT.Saya hanya tahu berkaitan kerjasaya saja.Buat kertas kerja untuk profil syarikat, buat surat,akaun dan buat buku latihan sendiri saja.Tapi Alhamdulilah Puan Anys sangat sabar mengajar saya hingga saya dapat memiliki blog sendiri iaitu Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak.Dari segi penulisan boleh nampak dari berjalan macam kura-kura sampai tak berani angkat muka takut salah pijak , asyik tengok kaki saja.Kini Alhamdulilah dan boleh mengarang catatan harian,panduan kesihatan,panduan matematik dan motivasi diri.Bukan perasan pulak, saya masih belajar memperbaiki diri dalam penulisan saya.Mudah-mudahan suatu hari boleh menjadi inspirasi kepada yang memerlukan ilmu.Insyaallah amin.

       Alhamdulilah dapat buat juga kedai online saya Asmahsunnah online.com.Semua Puan Anys Yang mengajar saya .Walaupun masih belajar tapi saya berpuashati dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, syukur Alhamdulilah.Mudah-mudahan suatu hari saya dapat terus menggunakan ilmu ini untuk mengembangkan lagi perniagaan saya insyaallah.

       Walaupun masih belajar saya tetap yakin jika saya terus berusaha insyaalah suatu hari saya akan berjaya.Mungkin rezeki saya tak datang bergolek-golek lagi tetapi walau sesukar manapun, apa juga halangannya,walau rezeki tu masih jauh saya tetap yakin bila dah pandai nanti saya akan dapat apa yang saya cita-citakan.Mudah-mudahan Allah permudahkan dan sentiasa bekalkan saya kesabaran dan semangat yang berterusan .Walaupun saya sudah ada bisnes sendiri, tetapi cabaran baru dengan online sangat memberi saya semangat baru untuk terus berusaha.Mudah-mudahan akan banyak lagi ilmu yang dapat saya pelajari selepas ini.

       Sekian ulasan saya tentang kelas ini .Saya berterima kasih dengan Puan Masayu Bt Ahmad yang memperkenalkan dan Puan AnysIdayu Bt Zakaria,  yang mengajar saya serta ahli-ahli kumpulan yang kita kenali melalui facebook , tetapi ikatan ukhwah yang terjalin menjadikan kita boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat. .Terimakasih pada Allah yang menghadiahkan saya peluang untuk menyahut cabaran ini.Mudah-mudahan kita semua di rahmati dan diberkati Allah selama-lamanya.amin 
Salam untuk semua.Yang terbaik dari Allah, yang kekurangan adalah dari kelemahan saya sebagai manusia.Sebarang teguran sentiasa menjadi pedoman dan sentiasa diberi perhatian.Insyaalah.Sesuatu  yang saya pelajari ialah jangan mudah putus asa....terus mencuba sehingga berjaya.Terima kasih sekarang saya dah tahu makna perkataan yang dulu tak tahu seperti dropship, fanpage dan lain-lain.

        Untuk berjaya dalam perniagaan apa juga mesti ada ilmu yang berkaitan,mentor yang sangat mahir dengan perniagaan tersebut dan perlu yakin untuk bertindak segera.Jika masih bertangguh sebenarnya kita hanya berangan-angan.Keyakinan adalah eset yang sangat penting berbanding modal atau halangan.Keyakinan akan melahirkan keberanian untuk bertindak.


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.selamat berjaya untuk semua.

Ulasan pelajar Nur Bahirah

Salam sejahtera
Teks: Nur Bahirah

Guru Online: Zaila Mohamad

Setelah hampir sebulan saya menyertai kelas asas blog oleh Puan Zaila Mohamah, nyata banyak ilmu dan

 kebaikan yang diperolehi dan dikongsikan sepanjang pembelajaran Online dengan beliau. Komitmen yang

 diberi oleh Puan Zaila kepada anak2 muridnya memang berkesan dan secara tidak lansung membantu

 menaikkan trafik blog masing2. 


Pada asasnya blog saya sudah dibina sebelum saya menyertai kelas asas blog ini. Namun saya rasakan masih

 ada kekurangan pengisian dan ilmu yang harus saya pelajari. "Aku harus cari gali lagi ilmu berblog nie dari

orang yang lagi arif dlm bab2 nie untuk memantopkan lg blog kesayangan aku" . hehe..


Secara jujurnya yuran untuk menyertai kelas blog ini sangatlah berpatutan dan berbaloi. Jika hendak

 dibandingkan dengan kelas blog online yang sediada. Cara pembelajaran juga tidak terhad dari segi masa

. Ianya sangat fleksibel dan boleh dilakukan pada bila-bila masa kita terluang. Janji setiap tugasan dapat

disiapkan dengan jayanya..hehe.


Pendekatan pembelajaran secara 2 hala dan interaksi melalui online juga bagus, dan apa yang penting jimat

masa, tenaga dan duit. hehe..hanya on lappy, anytime n anywhere, pembelajaran sudah dapat diteruskan

dan apa penting sebarang kemusykilan dan rujukan boleh terus ke group kelas asas blog atau hanya ajukan

soalan kepada Puan Zaila sendiri dan beliau akan memberi respon dengan kadar yang segera.


Secara keseluruhan kelas Asas Blog dan Fanpage ni memberi banyak kebaikan khususnya bagi kaum hawa

 yang ingin memulakan bisnes online, baik yang bekerja mahupun yang bergelar suri rumah. Pelbagai produk

 dan barang boleh dipromosi melalui alam maya. Dizaman teknologi yang semakin canggih dan berkembang

 pesat semuanya dan segalanya hanyalah dihujung jari anda yang chomel2.


Sekiranya anda berminat untuk membina blog dan belajar buat blog, segeralah hubungi Puan Zaila Mohamad

 di http://zailabinimdae.blogspot.com/

Thursday, August 22, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog Protege Nor Saadah

Sumber:
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/07/nor-saadah-abdul-talib.html
Guru Online: Nisa Nua
Buka Hati, Lapangkan Minda

Teks Oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini Jumaat kedua di bulan ramadhan saya 
masih diberi peluang untuk menitip kata di blog ini sebagai pengisian Panduan Ibu Ayah.
Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Khairunnisa Hamzah selaku mentor saya yang mendidik serta mengajar bagaimana 
penulisan serta pengisian blog.Dan tidak lupa juga Kak Masayu Ahmad yang banyak 
memberi tunjuk ajar.

Secara peribadi, saya mula tertarik untuk mengikuti kelas Nisa disebabkan saya
sendiri inginkan satu perubahan dalam hidup saya. Kerjaya sebagai jurutera  sangat 
memerlukan komitmen yang tinggi pada kerja, tetapi pada masa yang sama saya 
mempunyai 2 orang anak kecil yang menuntut perhatian. Bertitik tolak dari situ, 
saya mula memikirkan opsyen terbaik untuk saya dan keluarga. Sekarang, fokus 
saya ialah membuat persediaan untuk bekerja dari rumah secara sampingan tdan pada 
masa yang sama saya membesarkan serta mendidik anak saya.

Saya akui, pada masa sekarang, teknologi mengatasi zaman. Segala urusan boleh
dilakukan dihujung jari. Saya ingin memiliki komuniti alam maya untuk bermuamalah.
Tetapi, kita sebagai manusia kadangkala tertinggal dek perkembangan arus teknologi 
yang pesat. Pada usia saya 30 tahun, saya boleh membina blog sendiri tetapi terlalu 
banyak kekurangan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya coretkan,apa kehendak 
pembaca, bagaimana menarik pembaca untuk terus membaca coretan saya dan 
banyak lagi. Sehinggalah satu hari Nisa membuka kelas penulisan secara online. 
Ketika itu saya terdetik, kenapa tidak saya buka hati saya dan lapangkan minda 
untuk berguru dengan Nisa.Pasti ada perkara yang saya tidak pernah tau ttapi  Nisa 
lebih tahu.

Maka dengan izin Allah saya mengikuti kelas pembelajaran secara online. Diawal
 kelas, saya rasa seronok.Setiap hari saya teruja untuk menulis. Tetapi panas tak 
sampai ke petang. Saya melalui kekangan masa yang sangat padat. Bermula dengan 
majlis walimah adik ipar di Bintulu Serawak, diikuti majlis di sebelah Johor seterusnya
 serangan penyakit yang disebabkan ketumbuhan pada usus oleh ibu mertua saya 
dan banyak lagi. Saya hampir terlupa dengan sesi pembelajaran bersama Nisa. 
Bila melihat rakan-rakan kelas yang lain sudah lebih maju ke depan, saya jadi malu 
kerana masih banyak perlu saya kejar.Tetapi syukur, Nisa tidak pernah memaksa
 untuk mengejar. Sebaliknya menggalakkan serta mendoakan agar setiap yang saya 
lalui dapat dihadapi dengan tenang.

Akhirnya saya tekad, saya sendiri yang ingin perubahan,semestinya saya kena terus cekal.
 Saya mohon pada Allah Taala semoga saya sentiasa dibukakan hati serta minda 
yang lapang untuk meneruskan perjuangan saya menjadi hamba Allah yang beriman serta
bertanggungjawab terhadap keluarga dan sesama Islam. Semoga Allah membantu
 saya, guru saya Khairunnisa Hamzah, Kak Masayu Ahama dan rakan-rakan kelas yang 
lain terus istiqamah dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Ulasan Kelas Asas Blog Protege Nurulhusna

Detik Terdetik Rasa Nak Belajar 'Blogging' dengan Betul
Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Sumber:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/07/nurulhusna.html
Guru Online: Nisa Nua


Assalamualaikum W.B.T

Hai semua, apa khabar hari ini? Kita dah berada pada 5 Ramadhan, setakat ini bagaimana keadaan kita ya kawan-kawan? Semalam saya sempat tengok berita jam 8 malam, Astagfirullahal'azim, dah ada yang masuk hospital dek kerana main mercun tak kiralah mercun beli ataupun mercun buatan sendiri. Cakap ni bukan apa, kaum Adam dalam keluarga saya ni pun penggemar mercun, aduhai, ada tips tak nak mematikan semangat insan-insan yang gemarkan permainan berbahaya lagi membahayakan ni?

Maafkan saya, mukaddimah amat bertentangan dengan matlamat asal! Tujuan sebenarnya bukanlah nak bercerita pasal mercun tapi sebab-musabab saya mulai berminat dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan  di ajar oleh Guru Online saya iaitu Puan Khairunnisa Hamzahara  http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/
yang merupakan rakan sekolah lama saya. Saya tahu beliau seorang arkitek dan semakin hari saya ikuti 'post-post'; beliau di facebook saya dapati beliau telah meletakkan jawatan sebagai penjawat awam dan menjalankan perniagaan sendiri. Pada awalnya saya hanya membaca tetapi bak kata emak saya, 'tak masuk di hati' mengenangkan saya juga meletakkan jawatan sama seperti beliau, bezanya saya masih dalam fasa memerah otak untuk menetapkan matlamat hidup saya sedangkan beliau semain rancak. Lama kelamaan saya lihat beliau semakin mantap dan istiqamah berkongsi idea-idea dan buah fikiran yang matang dan positif.

Memang tak boleh jadi, saya semakin ambil perhatian dan akhirnya saya klik juga blog beliau seperti URL di atas. Wah, menarik dan sangat professional cara beliau ber'bloging'! Kemudian baru saya terperasan iklan beliau yang menganjurkan Kelas Asas Blog dan Penulisan ini, waktu itu memang saya tidak cukup duit hendak bayar yuran penyertaan, saya diamkan sahaja. Saya baca lagi blog beliau.dan memikirkan bagaimana nak sertai kelas tersebut. Seminggu dua kemudian saya beranikan diri bertanya kerana saya fikir daripada berdiam diri, terlepas peluang di hadapan mata. Dalam keadaan saya yang tinggal di rumah tanpa pendapatan yang baik dan tetap mahu terus tinggal di rumah dan menjana pendapatan yang lumayan saya kira tidak rugi membayar RM150.00 untuk ilmu yang saya tidak ada ni (saya terlepas peluang yuran RM130.00 kerana tamat tempoh promosi tapi tak mengapalah). Ada yang 'kepelikkan' bila dengar yuran RM150 semata-mata hendak belajar buat blog tetapi bagi saya biarlah apa yang nak difikirkan oleh orang lain kerana saya tidak mahu blog saya dibaca sekali lalu dan tidak diikuti oleh pembaca. Saya mahu pembaca ternanti-nanti apakah yang bakal saya kongsikan dan mahu tahu cara mengekalkan momentum dalam ber'blogging' ini.

Alhamdulillah selesai bayar yuran, Nisa (panggilan kepada Guru Online saya) masukkan dalam Group Belajar dan saya lihat ramai peserta lain sudah maju dalam blog mereka. Blog mereka ada gaya tersendiri walaupun kami belajar dari guru yang sama. Saya mula nampak persekitaran yang menggalakkan idea kreatif kita boleh berkembang dari sini. Kelas juga sangat interaktif, dijalankan mengikut masa kita sendiri, ada perbincangan dan analisa sesuai dan unik untuk setiap individu. Saya juga nampak hala tuju periuk nasi saya selepas ini dan saya dapatkan rasakan perlaksanaan perancangan mencapai saya akan menjadi lebih kemas dan realistik. Insha Allah perjalanan saya selepas ini lebih rancak dan istiqamah tambahan pula ada dua orang lagi kawan sekolah lama saya yang menyertai kelas ini. Sekiranya kawan-kawan mahu meningkatkan profesionalisme di dalam ber'blogging' dan menulis, silalah klik pautan ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/blog-page_5160.html . Tidak rugi mencuba kerana mungkin peluang ini seperti datang bergolek sewaktu kita tidak perlukannya, tetapi sewaktu kita perlukannya ia tidak lagi dipanggil peluang. Betul kan?

Sekian sahaja perkongsian saya tentang kelas online ini, berjumpa lagi kita Insha Allah dalam entri-entri saya di lain masa! Ma'as Salamah wa Ilal Liqa'!

Wassalam WBT

Ulasan Kelas Blog-Pelajar Ruth Maureen Shak



Salam sejahtera semua. Dulu selalu mendengar orang berbicara mengenai blog tapi tidak pernah mengambil peduli. Selama hampir 12 tahun bekerja makan gaji rasanya motivasi diri makin berkurangan dan ingin mencari kelainan dalam kehidupan. Jadi, saya bertekad untuk mempelajari kemahiran baru iaitu menulis blog.

Ternyata jodoh dipertemukan dengan sifu online merangkap mentor saya, Puan Khairunnisa Hamzahara di alam maya tepat pada masanya tatkala diri ini terkial-kial nak memulakan cabaran menulis blog. Iklan mengenai Kelas Asas Blog dan Penulisandiwar-warkan di Facebook Wall menarik minat dan perhatian saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tanpa berfikir panjang saya terus menghubungi beliau dan mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada protege sesi pengambilan batch pertama di http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/ 

Lebih mesra dikenali sebagai Puan Nisa Nua di FB, beliau seorang wanita yang hebat dan wajar dijadikan sumber inspirasi wanita di luar sana. Sebelum berhenti kerja, beliau adalah seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Malaysia. Dan kini, Puan Nisa adalah seorang WAHM yang berjaya serta mempunyai cabang perniagaan yang dijalankan secara online dan seorang penulis di media tempatan.

Apa yang saya suka tentang kelas ni ialah selain dijalankan secara online, ia juga mengikut kesesuaian masa kita. Dalam kelas ini, saya diajar cara-cara membina dan menyusun blog, teknik serta gaya penulisan yang betul, yang dapat menarik minat pembaca singgah di blog kita yang mungkin bertukar menjadi prospek bagi perniagaan secara online kelak. Dulu, sebelum menyertai kelas asas blog ini, saya jarang membaca. Tetapi, semenjak akhir-akhir ini saya mendisiplinkan diri agar rajin membaca supaya dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan serta memperbaiki kelemahan diri dalam penulisan. Dengan adanya kemahiran ini, tidak mustahil bagi saya untuk menjadikan blog sebagai sumber menjana pendapatan suatu hari nanti bagi merealisasikan impian untuk menjadi ibu yang bekerja dari rumah.

Kepada rakan-rakan di luar sana sekiranya yang berminat untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan ini yang dibimbing oleh guru yang mantap, layarilah laman web seperti yang tertera di atas. Bak kata pakar pemasaran No. 1 di Malaysia, Dr Azizan Osman, nak berjaya dalam hidup kita kena mencari mentor yang hebat untuk menuntut ilmu. 

Guru Online: Nisa Nua