Pages

Thursday, August 22, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog Protege Nor Saadah

Sumber:
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/07/nor-saadah-abdul-talib.html
Guru Online: Nisa Nua
Buka Hati, Lapangkan Minda

Teks Oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini Jumaat kedua di bulan ramadhan saya 
masih diberi peluang untuk menitip kata di blog ini sebagai pengisian Panduan Ibu Ayah.
Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Khairunnisa Hamzah selaku mentor saya yang mendidik serta mengajar bagaimana 
penulisan serta pengisian blog.Dan tidak lupa juga Kak Masayu Ahmad yang banyak 
memberi tunjuk ajar.

Secara peribadi, saya mula tertarik untuk mengikuti kelas Nisa disebabkan saya
sendiri inginkan satu perubahan dalam hidup saya. Kerjaya sebagai jurutera  sangat 
memerlukan komitmen yang tinggi pada kerja, tetapi pada masa yang sama saya 
mempunyai 2 orang anak kecil yang menuntut perhatian. Bertitik tolak dari situ, 
saya mula memikirkan opsyen terbaik untuk saya dan keluarga. Sekarang, fokus 
saya ialah membuat persediaan untuk bekerja dari rumah secara sampingan tdan pada 
masa yang sama saya membesarkan serta mendidik anak saya.

Saya akui, pada masa sekarang, teknologi mengatasi zaman. Segala urusan boleh
dilakukan dihujung jari. Saya ingin memiliki komuniti alam maya untuk bermuamalah.
Tetapi, kita sebagai manusia kadangkala tertinggal dek perkembangan arus teknologi 
yang pesat. Pada usia saya 30 tahun, saya boleh membina blog sendiri tetapi terlalu 
banyak kekurangan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya coretkan,apa kehendak 
pembaca, bagaimana menarik pembaca untuk terus membaca coretan saya dan 
banyak lagi. Sehinggalah satu hari Nisa membuka kelas penulisan secara online. 
Ketika itu saya terdetik, kenapa tidak saya buka hati saya dan lapangkan minda 
untuk berguru dengan Nisa.Pasti ada perkara yang saya tidak pernah tau ttapi  Nisa 
lebih tahu.

Maka dengan izin Allah saya mengikuti kelas pembelajaran secara online. Diawal
 kelas, saya rasa seronok.Setiap hari saya teruja untuk menulis. Tetapi panas tak 
sampai ke petang. Saya melalui kekangan masa yang sangat padat. Bermula dengan 
majlis walimah adik ipar di Bintulu Serawak, diikuti majlis di sebelah Johor seterusnya
 serangan penyakit yang disebabkan ketumbuhan pada usus oleh ibu mertua saya 
dan banyak lagi. Saya hampir terlupa dengan sesi pembelajaran bersama Nisa. 
Bila melihat rakan-rakan kelas yang lain sudah lebih maju ke depan, saya jadi malu 
kerana masih banyak perlu saya kejar.Tetapi syukur, Nisa tidak pernah memaksa
 untuk mengejar. Sebaliknya menggalakkan serta mendoakan agar setiap yang saya 
lalui dapat dihadapi dengan tenang.

Akhirnya saya tekad, saya sendiri yang ingin perubahan,semestinya saya kena terus cekal.
 Saya mohon pada Allah Taala semoga saya sentiasa dibukakan hati serta minda 
yang lapang untuk meneruskan perjuangan saya menjadi hamba Allah yang beriman serta
bertanggungjawab terhadap keluarga dan sesama Islam. Semoga Allah membantu
 saya, guru saya Khairunnisa Hamzah, Kak Masayu Ahama dan rakan-rakan kelas yang 
lain terus istiqamah dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan.

No comments:

Post a Comment