Thursday, August 22, 2013

Ulasan Kelas Blog-Pelajar Ruth Maureen Shak



Salam sejahtera semua. Dulu selalu mendengar orang berbicara mengenai blog tapi tidak pernah mengambil peduli. Selama hampir 12 tahun bekerja makan gaji rasanya motivasi diri makin berkurangan dan ingin mencari kelainan dalam kehidupan. Jadi, saya bertekad untuk mempelajari kemahiran baru iaitu menulis blog.

Ternyata jodoh dipertemukan dengan sifu online merangkap mentor saya, Puan Khairunnisa Hamzahara di alam maya tepat pada masanya tatkala diri ini terkial-kial nak memulakan cabaran menulis blog. Iklan mengenai Kelas Asas Blog dan Penulisandiwar-warkan di Facebook Wall menarik minat dan perhatian saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tanpa berfikir panjang saya terus menghubungi beliau dan mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada protege sesi pengambilan batch pertama di http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/ 

Lebih mesra dikenali sebagai Puan Nisa Nua di FB, beliau seorang wanita yang hebat dan wajar dijadikan sumber inspirasi wanita di luar sana. Sebelum berhenti kerja, beliau adalah seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Malaysia. Dan kini, Puan Nisa adalah seorang WAHM yang berjaya serta mempunyai cabang perniagaan yang dijalankan secara online dan seorang penulis di media tempatan.

Apa yang saya suka tentang kelas ni ialah selain dijalankan secara online, ia juga mengikut kesesuaian masa kita. Dalam kelas ini, saya diajar cara-cara membina dan menyusun blog, teknik serta gaya penulisan yang betul, yang dapat menarik minat pembaca singgah di blog kita yang mungkin bertukar menjadi prospek bagi perniagaan secara online kelak. Dulu, sebelum menyertai kelas asas blog ini, saya jarang membaca. Tetapi, semenjak akhir-akhir ini saya mendisiplinkan diri agar rajin membaca supaya dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan serta memperbaiki kelemahan diri dalam penulisan. Dengan adanya kemahiran ini, tidak mustahil bagi saya untuk menjadikan blog sebagai sumber menjana pendapatan suatu hari nanti bagi merealisasikan impian untuk menjadi ibu yang bekerja dari rumah.

Kepada rakan-rakan di luar sana sekiranya yang berminat untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan ini yang dibimbing oleh guru yang mantap, layarilah laman web seperti yang tertera di atas. Bak kata pakar pemasaran No. 1 di Malaysia, Dr Azizan Osman, nak berjaya dalam hidup kita kena mencari mentor yang hebat untuk menuntut ilmu. 

Guru Online: Nisa Nua

No comments:

Post a Comment