Guru Online : Normi Mat Yusof (http://normiyusof.blogspot.com/)
Nama Protege : Suharni Dawing
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 enteri yang
diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk
menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada
individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang
tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu
sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih
kepada mentor saya Puan Normi Hj Mat Yusof kerana banyak memberi
bimbingan dan tunjuk ajar, beliau begitu sabar melayan dan menjawab
setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya
saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya
tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini
saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk
membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk
berkongsi ilmu.
Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, alhamdulillah saya mampu
menjana sedikit pendapatan walaupun tidak lah sebanyak mana, namun saya
tetap bersyukur. Menjadi agen dropship adalah salah satu permulaan
perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai modal kerana hanya perlu
mempromosikan produk dan dapat untung melalui komisyen. Segala urusan
penghantaran, penyimpanan stok, dan bekalan produk dilakukan oleh
pembekal, namun ejen dropship haruslah mencari pembekal yang tepat dan
mudah untuk dihubungi bagi memudahkan urusan diantara ejen dan pembekal.
Dengan menyertai kelas online asas blog dan fanpage ini mereka juga ada
menawarkan produk kepada protege yang ingin memulakan perniagaan,
Terima kasih kepada mentor saya kerana memperkenalkan saya kepada
pembekal pakaian muslimah yang mudah untuk dihubungi dan berurusan
dengan beliau.
Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa
diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak
ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing
oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah
mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong
tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor
ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya
mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah
dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa
membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk
menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat
mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas
ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi
berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan
dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas
hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.
No comments:
Post a Comment