Pages

Tuesday, October 29, 2013

Ulasan kelas asas blog dan penulisan- siti nadzifah

Sumber:http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-online.html

Pejam celik pejam celik rupanya sudah sebulan juga saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan. Seingat saya, saya mengetahui tentang kelas ini adalah melalui group kedai buku online network di mana saya menyertai program dropship dengan Puan Masayu Ahmad. Saya antara yang terawal juga yang diberikan peluang untuk menyertai kelas ini ketika beliau mula-mula menubuhkan kelas. Tetapi disebabkan kebimbangan yang timbul di hati saya membuatkan saya hanya menjadi pemerhati senyap sedangkan perasaan ingin turut serta membuak-buak.

Rasa seperti tidak percaya pun ada bila memikirkan kembali bagaimana saya boleh membina blog dan menulis catatan di blog hampir setiap hari memandangkan jadual saya sebagai seorang wanita berkerjaya sangat padat. Rupanya ada cara dan teknik tertentu yang boleh dilakukan bagi melatih diri supaya sentiasa konsisten dan sentiasa dihujani idea untuk menulis.

Semuanya diajar dan dibimbing oleh guru-guru kelas ini yang dijalankan 100% secara online. Pada mulanya saya tidak yakin saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelas ini. Bimbang kalau-kalau tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan tidak mahu ketinggalan dalam kelas membuatkan saya takut untuk mendaftar. Disebabkan alasan itu, saya hanya memendam sahaja keinginan untuk belajar dan hanya memerhati sahaja perkembangan kelas ini.

Walaupun saya tidak menyertai kelas ini,
saya tetap mengikuti perkembangan kelas dan pelajar kelas ini. Saya membeli e-book asas penulisan blog dari Puan Masayu dan cuba membina blog sendiri. Tapi benarlah kata orang belajar dengan berguru adalah lebih senang dan tidaklah tersesat jalan. Lain hasilnya membuat sesuatu dengan bimbingan guru dengan tidak berguru. Saya juga turut membaca koleksi tulisan beliau seperti buku Jana RM Dari Rumah dan e-book Super WAHM Super Mom.

Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mengenai ulasan-ulasan tentang kelas asas blog ini yang ditulis oleh pelajar-pelajar beliau. Dari situlah saya mengetahui bahawa ramai juga di antara mereka yang menyertai kelas ini merupakan wanita yang berkerjaya. Rupanya mereka juga seperti saya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Daripada ulasan mereka barulah saya betul-betul memahami konsep kelas 100% online ini. Terasa diri ini begitu rugi kerana menunggu terlalu lama untuk berubah dan menyahut cabaran.

Kelas ini begitu flexible kerana perantaraan antara protege dan mentor hanyalah melalui medium internet. Konsepnya cukup senang iaitu boleh bertanya bila-bila masa dan di mana sahaja. In shaa Allah akan ada guru yang membantu. Perjalanan kelas pula berdasarkan e-book yang diberilan sebaik mendaftar dan bimbingan melalui group di Facebook. Cukup mudah dan flexible. Protege tidak terikat dengan waktu yang ditetapkan, terpulang kepada kita bagaimana menguruskan masa. Jika rajin dan konsisten cepatlah mendapat hasilnya.

Akhirnya, saya nekad untuk mendaftar masuk ke Kelas Puan Masayu. Ternyata kelas ini cukup santai dan saya boleh tetapkan sendiri jadual saya. Bila ada persoalan boleh diajukan bila-bila masa sahaja. Selain itu, protege yang tidak mempunyai produk akan diberikan bimbingan untuk melakukan bisnes secara dropship di mana produk akan disediakan tanpa perlu menyimpan stok.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat dinikmati setelah menjadi sebahagian dari ahli alumni bekerja dari rumah ini. Rakan sekelas juga ramai membolehkan kita menambahkan lagi jaringan network rakan-rakan alam maya ini. Harapan saya semoga dengan menyertai akedemi ini, saya dapat membuat persediaan untuk mula bekerja hanya dari rumah dan menjana pendapatan pasif pula pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment