Pages

Monday, March 10, 2014

Ulasan Kelas Blog Fanpage Mula Bisnes - Roslina Ghazali

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Roselina Ghazali (http://roslinazali.blogspot.com)
Sumber : http://roslinazali.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 entri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Anys Idayu Zakaria kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan yang lebih sedikit dari biasa. Saya juga rasa gembira bila ramai yang membaca blog dan fanpage dan ingin mengetahui tentang produk jualan saya serta mendapat khidmat nasihat tentang kesihatan dan kecantikan walau secara maya sahaja.
Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.

Thursday, March 6, 2014

ABDR Kumpulan Sokongan Untuk Surirumah Berpendapatan

Guru online : Anys Idayu Zakaria
 
 
 
Cik azue kenal ABDR ini melalui blog penulisan puan MASAYU AHMAD, iaitu blog PANDUAN BEKERJA di RUMAH (WAHM,SAHM,SOHO)
Masa ini cik azue sedang berkira-kira untuk meletakkan jawatan, iaitu 6 bulan terdahulu dari hari perletakkan notis tempoh hari.
 
Secara kebetulan, cik azue merayau-rayau di laman sesawang mencari-cari teman seperjuangan apabila cik azue bergelar WAHM. Pada mulanya, nama MASAYU ini agak familiar di ingatan cik azue, namun cik azue tidak pernah menyangka yang beliau adalah orang yang sama yang menulis dalam majalah mingguan wanita yang suatu ketika dahulu pernah cik azue baca sambil lalu sahaja.
Bermula dari situ, bila cik azue mentelaah blog beliau dari awal penulisan bermula MAY, 2008, cik azue dapat input sedikit demi sedikit tentang aktiviti pekerjaan yang boleh dilakukan secara sambilan dirumah samada sebelum atau selepas melepaskan jawatan.
 
Walaupun pada hakikatnya, cik azue telah bermula berniaga atas talian secara sambilan dengan serius pada tahun 2010, cik azue masih lagi mencari dan membaca supaya cik azue tidak akan pernah menyesal akan keputusan yang cik azue telah pilih disamping mencari sebanyak mungkin ilmu supaya apa yang cik azue cuba lakukan berjaya sampai ke matlamat yang telah cik azue tetapkan.Di sini kita harus menyemai semangat, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam". Cik azue yakin anda semua sedia maklumkan atas maksud simpulan bahasa itu.
Kalau mengikut teori yang telah disenaraikan oleh Puan Masayu, sedikit sebanyak cik azue telah pun bermula dan berada di atas landasan itu. Cuma sekarang ini, cik azue memberanikan diri untuk melibatkan diri secara serius dengan kumpulan ini bagi mendapatkan khidmat sokongan apabila telah benar-benar melepaskan jawatan, terutama diketika apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian. Siapa tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti.
 
Baik, apa yang cik azue dapat setelah cik azue mengenali kumpulan sokongan ini? Untuk pengetahuan para pembaca budiman, di dalam kumpulan ini terdapat pelbagai lapisan profesion yang telah pun mengundurkan diri dan telah juga berjaya dengan bekerja secara atas talian.
Untuk auro positif sahaja, kita akan melupakan segelintir yang belum lagi berjaya kerana boleh dikatakan kumpulan ini sebenarnya akan membimbing kita bersama-sama mengorak langkah menjadi surirumah berpendapatan.
 
Kenapa cik azue katakan sedemikian? Ini adalah kerana, di dalam kumpulan ini, para suri diberi latihan berdasarkan minat yang sedia ada dalam diri masing-masing. Di permulaan, para suri akan diajar untuk mengenalpasti tentang kemahiran atau minat diri kita sendiri. Selepas kita sudah kenal, maka kita bolehlah mula bergerak untuk mengumpul bahan-bahan yang kita suka dan minat menjadi satu olahan penulisan yang mana mungkin boleh menarik dan menjana kewangan. Di sini, para suri yang tidak biasa dengan medium teknologi internet akan mula berkenalan dengan gadjet serta blog dan fanpage. Mungkin pada mulanya para suri merasa agak janggal, namun dengan latihan 44 entri penulisan, cik azue yakin, para suri boleh mengatasi keadaan itu. Kenapa 44, mengikut yang cik azue ketahui daripada pesanan mak dan ayah, kalau hendak menjadikan suatu itu satu kelaziman, kita mesti memaksa diri berbuat sesuatu itu selama 40 hari atau 44 hari berturut-turut. Dan hal yang sama juga disyaratkan bagi para suri setelah memiliki sebuah blog atau fanpage atau kedua-duanya sekali.
Nah, bermula dari sini, para suri kemudiannya akan dibimbing untuk menjana kewangan tersendiri.
Pokok pangkal nya, usaha. Kalau sudi nak lihat contoh, mari kita berkenalan dengan pelatih di ABDR ini
 
Nama: Farhana Abdullah

Beliau telah pun dapat menjana kewangan dengan penjualan Nota Panduan Menjahit
Siapa sangka ya nota sebegini ada nilai nya jika beliau tidak bersama-sama dengan ADBR mengasah bakat menulis beliau. tahniah diucapkan.
 
Jadi kepada yang bertanya jika anda ingin merasai apa yang kami lalui, jom bersama-sama kami dalam kumpulan ini. Mana tahu anda boleh lebih maju kehadapan.
 
Jika anda berminat ingin sertai kami, mari bersama kami, PM atau email atau watsap cik azue ya untuk keterangan lanjut.
 
lain masa cik azue menulis lagi tentang apa yang ada dalam kumpulan sokongan ini. Semoga anda bersabar menanti ulasan cik azue yang seterusnya ya.
wasalam


Wednesday, March 5, 2014

Kerana Dia Bidadari Syurgaku - Novel Protege Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif




 Buah tangan protege Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif, Siti Khatijah Diana daripada kelas Cikgu Mazlia Murat. Akan menemui pembaca Mac ini.

RM25.00
Penulis : Nana Rumaysa
Penerbit : EMP

Menyedari diri tidak sempurna, Nur Nadimah tidak memuja insan seperti Zikri Darius. Hatinya milik Ruslan yang boleh dikatakan sekufu dengannya. Namun, kecewa melanda apabila Ruslan menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Ada dua sebab kenapa Zikri Darius membenci Nur Nadimah. Satu, wanita itu dianggap cuba memisahkannya dengan wanita pujaannya, Syafina. Yang kedua, Nur Nadimah memiliki kekurangan yang paling tidak disukainya. Bagi Zikri Darius, wanita itu terlalu buruk berbanding dengan wanita yang pernah dilihatnya di atas muka bumi.
Namun begitu, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Dek kecewa ditinggalkan Syafina, Zikri Darius akur untuk berkahwin. Tanpa diduga, wanita yang menjadi isterinya itu adalah wanita yang terlalu dibencinya selama ini.
Ternyata, bukan mudah untuk hidup bersama orang yang tidak dicintai. Namun, kesabaran dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nur Nadimah membuahkan hasil. Sehinggalah pada satu hari, berlaku satu peristiwa hitam yang membabitkan Zikri Darius dan Syafina hingga membuatkan Nur Nadimah berlalu pergi

Thursday, February 13, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Nur Syahidah Wan Mahassan - Guru Online Monalita Mansor

Teks : Syahidah Mahassan

"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.

Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog. Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot. Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu. Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah. Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas. Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru. Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat. Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini. Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri. Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian. Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang. Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini. Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi. Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Wednesday, February 12, 2014

Ulasan Kelas Blog Penulisan - KUAZUE MOHD


Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Sumber : Kraf Seni Jahitan & Sulaman serta Ulasan Kelas BLOG PENULISAN

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI….

 
Sebagaimana para pembaca sedia maklum, dahulu, blog cik azue ini bertajuk; "Ini Cerita Kami" . Dan latar belakang blog itu ada komputer riba, nota bergantungan serta buih-buih warna warni memenuhi ruang. Itu adalah gambaran pekerjaan dan kehidupan cik azue diketika itu. Untuk tambahan makluman, blog seperti dibawah adalah blog terakhir yang cik azue kemaskini susunaturnya dari tahun 2011 kalau tidak silap.

Tapi kenapa ya cik azue memberi nama blog itu dengan nama "Ini Cerita Kami" ya? Ya, kalau anda ingin tahu, pada asalnya cik azue menulis blog ini pada tahun 2009 dengan nama blog pada ketika itu adalah "The little craft cotage". Tujuan asal adalah kerana hendak pamerkan hasil kerja tangan setelah menduduki kelas atas talian bagi pelajaran Seni Sulaman Reben kelolaan Puan Suzana.

Cuma setelah cuba beberapa kali, jari jemari cik azue tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna, berikutan kemalangan yang dialami pada tahun 2008. Sayang tetapi tidak mengapa, segala ilmu akan diguna pakai semula suatu hari nanti. Oh ya, Cik azue belajar untuk mak sebenarnya. Mak teringin nak menyulam guna reben, tapi mak tak boleh lagi menjahit sulam tangan kerana selepas melahirkan adik yang terakhir, mak mengalami kebas-kebas jari, dimana mak tidak dapat merasa benda-benda halus seperti jarum jahit itu. Dan kerana sering mendengar mak bercerita tentang ketaksuban mak melihat orang-orang yang pandai dengan seni sulaman reben itu, makanya cik azue mengambil peluang memuaskan hati mak. Dan memang mak sangat gembira bila cik azue dan adik bongsu tunjukkan hasil yang telah dipelajari dan itulah yang membuatkan mak tersenyum bahagia.


Selepas itu, cik azue menukar kembali nama blog menjadi seperti gambar diatas. "Ini Cerita Kami" adalah sebenarnya cerita yang cik azue dan keluarga di sini alami untuk tatapan mak di kampung. Mak akan lihat blog ini bila mana adik bongsu buka blog ini dan biarkan mak lihat dan baca sendiri. Semuanya adalah untuk tatapan mak.

Selepas cik azue berfikir untuk berubah haluan, banyak yang cik azue buat demi untuk berubah kerana ingin mengubah. Nanti kita kongsi bersama ya di entri akan datang, In shaa Allah.
Bertemu dengan blog Puan Masayu membawa cik azue mengenali GURU ONLINE ini. Setelah beberapa bulan mengkaji, cik azue mengambil keputusan untuk melabur bagi mencari sedikit ilmu dan selebihnya berhajat agar kumpulan sokongan ini dapat memberikan sokongan pada cik azue disaat-saat keperluaan emosi agak menjunam setelah bergelar WAHM. Siapa tahu akan ujian yang bakal kita hadapikan. Sekurang-kurangnya, kumpulan ini ada untuk saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Baik, kenapa blog ini ditukar nama seperti hari ini. Ya, pada mulanya cik azue mahu kekalkan sahaj nama asal blog ini kerana mengenangkan memori bersama mak. Tetapi setelah berfikir secara rasional, cik azue tidak boleh selamanya hidup dalam kenangan itu. Ya, cik azue kena keluar demi kenangan itu. Dan atas kenangan itu, cik azue memilih nama blog ini seperti ini supaya cik azue lebih fokus dengan suatu benda yang asalnya kenangan yang mungkin boleh memberi dan menjana kewangan pada cik azue dan keluarga dikemudian hari. Dan semoga dengan lebih fokus cik azue lebih produktif dan punya hala tuju yang lebih menjaminkan.

Bercerita tentang Kelas Blog Penulisan, disini, cik azue diajar menjadi lebih fokus untuk menulis berdasarkan nama blog yang dipilih. Untuk cik azue, ianya nanti akan lebih menjurus kepada kecenderungan cik azue dengan kraft seni jahitan dan sulaman ini.
Hasil Seni Sulaman Benang tahun 1990/1991 (projek SRT- SRP)
 
Projek yang sama tapi bunga nya dilukis almarhum BONDA dan disulam benang atas tunjuk ajar beliau

In shaa Allah, selepas bergelah WAHM, dapatlah kiranya cik azue membuat beberapa tutorial berkaitan sebagai perkongsian kita bersama.

 
Tutorial sulaman mesin, sulaman applique.

Apa lagi yang diperolehi dari kelas ini adalah disiplin untuk selalu menulis berdasarkan format blog yang kita pilih sendiri. Selain berpeluang belajar bagaimana menghasilkan sesuatu blog yang in shaa Allah memberi manfaat buat ramai orang dan juga tentang bagaimana menarik lebih ramai pelawat ke blog kita. Dengan perkongsiaan capaian blog rakan-rakan sealiran, cik azue juga selain mendapat informasi, boleh juga menjadi salah satu sumber untuk menarik traffik ke blog rakan-rakan yang lain.

Secara ringkasan, Kelas Blog Penulisan kelolaan guru online yang di asaskan oleh Puan Masayu ini telah membantu cik azue menjadi seorang yang lebih fokus, in shaa Allah serta sebenarnya lebih banyak kita belajar, lebih banyak juga yang kita tidak tahu.

Semoga Akademi ini dapat membantu lebih rami suri diluar sana.

Akhir Kalam, tidak salah belajar sesuatu yang kita sedia tahu keran lain guru, lain pula pengalamannya. Lain pengalaman, lain pula ilmunya. Semakin ramai guru, semakin banyak ilmunya, cuma tapis-tapiskan setiap satu ilmu yang diperolehi. Pilih yang betul-betul dapat memberikan manfaat ya.

Hingga itu,
Wasalam
**********************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Friday, February 7, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif Asmah Hashim


Asmah Hashim, novelis Alaf 21 menghasilkan novel Aku Turut Bahagia, mengosongkan cawan mendatangi kelas asas blog dan penulisan kreatif. Bersama-sama belajar dan membuat latihan dan tugasan di dalam kelas. 


Apakah natijah daripada kerendahan hatinya itu?

Ulasan: Asmah Hashim




ULASAN KELAS  ASAS BLOG.

                Orang ada FB, saya hendak ada FB.   Orang ada Blog, sayapun hendak. Tetapi tidak pandai membuatnya.  Mula mendaftar, terkial-kiallah saya melakukannya. Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang arah.  Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak diusik, entahkan hidup, entahkan tidak.  Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke grup tersebut jika sudi.  Grup santai sahaja. Saya tidak pandai buat blog, betul!  Tidak tipu.  Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana saya mula ada Blog Nukilanku Asmah Hashim.  Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari Ipoh Perak.  Pena Ungu.  Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya membina, entri di dalamnya pandai-pandailah saya.  Tidak mungkin saya akan suruh dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog saya.  Buat malu sahaja. 
                Blog saya itu biasa-biasa sahaja.  Pengikutpun tidak ramai.  Hendak bertanya, terasa malu.  Nanti diperkecilkan pula.   Akhirnya saya membisu dan bertanya kepada anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita?  Dia jawab, kenalah buka blog orang dan jadi pengikut.  Sejak itu saya ikut nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut.  Kecewa juga di hati.  Akhirnya saya biarkan blog itu bersawang.  Saya juga jarang kongsi ke wall Fb saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote. 
                Saya ini aktif orangnya.  Malah sangat aktif di FB grup pembaca novel dan masakan.  Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya berkenalan dengan Cikgu Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan Online dan penulis.  Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan menghidupkan blog saya yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia cyber ini.  Banyak peluang yang kita dapat dengan  mempunyai blog sendiri.  Bukan hanya di FB sahaja kita boleh  mewarkan-warkan perniagaan kita, tetapi di dalam blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana.  Setiap perkara perlu ada ilmu.  Maka belajarlah.  Setiap perkara yang hendak kita lakukan, perlu melabur, maka melaburlah.  Bukan cakap kosong, jemput-jemputlah singgah melihat blog-blog kami.  Lihat sendiri,  kaji sendiri. Alami  sendiri.  Pasti anda akan suka, akan tertarik. 
                Banyak perkara yang  belajar di dalam Kelas Asas Blog ini.  Dengan bimbingan yang tidak berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu yang bertugas dan rakan-rakan saling membantu.  Maka lahirlah blog saya yang penuh entri,  ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan akademik.   Malah kami diberi peluang untuk menjana  pendapatan hanya di hujung jari kita sahaja.  Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah.  Tidak rugi berada di dalam kelas ini. Banyak manfaatnya.    Jika terasa ingin memajukan perniagaan sehingga ke seantero dunia sudi-sudikanlah mendaftar dalam kelas ini.  Wang yang dilaburkan  akan berganda jadinya jika kita berminat dalam bidang perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan entri baru.
                Ayuh! Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca novel, ahli sejarah, tukang masak, katering, menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan peluang ini.  Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang untuk mendapatkan wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.

Tuesday, February 4, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog - Farhana Abdullah

Teks : Puan Farhana Abdullah

Blog : http://angiefarhana.blogspot.com/

Bissmillahirohmanirohim

Assalamualaikum dan salam sejahterah

 Pertama sekali syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan segala kegembiraan yang tidak terhitung buat saya. Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, saya masih lagi dalam proses menyiapkan entri yang entah bila akan siap ini. Jiwa sebenarnya nak sangat menyiapkan entri ini dengan cepat seperti rakan yang lain, tetapi seperti orang lain ada sahaja halangan. Namun sebenarnya jangan kita jadikan halangan itu satu alasan untuk melakukan sesuatu.

Alhamdulillah hari ini juga saya sangat-sangat gembira dan teruja untuk meneruskan usaha untuk menjadi salah seorang yang berjaya seperti mereka. Hari ini saya telah mendapat bayaran tempahan Nota Panduan Jahitan Asas saya yang pertama. Apatah lagi, saya sangat-sangat terkejut mendapat tahu yang dia bukannya di Malaysia tetapi di US.  Menurut katanya, di sana kalau hendak belajar satu jenis baju, kena bayar dalam 200 dollar bersamaan rm500. Masyallah!.. Inilah yang dikatakan kalau memang Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, sejauh langit dan bumi pasti akan tiba.




Mungkin juga kerana selama ini saya yakin dengan kita solat dhuha, insyaallah rezeki kita akan terbuka luas untuk kita. Sepertimana setiap kali kita berdoa ketika lepas melakukan solat dhuha, Ya Allah perluaskanlah rezekiku, jika reziki ku ada di langit turunkanlah untukku, jika ada di bumi keluarkanlah untukku, jika jauh dekatkanlah untukku, jika susah permudahkanlah untukku, jika sedikit perbanyakkanlah untukku dan jika haram maka halalkanlah untukku. Ya Allah, jika aku lalai peringatkanlah aku dan permudahkanlah aku membuat kebaikan dunia dan akhrat. Aamiiin..

Saya rasa ramai yang berdoa seperti itu kan. Apa pun dunia hanya persinggahan sementara. Sebagai manusia biasa kita banyak menghadapi pelbagai masalah yang berbeza. Tapi yakinlah setiap yang kita lakukan dan apa sehaja yang berlaku sama ada yang gembira atau yang tidak menggembirakan itu semuanya ujian untuk kita. Berbalik pada Ulasan ini.

Jika diungkapkan dengan kata-kata sukar untuk saya nyatakan, betapa saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjadi salah seorang rakan Akademi Berkerja Di Rumah. Syukur sangat-sangat Allah permudahkan saya memahami penerangan yang diberikan oleh guru online saya Pn Normi M. yusof. Dengan kesabaran guru yang mengajar saya kerana bukan sekali dua bertanya itu ini. Guru pening anak murid pun pening. Tetapi akhirnya dapat juga diselesaikan tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran. Lagipun menuntut sesuatu ilmu mana ada yang senang kan. Kini melihat hasil dalam blog saya wow!! bestnya...cantiknya...macam-macam lagilah keluar di mulut. Suami pun kata o..gitu caranya baru tau. Apatah lagi dengan terhasilnya Panduan menjahit secara online ini, dapat pula pelanggan pertama dari US. Yang lucunya panduan belum siap sepenuhnya tetapi pelanggan dah bayar. Apa lagi bertambahlah semangat.

Sejujurnya saya sangat-sangat berterima kasih tidak terhingga kepada usaha guru online saya Normi M Yusof yang sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar dan begitu juga atas sokongan guru-guru online seperti Masayu Ahmad, Aishah Hussien dan lain-lain. Terima kasih Guru.

Jika saya yang ilmu cetek ini boleh melakukan sesuatu, saya pasti anda diluar sana yang mempunyai ilmu yang lagi hebat dari saya mesti mampu buat yang lebih baik dari saya. Apa yang anda perlukan jadilah salah seorang rakan Akademi kami. Insyaallah manalah tahu dah tertulis anda mampu merubah hidup. Malu rasanya meluahkan kata-kata seperti ini, kerana kita belum tahu kesudahan benda yang kita lakukan tetapi rezeki masing-masing kita tak tahu. Mungkin rezeki anda lagi lebih dari saya.
Aamiiin..