Pelajar : Nor Mahsuri Nordin
Kelas Blog Mula Bisnes ABDR 
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Sebelum mengenali Akademi Bekerja Di Rumah, saya pernah memiliki 
beberapa buah blog. Pada ketika itu, saya hanya menggunakannya untuk 
diri sendiri sahaja dan tidak publish setiap entri yang saya buat kepada
 umum. Mulanya saya mengenali blog melalui rakan sekerja yang memiliki 
blog yang menarik dan blognya turut dibaca oleh umum. Saya merasa 
teringin untuk memiliki blog sendiri. Disebabkan saya tidak pakar dalam 
dunia blogging, maka saya hanya update entri sahaja, tanpa memasukkan 
apa-apa gajet ke dalam blog tersebut. Akhirnya blog-blog tersebut 
terbiar begitu sahaja kerana saya tidak mempunyai masa untuk update, dan
 akhirnya terus dilupakan. Jika saya merasa ingin membina blog, saya 
akan mencipta yang baru pula. 
Saya teringin memiliki kedai online sendiri apabila melihat telah ramai 
orang yang memulakan perniagaan secara online. Pada suatu hari saya 
terbaca artikel Pn. Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita dan 
saya terus berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Saya terus
 menghubungi Pn. Masayu Ahmad untuk menyatakan hasrat saya. Permintaan 
saya disambut dengan baik oleh Pn. Masayu Ahmad dan saya telah mendaftar
 untuk menjadi pelajar di Akademi berkenaan. Seterusnya saya 
diperkenalkan oleh beliau kepada seorang guru online iaitu Pn. Anys 
Idayu Zakaria yang membimbing saya untuk membina blog sehingga kini.
Sebelum saya memiliki blog perniagaan sendiri, terlebih dahulu saya 
diajar perkara asas yang perlu dibuat di dalam blog seperti memasukkan 
pages, memasukkan blog rakan-rakan akademi untuk memudahkan laluan 
trafik, memasukkan gajet-gajet tambahan seperti borang pesanan, facebook
 fanpage dan sebagainya. Semuanya di atas bimbingan Pn. Anys Idayu 
Zakaria yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan 
saya sekiranya saya sedikit lalai dalam menyiapkan tugasan. Memang saya 
akui saya tertinggal jauh jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain
 dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana kelas diadakan dengan cara yang 
fleksibel, dan guru online juga boleh dihubungi pada bila-bila masa 
sahaja jika terdapat kemusykilan. Sedaya upaya saya cuba menyiapkan 
tugasan jika berkesempatan. Saya merasa bersyukur akhirnya dapat juga 
menghabiskan tugasan memasukkan sebanyak 44 entri sebagai tugas utama. 
Terima kasih diucapkan kepada guru online saya iaitu Pn. Anys Idayu 
Zakaria.
 

 



