Pages

Tuesday, November 7, 2017

Kelas Blog Bisnes

Ulasan Kelas

Teks: Anie-Alja
Ulasan Kelas Online ABDR



Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt pada kesempatan ini.

Saya ingin berterima kasih pada teman FB, Puan Saniah yang memperkenalkan tim ABDR kepada saya beberapa tahun yang lalu.Ya, beberapa tahun yang lalu, barulah saya mengorak langkah pertama belajar secara berguru. Terima kasih juga kepada guru online Puan Anys atas bantuan dan tunjuk ajar hingga saya berjaya mempelajari selok-belok membuat borang tempahan dan sebagainya.

Sebagai anak murid online pada guru Puan Anys, saya berpuas hati dengan cara kelas ini dikelolakan. Saya dapati arahan yang diberikan dalam grup watapps mudah diikuti dan mesra pengguna. Lebih bagus lagi, dengan adanya interaksi dua hala dan maklumbalas yang cepat, ia memudahkan proses pembelajaran saya.

Guru online juga sentiasa melihat perkembangan ajaran yang diterima dan memberi contoh-contoh sesuai untuk kami lebih faham. Antaranya, beliau meminta kami merujuk pada blog rakan ABDR lain sebagai panduan.

Beberapa penambaikan yang saya boleh syorkan pada tim ABDR adalah buku ebook yang diedarkan itu disusunatur semula dengan sistem penomboran yang mudah. Semasa saya membaca maklumat dalam ebook itu, ia agak mengelirukan kerana nombor subtopik yang hilang di tengah jalan. Selain itu, diharapkan tim ABDR sudi meng-update status blog yang masih aktif. Tidak hanya menyenaraikan blog lapuk dan tidak mempunyai status terbaru hingga beberapa tahun lamanya. Ia amat membantu pelajar baru seperti saya untuk membina networking dengan pelajar terdahulu.

Lain-lain, saya berpuas hati.

Secara amnya, saya akan syorkan kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar tentang dunia blogging. Marilah berguru dengan tim ABDR.

Sekian, terima kasih.

Sunday, May 28, 2017

Kali ke dua sertai kelas asas blog dan penulisan

http://ekosalina.com/yeeaayy-mama-dah-abis-kelas/
Tajuk taaakkk menahan kan. Happynya macam bunyi dah Resign jeerr. Pasti orang pertama yang akan suka adalah Aisyah. Dia suka Mama duduk di rumah. Katanya boleh ambil dia cepat dari sekolah. Aduhaii anak. Bertabah dan sabar iyea sayang. Doakan untuk Mama. 🙂
Yeeayyy.. Mama Dah Abis Kelas.😘😍
Kelas apa pulak ni ya. Sebenarnya ini adalah kali kedua saya mengikuti kelas di Akademi Bekerja Di Rumah. Kelas pertama saya bersama cikgu online saya iaitu Puan Anys Idayu Zakaria.
Alhamdulillah, ini adalah entry yang ke-44. Ini bermakna berakhirlah tugasan saya sebagai pelajar asas penulisan blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sebenarnya mencari masa yang sesuai untuk menulis agak sukar juga kerana kesibukan saya di pejabat dan selepas pulang ke rumah pastinya saya memegang ‘title’ ibu dan isteri pula.
.
Dengan mengikuti kelas penulisan bersama ABDR sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam ‘memaksa’ diri ini untuk menulis dan menyiapkan 44 entry pada hujung minggu.
Sekurang-kurangnya apabila saya berada di ABDR ada ‘push factor’ untuk saya menulis di Blog. Apatah lagi saya telah memulakan tugasan dari bulan April 2017. Di tambah pula pelajar-pelajar sesi Mei ini sangat laju dalam menyiapkan tugasan. Rasa malu pula ambil masa yang lama nak siapkan tugasan yang diberikan.😅
Namun begitu, saya tidak merasakan tugasan ini sebagai suatu bebanan. Malah minat saya dalam bisnes telah menghasilkan sebuah blog ‘Kedai Online Mama Aisyah’. Penulisan dalam blog ini tidaklah begitu baik tetapi terhasilnya blog ini adalah untuk berkongsi cerita tentang produk yang saya guna dan saya jual. Cikgu juga ada pesan jangan tunggu pada penulisan yang sempurna. Terus menulis dan tulis.
Walaupun baru beberapa bulan blog ini dibina, blog saya sudah dijejaki oleh pelanggan dan saya bersyukur melalui penulisan secara konsisten saya telah memperolehi pendapatan sampingan. Apa yang menariknya kebanyakkan pelanggan dari blog saya merupakan ‘serious buyer’. Ini disebabkan kebanyakan dari mereka telah study terlebih dahulu sebelum hendak membeli sesuatu produk.
Terima kasih yang tak terhingga buat Puan Masayu Ahmad selaku guru penulisan kami dan juga Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah. Beruntung dapat cikgu yang tegas tetapi memahami anak murid yang satu ni. Puan Masayu banyak memberi sokongan dan membantu kami melalui group wasap dan juga secret group di FB. Belajar pun tak stress malah waktu adalah Fleksible.
.
Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Puan Masayu amatlah saya hargai dan akan dijadikan sebagai panduan menulis pada masa akan datang. Doakan saya semoga saya terus konsisten dalam menulis.
.
Ada yang mahu belajar tentang Asas Penulisan Blog. Boleh terus wasap 017- 240 8646. Saya selaku Pengurus Online akan membantu anda😃
Antara pelanggan yang membeli produk yang dijual melalui blog ekosalina.com




Apa manfaat yang saya perolehi.

https://nurshuhada-abdullah.blogspot.my/2017/05/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html?spref=fb

Ini entri yang ke-44, bermakna ini adalah entri terakhir saya dalam Kelas Asas Blog Dan Penulisan sesi Mei bersama Puan Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Ini adalah kali kedua saya berada di kelas ini. Sebelum ini saya bersama Puan Azura Abdullah, salah seorang pengurus online ABDR. Kali pertama saya mengambil masa sangat lama, hampir setahun juga untuk menyiapkan 44 entri disebabkan saya tidak konsisten dan tidak fokus dengan tugasan. Jadi saya masuk ke kelas ini kali kedua untuk memperbaiki kelemahan saya.

Entri terakhir ini adalah ulasan berkenaan manfaat yang saya perolehi dengan mengikuti kelas ini.

Antaranya;

1. Membiasakan diri menulis catatan harian dengan menulis secara spontan. Membuat catatan apa yang terlintas di fikiran tanpa terlalu memikir ayat yang sesuai atau ayat yang sedap dibaca.

2. Belajar menjadi peka dengan keadaan sekeliling walaupun sekecil-kecil hal. Setiap peristiwa yang berlaku boleh menjadi idea untuk menulis dan menukarkan ia kepada aura positif. Sebagai contoh, hari itu saya catitkan di dalam catatan harian, saya sangat penat mengemas rumah dan apa aktiviti mengemas telah saya lakukan. Dari situ timbul idea untuk menulis entri berkenaan pentingnya menjaga kebersihan, tip rumah sentiasa kemas serta banyak lagi.

3. Belajar menulis dengan laju. Cabaran menyiapkan 44 entri selama 20 hari memaksa diri untuk berfikir, menulis supaya setiap hari ada entri terkini di blog. Walaupun kadang-kadang saya terbabas disebabkan kesibukan kerja. Tapi untuk menyiapkan entri di dalam masa yang ditetapkan memaksa saya berusaha mencari idea untuk menulis. Secara tidak langsung dalam satu hari saya belajar untuk menulis sehingga lima entri.

4. Membuang sifat 'perfectionist'. Aku mahu sempurna. Tetapi manusia tidak sempurna. Cikgu ajar tulis dulu dan terus publish. Kemudian baru edit mana yang perlu. Jika tunggu sempurna, mahu ayat sedap dibaca sampai bila entri itu tidak akan dikongsikan. Sudahnya ia terperap saja di dalam draft. Macam cikgu cakap nama pun kelas asas penulisan kita belajar asas. Bukan terus menjadi pakar.

5. Belajar menulis dengan ejaan penuh. Menghormati bahasa sendiri. Ejaan penuh memudahkan pembaca untuk membaca dan faham apa yang cuba disampaikan.


Ilmu menulis sangat berguna bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini, yang sebelum ini tidak minat menulis pun sebenarnya. Segalanya berubah apabila saya mula mempunyai blog untuk berkongsi minat saya dengan pembaca. Mahu atau tidak saya perlu menulis. Dari situ saya berkenalan dengan Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Selain itu, saya juga belajar bagaimana mempunyai blog yang mesra pembaca dan boleh menarik orang untuk suka membaca di blog kita. Bagaimana mahu membina jenama diri di alam maya dengan memfokuskan minat, kemahiran dan pengalaman kita. Belajar bagaimana menukar pembaca kepada pembeli, secara tidak langsung dapat menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Serta berkenalan dengan jemaah-jemaah ABDR yang lain dengan kemahiran masing-masing yang saya boleh belajar dari mereka.

Paling seronok kelas ini dijalankan 100% secara online dan masa adalah fleksibel. Sangat sesuai bagi saya yang masih bekerja.

Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima kasih pada Puan Masayu Ahmad. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan. Saya doakan semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada Puan dan dipermudahkan urusan untuk terus mencurah ilmu pada wanita di luar sana seperti saya yang mahu kembali menjadi suri rumah dan berbakti pada keluarga, menjadikan rumahku itu syurgaku. Serta diberikan kekuatan pada diri ini untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Aamin.

Thursday, March 9, 2017

BACA INI ! ULASAN KELAS BLOG ABDR

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Pelajar : Dhuha Rashidi

 
Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi
Alhamdulillah. Segala pujian syukur dipanjatkan kepada Allah selayaknya atas kurniaan beribu nikmat atas dunia ini. Ma sha Allah.
.
Sudah beberapa bulan saya aktif berblog. Saya masih ingat tarikh tepatnya, 19 Disember saya mula diberikan tugasan. Baru sahaja beberapa bulan saya kembali menulis di blog selepas mendaftar ke kelas blog bisnes di bawah Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR). Hakikatnya, sebelum ini menulis tanpa guru, ibarat menebar gandum tiada burung. Begitulah umpamanya. 
.
Bermula dari hari pertama lagi saya sudah begitu teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Dibawah bimbingan guru blog iaitu Puan Cikgu Anys Idayu Zakaria , saya mengikuti setiap tunjuk ajar yang diberikan. Unik sekali segalanya hanya dihujung jari. Dengan berhubung terus dengan Cik Puan Anys, dalam masa yang singkat sahaja saya dapat menyiapkan asas blog untuk bisnes. 
.
Cik Puan Anys menjalankan kelas blog bisnes ini secara online dan juga offline. Bagi saya amat berbaloi menyertai kelas ini. Protege akan dimasukkan kedalam group khas dan diberi tunjuk ajar satu persatu. Tiada lagi istilah menebar gandum merata-rata. Seekor burung pun tidak menyinggah. Hehe.
.
tulisan ini kekurangan satu titik pada huruf nun pada ayat "mubina"
Blog saya lebih mengkhususkan kesenian Islam. Sebelum ini saya pernah menulis berkaitan seni di blog lama. Namun, saya sendiri hanya sekadar menulis dan tidak tahu rupanya sebuah blog boleh menjadi popular dan tidak tahu bagaimana mahu meningkatkan trafik ke blog saya. Lebih membuat saya buka mata, dari penulisan blog boleh menjana pendapatan juga. 
.
Walaupun saya telah kerugian masa beberapa tahun, saya tidak menyesal dengan masa lalu, kerana Tuhan telah takdirkan saya menemui Akademi Bekerja Dari Rumah melalui Cik Puan Anys masa kini. Tentunya saya masih merasa bertuah kerana banyak ilmu membina blog bisnes yang telah saya pelajari. 
.
Untungnya juga , saya dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger di bawah rangkaian ABDR. Dari situlah, saya dapat membaca perkongsian sahabat maya serta mengenali mereka dengan lebih rapat. Memandangkan rutin saya berulang alik Kuala Kangsar ke Klang, Klang ke Puchong, Puchong ke Klang, Klang ke Kuala Kangsar membuatkan fokus saya agak terganggu. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak menulis di blog. 
.
Dengan menulis secara konsisten saya perasan peningkatan pengunjung ke blog meningkat setiap hari. Yang menariknya, dengan blog saya lebih mudah mendapat target audien yang tepat. Baru-baru ini, ramai yang menghubungi saya bertanyakan kelas dan kursus khat yang saya anjurkan di bawah Dhuha Rashidi Resources. Tidak kurang juga yang mahu mendapatkan perkhidmatan tulisan khat sebagai cover buku dan produk khat.
.
Dalam beberapa bulan sahaja, sudah ada yang berjaya menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan diberikan juga berminat untuk bekerjasama. Bila ditanya, dari mana boleh menghubungi saya, jawapannya adalah carian di Google. 
.
berminat bekerjasama

dibawah ini mereka yang berminat menyertai bengkel khat untuk sekolah







Apabila saya praktik menulis entri yang berpotensi naik di carian, saya mendapati ianya berhasil. Bukan itu sahaja, ia turut memberi kesan kepada penambahan follower saya di Facebook ini. Sekaligus , saya telah mendapat follower yang targeted. Alhamdulillah. 
.
Sebab itu, saya amat syorkan kepada sesiapa sahaja yang ingin membina blog agar menyertai ABDR. Disamping berkongsi info mengenai produk dan penulisan kita, juga dapat meningkatkan kredibiliti sebagai pengusaha bisnes. 
.
Jika anda berminat menyertainya, apa tunggu lagi ? 
Dhuha Rashidi
Penulis Khat Wanita

Ulasan Kelas Blog Irda Rina

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Pelajar : Irda Rina


Teks : Irda Rina 
Foto : Carian Google



Alhamdulillah, nampaknya selesai tugasan-tugasan penting untuk memulakan blog. Sebenarnya, hasrat untuk menulis blog sudah lama terpendam sejak tahun 2009 lagi. Iaitu sejak saya merasakan ingin berkongsi satu persatu pengalaman menjaga anak yang sakit kanser Neuroblastoma pada ketika itu. Niat saya ingin menulis untuk menjadi panduan dan rujukan bagi orang lain, terutamanya yang diduga dengan ujian yang sama. 

Pada masa itu saya ada bina blog menggunakan wordpress. Tetapi kalau tak silap saya, sempat 2 atau 3 entri saja. Blog tu pun sudah tidak wujud rasanya. Sedangkan pada ketika itu (dan sehingga kini), masih ada rakan-rakan yang menantikan kisah-kisah pengalaman saya tersebut. 

Tahun berganti tahun, saya masih berhutang cerita lagi nampaknya. InshaaAllah, sampai masa nanti saya akan 'langsaikan' hutang tersebut sedikit demi sedikit melalui Catatan Pengalaman saya didalam blog ini. 


Saya juga pernah menghantar mesej kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad untuk mendaftar kelas penulisan blog. Tetapi saya tidak meneruskan hajat saya kerana merasakan agak sibuk pada ketika itu. 

Sehinggalah pada bulan Januari lalu, Puan Arbee Ali mesej saya dan menjemput saya menyertai Kelas Asas Penulisan Blog ini. Pada masa itu memang saya sudah pasang niat untuk membuka blog baru setelah menjadi Perancang Harta Pusaka. Kerana hal ehwal harta pusaka ini kadangkala lebih sesuai diceritakan panjang lebar melalui blog berbanding di facebook. 



Dipendekkan cerita, Allah memudahkan rezeki saya untuk menjadi pelajar kelas tersebut bagi Februari 2017. Saya dibimbing oleh Puan Anys Idayu Zakaria. Membuat blog dengan berguru ni lebih teratur caranya daripada hentam buat sendiri. Puan Anys mengajar langkah demi langkah. Jika ada yang tak faham atau tak menjadi, kami bebas bertanya. Biarpun kadang-kadang saya rasa soalan saya tu terlampau 'basic' juga. Tapi demi menimba ilmu, biarkanlah. Malu bertanya, sesat pula jalannya nanti. 

Alhamdulillah, walaupun sekecil-kecil ilmu, ia tetap berguna untuk saya. Tetapi apa yang paling penting adalah inisiatif saya sendiri untuk konsisten menulis. Hmm..... kadang agak mencabar juga. Harap agar terus istiqamah demi berkongsi dengan pembaca. 


Mudah-mudahan blog ini bukan sekadar menjadi sumber maklumat atau bahan bacaan untuk pengujung. Tetapi diharapkan agar ia menjadi ladang pahala yang berterusan juga buat saya melalui segala perkongsian yang baik dari didalam blog ini.

Pelajar Februari 2017,
Irda Rina Kamarulbahrain
 http://irdarina.blogspot.my/?m=0

Wednesday, January 25, 2017

Idea datang mencurah curah

Pengalaman Menulis Blog
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

http://mazianazainalabidin.blogspot.my/2017/01/pengalaman-menulis-blog.html
Alhamdulillah akhirnya sampai jua ke entri terakhir. Memang tidak menyangka idea datang mencurah-curah. Dan lagi tidak menyangka, saya mampu melakukannya. 
Bukan apa, zaman sekolah dulu saya ni memang lemah bab mengarang. Mula-mula dapat tugasan, tidak boleh tidur malam dan termimpi-mimpi.

Didorong oleh Puan Masayu atau lebih mesra Kak Mas, saya akhirnya berkarya dengan baik.
Sokongan suami, anak-anak dan orang tua sangat membantu saya. 

Saya suka berkarya di waktu pagi dan tengah malam. Ketenangan itu memudahkan saya. Melihat senyuman anak-anak dan suami tatkala mereka membaca nukilan saya (yang melibatkan mereka), ia membuatkan saya semakin berkeyakinan.

In shaa Allah, saya akan terus berkarya lagi dan membaikpulih kualiti karya-karya saya agar dapat memberi manfaat kepada saya dan anda.
Berinspirasikan blog sahabat-sahabat Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya mampu menjadi sehebat mereka, In shaa Allah.

Bagi yang belom merasai nikmat berkarya di blog, saya sarankan anda mengikuti kelas asas blog ini. Otak anda seolah-olah diaktifkan. Bak kata iklan susu, sel-sel otak saling berhubung.
Siapa tahu iklan susu apa?
Wah, pandai. Tengok tu sel-sel otak anda saling berhubung tu. Kalau tak masa kan anda ingat iklan apa kan?

Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian saya. Pengalaman cukup indah buat saya. 
Wow! Tahniah buat diri saya kerana berjaya mengarang. Tepuk tangan sikit. Hip hip horey.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Monday, October 17, 2016

Blog Membantu Pemasaran Online





Bismillah..
Selamat petang sahabat positif Cik Mid.
Subhanallah.. tak tau lagu mana nak ucap terima kasih kepada semua 69,763 pengunjung blog jahitan Cik Mid ni. Allahu.. terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat blog Cik Mid ni. Doakan Cik Mid akan terus menulis topik-topik bermanfaat untuk anda semua.

Bagi Cik Mid, blog sangat membantu prospek mengenal kita dengan lebih cepat dan menyeluruh. Kebanyakan pelanggan Cik Mid adalah dari pembaca blog Cik Mid dan seterusnya menjadi rakan fb. Kalau anda nak tahu cara menulis blog dengan betul, carilah mentor seperti Cikgu saya ni Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.😊 

#gslmatdik
#midzcouturejualsongketsarawak


Moga beri semangat untuk kalian yang mahu belajar berblog. 😍😍

 #teamabdr #kelasblogabdr #janapendapatandenganblog