Tuesday, September 22, 2015
Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
1. Kelas santai dengan diskusi bersama cikgu dan kawan sekelas
2. Bimbingan penulisan, insya-Allah
3. Daftar kelas, dapat juga e-book dan novel karya terpilih hasil tulisan alumni kelas
4. Alumni yang turut berada di dalam kelas terdiri daripada novelis, editor, jurugambar kreatif dan pakar dalam bidang masing-masing.
Hubungi kami untuk turut serta.
Sunday, September 20, 2015
Jaringan ABDR Sangat Besar
Kelas Asas penulisan Blog
Salam.
Hari ini hari pertama cuti sekolah bagi Pulau Pinang.
Semangat pun lain macam, walau sebenarnya saya belum bercuti lagi.
Hari ini saya masih ada tuisyen SPM, begitu juga dengan Isnin depan.
Jadi saya akan mula bercuti sebenar-benarnya pada hari Selasa depan.
Tidak mengapalah, itulah rencah hidup seorang guru seperti saya.
Sebelum diri sendiri, keperluan anak didik perlu diutamakan juga. :)
Sudah lama entri ini tertangguh. Asyik terlupa saja. Hehe. Mujurlah saya dapat seorang guru blogging yang sangat penyabar, Puan Anys Idayu Zakaria. Bayangkan orang lain awal lagi sudah menyiapkan tugasan diberikan, semangat saya yang tenggelam timbul kurang membantu saya, malah membantutkan pula. Haha! Terima kasih ye cikgu Anys.
Saya mula diperkenalkaan dengan kelas dibawah naungan Akademi Bekerja Dari Rumah ini oleh sahabat semasa bersekolah dahulu, iaitu Sharimah Yahya. Terima kasih juga angah ye!
Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :)
Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di facebook miliknya, yang seterusnya membawa saya ke blog beliau sharimahyahya.blogspot.my. Kemudian saya teringat kata-kata ustaz saya, untuk menimba ilmu, walau bagaimana kita rasa kita pandai, kita harus berguru! Bukan saya tidak tahu selama ini bahawa belajar mesti berguru, namun saya fikir apa sangatlah berblog sampai hendak berguru, bukan? Tetapi dengan kuasa Allah, saya seperti ditarik untuk bertanya lebih lanjut dengan Sharimah. Tidak cukup dengan mesej, saya baca blog beliau, kemudian saya email beliau. Sejak itulah, persepsi saya tentang berblog berubah sama-sekali!
Rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk pembaca di luar sana menjumpai blog saya! Tidak hairanlah, selama 5 tahun saya berblog (tanpa berguru), saya sendiri tidak pernah jumpa blog saya di carian Google atau mana-mana enjin carian lain! Tetapi kini hanya dalam masa hampir setahun, 'pageviews' blog saya sudah mencecah hampir 6000! Berbeza dengan blog yang telah saya bangunkan sejak 2010, dalam masa 5 tahun, baru mencecah 'pageviews' 2000 lebih kurang. Hmm, itulah kuasa blog jika kita tahu selok-beloknya, bukan?
Jadi, apa yang diajar dalam kelas Asas Penulisan Blog yang saya sertai ini? Jika anda hendak tahu, setiap apa yang ditulis dalam blog kami protege ini, akan dipantaau oleh seorang guru online. Seperti saya, cikgu Anys sangat proaktif. Beliau akan membaca kesemua blog dibawah kendalian beliau, kemudian memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar secara spesifik berkenaan apa-apa yang perlu diperbaiki. Sehinggakan cara dan gaya penulisan juga diberikan tunjuk ajar secara terperinci. Pada mula saya membayar RM300 untuk kelas ini, saya tiada idea apa yang saya akan dapat. Namun, apabila saya mendapat 'coaching' yang berterusan serta terperinci seperti ini, saya fikir sepatutnya nilai yang perlu dibayar adalah lebih lagi! Apalah sangat jumlah yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang tidak ternilai yang kita dapat, bukan?
Bukan itu sahaja, jaringan ABDR ini sangat besar. Beribu-ribu blog bergabung, menghasilkan satu sinergi yang sangat hebat! Patutlah blog saya dahulu berkembang seperti siput bergerak, kerana saya bergerak secara solo. :)
Jadi, tunggu apa lagi? Berminat? Hubungi saya sekarang di:
WhatsApp: 0124208212
Email: rozanahz@yahoo.com
Facebook: Rozanah Zakaria
Selamat datang ke dunia ABDR!
Thursday, August 6, 2015
Berbaloi Dengan Yuran Kelas ABDR
KELAS BLOG BISNES PENULISAN
Entri
Ulasan #1
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum...
Syukur
alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar
warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran
44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk
ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.
Teringat kisah
sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya
ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di
kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama
dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai
melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi. Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di
fahami.
Mula belajar dan
berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina
blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak
dengan gadget 'HTML/JavaScript'
mulalah mata berpinar, otak jadi blur
sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya
tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog.
Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada
siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.
Semangat
meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal
bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi
pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur
seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.
Semangat yang semakin
pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan
kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila
Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada
kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang
penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.
Perasaan cemburu
pada mereka yang mempunyai blog yang mewah dengan informasi menjadikan diri ini
bangkit dan mempunyai azam baru untuk terus
berusaha mempunyai satu blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama
dalam carian google.
Bertemu dengan Pn. Anys Idayu
Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan
facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar
ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu
yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa
secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada
di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai
suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam
menyempurnakan tugasan yang diberikan.
Digital E-book Kelas Asas Blog
merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan
dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak
dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online
seperti saya.
Jutaan terima
kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini
yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas
nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.
Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan
dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya
muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak'
saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu
dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.
Sungguh tak
terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga
besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan
wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya
untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk
membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil
upah buat 'FB Page dan Blog'.
Zaman dunia IT
semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google
untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat
bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru
untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.
Benarlah kata
orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk
dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak
langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai
ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu
membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik
dari mentor kita sendiri.
Senang sangat untuk
menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk
keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas
online dan offline. Semua ada SOP.
Bagi yang mahu
mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR.
Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus
berjualan, kerana semuanya atas talian.
Jika YA, maka
andalah orang yang kami cari...
Pendaftaran
pengurus online masih dibuka. Sudah tutup nanti jangan menangis yer.
(Nasriah Abdullah -
Pengurus Online ABDR)
Email
: pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/
WhatsApp: +6016-817
8716
Tuesday, June 30, 2015
Ulasan Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Instagram
Guru Online : Pn. Zaila Mohamad
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi ABDR
"Jika anda mahu ubah hidup anda serta tahap kewangan anda,kita perlu tingkatkan tahapILMU kita,tahap KUASA TINDAKAN kita dan tahap PERHUBUNGAN DENGAN ALLAHserta orang disekeliling kita terutama ibubapa" - Dr Azizan Osman.
ILMU..kerana dahagakan ilmu IT maka Kak Bed berada di sini - di kalangan rakan rakan hebat ABDR.Sebenarnya dah lama Kak Bed tahu kewujudan ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah) melalui post post di facebook oleh Puan Masayu Ahmad.
Puan Masayu Ahmad memang tersenarai dalam friendlist Kak Bed masa mula mula Kak Bed ada facebook.Beliau merupakan rakan kepada bekas rakan rakan satu sekolah dengan Kak Bed yang belajar di USM,Penang.
Pada permulaan,Kak Bed tak memahami sangat apa yang diutarakan oleh beliau tapi Kak Bed suka baca post post beliau.Sehinggalah beliau menjadi penulis dalam majalah Mingguan Wanita.Masa tu terlintas dalam fikiran Kak Bed,'bagus betul dia ni.Gigihnya dia".
Tapi cuma fikir saja tanpa sebarang tindakan susulan,sebab apa yang Kak Bed faham ketika itu adalah artikel artikel yang ditulis adalah untuk surirumah sahaja..huhuhuhu
Sampailah satu saat di mana Kak Bed ternampak iklan di post beliau berkenaan Kelas Instagram dan asas blog.

Kak Bed tertarik dengan instagram sebab nak tahu macamana nak berniaga melalui Insta masa tu.Lalu diperkenalkan kepada Cikgu Zaila Mohamad yang merangkap macam adik sudah lagaknya.hihihi..
23 Mei 2015,kelas ditetapkan.Bukan senang nak cuti sebab Kak Bed kerja retail.Tapi atas kebernasan memberi alasan akhirnya dapat bersua muka dengan cikgu Zaila ni.
Debaran sesangat sebab tak tahu perwatakan beliau macamana kan..Kak Bed ni dah la kurang ilmu IT.Macam mana la kalau tak dapat ikut kelas ni nanti.Risau yang amat sebenarnya.
Semua debaran,takut,runsing habis hilang bila dalam kelas.Cikgu Zaila bukanlah seperti guru displin macam di sekolah sekolah itu.hihihi..Beliau banyak membimbing Kak bed dalam kelas dari A-Z.Sangat penyabar orangnya walau Kak Bed banyak bertanya.
Banyak perkara yang Kak bed tak tahu sebenarnya pasal blog.Sebelum ni asyik google,belajar di youtube tapi susah benar nak faham.Bila bersemuka macam ni,barula Kak Bed 'ternganga' sekejap.Boleh dikatakan 100% persoalan pasal blog terutamanya terjawab.Manakala instagram pula tak susah rupanya.Hanya kena rajin upload gambar saja.
Cikgu Zaila juga guide Kak Bed apa sebenarnya perlu fokus penulisan dalam blog.Beliau nampak post post Kak Bed sebelum ini dan terus suggest fokus kepada kecantikan.Walhal masa tu Kak Bed memikirkan fokus yang lain.
Tapi memang benarlah cadangan Cikgu Zaila untuk memberikan fokus kepada kecantikan sebab Kak Bed rasa lebih santai mencoret dalam blog berbanding 'fokus' Kak bed yang satu itu.
Pendek kata memang tak rugi sertai keluarga besar ABDR ni.Ada group coaching lagi.Tak jemu jemu melayan Kak Bed siang dan malam,memang ada rasa pertalian yang istimewa di situ.
Nak sertai kelas samada offline dan online tak susah pun.Boleh hubungi Puan Zaila Mohamad di facebook.
Terima kasih Cikgu Zaila dan Puan Masayu Ahmad kerana sudi memberi peluang kepada Kak Bed untuk menyertai keluarga besar ABDR ini.
Friday, June 26, 2015
Peluang Upgrade Diri Bersama ABDR
Pelajar : Pn Nooraida Mohd Shukri
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : http://nooraidashukri.blogspot.com/2015/05/peluang-upgrade-diri-di-kelas-asas-blog.html
4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.
Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.
5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.
Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya. Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.
6. Blog lebih tersusun
Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.
7. Belajar Bina Kedai Online.
Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga.
Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.
Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan bertanyakan pelajaran yang tidak difahami. Buatlah rujukan dengan guru atau mereka yang lebih berjaya In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan olehNya.
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : http://nooraidashukri.blogspot.com/2015/05/peluang-upgrade-diri-di-kelas-asas-blog.html
Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.
Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:
1. Masa Adalah Fleksibel.
Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.
2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.
Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa.

3. Belajar membina perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage
Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.
Begitu juga dengan fanpage yang kita bina untuk mempromosi produk kita. Tiada batasan had bilangan untuk dilihat oleh pencari maklumat. Dengan pembinaan fanpage lebih mudah pembaca serta pengguna untuk mencari maklumat khusus yang dikehendaki oleh mereka. Di kelas ini, guru akan memberi tips bagaimana untuk membina fanpage yang berpengaruh. Saya juga diajar bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage.
4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.
Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.
5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.
Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya. Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.
6. Blog lebih tersusun
Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.
7. Belajar Bina Kedai Online.
Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga.
Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.
Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan bertanyakan pelajaran yang tidak difahami. Buatlah rujukan dengan guru atau mereka yang lebih berjaya In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan olehNya.
Thursday, June 25, 2015
Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage & Beriklan di Instagram - Faten Fattah
Nama pelajar : Faten Fattah
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : http://fatenfattah.blogspot.com/2015/06/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : http://fatenfattah.blogspot.com/2015/06/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua.
Alhamdulillah sudah 6 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diterima Yang Maha Esa. InsyaAllah.
Sebenarnya, sudah beberapa hari saya berusaha menyiapkan entri kali ini. Rasanya payah benar untuk saya membuat ulasan bagi Kelas Asas Blog & Fanpage yang telah saya ikuti ini. Macam-macam yang saya fikirkan. Bagaimana nak tulis? Ayat apa yang sesuai?
Rasanya saya patut mulakan begini:
Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.
Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.
Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.
Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu atau tidak.
Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.
Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.
Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.
Apa tunggu lagi? Jom sertai saya dan rakan-rakan dalam Kelas Asas Blog & Fanpage. Insya Allah, semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita usahakan. Dunia dan akhirat. Aamiinn.
Subscribe to:
Posts (Atom)