Thursday, May 21, 2015

ABDR Membantu Bina Blog Lebih Sistematik


Pelajar : Hamidah Burham
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Kelas Blog Penulisan ABDR


Teks: Hamidah BInti Burham

Assalamualaikum adik manis,

 Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya. Saya amat menghargai setiap komen dan atau cadangan daripada anda untuk saya memperbaiki lagi blog saya ini.

Disini saya ingin berkongsi cerita bagaimana bermulanya saya membina blog ini. Saya membina blog ini pada 26 Febuari 2015.Ketika itu saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang dikelolai oleh Pn Masayu Ahmad.

Pada mulanya saya seperti tidak yakin yang blog merupakan media yang bagus untuk memasarkan produk, kerana selama ini saya hanya terlibat dengan pemasaran produk di facebook dan fanpage. Blog telah lama saya tinggalkan sejak lama dahulu setelah saya lihat tiada apa-apa perubahan yang dapat membantu saya dalam memasarkan produk hasil jahitan saya ketika itu.

Alhamdulillah Allah telah membuka hati saya setelah melihat iklan Norhafizah Hadi di laman facebook berkenaan ABDR. Pada mulanya saya teragak-agak untuk melaburkan duit saya untuk menyertai ABDR. Lama juga saya ambil masa untuk membuat keputusan. Namun jalannya begitu mudah untuk saya meneruskan niat untuk meneyertai ini. Alhamdulillah saya telah membuat keputusan yang tepat!

Menyertai ABDR membuat saya tidak merasa keseorangan kerana ramai sahabat-sahabat ABDR yang sama-sama menyokong dan saling membantu dalam meningkatkan blog masing-masing. Tidak lupa juga kepada Cikgu Anys Idayu yang sangat sabar dalam membimbing saya dalam membina blog saya dari zero hingga ke hari ini telah dikunjungi lebih 3800 pengunjung. Syukur alhamdulillh. Saya tidak pernah terfikir akan ada blog sebegini hihi. Apapun masih banyak yang perlu saay lakukan untuk menaikkan lagi kualiti blog saya.

ABDR banyak membantu saya dalam membina blog secara formal dan sistematik. Bukan seperti blog saya sebelum ni yang caca marba.huhu. Sistem pembejaran yang fleksibel dan langkah demi lamngkah memberi saya keselesaan dan tanpa tekanan. Kita enjoy.....haha. Apapun sebagai murid kita perlulah mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan yang cikgu berikan dengan secepat mungkin supaya hasilnya juga cepat..

Selepas sebulan saya menyertai ABDR dan membuat tugasan yang diberi, saya dapati ramai pemanggil dari carian google yang menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat atau membeli produk saya. Hampir setiap hari saya menerima panggilan samada untuk memborong kain batik songket, menyertai kelas jahitan manik, membuat tempahan gubahan hantaran dan segala perkhdmatan yang saya tawarkan di blog saya ini. Syukur alhamdulillah.

Jika anda berminat untuk mengikut jejak langkah saya, hubungi saya Hamidah Burham 0163385790 untuk keterangan lanjut.

Ok sekian dulu celoteh saya pagi ini, moga kita memperolehi manfaat bersama.

Wassalam 



No comments:

Post a Comment