Protege : Siti Zawiyah
Sumber : http://sitizawiyahrahmat.blogspot.com/2014/08/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage-abdr.html
Ulasan kelas asas blog dan fanpage ABDR
Teks: Siti Zawiyah Rahmat
Sumber: Google |
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru online saya, Puan Anys Idayu Zakaria. Ini adalah tugasan terakhir iaitu membuat ulasan mengenai kelas asas blog dan fanpage Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).
Pada awalnya, saya tidak pernah merancang untuk mempunyai blog. Saya selesa menjadi pembaca blog untuk mencari maklumat dan juga idea resepi masakan. Memandangkan saya seorang yang tidak pandai mengarang dan menulis, niat berblog tidak pernah ada dalam kotak fikiran saya. Apatah lagi tulisan saya akan dibaca oleh sesiapa sahaja, perasaan tidak yakin dan segan bercambah dalam fikiran.
Namun, setiap yang berlaku adalah perancangan yang rapi daripada Dia. Saya mula berjinak-jinak dengan blog apabila saya mula menjadi ahli kepada syarikat nutrisi yang terkenal iaitu Shaklee. Dari situ, saya mula berblog lantaran sokongan daripada upline saya.
Kata upline saya, Puan Nurul Huda Mohd Najmi, jika ingin menambah pendapatan, saya mesti mempunyai blog sebagai medium yang efektif. Ini kerana sasaran pelanggan lebih besar jika mempunyai blog. Sudah menjadi trend sekarang, ramai orang suka melayari internet. Mereka akan mencari apa-apa maklumat yang dikehendaki di internet kerana cara itu lebih mudah, cepat dan selesa.
Saya menyertai kelas asas blog dan fanpage untuk mempelajari cara memulakan blog. Dalam ABDR masa untuk kelas tutorial adalah sangat fleksibel. Saya boleh belajar dan ulangkaji pelajaran pada bila-bila masa mengikut kehendak saya. Nota yang diberikan adalah jelas dan mudah untuk difahami.
Tugasan 44 entry penulisan di mana saya dikehendaki menulis sebanyak 44 entry, iaitu sehari sebanyak satu entry atau lebih. Tujuannya supaya pelajar dapat menulis secara konsisten, iaitu ciri-ciri yang mesti ada pada penulis blog untuk menarik minat pembaca dan menaikkan jumlah lawatan ke blog. Tugasan ini amat berkesan kerana ia membantu membina keyakinan diri dan mengasah bakat menulis. Saya juga diajar cara menulis dengan betul dan santai agar penulisan mesra pembaca bagi mengelakkan penulisan yang syok sendiri yang tiada isi dan manfaat.
Saya bersyukur kerana diberi kesempatan mempelajari ilmu ini daripada guru saya. Di kesempatan ini saya berharap lebih ramai peserta yang akan menyertai ABDR kerana ianya bagus sebagai ilmu asas berblog.
Sharing is caring,
Siti Zawiyah
0123639665
No comments:
Post a Comment