Sumber : http://awatifali.blogspot.com/
Teks : `Awatif Mohd Ali
Bismillah..
Bismillah..
Ada yang bertanya, bagaimana saya memulakan langkah berblog, tak kurang yang bertanya dari mana saya belajar?
Mari saya buka rahsianya.. :)
Saya
mula berjinak-jinak berblog pada tahun 2008, tetapi blog saya hanya
suka-suka. Belajar sendiri godak-godak nak memulakan blog. Pengisiannya?
Masih perkongsian catatan pengalaman dan sedikit pengetahuan.
Untuk
bisnes online, juga saya mulakan langkah dengan sendiri. saya wujudkan
fanpage, tetapi suam-suam kuku. Saya mencari-cari kaedah untuk
mempromosi blog dan fanpage saya..
Sehinggalah
saya terbaca status facebook sifu online saya, Puan Normi Yusof yang
mewawarkan tentang kelas asas blog dan fanpage. Wah, menarik.
Uniknya
kelas ini secara online sahaja dan boleh mula bila-bila masa yang kita
sudah sedia. Masanya juga fleksibel dan segala tunjuk ajar, tips dan
pertanyaan berlagsung secara maya. Ianya kelas untuk mereka yang memang
benar-benar tidak tahu untuk bermula, atau pun sudah bermula tetapi mahu
berjaya lagi.
Sekiranya kita konsisten dan fokus
menghabiskan tugasan, maka cepatlah kita bergraduasi.. :) Dan cepat
jugaklah kita mengorak langkah seterusnya untuk lebih berjaya.
Bagi
saya, saya terlambat bergraduasi. Hehe.. Tidak perlu saya ulas dan
memberi alasan komitmen berkeluarga atau sebagainya.. Sebenarnya semua
terletak pada jati diri dan kesungguhan masing-masing bukan?
Alhamdulillah, kini saya menarik nafas lega, langkah demi langkah saya atur untuk terus berjaya.
Oh
ya, selain itu banyak faedah lain yang saya perolehi dari kelas ini.
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan
surirumah dan suri bekerjaya. Kami boleh berkenalan dan bertukar
pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja
di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan
sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu
menarik traffik ke blog.
No comments:
Post a Comment