Guru online : Anys Idayu Zakaria
Cik azue kenal ABDR ini melalui blog penulisan puan MASAYU AHMAD, iaitu blog PANDUAN BEKERJA di RUMAH (WAHM,SAHM,SOHO)
Masa ini cik azue sedang berkira-kira untuk meletakkan jawatan, iaitu 6 bulan terdahulu dari hari perletakkan notis tempoh hari.
Secara kebetulan, cik azue merayau-rayau di laman sesawang mencari-cari teman seperjuangan apabila cik azue bergelar WAHM. Pada mulanya, nama MASAYU ini agak familiar di ingatan cik azue, namun cik azue tidak pernah menyangka yang beliau adalah orang yang sama yang menulis dalam majalah mingguan wanita yang suatu ketika dahulu pernah cik azue baca sambil lalu sahaja.
Bermula dari situ, bila cik azue mentelaah blog beliau dari awal penulisan bermula MAY, 2008, cik azue dapat input sedikit demi sedikit tentang aktiviti pekerjaan yang boleh dilakukan secara sambilan dirumah samada sebelum atau selepas melepaskan jawatan.
Walaupun pada hakikatnya, cik azue telah bermula berniaga atas talian secara sambilan dengan serius pada tahun 2010, cik azue masih lagi mencari dan membaca supaya cik azue tidak akan pernah menyesal akan keputusan yang cik azue telah pilih disamping mencari sebanyak mungkin ilmu supaya apa yang cik azue cuba lakukan berjaya sampai ke matlamat yang telah cik azue tetapkan.Di sini kita harus menyemai semangat, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam". Cik azue yakin anda semua sedia maklumkan atas maksud simpulan bahasa itu.
Kalau mengikut teori yang telah disenaraikan oleh Puan Masayu, sedikit sebanyak cik azue telah pun bermula dan berada di atas landasan itu. Cuma sekarang ini, cik azue memberanikan diri untuk melibatkan diri secara serius dengan kumpulan ini bagi mendapatkan khidmat sokongan apabila telah benar-benar melepaskan jawatan, terutama diketika apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian. Siapa tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti.
Baik, apa yang cik azue dapat setelah cik azue mengenali kumpulan sokongan ini? Untuk pengetahuan para pembaca budiman, di dalam kumpulan ini terdapat pelbagai lapisan profesion yang telah pun mengundurkan diri dan telah juga berjaya dengan bekerja secara atas talian.
Untuk auro positif sahaja, kita akan melupakan segelintir yang belum lagi berjaya kerana boleh dikatakan kumpulan ini sebenarnya akan membimbing kita bersama-sama mengorak langkah menjadi surirumah berpendapatan.
Kenapa cik azue katakan sedemikian? Ini adalah kerana, di dalam kumpulan ini, para suri diberi latihan berdasarkan minat yang sedia ada dalam diri masing-masing. Di permulaan, para suri akan diajar untuk mengenalpasti tentang kemahiran atau minat diri kita sendiri. Selepas kita sudah kenal, maka kita bolehlah mula bergerak untuk mengumpul bahan-bahan yang kita suka dan minat menjadi satu olahan penulisan yang mana mungkin boleh menarik dan menjana kewangan. Di sini, para suri yang tidak biasa dengan medium teknologi internet akan mula berkenalan dengan gadjet serta blog dan fanpage. Mungkin pada mulanya para suri merasa agak janggal, namun dengan latihan 44 entri penulisan, cik azue yakin, para suri boleh mengatasi keadaan itu. Kenapa 44, mengikut yang cik azue ketahui daripada pesanan mak dan ayah, kalau hendak menjadikan suatu itu satu kelaziman, kita mesti memaksa diri berbuat sesuatu itu selama 40 hari atau 44 hari berturut-turut. Dan hal yang sama juga disyaratkan bagi para suri setelah memiliki sebuah blog atau fanpage atau kedua-duanya sekali.
Nah, bermula dari sini, para suri kemudiannya akan dibimbing untuk menjana kewangan tersendiri.
Pokok pangkal nya, usaha. Kalau sudi nak lihat contoh, mari kita berkenalan dengan pelatih di ABDR ini
Nama: Farhana Abdullah
Blog: LAMAN SENI JAHITANKU
Beliau telah pun dapat menjana kewangan dengan penjualan Nota Panduan Menjahit
Siapa sangka ya nota sebegini ada nilai nya jika beliau tidak bersama-sama dengan ADBR mengasah bakat menulis beliau. tahniah diucapkan.
Jadi kepada yang bertanya jika anda ingin merasai apa yang kami lalui, jom bersama-sama kami dalam kumpulan ini. Mana tahu anda boleh lebih maju kehadapan.
Jika anda berminat ingin sertai kami, mari bersama kami, PM atau email atau watsap cik azue ya untuk keterangan lanjut.
lain masa cik azue menulis lagi tentang apa yang ada dalam kumpulan sokongan ini. Semoga anda bersabar menanti ulasan cik azue yang seterusnya ya.
wasalam
No comments:
Post a Comment