Sumber: http://fadhlinayaacob.blogspot.com/2013/09/bermulanya-proses-pembelajaran.html
Nama Pelajar: Fadhlina Yaacob
Guru Online: Aishah Hussein
Assalamualaikum wbt,
Semuanya
bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk
mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang
surirumah.
Alhamdulillah,
seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak
Masayu tentang iklan kelas untuk SOHO ni kepada saya Ogos lepas. Sudah
lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya
rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni
saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai
dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe
Bermula
dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya
kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk
belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain.
Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email
dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha..
Punyala semangat nak belajar :D
Pendek
cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran
yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari
penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas
Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di
Facebook untuk kedai online saya :)
Yuran
kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang
saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel
bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai
gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak
:D
Kak
Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai
soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan
pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk
mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni.
Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai
serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan
seorang kakak melayan kerenah si adik :D Terima kasih Kak Aishah.
Tidak
dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama
membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang
pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)
Saya
sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi
pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara
formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak
Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.
Oklah,
sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran
melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha
yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami
sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita
seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi
dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman
teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)
Sekian
dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat
untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya
kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.
Wassalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment