Thursday, April 21, 2016
ABDR Platform Untuk Mula Bekerja Dan Berniaga
PILIHAN AKEDEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)
Pelajar : Norhayati Mohd Nooh
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Semoga anda yang membaca blog saya sentiasa dibawah lindungan Allah
s.w.t. Rasanya mesti anda pernah terbaca megenai Akademi Bekerja Di Rumah
(ABDR) di carian google. Secara jujurnya
pada peringkat permulaannya saya pernah meneliti dan tercari-cari
keistimewaan yang ditonjolkan oleh ABDR bagi menyakinkan saya untuk mendaftar.
Penulisan kali ini dengan rasa rendah diri dan niat yang ikhlas untuk membantu
anda, saya kongsikan pengalaman saya mengapa saya memilih ABDR sebagai pilihan
terbaik.
Bila bercakap mengenai ABDR, mesti orang
akan beranggapan hanya suri rumah yang mempunyai anak-anak sahaja yang
layak dan boleh meyertai sahaja.Sebenarnya
ANDA SILAP, sebagai individu yang masih bekerja saya membuat pilihan
untuk
menyertainya kerana ia adalah persedian awal saya untuk melangkah jauh
dan
memasang impan untuk menjana pendapatan hanya di rumah.
Sebenarnya saya merasa berbangga dengan kejayaan Wanita yang bekerja di
rumah. Dapat membahagikan masa dan displin dalam menjalankan kedua-dua tugas
iaitu mengasuh anak-anak disamping menjana pendapatan ekonomi keluarga. Tidak
dinafikan bekerja di rumah adalah suatu pekerjaan yang berganda dan suri rumah
mampu menghadapi sebarang tekanan dan cabaran. Belum dikurniakan zuriat bukan alasan
untuk saya leka dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran bergelar seorang
ibu. InsyaAllah, saya yakin bahawa perancangan Allah adalah tepat dan saya
redha Allah sedang menguji hambanya untuk sentiasa berserah kepadaNya. Maka
saya akan buktikan dengan BEKERJA & BERNIAGA..peranan kedua-duanya seakan
sama untuk mengurusnya.
Keistimewaan yang saya dapat pada permulaannya adalah kita belajar dari
segi teknik penghasilan blog yang menarik. Kita akan diajar satu persatu
sekiranya kita tidak mahir dalam penggunaan IT. Cara ini adalah permulaan untuk
kita berkomunikasi dengan mentor secara maya bagi memudahkan pembelajaran. Alhamdulillah
saya mudah untuk menerima walaupun pada suatu ketika terdapat sedikit kesukaran
untuk memahaminya. Dengan tunjuk ajar mentor dan membaca blog rakan-rakan di
ABDR saya terasa teruja untuk berkongsi pengalaman. Bagi yang ingin menjalankan,
ini adalah platform terbaik untuk memasarkan produk dan perkhidmatan.
InsyaAllah jika ada kerajinan semuanya menjadi mudah bagi anda untuk
melakukannya.
Harapan saya semoga rangkaian ABDR sentiasa berkembang maju dan dapat
membantu lebih ramai WANITA untuk lebih kehadapan disamping dapat memberi ruang
mencipta pendapatan pasif dan aktif.
Akhir kata sebagai penutup penulisan ini anggaplah
“ Kita ibarat seperti KOMPUTER. Kitalah
yang menentukan program apa yang kita mahu masuk bagi membolehkan KOMPUTER itu
melaksanakan fungsinya dengan baik.”
Semoga anda berpeluang untuk mencuba dan melangkah menjana pendapatan
melalui bisnes online. Kami buka pendaftaran setiap hari. Secara Rasminya saya
sedia membantu anda
Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya:
Email: yatie6264@yahoo.com.my
Sms@ wsapp : 012-7482126
Wednesday, March 9, 2016
Pelajar ABDR Di Majalah Wanita
Saya di Majalah Mingguan Wanita, Terima Kasih ABDR atas Peluang Yang Diberikan
Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber : http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2016/03/saya-di-majalah-mingguan-wanita-terima.html
Bersatu di dalam komuniti akademi bekerja di rumah ni, lain sebenarnya
rakan-rakan. Kita bukan sahaja suka untuk mengambil kelas asas blog demi
memaksimakan perniagaan online. Tetapi di dalam komuniti akademi
bekerja di rumah ini, terlalu ramai golongan editor, jurnalis dan
penulis majalah yang saya rasakan satu peluang yang amat bernilai buat
kita semua.
Peluang ini harus kita gunakan sebaiknya. Pada masa sama, peluang ini dapat menaikkan ranking kita untuk lebih diketahui umum. Ia juga dapat melonjakkan kepercayaan orang ramai terhadap diri kita.
Untuk peluang di Majalah mingguan wanita ini sebenarnya, bukanlah mengenai diri saya. Tetapi peluang untuk memberi komen mengenai konsep berhutang sebelum kahwin. Benar ya, ramai sangat di antara kita yang sanggup berhutang berpuluh ribu hanya untuk sehari menjadi pengantin. Namun sejauh mana pembaziran sebenarnya, kita sendiri yang harus alami.
Selepas berkahwin, berapa ramai yang terpaksa ikat perut dan akhirnya mengundang masalah antara suami isteri kerana nilai duit itu sendiri. Sesungguhnya hutang menyempitkan rezeki kita, jadi jika kita perlu juga untuk berhutang, pilihlah pinjaman yang tidak menyiksakan kita, tiada riba atau bunga yang keterlaluan. Cuba pinjam pada bank yang patuh syariah, Keduanya, merancanglah dengan baik kedua belah pihak agar tiada pembaziran berlaku dan akhirnya mengundang derita.
Walaupun rasa segan masuk kolum kecil di Majalah Mingguan Wanita ini, tapi saya amat bersyukur kerana berpeluang menyampaikan sesuatu buat pembaca semua.
Tidak rugi menyertai kelas di akademi bekerja di rumah, terlalu banyak ilmu dan peluang untuk upgrade diri diberikan oleh guru-guru dan pengasas ABDR. Semoga entri kali ini dapat memberi semangat juang buat semua wanita diluar sana.
Kelas asas blog bermula pada yuran RM150 sehingga RM300. Anda boleh buat pilihan mengikut bajet kalian, yang paling penting kita harus bermula kerana tanpanya kita tidak akan maju kehadapan.
Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Peluang ini harus kita gunakan sebaiknya. Pada masa sama, peluang ini dapat menaikkan ranking kita untuk lebih diketahui umum. Ia juga dapat melonjakkan kepercayaan orang ramai terhadap diri kita.
Untuk peluang di Majalah mingguan wanita ini sebenarnya, bukanlah mengenai diri saya. Tetapi peluang untuk memberi komen mengenai konsep berhutang sebelum kahwin. Benar ya, ramai sangat di antara kita yang sanggup berhutang berpuluh ribu hanya untuk sehari menjadi pengantin. Namun sejauh mana pembaziran sebenarnya, kita sendiri yang harus alami.
Selepas berkahwin, berapa ramai yang terpaksa ikat perut dan akhirnya mengundang masalah antara suami isteri kerana nilai duit itu sendiri. Sesungguhnya hutang menyempitkan rezeki kita, jadi jika kita perlu juga untuk berhutang, pilihlah pinjaman yang tidak menyiksakan kita, tiada riba atau bunga yang keterlaluan. Cuba pinjam pada bank yang patuh syariah, Keduanya, merancanglah dengan baik kedua belah pihak agar tiada pembaziran berlaku dan akhirnya mengundang derita.
Walaupun rasa segan masuk kolum kecil di Majalah Mingguan Wanita ini, tapi saya amat bersyukur kerana berpeluang menyampaikan sesuatu buat pembaca semua.
Tidak rugi menyertai kelas di akademi bekerja di rumah, terlalu banyak ilmu dan peluang untuk upgrade diri diberikan oleh guru-guru dan pengasas ABDR. Semoga entri kali ini dapat memberi semangat juang buat semua wanita diluar sana.
Kelas asas blog bermula pada yuran RM150 sehingga RM300. Anda boleh buat pilihan mengikut bajet kalian, yang paling penting kita harus bermula kerana tanpanya kita tidak akan maju kehadapan.
Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Monday, March 7, 2016
Penulisan Konsisten
http://azrinbadrinasabubakar.blogspot.my/2015/04/ulasan-tentang-kelas-asas-blog.html
Ulasan tentang Kelas Asas Blog
Teks: azrinbadrinas
Guru bimbingan: Aishah Hussein
Guru bimbingan: Aishah Hussein
Assalammualaikum pengunjung blog RIS
Hampir 4 bulan tiada internet di rumah disebabkan tertinggal mobile wifi di sebuah hotel di Ipoh hujung tahun 2014, nak tak nak terpaksa juga mencari talian internet lain. Anak-anak pun dah mula dengan folio, perlu mencari maklumat untuk assignment mereka. Pada hari ini internet bukan lagi satu kehendak tapi dah menjadi keperluan setiap rumah.
Alhamdulillah sampai juga saya ke entri yang ke-44. Saya bermula pada Julai 2014, sekarang dah hampir setahun usia Blog Rahsia Idaman Suri ini. Walaupun ini bukanlah blog saya yang pertama, tetapi ini adalah blog saya yang konsisten sehingga boleh mencapai penulisan saya yang ke 44. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan Kak Aishah sebagai guru saya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah ini.
Tunjuk ajar dan teguran dari guru saya kak Aishah mematangkan lagi blog RIS saya ini.Menulis blog berguru memang ada bezanya. Menulis dengan lebih yakin dan mudah dengan berpandukan bimbingan yang telah disediakan untuk kelas penulisan asas blog ini. Mungkin lepas ini saya akan mula dengan kelas blog bisnes pula.
Lagi sekali terima kasih kepada kak Aishah dan guru-guru ABDR yang lain di atas sumbangan dalam menjayakan blog RIS saya ini. Jasa kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat.
Lagi sekali terima kasih kepada kak Aishah dan guru-guru ABDR yang lain di atas sumbangan dalam menjayakan blog RIS saya ini. Jasa kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat.
Wednesday, February 24, 2016
Wednesday, February 17, 2016
Berniaga Tanpa Modal
Teks & Foto: Munirah Yusoff
1. Berniaga Tanpa Modal.
Tahun 2014 pernah cuba berniaga tudung produk sendiri. Guna duit dividen ASB. Konon kalau bisnes tak jadi tak adalah rasa ralat sangat. Akhir cerita memang ke laut sebab main terjah. Bak kata orang, pengalaman ciput tapi ada hati nak ada produk sendiri *hah.. padan muka :D *
Lepas tu tak buat dah. Nak berniaga pun, jual novel preloved dengan tudung Aidijuma. Novel preloved adalah contoh berniaga tanpa modal. Guna apa yang ada dalam tangan. Tudung Aidijuma (AJ) contoh berniaga produk yang sedia ada di pasaran. Saya pun mula jual tanpa modal sebab jual tudung AJ sendiri. Lepas dapat rentak dan join grup-grup AJ, baru beli stok sikit-sikit. Beli stok-Jual-pusing modal.
2. Aktiviti Pemasaran
Awalnya saya mula di IG dan join grup FB. Tapi memang diakui aktiviti pemasaran yang saya lakukan turun-naik. Sebab saya utamakan pengajian Master. Kalau tengah sibuk dengan assignment, exam dan thesis, sebarang aktiviti bisnes saya letak jauh-jauh.
*Nampak sangat tak kuat nak buat 2 kerja dalam 1 masa.. ^_^ *�� Sekarang, dah habis Master *Alhamdulillah*. Jadi ini peluang nak 'kuda-ku-lari-gagah-berani'.
✌
✌
Sejak join ABDR tahun lepas, baru nampak hala tuju untuk mula dari bawah dan jalan lurus nak capai matlamat. Dengan ABDR, baru tahu kuasa pemasaran melalui blog.
Blog yang kemas, tersusun, sedap mata memandang, berinformasi - baru pengunjung datang baca berderu-deru. *terasa malu dulu ada blog yang tak matang *
����*
Setiap platform (IG-FB-BLOGSPOT) ada pasaran dan teknik tersendiri. Cuba guna macam-macam cara sampai dapat rentak yang baik. Alhamdulillah saya ada kawan-kawan yang bantu saya belajar cara pemasaran. Famili memang sedia membantu.
ABDR Kumpulan Sokongan Bekerja Dari Rumah
http://roziewahid.blogspot.my/2016/02/ada-apa-dengan-abdr.html
Teks : Rozie Wahid
Bersesuaian dengan namanya ABDR iaitu Akedemi Bekerja Dari Rumah, ia tidak terhad kepada golongan wanita sahaja malah peluang dan ruang diberi kepada sesiapa yang berminat untuk belajar memulakan kerjaya dari rumah secara berperingkat. Pada masa yang sama kita boleh menikmati kualiti kehidupan bersama keluarga tersayang.
Teks : Rozie Wahid
Ada apa dengan ABDR? Itulah persoalan yang pertama memenuhi benak rasa apabila puan Masayu bercerita tentang ABDR di fb beliau. Terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut sama ada kelas ini berbaloi dan boleh memberi manfaat pada saya atau tidak, lalu saya google. Saya dapati ABDR ini adalah kumpulan sokongan kepada sesiapa yang berhajat untuk beralih arah dari bekerja di pejabat kepada menjadi bos dari rumah sendiri.
Oct 2014 adalah bulan kedua saya mulai berehat sepenuhnya di rumah atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk saya terus bekerja di pejabat. Namun, orang biasa bekerja akan terasa badan semakin lemau apabila hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Pada masa yang sama saya mempunyai kelemahan iaitu saya seorang yang pemalu di alam maya, malu untuk menyuarakan sesuatu pendapat, komen atau berkongsi cerita. Sejujurnya ABDR adalah batu asas bagi saya untuk keluar dari sifat malu apabila orang lain membaca penulisan saya. Selepas tugasan ke 43 saya sedar yang saya telah dapat atasi kelemahan itu.
Saya akui sebagai manusia yang sentiasa sibuk dengan kehidupan harian dan tidak lupa juga dengan segala ujian serta dugaan menyebabkan penulisan sering tertangguh, namun saya bersyukur adanya ABDR. Para tenaga pengajar yang tidak jemu dari subuh hingga ke malam mengeluarkan posting di fb menyalur arua positif kepada semua pelajar agar tidak putus asa dan berhenti separuh jalan.
Ini adalah tugasan terakhir saya. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Sudah pasti saya tidak akan berhenti menulis, jemput jenguk selalu ke blog saya kerana di situ anda akan disajikan pelbagai rencah dan rasa dalam kehidupan manusia.
p/s : Terima kasih yang tidak terhingga kepada para tenaga pengajar ABDR yang awesome, terutama puan Masayu. Tanpa kamu semua mana mungkin ulat ini bertukar menjadi rama-rama…cheewah!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)



