Thursday, February 26, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage ~ Pn Sadiah Abdul Karim

Nama pelajar : Pn Sadiah Abdul Karim

Guru online : Zaila Mohamad

Sumber : http://sadiahabdulkarim.blogspot.com/2014/12/perkongsian-kelas-asas-blog-cikgu-zaila.html#more

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

CEPATNYA MASA BERLALU 
Sedar tak sedar sudah lebih setahun saya mendaftarkan diri dalam kelas ini. Saya mulai mendaftar dengan kelas Puan Zaila pada November 2013. Saya masih ingat lagi yang pada waktu itu, saya berazam untuk maju setapak lagi dalam perniagaan saya pada tahun hadapannya (2014). Maka, antara pendekatan yang saya ambil ialah untuk aktif mempromosikannya menerusi blog. Saya pada waktu itu telahpun berniaga busana Muslimah secara dropship. Dengan modal yang terhad pada waktu itu, saya memikirkan pelan untuk merancakkan lagi perniagaan saya. Hari demi hari, bermula dengan langkah kecil, akhirnya saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama SAEEDA COLLECTIONS pada November 2014. Masih mengusahakannya secara atas talian 100%, namun kini dari selain dropship, saya juga mulai mampu membeli secara pukal berdasarkan permintaan dan menambah rakan niaga dan pembekal. Alhamdulillah. 

Salam perkenalan saya dengan Puan Zaila disambut mesra. Bermula dengan mengkhatamkan ebook dan seterusnya beberapa langkah penambahbaikan blog, maka lahirlah blog kesayangan saya ini. Semua bimbingan yang diberikan oleh Puan Zaila hanya melalui facebook dan wasap sahaja. Sungguh mudah. Pada asalnya, saya berhasrat menulis tema ekonomi Islam, namun disebabkan saya belum mampu memperisakan tema ekonomi Islam dalam versi santai yang mampu menarik pembaca, makanya saya telah mempelbagaikan tema blog saya termasuk diari diri, busana muslimah dan el hakeem bros. 

Puan Zaila sering mengingatkan saya supaya rajin mengemaskini blog. Ini sememangnya sangat perlu bagi individu yang culas seperti saya. Tanpa bimbingan mentor dan perkongsian rakan-rakan seperjuangan, mengekalkan momentum adalah sesuatu yang sangat mencabar. Inilah kelebihan yang sangat besar dalam akademi bekerja dari rumah ini. 

INSENTIF 
Dalam perniagaan, keuntungan material adalah insentif signifikan yang sangat-sangat mempengaruhi percaturan seseorang peniaga. Dalam masa yang sama, insentif lain seperti bertambahnya networking, kepuasan pengguna, peningkatan ilmu dan pengalaman dan lain-lain juga mampu mendorong usaha yang lebih keras dalam perniagaan. Alhamdulillah, berkat izin Allah, bimbingan guru online saya, Puan Zaila dan usaha keras (yang belum cukup keras sebenarnya), saya sudahpun berjaya balik modal RM180 yuran pendaftaran kelas online dalam bulan pertama (Nov 2013) juga. Berbaloi bukan? 

Dan dalam bulan-bulan yang seterusnya, adat berniaga ada masa untung bersih saya meningkat dan ada masa statik. Dalam banyak keadaan, keuntungan dalam perniagaan atas talian sangat bergantung kepada promosi dan promosi yang berkesan adalah promosi yang telus. Bagi saya, promosi seperti ini sangat praktikal dilakukan menerusi blog. Dan, itulah yang diajar dalam kelas ini - menulis dengan ikhlas tentang kita dan apa yang kita jual. Teorinya, semakin kerap kita mengemaskini blog, semakin dekat diri kita dengan pelanggan dan semakin senang sekali pelanggan berurusniaga dengan kita. 

KENAPA TIDAK? 
Tahun baru 2105 bakal menjelma. Mungkin ada di kalangan kita yang telah pun mulai berniaga atas talian ataupun offline. Saya percaya setiap dari peniaga mahukan kelangsungan yang lebih baik dalam perniagaan mereka. 

Dari belum mempunyai apa-apa untuk dijual, kepada memperoleh variasi pilihan produk untuk diniagakan.
Dari tiada networking, mahukan networking yang luas.
Dari terkapai-kapai tanpa mentor, berhasrat mencari bimbingan mentor.
Dari promosi yang terhad, kepada promosi yang lebih luas capaiannya menerusi ABDR (akademi bekerja dari rumah) 
Dari keuntungan yang sedikit, kepada keuntungan yang lebih besar sesuai usaha dan kerja keras serta tawakkal kepada Allah. 

Percayalah, dengan tindakan yang tepat dan bijak, setiap dari kita mampu untuk pergi lebih jauh dalam apa-apa yang kita usahakan. Saya sangat mencadangkan CikPuan yang berazam memajukan diri dan perniagaan, daftarlah segera dalam akademi ini. Apatah lagi, semuanya boleh dimulakan di atas talian. Tiada lagi alasan, yang ada hanya kemahuan dan usaha. 

Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah! 

Salam kejayaan :) 



Wednesday, February 25, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes) ~ Pn Wani

Nama pelajar : Nor Shazwani Aziz

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html

Saya mulakan dengan Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog saya sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk suka-suka dan hanya di buat sebagai diari kehidupan saya ketika saya remaja dahulu untuk mengisi masa terluang. Saya tertarik dengan blog yang banyak gadget dan blink-blink. Tapi itu dahulu, ketika saya remaja. Selain itu, saya tidak la begitu baik dari segi penulisan. Nama yang saya gunakan juga tidak melambangkan diri saya yang sebenar. Semuanya adalah samaran. 

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain kecuali bersama keluarga dan rakan yang paling baik, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2014 kerana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang permulaan saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa, saya selalu terfikir bagaimana saya hendak membantu suami saya dari segi kewangan dan juga untuk duit poket sendiri. Dengan modal yang saya keluarkan hasil dari pekerjaan saya yang tedahulu saya berniaga secara kecil-kecilan. Tapi semua itu saya merasakan seperti bersifat sementara, kerana saya perlu mempunyai modal dan produk yang banyak untuk di jual kepada pelanggan.

Pada Januari 2015, ketika itu saya sedang membaca satu penulisan di facebook, saya tertarik dengan kelas asas dan fanpage. Saya terus mencari facebook puan zaila Mohamad, dan dari situlah bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Puan Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen dan jelas. 

Lebih-lebih lagi saya sangat berminat dengan perniagaan. Tapi saya mempunyai sifat pendiam dan pemalu untuk memperkenalkan barangan dan produk yang saya ada. Sebelum ini, hanya jual kepada rakan-rakan sekerja & saudara mara. Tapi semua itu, belum mendapat kepuasan yang sebenar sebagai seorang yang ingin memulakan perniagaan, kerana berniaga dengan saudara mara dan rakan-rakan perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana kita kena letak harga yang masyarakat melayu selalu gunakan iaitu 'harga anak beranak'. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada Puan Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. E-mail, fanpage dan nama blog yang saya gunakan tidak menunjukkan diri saya yang sebenar. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh Puan Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar dari mula sehingga lah akhir tugasan. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting. Puan zaila sangat banyak membantu saya dalam penulisan blog dan juga fanpage saya.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah membaca kisah-kisah ahli ABDR, baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli dan Puan zaila sendiri sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja sambil masih sempat untuk menguruskan rumah tangga.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes pakaian saya pada setiap pelanggan yang ada. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci. Yang paling penting kita perlu lah sentiasa mempunyai masa untuk update penulisan blog kita dan dari situ kita sentiasa dapat berhubung dengan masyarakat di luar sana.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk menghubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: zaila.mohamad).

Semoga semuanya dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Noriati Saud)

Nama pelajar : Pn Noriati Saud

Guru online : Pn Zaila Mohamad

Sumber  : http://noriatisaud.blogspot.jp/2013/09/testimoni-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Assalamualaikum.

Nak Belajar Asas Blog? Klik Gambar

Sebelum datang ke Jepun saya pernah mempunyai blog sendiri untuk memasarkan  hasil jahitan dan sulaman saya. Itu pun suami yang buatkan. Masa tu saya langsung tak ambil tahu pasal blog tu. 100% suami yang uruskan. Bila suami dapat kontrak kerja di Jepun, blog saya ditamatkan.

Saya bercadang mahu membuka semua kedai online saya bila saya balik ke Malaysia tahun depan. Tak sangka pula berjumpa dengan Pn Zaila,  apabila saya terbaca blog beliau. Saya tertarik dan terus email untuk bertanya apakah kepentingan blog jika kita nak berniaga online sedangkan kita akan gunakan facebook untuk memasarkan produk. Setelah diberi penerangan saya mula berblog. Selama sebulan saya menulis blog dengan tunjuk ajar dari suami.

Satu hari saya terfikir untuk memulakan perniagaan di Jepun ni. Setelah mendapat izin suami, saya mendaftarkan diri di Kelas Asas Blog dan Fanpage di bawah tunjuk ajar Pn Zaila Mohamad. Alhamdulillah, tak rugi saya mendaftar di dalam kelas ini kerana masa belajar ditentukan oleh kita sendiri. Guru online boleh dihubungi bila-bila masa sahaja.

Disamping mengajar menyiapkan blog dan fanpage, ilmu yang sukar didapati dimana-mana ialah tip dan khidmat nasihat tentang selok-belok perniagaan online. Cikgu sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman selama 4 tahun berniaga secara online. Seperkara lagi kami yang sama-sama belajar dalam kelas ini dapat mengenali antara satu sama lain (di alam maya) dan saling bantu-membantu meningkatkan trafik blog masing-masing.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai kami di dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage bolehlah lawati blog Puan Zaila http://zailabinimdae.blogspot.jp/ atau hubungi beliau di  zailamohamad@yahoo.com 

Monday, February 23, 2015

Pengalaman Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum...

Bagi memenuhi permintaan mentor saya Puan Masayu Ahmad, hari ini saya ingin berkongsi tentang Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR. Saya adalah pelajar dari Kelas Fatimah, Tutorial Blog & Penulisan Asas.

Saya sebenarnya telah lama mengenali ABDR. Semenjak memulakan perniagaan atas talian pada pertengahan tahun 2013 lagi. Ketika itu saya sedang mencari tempat untuk mempromosi NHD BABY SHOP dan saya jumpa SOHO Directory milik ABDR. Saya bertanya kepada admin ABDR mengenai bayaran iklan yang kemudiannya membawa saya kepada perkenalan dengan dua orang Pengurus ABDR yang ada dalam senarai kawan saya di Facebook. Saya selalu lihat tulisan dan iklan mereka di newsfeed. 

Walaubagaimanapun pada ketika itu saya merasakan belum terbuka hati ingin menyertai ABDR atau beriklan di SOHO Directory. 

Lebih setahun kemudian, saya tiba-tiba sedar dan merasakan bahawa ada yang kurang, seperti ada yang tak kena, seolah-olah berniaga kerana terpaksa. Saya mampu bertahan selama lebih setahun bukanlah kerana minat yang mendalam tetapi kerana sikap dan tekad saya. 

Saya seorang yang suka melakukan terbaik dalam apa sahaja pekerjaan walau pelbagai pahit getir yang melanda. Terus berusaha mengikut arus keadaan dan menimba pengalaman berharga. Itulah perangai saya yang memungkinkan saya melakukan hampir apa sahaja pekerjaan. Antara sebab saya menjadi kegemaran majikan saya ketika masih bekerja dahulu.

Dalam kegelisahan hati saya berdialog dengan Allah SWT memohon petunjuk apakah sebenarnya punca perasaan tidak enak saya. Selepas itu Allah SWT bagi saya sedar bahawa minat saya bukan pada perniagaan tetapi pada penulisan dan perkongsian.

Memandangkan saya telah ada NHD BABY SHOP, saya tidak mungkin meninggalkan kedai atas talian ini begitu sahaja sedangkan telah banyak wang, tenaga dan buah fikiran yang telah saya laburkan di situ. Jadi saya membuat keputusan untuk menulis ulasan mengenai barang kedai yang saya guna di samping membuat promosi. Dua dalam satu. Minat dapat dipenuhi, perniagaan juga berjalan.

Saya mula menulis di blog lama saya www.nhdbabyshop.blogspot, ketika itu saya mula mencari guru untuk belajar menulis. Bagi saya, saya memerlukan seorang guru. Kemudiaannya terjumpa kawan yang telah sebulan menyertai ABDR. Saya kemudiaanya mencari info tambahan sebelum membuat keputusan untuk menghubungi pengasas ABDR, kak Masayu Ahmad.

Dengan Kak Masayu, saya ceritakan apa yang terjadi dan bagaimana saya rasa terlalu ingin menulis kerana minat dari kecil tetapi ingin meneruskan perniagaan online saya yang ada, Kak Mas kemudiannya mencadangkan saya menyertai kelas penulisan bisnes. Saya belajar menulis dengan mudah sambil menjaga anak di rumah sahaja. 

Di Kelas Fatimah, Kak Masayu melakukan analisa dan memberi arahan tugasan yang amat mudah. Bina blog mengikut arahan beliau dan buat 44 entri. Jadi saya buat tanpa banyak soal. 

Mulanya ada banyak keraguan juga tetapi setelah diberi contoh kepada persoalan saya, saya faham dan terus menulis tanpa henti. Kami juga di ajar supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Di ABDR juga kami diajar bagaimana tulisan menarik kami di Facebook juga kadang-kadang boleh menjadi entri di blog. 

Selain belajar, saya juga berpeluang berkongsi dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan sekelas mengenai beberapa perkara, contohnya penggunaan #hashtag dan aplikasi blogger di telefon pintar. Seronok jadi seorang yang memberi nilai pada orang lain. Saya pula yang mengajar Kak Masayu dan kawan-kawan kan? Kelakar pula bila di ingat semula. 

Asalnya yang dipinta Kak Masayu cuma 44 entri tetapi kerana kekangan masa menulis, bekerja dan menguruskan anak tanpa sedar entri ini telah menjadi entri ke-50 saya. Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur pada yang Maha Esa. 

Saya cuba untuk menulis setiap hari, tetapi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, ada juga kadang-kadang terbabas sehari dua. Tetapi saya yakin dan percaya diri akan terus menulis selagi Allah SWT kurniakan kudrat dan idea. 

Bagi yang ingin menyertai ABDR dan bertanya saya berbaloikah menyertai? Pada saya, kenapa tidak? Di sini anda akan mengenali ramai orang, banyak ilmu yang boleh ditimba dari rakan-rakan. Malah jika tidak salah saya sekiranya anda ingin berniaga tetapi tiada produk, juga boleh menyertai rangkaian ABDR. Belajar sampai tamat dan kemudiannya menghasilkan produk e-book sendiri ataupun menjadi ejen dropship. 

Yang penting, belajar dan ikut arahan cikgu online, tanya kalau tak faham tetapi kalau tak faham juga hanya terus buat, lama-lama akan faham. Itu cara saya. Ayat yang selalu cikgu online saya guna untuk menegur saya apabila banyak sangat idea hendak dibuat "pelan-pelan kayuh". Jadi, saya juga ingin cakap benda yang sama dengan anda, pelan-pelan kayuh. Di sini tiada paksaan. 

Dengan ABDR, saya memperolehi ilmu, rakan-rakan yang baik dan rangkaian perniagaan. Cita-cita saya sekarang adalah ingin menjadi penulis yang berjaya di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah

http://www.nuruldiyanamohd.blogspot.com/2015/02/menyertai-akademi-bekerja-dari-rumah.html

Wednesday, February 4, 2015

Belajar Berbisnes Online Melalui ABDR


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Guru Online:Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum wbt.
Impian untuk mempunyai blog sendiri akhirnya terlaksana selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). ABDR merupakan sebuah akademi online yang menawarkan kelas asas membina blog. Saya tidak perlu keluar rumah dan memandu untuk mengikuti kelas ini. Syaratnya cuma perlu ada telefon pintar/ tablet atau komputer dah juga talian internet. Sangat mudah. Memang sangat sesuai dan menepati kehendak saya yang memang payah nak keluar dari rumah ni.
Saya mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes. Selain belajar membina blog, saya juga belajar bisnes online. Boleh juga tambah pendapatan. Oleh kerana saya tidak mempunyai produk sendiri, saya menyertai Rakan Niaga ABDR sebagai Pengurus Online. Tugas saya cuma mempromosi produk yang disediakan pihak ABDR. Macam-macam pilihan produk yang ada seperti e-book, makanan sunnah, produk makanan, rempah, produk islamik dan telekung solat.
Pakej yang saya ambil serta e-book bonus apabila menyertai kelas ini.







Masa Belajar
Oleh kerana ini adalah kelas online, jadi kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. mengikut masa kita sendiri. Saya berhubung dengan guru online saya hanya melalui messager  di Facebook sahaja. Guru online akan memasukkan kita di group kelas di Facebook dan kita boleh belajar hanya melalui medium Facebook.
Kumpulan Sokongan
Sehingga ke hari ini, saya tak pernah menyangka saya akan ada sahabat yang hanya kenal melalui atas talian. Ramai pula tu. Kebanyakkannya mempunyai tujuan yang sama apabila menyertai ABDR. Pengalaman serta latar belakang yang berbeza membolehkan saya belajar dan mengetahui banyak perkara melalui perkongsian sahabat-sahabat ABDR di blog masing-masing juga di Facebook.
Kesimpulan yang dapat saya buat, kelas ini memberi banyak kemudahan dan manfaat terutama kepada wanita yang ingin mempunyai kebebasan kewangan dan juga lebih masa bersama keluarga. Keputusan saya menyertai ABDR adalah keputusan yang tepat.
Syabas kepada pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan jemaah ABDR. Semoga kita semua terus success dalam mengejar cita-cita dan impian.
Syukur Allah masih sayang