Wednesday, September 17, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Norzalina Hamzah


Guru Online: Aishah Hussein
Protege: Norzalina Hamzah
Sumber: http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html

Subhanallah Alhamdulilllah Allahuakbar
Selesai sudah 44 entri sebagai kejayaan pertama di akademi. Walaupun baru langkah pertama, terasa bangga benar dengan diri sendiri. Rasa macam naik pangkat pula. Rasa bersemangat untuk terus menulis dan melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih Puan Aishah selaku Guru Online saya. Entri pertama 13 Julai 2014 dan entri ke-44 pada 12 September 2014. Walaupun perlukan 60 hari untuk selesaikan 44 tugasan, namun tetap teruja dan berharap momentum ini akan berterusan.

Kelas asas blog dan penulisan dimulakan dengan penjenamaan dimana nama sendiri digunakan sebagai URL blog dan email. 8 soalan analisis diajukan dan kita perlu menjawabnya. Analisis ini bertujuan mengkaji minat dan kebolehan seseorang peserta untuk digunakan sebagai tajuk utama blog nanti. Di sini pentingnya komunikasi dan diskusi bersama Guru Online bagi mendapatkan keputusan terbaik. Blog yang dihasilkan perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pelabagai tips penulisan diapliksasikan dalam menulis entri. Penggunaan Bahasa Melayu perlulah formal. Penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang sesuai ditambah dengan penulisan yang santai menarik pembaca datang ke blog. Selain belajar menulis dengan baik, peserta juga berpeluang belajar membuat blog.

Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

Sokongan dari Puan Aishah sangat membantu. Berpandukan komen dan maklumbalas beliau, kita akan rasa bersemangat untuk terus menulis dan memastikan kesilapan-kesilapan dalam penulisan tidak dilakukan. Beliau sering kongsikan entri yang ditulis di facebook dan ini banyak membawa trafik ke blog. Apa yang penting perlu fokus kepada tajuk atau niche blog.

Kejayaan pertama sudah di tangan. Langkah seterusnya pula target pendapatan konsisten sehari selama 44 hari seperti saranan Puan Aishah dan Puan Pengasas. Moga mimpi jadi nyata!

Monday, September 8, 2014

Menulis tanpa tekanan


Ulasan

Alhamdulillah..

Tamat tugasan terakhir yang diserahkan kepada saya selaku pelajar on-line. Dan tugasan setelah menulis sebanyak 44 entri, saya perlu memberi ulasan mengenai kelas on-line kami.

Pertama.

Selaku pelajar, apa yang begitu saya suka adalah tiadanya desakan dalam menyelesaikan penulisan saya. Puan Guru tidak putus-putus berkongsi sebanyak petua untuk kemudahan pelajar-pelajar on-line. Dalam masa yang sama, saya tidak pernah ditekan dari sudut masa dan emosi untuk menyelesaikan mana-mana tulisan dalam waktu yang tertentu.

Kedua.

Saya bebas berkarya. Tiada paksaan untuk menulis hanya tajuk-tajuk tertentu bagi mengasah bakat yang hanya baru mahu mula tumbuh ini. Apabila tiada sekatan yang dikenakan, saya merasakan ianya lebih mudah dan semulajadi untuk menulis. Juga bebas memilih apa sahaja kisah yang saya sedia untuk berkongsi.

Ketiga.

Kebebasan dalam bertanya. Saya juga merasakan ini salah satu faktor yang penting untuk memotivasikan pelajar yang baru serta kurang yakin untuk mula-mula menulis. Ini kerana adanya perasaan malu untuk berkongsi kisah dan tulisan kita kepada orang lain. Puan guru bersedia untuk menjawap setiap persoalan dari masa ke semasa. Perhatian ini sangat diperlukan untuk pelajar-pelajar baru.

Keempat.

Saya dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi penulis-penulis baru yang mempunyai bakat yang tersendiri. Dengan mengenali mereka, secara peribadi saya dapat belajar dan mencari lebih banyak idea dalam kehidupan seharian. Tidak terhad dalam urusan kekeluargaan malah dalam urusan perniagaan bagi menjana pendapatan sebagai suri rumah.

Saya, secara peribadi merasakan banyak maklumat yang saya dapat kutip untuk diri saya sendiri. Dan setakat ini saya sangat berpuas hati dengan kelas saya dan saya berharap boleh menulis dengan lebih giat dan berkongsi lebih banyak pendapat peribadi saya.

Sekadar itu dahulu. Setiap yang baik itu datangnya dari Dia yang membenarkan setiap kebaikan itu datang. Dan kelemahan itu adalah milik yang bernama hamba.

Terima kasih cikgu.

Azlina Hariri.

Thursday, September 4, 2014

Kelas Blog Penulisan - Natrah Mohamed


Ulasan kelas Blog Penulisan
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Natrah Mohamed
Sumber : http://www.natrahmohamed.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-abdr.html

Teks: Natrah Mohamed

Bagaimana saya mengenali ABDR ini?

Eh, ABDR apa?

Akademi Berkerja Dari Rumah.

Di asaskan oleh Pengetuanya iaitu Puan Masayu Ahmad.

Sebenarnya saya sudah lama terfollow Puan Masayu ini. Rasanya sejak 2008 lagi. Sejak saya kenal beberapa rakan blogger. Saya jumpa link ke blog Puan Masayu iaitu, Naufalsayang.blogspot.com. Masa itu, saya suka membaca blog-blog. Blog Puan Masayu adalah blog yang saya follow dan letakkan link di blog saya. Hanya beberapa blog saja saya letakkan link mereka. Mereka semua saya kenal di alam nyata. Tapi Puan Masayu saya tidak kenal di alam nyata. Apa yang menarik sangat untuk saya follow blog beliau? Kerana beliau menulis dan update hampir setiap hari. Kerana beliau sedang memperjuangkan berkerja dari rumah.

Tahun 2010, saya melahirkan anak sulung. Rasanya Puan Masayu juga bersalin tahun yang sama. Satu-satunya anak perempuannya. Beliau berpindah ke Kelantan dan mula mempromosi Akademi Berkerja Dari Rumah. Saya waktu itu, berbelah bahagi dan tidak yakin. Hanya mengikuti secara jauh. Setiap hari Puan Masayu update perkembangan kelasnya di FB. Saya masih hanya pembaca dan penglike setia. Cita-cita kecil saya mahu menulis, tapi tak tahu apa yang mahu ditulis, jadi saya mengikuti penulis-penulis secara dekat tetapi senyap. Blog yang entah ke berapa saya buat: JurnalNM dibuat bagi memenuhi impian menulis itu. Saya namakan JurnalNM kerana saya tahu ia bakal dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan entry yang bercampur aduk. Entry awal saya dalam blog ini adalah cerpen yang sangat pendek. Hehehe.

2 tahun saya tinggalkan blog itu, akhirnya saya kembali buka dan update. Sejak saya menyertai Shaklee. Saya mula menulis dan berkongsi tentang Shaklee. Tapi, tidak konsisten. Saya upah kawan baik saya yang kretif untuk tolong hiaskan.Boleh jenguk blog Nabilah Ahmad iaitu Tautan Hati Nabilah Hasyim untuk menilai betapa rajin dan kreatifnya dia. Sebotol ESP upah yang saya tawarkan.

Saya perlu mencari kekuatan dan sokongan untuk terus update blog. Jika tidak, ia bakal menjadi tukun tiruan. Setiap hari, di newsfeed FB saya sering melintas status Puan Anys Idayu Zakaria yang bercerita tentang ABDR. Akhirnya saya ambil keputusan bertanya lanjut. Dengan penuh sopan santun, lemah gemalai saya PM Puan Anys :)


Perbualan pertama dengan Puan Anys

Chatting di inbox dengan Puan Anys.

Saya tak kenal Puan Anys sebenarnya. Tapi kerana statusnya sering melintas di newsfeed, akhirnya menarik saya menyertai ABDR. Tapi, sebelum menyertai, saya ambil masa yang lama. Kerana, saya perlu buka blog baru dan tinggalkan blog lama. Walaupun Puan Anys nasihatkan saya gunakan kedua-dua blog, namun saya tahu, tak kan ku mampu menjaga kedua-duanya serentak.
Akhirnya saya sertai ABDR dan mula mengikut tutorial yang diberi. Buat blog dengan nama sendiri sebagai url blog, update blog setiap hari, letak pop up FB fanpage, letak gambar ABDR.  Kenapa nama sendiri? Kerana ia membantu penjenamaan. Syok juga letak nama sendiri. Hihi..
Semakin hari saya mula yakin untuk menulis kerana tahu fokus. Saya hanya perlu update dan buat entry tentang Panduan Penjagaan Anak di Rumah. Ia tajuk blog saya. Selang seli dengan entry produk Shaklee serta aktiviti berkaitannya. Kadang-kadang berlari-lari anak juga dari fokus tajuk. Tapi saya usahakan cukup 44 entry untuk graduasi dari kelas ini. 
Alhamdulillah, setiap entry saya di blog, Puan Anys kongsikan kembali di FB. Dengan cara itu, pengunjung ke blog saya makin bertambah dari hari ke hari. Suka tau ! Jika blog dulu, agak lambat untuk naikkan jumlah pelawat. Sekarang dengan bantuan Puan Anys serta sahabat-sahabat dalam ADBR yang sama-sama bertukar link di blog masing-masing, ia menjadi cepat dan mudah. Tapi, kena rajin update entry la kan?
Pelajar perlu siapkan 44 entry untuk layak masuk ke group alumni ABDR. (44 entry ye. Bukan 44 hari berpantang !) Genap 44 entry sudah lama. Syarat terakhir, saya perlu menulis ulasan tentang kelas  ABDR ini. Sebab itulah, saya bersengkang mata menyiapkan ulasan ini.

Ok, itu saja ulasan saya.

Ayat terakhir yang mahu diberitahu, tak menyesal sertai ABDR !

Selamat berjaya geng ABDR semua.

Natrah aka Mama Nasih