Wednesday, May 28, 2014

Ulasan Kelas Blog - Pengurus Online Sariah Awang Senik

ULASAN KELAS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik Sumber :http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-blog.html

Minat menulis banyak yang telah mendorong saya untuk membuat satu blog yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan beberapa tahun yang lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari menulis tentang apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah selesai menulisnya, dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang yang sudi singgah membaca blog saya tersebut.

Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut. Sehinggalah suatu hari saya terbaca suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak menyedarkan saya bahawa pengaruh blog terhadap perniagaan dan produk yang sedang usahakan amatlah luas.
 
Tidak sangka dengan minat menulis yang ada pada diri, bakal merubah segala tujuan kehidupan selama ini. Blog sangat berpengaruh dan ianya bersahabat rapat dengan Google kerana semua maklumat terdapat di papan Google tersebut. Dengan hanya menaip beberapa patah perkataan di Google , secara automatik semua maklumat akan tertera di situ. Pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan amatlah berpatutan. Apalah harganya RM200 dengan ilmu yang kita pelajari hasil daripada ilmu yang kita dapat di dalam kelas asas blog dan penulisan tersebut. 

Syarat yang paling utama setelah menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini, adalah setiap ahlinya wajib menyiapkan 44 entri yang  berdasarkan latarbelakang pendidikan dan juga pengalaman kerja sehinggalah kepada apa yang sedang kita lakukan sekarang. Pada awalnya memang tidak faham kenapa harus menyiapkan 44 entri, namun setelah di terangkan lebih lanjut bahawa dengan menyiapkan 44 entri ini kita dapat meningkatkan aliran traffic pembaca untuk singgah membaca ke blog tersebut. Memang benar seperti yang di jangka bahawa aliran traffic pembaca yang membaca di blog tersebut meningkat dari semasa ke semasa. 

Setelah hampir setiap hari dan secara konsisten menulis, barulah saya sedar di mana minat dan kekuatan saya selama ini. Di dalam kelas blog dan penulisan segala hasil penulisan akan di pantau secara online oleh Anys Idayu Zakaria dan akan di postkan di facebook untuk menarik pihak yang lain membacanya. Walaupun cara menulis agak santai, namun segala kesalahan ejaan seperti koma, tanda titik dan juga tanda adalah amat di titik beratkan. Sebagai langkah awal bagi menggelakkan sebarang kesilapan, sebelum di terbitkan sesuatu blog, di baca terlebih dahulu dan kemudiannya di terbitkan. Dengan minat menulis juga, kita mampu menceritakan secara lebih terperinci tentang sesuatu produk dan juga perkhidmatan yang sedang di usahakan. Itulah kelebihan dan kebaikan menulis kerana kita mampu menceritakan apa sahaja tentang perniagaan kita. Di kelas asas blog , selalu di ingatkan agar tidak menulis dengan cara syok sendiri kerana akan mengakibatkan para pembaca merasa bosan untuk membacanya. Tulislah sesuatu yang lebih positif dan dapat memberikan lebih maklumat kepada semua pembaca di luar sana. 

Dengan jaringan ukhuwah yang terjalin di antara semua ahli akademi akan dapat mempercepatkan process aliran traffic pembaca ke blog kita tersebut. Siapa sangka ada di antara kita sedang mencari-cari maklumat yang sangat berguna tentang produk ataupun perniagaan mereka.
Kini setelah hampir beberapa bulan menyiapkan segala tugasan tersebut, segala keyakinan dan kekuatan untuk menulis makin membara. Berazam untuk menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan juga sangat berguna kepada semua pembaca di luar sana.

Yang Ikhlas Menulis Sariah Awang Senik

Sunday, May 18, 2014

Versi Cinta Nin - Buah Tangan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi NiN

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tanggal 16 Mei 2014 merupakan tarikh yang bermakna buat semua warga guru. Sementelahan pula diwarnai dengan jatuhnya pada penghulu segala hari, Sayiidul Ayyam, Jumaat nan mulia. Tidak terkecuali buat seorang guru daripada kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang menerima berita bahawa proposal novelet tiga orang protege kelas tersebut sudah dipersetujui untuk diterbitkan.

Protege tersebut;
Nur Dila Mahauddin, blog : D Chief Tomyam Seafood,
Nurhidah Halun, blog : Misi Tulis Baca
dan Intan Haji Daud blog : Sekoci dan Tinta Intan Yumerza Daud

memasuki kelas tersebut pada waktu, tarikh dan masa yang berbeza. Mereka bertemu, mesra dan akrab di dalam kelas tersebut sebelum mencetuskan idea untuk menghasilkan novelet 3 dalam 1 sebagai signifikan keberhasilan mereka menyertai kelas tersebut.

Sebelum itu, Intan Haji Daud mendahului rakan-rakan dengan tersiarnya cerpen beliau yang pertama, Cik Sitam Blogger di majalah Mingguan Wanita bilangan 1591. Terima kasih pada pasukan editorial MW kerana sudi menyiarkan kisah suri rumah tangga kelam kabut mahu menjadi blogger yang akhirnya terpaksa membahagi dua dirinya. Sinonim dengan peserta ABDR, pada awal penglibatan mereka sebagai WAHM.

Manuskrip novelet tersebut sedang dalam bikinan untuk disiapkan dengan pantauan rapi serta suntingan guru kelas tersebut itu sendiri. Nyata, dunia penulisan bukan sebuah kisah dongeng buat mereka bertiga ini. Nyata, kemahuan perlu dilampiaskan dengan kesungguhan dan berguru serta semangat berpasukan yang jitu yang ditunjukkan oleh mereka.

Ternyata Akademi Bekerja Dari Rumah, sebenarnya membuka lembaran baru buat mereka, sejajar dengan minat dan kemahiran yang mereka ada. Hasrat mereka bukan kepalang tinggi, sedang dalam usaha untuk menerbit sendiri dengan perancangan dan strategi.

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif mungkin hanya sebuah kelas dengan dua orang  tutor yang berpengalaman menulis dan sudah bergelumang dengan dunia penulisan sekian lama.  Ia juga membantu anda dengan e-book seperti 101 Tips Penulisan Novel tulisan Cikgu Mazlia Murat. Namun lebih daripada itu, ia menawarkan pengalaman persahabatan, kejituan semangat berpasukan dan ilmu di dalam caranya sendiri.

Grup NiN  boleh 'difollow' di sini ; https://www.facebook.com/groups/742095219157772/

Saturday, May 3, 2014

Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan Di Laman Mudah.my

Teks : Maya Hs Collection
Sumber : http://mayahscollection.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage-iklan.html
Guru Online : Pn. Zaila Mohamad

Assalamu'alaikum

Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel
 berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun.Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu.

Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja. 

Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah kerja ke Qatar.

Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.

Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online. Untuk pengetahuan anda semua, puan Zaila merupakan bekas teman sekerja suami saya pada masa dahulu. Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my".

Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.


Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.

Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.

Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.

kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga online.

Sekian ulasan saya mengenai 
kelas asas blog,fanpage & iklan mudah.my.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda.