Tuesday, December 31, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog Mula Bisnes - Sharifah Sahiza

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Sharifah Sahiza
Sumber : http://sharifahsahiza.blogspot.com/2013/12/ulasan-kelas.html


Ulasan Kelas
Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan nikmatNya, alhamdulillah saya berjaya juga menyiapkan tugasan 44 entri yang diberikan kepada saya. Seperti biasa tugasan 44 entri ini juga dikhususkan kepada semua ahli Akedemi Bekerja Dari Rumah yang diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad ini. Ia bertujuan untuk melatih setiap ahli supaya membiasakan diri dengan pengalaman menulis. Walaupun dengan kesuntukan masa dan tenaga yang amat terhad bagi saya untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan namun dengan semangat yang ada, saya berjaya juga walaupun ianya mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira tiga bulan lebih berbanding dengan rakan-rakan muda yang lain yang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam jangka waktu yang singkat.

Sebelum saya meneruskan ulasan saya ini, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya adik Anys Idayu kerana sudi mencurahkan ilmu-ilmu beliau kepada saya tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog. Walaupun blog yang saya hasilkan ini tidaklah seperti blog-blog protege yang lain di dalam akademi ini, namun saya bersyukur kerana terdapat juga pembaca-pembaca yang sudi membaca tulisan saya. Ini dapat dilihat pada 'pageview' di dalam blog saya yang semakin meningkat. Begitu juga terima kasih saya kepada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah ini Pn Masayu Ahmad kerana dengan ideanyalah maka tertubuh satu komuniti alam maya bagi mereka-mereka yang memerlukan bimbingan. Semoga Allah memberkati segala usaha beliau. Aameen.

Setelah tiga bulan lebih saya bersama dengan rakan-rakan yang lain di dalam Akademi ini, apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa banyak faedah serta kebaikan yang saya dapati di dalam Akademi ini. Pendekata banyak informasi-informasi baru, pengalaman-pengalaman serta kemahiran orang lain yang boleh saya ambil dan jadikan iktibar. Dan apa yang paling unik di akademi ini adalah kami seolah-olah bekerja di dalam satu pasukan yang kuat walaupun pada hakikatnya semua ahli-ahlinya berselerak di seluruh pelusuk negara dan ada juga segelintir di luar negara.

Matlamat utama saya untuk berblog ini bukan lah untuk bisnes semata-semata, tetapi ianya lebih kepada perkongsian ilmu-ilmu yang bermenafaat serta pengalaman-pengalaman berguna yang saya alami supaya ianya boleh dijadikan pedoman kepada pembaca-pembaca sekelian. Semoga segala usaha saya ini, akan diberkati serta diredhai oleh Allah subhana wa ta'la. Sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak boleh menjadi bekalan untuk saya bawa setelah saya tiada lagi di dunia ini. Aameen.

Teringat saya tentang sebuah hadith nabi

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit. Tujuannya agar nukilan dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya.” Hal ini sebagaimana sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk kita menyampaikan perkara agama dari beliau, karena Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin dalilnya :

Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah : 3).

Oleh itu di sini saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan serta ibu-ibu di luar sana, sesiapa yang bercadang untuk sama-sama menyertai kami di Akademi ini. Anda boleh lah menghubungi mentor saya Puan Anys Idayu. Jangan membuang masa lagi kerana banyak peluang serta faedah yang boleh anda dapati sekiranya anda berpeluang menyertai kami di dalam komuniti WFHM ini.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan didalam tulisan saya sebelum ini dan yang akan datang maka saya memohon maaf. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kesalahan diri saya sendiri. Dan tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang memberi komen-komen positif kepada saya diatas perkongsian ilmu-ilmu yang saya paparkan di dalam blog ini, saya ucapkan jazakillahu khairan. Moga kita sama-sama mendapat menafaat di dunia dan di akhirat. Aameen.
 

Friday, December 27, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Bisnes) - Suharni Dawing

 Guru Online : Normi Mat Yusof (http://normiyusof.blogspot.com/)
Nama Protege : Suharni Dawing


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 enteri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Normi Hj Mat Yusof kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar, beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, alhamdulillah saya mampu menjana sedikit pendapatan walaupun tidak lah sebanyak mana, namun saya tetap bersyukur. Menjadi agen dropship adalah salah satu permulaan perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai modal kerana hanya perlu mempromosikan produk dan dapat untung melalui komisyen. Segala urusan penghantaran, penyimpanan stok, dan bekalan produk dilakukan oleh pembekal, namun ejen dropship haruslah mencari pembekal yang tepat dan mudah untuk dihubungi bagi memudahkan urusan diantara ejen dan pembekal. Dengan menyertai kelas online asas blog dan fanpage ini mereka juga ada menawarkan produk kepada protege yang ingin memulakan perniagaan, Terima kasih kepada mentor saya kerana memperkenalkan saya kepada pembekal pakaian muslimah yang mudah untuk dihubungi dan berurusan dengan beliau.
Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.

Thursday, December 19, 2013

Kelas Akaun Bisnes Percuma Pengambilan Januari 10 orang sahaja.


Bagi pendaftaran kelas bisnes RM300

1. Percuma slot kelas akaun (bernilai RM150), percuma sahaja
Tarikh: 6.1.2014

Masa:
slot 1: 9.30-11.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)

slot 2:
2.30- 4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Tenaga pengajar bertauliah

Bonus 1: Kelas asas blog dan bisnes
Bonus 2: Pendaftaran Rakan Niaga/Pengurus Online
Bonus 3: 4 Ebook

Dibuka 10 pendaftaran sahaja.

Percuma: Bulan Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil/ Wahm Soho
Modul: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Wednesday, December 11, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Suhaila Rahim

Ulasan Dari Kelas Asas Blog
Guru online : Aishah Hussein
Protege :  Suhaila Rahim
Sumber:  http://suhailarahim.blogspot.com/2013/12/ulasan-kelas-belajar-asas-blog.html

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan untuk menamatkan 44 entri yang ditetapkan dalam kelas Online. Syukur kerana perjalanan yang berdingkit-dingkit ini sampai juga ke matlamat yang ditetapkan walaupun mengambil masa dua bulan. Terima kasih pada Cikgu Online saya, kak Aishah Hussein yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk terus mencapai matlamat walaupun agak merangkak di awal perjalanan kelas. Namun saya rasa gembira mengikuti kelas ini kerana masa kelas yang fleksibel dan pengajaran guru yang mudah difahami dan kesediaan guru yang mahu berkongsi pelabagai ilmu dalam blog.

Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam penulisan di blog. Tetapi saya suka melayari pelbagai blog untuk mencari pelbagai maklumat yang saya inginkan. Kecanggihan IT sekarang, semua perkara boleh dicapai di internet. Pakcik 'Google' sedia menanti pelbagai persoalan yang terlintas difikiran. Cuma terpulang pada diri sendiri untuk mencari yang baik atau sebaliknya. Dalam pada itu, terdetik juga dalam hati alangkah baiknya jika saya memiliki satu blog sendiri sebagai ruang untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki.

Namun pada mulanya, pertemuan saya dengan blog Puan Masayu bukan lebih kepada untuk membuat blog. Saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan dengan konsep mengajak untuk suri rumah untuk 'bekerja dari rumah'. Saya merasakan tawaran itu sesuatu yang lain daripada yang lain yang pernah saya tahu, walaupun kita sedia maklum dengan bermacam-macam tawaran di internet. Syukur, Allah mempertemukan saya dengan peluang ini. Keinginan untuk mencari peluang unttuk bekerja dari rumah, di beri sekali peluang untuk belajar dan memiliki blog. Selepas membaca entri dalam blog tersebut saya terus dapatkan Puan Masayu dan Kak Aishah di facebook. Alhamdulilah mendapat balasan mesej daripada Kak Aishah tentang pakej bagaimana untuk bermula dengan kelas Online.

Secara jujur saya bukan insan yang pandai menulis dan hanya 'silent reader' di facebook. Tetapi semangat yang kak Aishah bagi untuk terus berkongsi menaikkan keinginan saya supaya rajin menulis. Setiap hari saya paksa diri sendiri untuk berfikir entri-entri yang bermanfaat untuk saya kongsikan di blog. Setiap hari saya positifkan diri walaupun dengan kekangan intenet yang perlahan dan perlu menaip sambil menyusu baby dipangkuan, saya kena teruskan juga. Saya seperti merasakan balik 'mood' semasa bekerja sepenuh masa dahulu. Kalau dulu kena fikir yang berkaitan dengan kerja dan lebih kepada 'manfaat untuk boss', tapi kali ini saya berfikir untuk manfaat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Dan yang paling saya seronok sebab kerja saya tiada had masa dan boleh bekerja bila-bila masa. Oleh itu saya usahakan entri-entri yang boleh memberi ilmu, walaupun bukan untuk di manfaat sekarang tapi mungkin diperlukan oleh orang lain pada masa hadapan. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi. In shaa Allah..

Kepada mereka yang tercari-cari platfom untuk bekerja dari rumah ini, sertailah kami sebagai peluang menambah pendapatan di samping niat untuk menimba dan berkongsi ilmu. Selain itu dengan menyertai kelas ini kita boleh mengenali rakan-rakan baru yang berlainan bidang dan dalam masa yang kita juga berjemaah dalam membantu antara satu sama lain.

Wassalam

Monday, December 9, 2013

Ulasan Protege Kelas Online Asas Blog dan Penulisan: Hasnita Sawal

Guru Online: Netty Ah Hiyer
Protege: Hasnita Sawal


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,

Inilah blog protege saya, Hasnita Sawal. Sarat dengan informasi keibubapaan yang mengandungi kisah inspirasi.


Tik tok tik tok...cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar usia kita semakin bertambah setiap hari. Pernah tak terfikir apa nilai tambah yang kita dah buat setiap hari? Yang pasti kita tak pernah lupa update status di facebook atau berkongsi gambar aksi anak-anak, makanan yang kita makan setiap hari atau lokasi percutian kita. Betul tak?

Kata ustaz saya, kalau status yang kita tulis tu memberi manfaat dan mengajak orang berbuat kebaikan, maka In shaa Allah akan tercatatlah pahala untuk kita. Tapi kalau status yang ditulis itu memaki hamun, mengutuk, mencerca orang lain, hmmmm...bayangkan apa yang akan kita dapat selagi mana status itu dibaca dan dilihat oleh orang lain. 

Menyedari hal tersebut, saya mula terfikir untuk mula berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca. Bukan niat hendak menunjuk tetapi untuk mencari redha Allah SWT selain untuk menambah saham akhirat agar semua yang membaca turut mendapat manfaatnya.

Menulis dan berkongsi apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan formaliti atau terikat dengan gaya bahasa tertentu tentu sahaja dapat dilakukan secara percuma di sebuah blog. Tak perlu keluarkan duit, cukup sekadar mendaftar di blogspot, kita sudah boleh punya catatan online yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Saya mula menulis blog sejak tahun 2010 (blog lama yang saya ubah namanya kini). Tetapi sekejap ada sekejap tiada. Tiada bahan atau hala tuju. Saya sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran. Minat menulis di blog kembali bercambah tatkala rakan sepejabat yang juga guru Kelas Asas Blog & Penulisan saya, netty-ahhiyer.blogspot.com 'meracuni' fikiran saya untuk kembali menulis.

Akhirnya dengan izin Allah saya kembali merajinkan diri menulis entri. Kemudian Allah buka pula hati saya untuk mendaftar diri dalam Kelas Asas Blog & Penulisan yang diasaskan oleh sahabat lama Masayu Ahmad. Saya tidak pernah menganggap diri sudah hebat dengan mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang penulisan.

Saya tetap menganggap saya perlu belajar setiap hari. Setiap bidang baru yang kita ceburi memerlukan seorang guru untuk membimbingnya. Tanpa guru  kita tidak tahu hala tuju kita. Ada orang kata, apa perlunya saya join grup kelas penulisan ini. Jawab saya mudah sahaja, saya memang suka belajar benda baru. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Apakah misi kita? Apakah fokus kita? Apakah impian kita di masa depan?

Saya idamkan kerjaya WAHM (Working At Home Mom) seperti mana yang telah dicapai oleh ramai wanita yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Oleh kerana saya sedar diri saya bukan seperti orang lain yang boleh bergerak sendiri atau mencapai impiannya secara sendirian, maka saya sertai grup ini untuk mempelajari bagaimana mencapai impian tersebut.

Awalnya saya hairan bagaimana kelas penulisan online ini berlangsung? Saya memberitahu Netty dan Ayu yang saya hanya bersedia untuk memulakan kelas selepas saya membereskan tugas-tugas rumah tangga saya. Saya tidak mahu kelas ini mengganggu tanggunjawab utama saya sebagai isteri dan ibu.

Netty tergelak dan memberitahu yang saya tak perlu risau hal tersebut. Ini kerana kelas ini berlangsung secara maya dalam masa yang fleksibel pada bila-bila masa tanpa perlu mengganggu sesiapa pun, asalkan sahaja ada kemudahan internet, murid boleh bertanya apa sahaja kepada guru bila-bila masa.

Tugasan pertama, menjawab soalan analisa nampak mudah tetapi rupanya ia asas utama paling penting dalam penyediaan diri menjayakan tugasan seterusnya. Alhamdulillah, menerusi analisa soalan tersebut, guru dapat memberi panduan di mana kekuatan diri kita. Secara tidak langsung ia memudahkan kita membuat entri seterusnya mengikut garis panduan yang disediakan. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bukan semua orang sama kemampuan dan kemahirannya. Begitu juga kala menulis, biarpun saya dan rakan-rakan penulis yang lain berkerjaya penulis tetapi kekuatan gaya penulisan kami adalah berbeza. 

Mungkin sebelum ini saya menulis perkara yang merapu dan kosong sahaja di blog. Tetapi selepas berguru, saya lebih rasa bertanggungjawab untuk menjadikan cerita biasa saya adalah luar biasa. Semangat tersebut makin bercambah selepas ada rakan yang mengucapkan terima kasih di atas cerita yang saya kongsi. Katanya saya memberi inspirasi kepada dirinya. Saya rasa cerita saya biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya  ia sesuatu yang menarik bagi orang lain. 

Saya percaya setiap daripada kita punya cerita luar biasa yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Daripada kita menulis di facebook sahaja, apa kata kita kongsikan di blog kerana lagi ramai yang boleh membacanya dan In shaa Allah boleh memberi nilai tambah kepada diri kita sendiri.

Tugasan kedua adalah menulis 44 entri. Mengapa 44 entri? Saya pun pelik pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan saya akui ia penting sebagai latihan awal supaya kita tidak culas menulis entri. Latihan sebegini amat penting untuk membolehkan kita konsisten menulis berdasarkan label dalam blog. Secara tidak langsung, bila ada entri baru pasti ada pembaca baru. Akhirnya jumlah trafik di blog kita juga bertambah dan saya alami sendiri perkara tersebut.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat juga menyiapkan 44 entri dalam masa tiga bulan setelah mengharung pelbagai cabaran dan halangan. Saya sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat menulis secara bebas, melahirkan apa jua pendapat dan pandangan atau berkongsi kemahiran dan kebolehan yang dimiliki (bukankah ilmu yang bermanfaat itu seharusnya disebar dan dikongsikan) turut menyertai komuniti Akademi Bekerja Di Rumah ini. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana RM melalui penulisan di blog. Kata orang kalau nak belajar lebih baik melalui guru, barulah ilmu itu ada hala tujunya. Tak salah belajar walaupun anda sudah tahu kerana ilmu yang dimiliki lebih baik disebar-sebarkan dan dikongsikan. Sesiapa sahaja boleh menyertai komuniti bisnes yang menarik ini. Jangan risau, ia sesuai untuk sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan keinginan. 

PS: Hasnita Sawal kini bergelar Pembantu Guru Online. Anda juga boleh berjaya seperti dirinya. Jika mahu tahu lebih lanjut berkaitan kelas yang kami tawarkan, boleh hubungi saya, Netty Ah Hiyer mahupun Hasnita Sawal.


Friday, December 6, 2013

ULASAN KELAS ASAS BLOG FANPAGE MULA BISNES - MALEEVA SEMADI


Ulasan Dari Kelas Asas Blogku
Guru online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Maleeva Semadi

sumber :http://maleevasemadi.blogspot.com/2013/12/ulasan-dari-kelas-asas-blogku.html


Pagi yang indah, setiap kali bangun pagi melihat muka si kecil dengan gaya tidur yang mencuit hati saya. Perasaan yang teristewa bagi saya yang baru bergelar ibu kepada si cantik berumur sembilan bulan. Si Suami dan si cantik kecil manis ini yang menjadi sumber inspirasi saya dalam menempuh kehidupan baru. Sebuah keluarga yang kecil,
 
Saya suka melayari internet tidak kira laman sosial seperti facebook, youtube dan google dan sesawang lain. Pada 29 November 2013, saya telah melayari laman google bertujuan mencari tip-tip seperti masakan, dunia fashion, sehinggalah saya menemui kelas asas blog. Terdapat beberapa orang tenaga pengajar yang saya temui dan saya meneliti blog mereka. Hasilnya, naluri hati tergerak untuk memilih Puan Anys Idayu Zakaria sebagai cikgu kelas asas blog saya. Tujuan sebenar saya mengikuti kelas ini bagi bertujuan ingin belajar membuat blog dan mengasah bakat terpendam dan juga mengembangkan bisnes yang sedia ada.
Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubungi cikgu saya dan telah mengikuti kelas asas blog dan penulisan dan juga kelas asas blog dan fanpage (bisnes). Terdapat empat ebook untuk rujukan saya seperti ebook Asas Blog Penulisan, Bisnes Butik Online Offline, Super WAHM Super Mom dan 101 Idea Home Based Bisnes. Dua kelas yang berlangsung secara online iaitu Kelas Online Asas Blog Penulisan dan Asas Blog Fanpage (Bisnes) tidak memerlukan anda hadir untuk turun ke kelas dan masa yang tidak terhad sungguh menyenangkan diri saya. Tiada tekanan dalam belajar sebaliknya lahirnya jalinan antara kami pelajar dan cikgu yang erat.



Di dalam kelas asas blog dan penulisan saya telah diberi pendedahan cara-cara membuat blog. Bagi situasi saya yang belum ada blog sendiri, saya mendapat ilmu baru, sesuatu yang saya baru belajar pada usia dua puluh lapan tahun ini. Dengan berpandukan ebook Asas Blog dan Penulisan, dan tunjuk ajar Cikgu Anys, hari pertama tanpa menunggu lama saya terus memulakan projek blog saya. Maklum balas yang cepat dari Cikgu Anys, saya dapat menyiapkan blog saya dalam masa seminggu.

Di antara kata kunci membuat asas blog, email dengan menggunakan nama sebenar sangat penting untuk penjenamaan sendiri dan memperkenalkan diri kepada khalak online. Selain itu, pengenalan diri juga penting supaya pembaca mengenal pemilik blog. Terdapat banyak lagi info di dalam ebook Asas Blog Penulisan. Untuk keterangan lanjut, silalah berhubung dengan tenaga pengajar dengan melayari http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/.

Bagi yang ingin memulakan dan mengembangkan bisnes boleh juga membeli ebook Bisnes Butik Online Offline dan 101 Idea Based Bisnes. Tidak rugi membeli jika mahu ilmu yang sedia ada ditambah dengan ilmu yang serba serbi perkasa. Peniaga yang rendah diri lebih disukai pelanggan, dan itulah saya. Berminat membeli minyak wangi, silalah melihat koleksi minyak wangi di fanpage Kedai Perfume saya di https://www.facebook.com/luvPerfume85. Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan dan diiklankan juga di http://sohodirectory.blogspot.com/.




Pengalaman mematangkan seseorang dan dijadikan motivasi penguat semangat dalam meneruskan bisnes kecil-kecilan saya. Di dalam ebook Super WAHM Super Mom, sebagai seorang isteri yang bekerjaya dan ibu muda dan anda surirumah di luar sana daripada menghabiskan masa dengan laman sosial, dan perkara lain marilah beli ini ebook Super WAHM Super Mom yang membuka minda kita untuk berjaya walaupun bekerja dari rumah. Yang jahat dijadikan tauladan dan yang baik dijadikan teladan. Mana yang baik kita contohi manakala yang tidak baik sudah terjadi di masa lampau dijadikan pengajaran dan ilmu agama penuh supaya tidak lari dari batas kehidupan. Marilah sama-sama menyertai saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini, yang pasti banyak yang akan dikongsikan dan dipelajari di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/. Tepuk dada tanyalah selera.


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, betapa saya sendiri mengagumi diri saya dalam masa seminggu sahaja dapat menyiapkan blog saya. Tanpa cikgu siapalah pelajarnya, begitulah saya. Terima kasih Cikgu Anys Idayu Zakaria, http://anysidayu.blogspot.com. Jasamu dikenang.