Thursday, October 31, 2013

Ulasan asas blog dan penulisan Azura Abdullah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana. 


Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju. 

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah ini. Apa kata anda cuba sendiri? Hubungi saya melalui email: pn.azuraabdullah@gmail.com jika anda masih mencari-cari apa yang anda cari.

Bersambung lagi!

Wassalam.

Tuesday, October 29, 2013

Ulasan kelas asas blog dan penulisan- siti nadzifah

Sumber:http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-online.html

Pejam celik pejam celik rupanya sudah sebulan juga saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan. Seingat saya, saya mengetahui tentang kelas ini adalah melalui group kedai buku online network di mana saya menyertai program dropship dengan Puan Masayu Ahmad. Saya antara yang terawal juga yang diberikan peluang untuk menyertai kelas ini ketika beliau mula-mula menubuhkan kelas. Tetapi disebabkan kebimbangan yang timbul di hati saya membuatkan saya hanya menjadi pemerhati senyap sedangkan perasaan ingin turut serta membuak-buak.

Rasa seperti tidak percaya pun ada bila memikirkan kembali bagaimana saya boleh membina blog dan menulis catatan di blog hampir setiap hari memandangkan jadual saya sebagai seorang wanita berkerjaya sangat padat. Rupanya ada cara dan teknik tertentu yang boleh dilakukan bagi melatih diri supaya sentiasa konsisten dan sentiasa dihujani idea untuk menulis.

Semuanya diajar dan dibimbing oleh guru-guru kelas ini yang dijalankan 100% secara online. Pada mulanya saya tidak yakin saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelas ini. Bimbang kalau-kalau tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan tidak mahu ketinggalan dalam kelas membuatkan saya takut untuk mendaftar. Disebabkan alasan itu, saya hanya memendam sahaja keinginan untuk belajar dan hanya memerhati sahaja perkembangan kelas ini.

Walaupun saya tidak menyertai kelas ini,
saya tetap mengikuti perkembangan kelas dan pelajar kelas ini. Saya membeli e-book asas penulisan blog dari Puan Masayu dan cuba membina blog sendiri. Tapi benarlah kata orang belajar dengan berguru adalah lebih senang dan tidaklah tersesat jalan. Lain hasilnya membuat sesuatu dengan bimbingan guru dengan tidak berguru. Saya juga turut membaca koleksi tulisan beliau seperti buku Jana RM Dari Rumah dan e-book Super WAHM Super Mom.

Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mengenai ulasan-ulasan tentang kelas asas blog ini yang ditulis oleh pelajar-pelajar beliau. Dari situlah saya mengetahui bahawa ramai juga di antara mereka yang menyertai kelas ini merupakan wanita yang berkerjaya. Rupanya mereka juga seperti saya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Daripada ulasan mereka barulah saya betul-betul memahami konsep kelas 100% online ini. Terasa diri ini begitu rugi kerana menunggu terlalu lama untuk berubah dan menyahut cabaran.

Kelas ini begitu flexible kerana perantaraan antara protege dan mentor hanyalah melalui medium internet. Konsepnya cukup senang iaitu boleh bertanya bila-bila masa dan di mana sahaja. In shaa Allah akan ada guru yang membantu. Perjalanan kelas pula berdasarkan e-book yang diberilan sebaik mendaftar dan bimbingan melalui group di Facebook. Cukup mudah dan flexible. Protege tidak terikat dengan waktu yang ditetapkan, terpulang kepada kita bagaimana menguruskan masa. Jika rajin dan konsisten cepatlah mendapat hasilnya.

Akhirnya, saya nekad untuk mendaftar masuk ke Kelas Puan Masayu. Ternyata kelas ini cukup santai dan saya boleh tetapkan sendiri jadual saya. Bila ada persoalan boleh diajukan bila-bila masa sahaja. Selain itu, protege yang tidak mempunyai produk akan diberikan bimbingan untuk melakukan bisnes secara dropship di mana produk akan disediakan tanpa perlu menyimpan stok.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat dinikmati setelah menjadi sebahagian dari ahli alumni bekerja dari rumah ini. Rakan sekelas juga ramai membolehkan kita menambahkan lagi jaringan network rakan-rakan alam maya ini. Harapan saya semoga dengan menyertai akedemi ini, saya dapat membuat persediaan untuk mula bekerja hanya dari rumah dan menjana pendapatan pasif pula pada masa akan datang.

Monday, October 21, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog - Kizeewatty Zainal

Protege : Kizeewatty ZainalGuru Online : Khairunnisa Hamzahara

Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa yang saya dapat dengan berblogging?


Teks: Kizeewatty Zainal



Assalamualaikum w.b.t

Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan dan fungsinya di muka 
bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini salah satu janji 
Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya. Saya sedar 
ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka 
kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan 
rutin harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa 
jemu. Jangan rasa rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan
kita ini ada sebab dan maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi.

Apa sebab Allah jadikan kita? Secara peribadinya, saya rasa amat 
bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam keluarga yang bahagia. 
Sentiasa ingat yang kita dilahirkan untuk menjadi anak, adik, kakak, kawan,
isteri dan ibu kepada orang tersayang di sekeliling kita. Kita adalah kaum 
hawa yang kuat, tabah dan sanggup meredah apa jua cabaran rintangan 
demi orang yang kita sayang. Anda di luar sana mungkin ada yang terasa 
tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui. Sedarkah kita yang kita selalu 
memberi yang terbaik untuk orang lain tapi pernahkah kita terfikir mencari 
yang terbaik untuk diri kita? Apa kata kita mula memberi yang terbaik 
pada diri kita barulah kita akan rasa bermakna hidup di dunia dan Insya Allah
 di akhirat juga. Hargai setiap pemberian Allah kepada diri kita ini.







Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun hendaklah 
niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah mengharapkan balasan 
yang terbaik daripada Allah s.w.t, dan jangan kita buat sesuatu perkara itu 
hanya kerana inginkan pujian dan balasan daripada manusia. Kerana 
manusia adalah manusia tidak pernah sempurna dan terlalu banyak 
kelemahannya. Kelemahan inilah yang sering membuatkan kita kecewa 
dan putus asa serta berasa rendah diri. Seterusnya kita rasa hidup tidak 
bermakna dan aura negatif mula menyelubungi kehidupan kita. 

‘Always look on the bright side of life’. Apa yang kita fikir, apa yang kita 
rasa, apa yang kita cakap dan buat, itulah doa buat kita dan Allah akan 
makbulkan, Insya Allah. Jika kita rasa kita tidak pandai, tidak 
berbakat, tidak bersemangat dan segala-galanya ‘tidak’ maka Allah 
akan beri secara percuma dan selamanya kita hanyut dalam keadaan merendah 
diri hingga takut untuk mencuba sesuatu. 

Antara sedar dan tidak sedar, sebenarnya inilah diri saya yang dulu. 
Seorang yang berfikiran sempit dan negatif, tidak berani untuk ke depan dan
masih hidup dalam kepompong walhal ramai wanita terutamanya suri rumah 
di luar sana yang telah berjaya merealisaikan impian mereka menjadi seekor 
rama-rama yang mengembangkan sayapnya yang cantik. Bebas terbang mengikut 
rentak sendiri tanpa risaukan segala kekangan jika dibandingkan ketika berada 
di dalam kepompong. Saya kuatkan hati untuk memulakan perkongsian hidup, 
ilmu dan pengalaman saya dengan berjinak dalam dunia blog. Sampai bila mahu 
berdalih dan tidak bergerak. Jika orang lain boleh lakukan sehingga berjaya, 
saya juga pasti boleh lakukan seperti mereka. 

Bagaimana mula menyertai kelas asas blog ini? 

Saya dipertemukan dengan seorang mentor yang sentiasa berada di sisi saya, 
tangan saya tidak pernah dilepaskan dan sentiasa dipimpin. Beliau ialah 
Puan Khairunnisa Hamzah, seorang WAHM yang sanggup melepaskan kerjaya 
yang hebat demi keluarga dan mempunyai niat suci untuk membantu lebih 
ramai wanita berkerjaya dari rumah, sekaligus mereka mampu mendidik 
anak-anak dan menjaga keluarga tercinta. Beliau seorang yang rajin memberi 
kata-kata semangat di kala diri saya kekontangan idea untuk menulis. 

Baginya kita kena sentiasa menulis dan menulis. Luahkan apa sahaja yang 
boleh memberi manfaat kepada pembaca. Seorang yang menjadi sumber  
inspirasi saya,sentiasa berfikiran positif dan setiap jalan buntu ada 
penyelesaiannya. Blog beliau di khairunnisahamzahara.blogspot.com 
banyak berkisar tentang pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna untuk 
para pembaca dan tentunya menjadi contoh bagi saya yang baru menapak 
di laman blog ini.

Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan 
vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan 
masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding 
Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia 
blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog
yang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan 
peluang perniagaan kita. 

Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak 
mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita 
untuk membina blog masing-masing  Arahan yang jelas diberikan mentor 
kami setiap kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif 
engan dunia alam maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita 
betul-betul paham. Jangan malu dan segan kerana tiap soalan kita 
dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya masih 
tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog 
walaupun telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain, 
hendak seribu daya kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat 
selepas waktu bekerja. Akhirnya dengan mudah saya dapat memahami 
konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh mentor dan banyak 
nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini lebih tampak 
professional di mata pembaca.

Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga kepada terbinanya 
satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga diajar cara-cara 
membina penjenamaan nama kita di ruang IT, membina url blog, membina 
kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsikan.

Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk mambantu 
lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja 
dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai 
dan setiap daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza. 
Mereka sentiasa memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah 
perkongsian ilmu antara kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyak
membantu dan mendorong saya. 

Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula untuk membantu dan memberi 
yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah kitaran ilmu dan kebaikan 
yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak cucu kita nanti. 
Insya Allah

Bagaimana mencari idea untuk penulisan blog kita?

Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir sama tapi secara halusnya kita ini 
amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman dan perwatakan 
kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti. 



Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya mulakan dunia blog saya ini 
dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa mencari ayat yang sesuai 
untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya banyak mendapat 
idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari 
sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet. 



Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini luas dan banyak perkara yang 
boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang mudah hingga kepada 
perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat.

Sebagai peringatan yang manis kepada kaum hawa di luar sana, bila kita 
sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah, sentiasa ‘switch’ 
minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik, jangan 
sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda 
boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest. 
Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah 
untuk anda lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada 
saya. Saya doakan kehidupan anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada 
semalam. 



Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging 
dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu 
saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat 
bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh 
anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit.

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan- Norashikin Said

Protege : Norashikin Saaaid

Guru Online : Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)

MELANGKAH SETAPAK DENGAN BERBLOG
Teks: Norashikin Said
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum kawan2 dan bloger2…

Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger.Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online).Bukan sahaja boleh berkongsi maklumat dan info malah boleh menjana pendpatan dengan berblog.Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pda masa kini lantaran dengan permintaan dan kemudahan internet yang semakin meluas.Apa salahnya peluang yang ada di depan mata dimanfaatkan dengan berbisnes sakaligus dapat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan untuk para ibu dan jelitawan diluar sana.Mana tahu 2tahun lagi saya mampu menjana pendapatan 5angka dan menjadi WAHM kan.Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.
Terdetik dihati nak buat blog sejak menjadi ahli Shaklee lagi.Ini salah satu cara nak meluaskan empayar SHAKLEEku sebab ramai yang berjaya menjual produk Shaklee melalui blog masing-masing. Perasaan berkobar-kobar memang ada tapi turun naik jela.Kejap rasa nak buat kejap rasa malas dan tidak cukup masa.Macam-macam alasan bermain difikiran kan.Negatif sungguh pada masa itu. Bermula sungguh-sungguh nak buat blog pada bulan 6 hari tu.Masa tu saya nak cuba buat sendiri tanpa pertolongan atau tunjuk ajar sesiapa. Bajet pandai sangat la kan.Saya cuba google cara buat blog dan memang banyak panduan yang saya perolehi tapi bila saya cuba buat sendiri berpandukan maklumat dalam google saya rasa susah dan ambil masa lama untuk siapkan blog.Saya tekad nak upah orang buat blog saya. Saya sudah berkenan dengan satu company ni yang boleh menghasilkan blog yang saya inginkan.Harga untuk upah buat blog ni RM280 tapi terma dan syarat pulak buat saya susah nak beri komitmen. Akhirnya terkubur macam tu sahaja.
Bermulalah terdetik di hati untuk mengikuti kelas asas blog ni apabila nisa nua merangkap kawan sekolah lama dan kawan FB saya yang menganjurkan kelas ini. Pada mulanya saya hanya membaca status dalam facebook mengenai kelas ini.Setiap status yang nisa tulis pasti saya baca sebab saya suka gaya penulisan nisa yang santai dan bersahaja seperti ada magnet pada penulisannya.Makin lama makin ramai yang masuk sehingga saya terlepas yuran promosi rm130 pada bulan Jun.Tak boleh jadi ni saya mesti mula buat blog dan makin  lambat harga pasti naik dan tak kan nak tunggu dan tengok sahaja.Pada 19 Julai 2013 tangan ni ringan je untuk mesej nisa bertanya pasal kelas asas blog.Sebelum itu, saya tanya pendapat suami saya akan niat untuk masuk kelas asas berblog.Mula-mula hubby ingat  kene datang ke kelas tiap2 minggu tapi selepas saya terangkan hanya perlu 100% Online sahaja jadi dia pun setuju.Yang bestnye Kelas Online bawah Nisa ni kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan.Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Selain dapat menjana pendapatan dengan berblog dapat juga membaiki hasil penulisan saya yang tunggang terbalik ni.Dah lama rasanya tak menulis karangan panjang macam ni.Takpe dari berblog ni juga saya dapat meningkat kan gaya penulisan saya nanti. Yuran serendah Rm150 dengan percuma 2 Ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang saya dapat dalam menghasilkan blog yang berkualiti.Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke secret grup Belajar Asas Blog.Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips yang boleh kita perolehi sebagai persediaan untuk mejadi WAHM.Jangan takut melangkah setapak kerana kejayaan bermula dengan keberanian langkah anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran KELAS ASAS BLOG  boleh terus ke link http://khairunnisahamzahara.blogspot.sg/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

Friday, October 4, 2013

Ulasan Kelas Asas & Fanpage : Azhana A Mutalib

Guru Online : Zaila Mohamad


Hampir sebulan yang lepas, saya merupakan insan yang berbeza. Dari seorang yang tiada ilmu dalam blogging menjadi seorang yang tahu bagaimana mahu membina blog. Sebelum ini saya tertanya-tanya bagaimana orang membuat bisnes page (fanpage) mereka. Alhamdulillah melalui kelas ini saya mahir membina asas blog dan mahir membuat fanpage.
Saya menyertai kelas ini pada 5 September 2013, sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran anak saya yang keempat. Mungkin Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencari maklumat suri yang bekerja dari rumah di laman internet. Kebetulan saya juga tercari-cari kaedah untuk memulakan perniagaan di internet. Alhamdulillah saya terjumpa blog sifu Zaila Mohamad www.zailabinimdae.blogspot.com. Di Akademi Bekerja Dari Rumah, ada ramai guru-guru online yang boleh membantu mengajar kita menjadi seperti saya sekarang. Saya bersyukur mendapat cikgu yang sabar melayan karenah saya yang banyak bertanya. Almaklumlah latarbelakang saya bukannya orang IT. Sepanjang pengajarannya ada ketika saya tekun menyiapkan beberapa tugasan dan adakalanya saya menundakan tugasan tersebut. Ini bermakna kelas secara maya ini lebih fleksibel dan amat sesuai untuk pelajar dewasa macam saya. Sama ada suri rumah sepenuh masa atau suri yang masih bekerja semuanya diberikan masa 24 jam dan terpulanglah kepada anda untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Hendak cepat atau lambat terpulanglah kepada diri kita sendiri. Anda tidak perlu berada sentiasa berhadapan dengan komputer malah sesi tutorial boleh berlangsung di mana-mana sahaja sekiranya anda mempunyai ipad atau smartphone yang mempunyai akses internet. Kadangkala pertanyaan tugasan ketika anda di dapur atau di stesen menunggu bas atau ketika menidurkan anak atau dengan pelbagai situasi. Anda tidak perlu datang ke rumah guru. Anda boleh belajar di Perak, Kedah, Kelantan, Johor, di tempat mana anda berada sekarang dengan syarat ada talian internet malah ada rakan pelajar kami berada di Jepun sekarang. Begitulah indahnya menjadi pelajar dewasa dan belajar secara maya.

Berkat belajar beberapa ketika lahirlah entri pertama penulisan saya di blog www.azhanaam.blogspot.com bertarikh 7 September 2013 iaitu 2 hari selepas belajar secara online. Kalau saya boleh menulis anda juga sudah tentu boleh.
Banyak kebaikan dari keburukan yang saya nampak dan saya rasa hasil pembelajaran saya selama sebulan ini. Guru kelas amat mengambil berat akan perkembangan saya dalam penulisan dan pemahaman tentang pengajaran dalam kelas. Selain itu guru besar juga (Pn. Masayu Ahmad) dan guru-guru lain sentiasa memberi perangsang dari segi sokongan dan teguran yang membina. Untuk pengetahuan anda, Pn Masayu merupakan pengasas utama kepada Akademi Bekerja Dari Rumah. Dalam pada itu saya telah mendapat sokongan padu dari rakan-rakan seperjuangan (kebanyakannya pelajar senior). Kami saling bantu-membantu menaikkan capaian link blog masing-masing. Mereka bukan sekadar rakan sekelas malah kami berkongsi tentang keluarga dan sebagainya. Dari kelas ini juga saya telah dapat memanfaatkan ilmu yang diajar dan berusaha untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain. Kadangkala kita juga mendapat peluang menjadi guru kepada pelajar-pelajar yang baru pula.
Bagi saya tiada impak negatif hasil dari pembelajaran saya setakat ini cuma ada keperluan kepada sedikit penambahbaikan dari segi pengemaskinian nota. Mungkin nota-nota dari setiap tugasan perlu disusun lebih kemas dan jelas sehingga boleh menjadi sebuah e-book yang akan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang mengikuti kelas membuat asas blog dan fanpage.

Nota Admin:
1. Akademi Bekerja Di Rumah sudah pun mempunyai rujukan, iaitu ebook asas blog dan penulisan. Ini adalah ebook rujukan lengkap. Ebook ini dalam proses penambahbaikan kali ke 2, semua pelajar akan mendapatnya, dan ia sememangnya diberikan kepada setiap pelajar yang belajar.

2. Tugasan adalah berbeza, kerana ia berbeza dengan analisa setiap pelajar serta matlamat untuk menyertai kelas. Sebab itulah, tugasan diberikan di dalam kelas selepas analisa dibuat.


3. Pada masa ini kita sudah pun melaksanakan, peraturan baru, iaitu selepas pendaftaran dibuat, pelajar perlu membaca atau khatam sekali untuk memudahkan pemahaman tugasan. Ini memudahkan penyerapan untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.


Kelas ini memang amat sesuai kepada mereka yang ingin membuat bisnes secara online kerana telah mencakupi 2 perkara asas yang merupakan keperluan utama bisnes online iaitu membuat blog dan fanpage. Marilah menjadi sebahagian dari keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah, lihat link dihttp://www.akademibekerjadarirumah.blogspot.com


Sekiranya anda  mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk atau program bolehlah merujuk Directory SOHO kami,http://www.sohodirectory.blogspot.com
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi seperti saya dan rakan-rakan lain bolehlah menyertai kami di Kelas Asas Membuat Blog dan FanPage.  Anda boleh hubungi saya di alamat email azhana.am@gmail.com
Untuk melihat contoh blog, layari http://www.azhanaam.blogspot.com
Untuk melihat contoh fanpage di facebook, taip Sihat Melalui Makanan Sunnah atau klik www.facebook.com/pages/sihatmelaluimakanansunnah

Kami akan bimbing anda secara online sehingga anda mahir membuat asas blog dan fanpage. Jom penuhi diri dengan ilm

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan - Nurmazleen mohd Johar

Wednesday, 18 September 2013


KELAS ASAS BLOG


Protege : Nurmazlen Mohd Johar
Guru Onlie : Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)

Sumber: http://mamadhiyazahraa.blogspot.com/search/label/KELAS%20ASAS%20BLOG

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Blog pada masa kini adalah medium utama dalam dunia internet. Pelbagai cerita kisah suka, duka, gembira, kejayaan, kegagalan, pembelajaran serta dunia perniagaan dikongsikan di blog. Tidak perlu lagi bersua muka untuk berkawan, berniaga, belajar dan bermacam-macam lagi.

Saya bermula mendekati dunia blog apabila saya cuba berniaga secara online untuk produk Shaklee. Pada mulanya, saya rasa mempelajari cara membina blog sangat payah kerana pada suatu masa dahulu saya berminat untuk membina blog untuk penulisan peribadi, tetapi hanya bertahan untuk bebrapa entry sahaja, dan akhirnya terkubur begitu sahaja.

Apabila, saya bermula untuk berniaga secara online, saya kembali mencuba membina blog sendiri dengan pegetahuan dan ilmu dari internet. Saya berjaya membinanya tetapi, tidak lah sehebat mana. Sekadar mempunyai isi tetapi tiada siapa pun yang sudi berkunjung.

Dan akhirnya, saya ditemukan dengan Khairunnisa Hamzara yang menjalankan KELAS ASAS BLOG secara online sepenuhnya. Pelbagai ilmu dikongsikan untuk memantapkan lagi cara penulisan saya dan menjadikan blog saya lebih mesra pembaca dan pelanggan. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu, semua persoalan dijawab dengan baik dan sangat membantu peserta yang menyertai kelas tersebut.

Malah dengan menyertai kelas tesebut, saya mendapat ebook percuma seperti berikut;


Jadi bagi anda yang masih mencari mentor untuk mempelajari bagaiman untuk memulakan pembinaan blog samada blog peribadi atau blog perniagaan, anda masih boleh menyertai kelas tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan.

Thursday, October 3, 2013

Khairunnisa-arkitek, penulis blog, penulis tamu majalah

Protege:Khairunnisa Hamzah
Blog:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/

"Subhanallah, sungguh tak sangka saya menerima email dari MHI untuk masuk ke segmen menghias kediaman secara LIVE di MHI pada minggu ini.
Namun apakan daya, terpaksa menolak tawaran ini kerana tidak ada di rumah minggu ini. Mungkin ada rezeki di lain kali. Alhamdulillah syukur nikmat. Katanya, mereka nampak saya di blog. Ini pengalaman saya, kongsikan kisah , pengalaman, kepakaran dan seciput ilmu di laman blog, mungkin ia boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Berbanding ia tercatat di diari atau sekadara terpahat diminda, ia hanya untuk kenangan peribadi. Semua orang boleh merealisasikan impian kecil menjadi sebuah kejayaan besar! Ayuh mulakan." Catatan 25 September 2013.
Blog bersiaran di majalah Era Muslimah
Alhamdulillah, blog "panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini telah bersiaran di Majalah Era Muslimah versi majalah Fizikal. Allah maha hebat. Sungguh Dia maha kuasa. Inilah yang selalu dikatakan Kuasa Minda, Berfikir, laksana, Doa, Tawakal, Minta keberkatan, perkara Mimpi boleh jadi realiti. Allah mendengar doa setiap hambanya. Teruskan berdoa. Niat ku hanyalah satu "mahu berkongsi selagi masih bernyawa" 



Artikel sulong bakal lahir di majalah Era Muslimah pada keluaran bil 19 ini. Dapatkan majalah era muslimah. Insyaallah jika diizinkan oleh Allah, saya akan terus berada di Era Muslimah pada keluaran setiap bulan sebagai kolumnis "kediaman idaman" . "Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini dah jadi versi fizikal dan boleh di dapatkan dengan melanggan majalah era muslimah. 

Jika ada yang nak melanggan majalah ni boleh hubungi saya ya. Moga Allah terus salurkan idea-idea semasa untuk saya ketengahkan kepada orang ramai. Terasa seperti ada satu tanggungjawab sudah. Bagi sahabat senibina (arkitek) yang lain, jika ada isu untuk dikedepankan, boleh lah berkongsi dengan saya untuk saya menulis artikel tentang isu berkenaan. Moga inilah permulaan kepada satu perubahan besar dalam dunia senibina dan dunia seni kehidupan di kediaman. Ini tagline saya untuk semua "Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi" Terima kasih kepadamu ya Allah dan juga kepada Editor kak Nik Fauziah Nik Hussin dan Majalah Era Muslimah di atas pengalamanan dan peluang ini. Ya Allah, keranamu lah "aku lakukan keputusan ini , Ya Allah"


-Untuk sahabat yang berkerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa-“Mengapa orang tidak melihat suri rumah itu sebagai satu profesyen, sedangkan si isteri mungkin berpendidikan tinggi tetapi sanggup berkorban untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah dan menguruskan rumah tangga. Kalau seorang ibu mempunyai enam orang anak, hakikatnya dia ibarat seorang guru yang mengajar enam buah kelas. Ini kerana setiap anak tidak sama serta memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka.” Dato' Dr Johari Mat.
Saya sangat sarankan yang ada kepakaran, ada ilmu turut berkongsi dengan orang ramai. Blog adalah tools yang terbaik dan percuma saja. Belajar bina asas blog yang gemar dikunjungi dan bermanfaat pada orang lain. Elakkan pembaziran masa dan minat di mana ramai yang ada blog tetapi sayangnya ia hanya untuk melepaskan gian sorang diri, namun ramai yang boleh membacanya. Adalah lebih baik jika kemahuan untuk menulis itu disalurkan dengan cara yang betul dan boleh dimanfaatkan.

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sendiri telah lihat dan rasa kesenangan dan keseronokkan bekerja di rumah dengan menggunakan laptop, internet dan handphone. Mudah bekerja, menjana pendapatan, dalam masa yang sama anak di asuh dan dijaga dengan tangan sendiri begitu juga dengan urusan dan kebajikan rumah. Jika kalian adalah suri yang berijazah, saya sangat alau-alaukan kalian untuk berkongsi kepakaran dan ilmu kalian dgn orang ramai. Mula daftar sekarang sebelum yuran kelas mula meningkat. Sementara masih berbaloi dan harga mampu serta, mari kita mulakan hari ini :)

Ashikin Hashim-Hasil blog, kini penulis tamu majalah

Nama pelajar: Ashikin Hashim
Blog: http://ashikin-hashim.blogspot.com/

Bismillah.

Pagi ini (2 Oktober 2013) saya menerima kiriman editor yang disayang Allah, Nik Fauziah Nik Hussin. Kali ini saya menulis sebagai kolumnis tetap ruangan Pendidikan Anak. Alhamdulillah, syukur di atas apa yang sudah dicapai kini.


Ia suatu perjalanan yang sangat panjang. Begini rentetannya:

1. Saya memang suka menulis sejak dari kecil lagi. Pernah menghantar manuskrip novel seawal tingkatan 3 dan ditolak kerana tidak bagus ! :) Ayahanda membelikan saya sebuah mesin taip elektronik Olympia yang saya guna sehingga terbakar kerana menaip tanpa henti huhu...

2. Menulis dan terus menulis. Pernah cuba mengumpul pelbagai penulisan menjadi satu majalah untuk tatapan sendiri.

3. Menulis untuk penerbitan G. Tetapi ditolak juga. Menulis pula untuk penerbitan K, tersangkut tiada khabar kerana bertukar editor.

4. Mendaftar untuk kelas asas blog dan Penulisan. Saya pindahkan semua penulisan saya dari blog lama dan kini hampir mencecah 3000 pembacanya.

5. Diperkenalkan pula oleh Puan Masayu kepada Puan editor Nik Fauziah.

6. Dan alhamdulillah. Inilah saya sekarang. Cuba mebina nama bukan kerana mahu glamor tapi saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. Juga mengasah bakat untuk berbakti kepada sasaran saya golongan ibu bapa.

7. Mendapat tawaran untuk membuat buku dari sebuah penerbitan baru. InsyaAllah kini dalam proses.

Jika anda mempunyai cita-cita yang sama, bolehlah berkongsi atau pun mendaftar dalam kelas Asas Blog & Penulisan. Komited dan bina nama dalam bidang yang anda suka. Semoga ini menjadi asbab kebaikan dan dakwah kita.

Terima kasih semua!

Ya benar. Dengan izin Allah, kelas Asas Blog dan Penulisan ini telah membawa saya melangkah jauh.



Jangan risau. Kelas ini tidak mengganggu kerja anda (jika anda berkerjaya) dan amat sesuai juga untuk yang berkerjaya di rumah.


Kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda suka menulis tentang apa?


- undang-undang kekeluargaan?
- pendidikan?
- masakan?
- pengasuhan anak-anak?
- jahitan?
- membuat kek?
- pengalaman sendiri?
- kesihatan?
- perbankan?